You are on page 1of 4

Bicara Kenangan

Written by admin
Friday, 21 November 2008 11:38 - Last Updated Thursday, 29 January 2009 05:03

Oleh: Intan Fath

Semalam, pakcik Azzam betul - betul menghiburkan. Tidak seperti selalu. Selalunya, setiap kali
selepas mendengar kata - katanya, aku terasa seperti mahu jatuh sakit. Mahu demam, muntah,
pening - pening serta kebas - kebas seluruh badan. Tidak lain adalah kerana setiap kata -
katanya benar - benar buat aku menjadi pemikir, setiap kali aku membuat kesimpulan, setiap
kali itu juga seolah - olah ada bebanan sebesar gunung ganang menghempap tubuh ku hingga
terasa mahu ranap lalu hancur semua.

Tapi semalam pak cik seolah - olah mengerti yang aku sedang gundah.

“Mahu tahu kenapa Rasulullah tidak membuat markas latihan perang bagi para sahabat?”
Pakcik bertanya. Acuh tidak acuh saja reaksiku.

“Kerana itu bukan keperluan.”

Menurut pakcik, apa perlunya melatih ilmu perang untuk orang – orang yang sudah sedia mahir
dan ahli dalam peperangan? Mereka semua adalah perajurit, dan senjata adalah sebahagian
dari hidup mereka. Begitu juga kuda, sehinggakan mereka ini tidak mengucapkan selamat
kecuali pada hari kelahiran anak atau kelahiran seekor kuda!

“Ada latihan yang Rasulullah pernah buat, itu pun baginda buat pertandingan kuda – kuda
kurus dengan kuda – kuda yang tidak kurus.” Kuda tidak kurus? Kenapa tidak disebut kuda
gemuk saja? Fikirku, dan kemudian tersengih.

“Ternyata kuda – kuda kurus dapat menempuh perjalanan yang lebih jauh berbanding kuda –
kuda ‘gemuk’ “ Entah kenapa aku terasa geli hati dengan nadanya.

“Oh, ada lagi latihan yang Rasulullah pernah buat. Rasulullah pernah beradu siapa berjalan
lebih cepat dengan ‘Aisyah.” Dan kali ini aku terasa lucunya semakin menjadi.

1/4
Bicara Kenangan

Written by admin
Friday, 21 November 2008 11:38 - Last Updated Thursday, 29 January 2009 05:03

Pakcik diam sejenak seperti berfikir. Kemudian dia meluahkan apa yang sedang difikirkannya.
Rupanya, pakcik membuat perbandingan. Tidak ada diantara sahabat yang mengalami
masalah obesiti, sebagaimana yang ada dikalangan kita. Tidak ada kata rehat dan santai bagi
mereka (sahabat) yang bukan setakat membunuh mental, juga turut sama membunuh rohani
dan jasmani. Tidak ada hal – hal itu pada mereka. Mereka makan dua kali sehari, sekali setelah
matahari naik, dan sekali lagi sebelum matahari terbenam. “Shabuuh; adalah makanan yang
mereka makan pada pagi hari,
ghabuuq
pula makanan yang mereka makan pada petang hari.” Kemudian aku dengar dia mengeluh dan
berkata, “Nak buat macam mana, kita ni, tugas dan kewajipan yang kita kena buat semakin
banyak, kita dilanda kesibukan dan kita buat kerja jihad lebih banyak dari mereka, jadinya
sebab itulah waktu makan kita tambah satu lagi jadi tiga kali sehari.”
Tertangkap nada sinis dalam kata – katanya, dan aku melihat ada simpul senyum pada raut
wajah pakcik.

“Tengok saja orang perempuan zaman sekarang. Bandingkan dengan ‘Aisyah!” Aku terpana,
bagaimana mahu dibandingkan? Kemudian pakcik bercerita tentang bagaimana ‘Aisyah dibawa
di dalam tandu yang diletakkan dibelakang unta. Sahabat sampai – sampai tidak tahu adakah
‘Aisyah ada dalam tandu atau tidak menunjukkan betapa ringannya ‘Aisyah. “Adapun sekarang
ni.... Alhamdulillah! Kebanyakan wanita sungguh.... MasyaAllah!! Badannya seperti kenderaan
lapis baja.” Aku tertawa, walaupun aku tidak memahami apakah kenderaan lapis baja itu, tapi
sungguh, perumpamaan itu amat menarik perhatian. Bagi pakcik sebab mereka jadi begitu
adalah kerana mereka punya pembantu, tidak lagi menyusui anak – anak, mereka tidak
mencuci pakaian kotor dan tidak lagi pernah menyapu. Apa yang mereka lakukan adalah
meletakkan kaki sebelah di atas kaki lain sambil menunggu datangnya majalah yang akan
dibacanya atau sambil menonton acara tv dan sebagainya. Bila suami meminta bantuan, maka
dia akan berkata, “Ibn Hazm mengatakan bahawa wanita tidak berkewajiban untuk membantu.”
MasyaAllah!! Dia wanita yang ‘pandai’!! ‘Pandai’ sekali!! Semoga Allah membantu lelaki yang
menikah dengan wanita yang ‘pandai’ ini!

Aku yakin bukanlah maksud pakcik menghina wanita, cumanya pakcik ingin menegur aku ini,
yang kadang kala terbawa dengan sikap ambil mudah dan tidak acuh. Seolah – olah punya

2/4
Bicara Kenangan

Written by admin
Friday, 21 November 2008 11:38 - Last Updated Thursday, 29 January 2009 05:03

tugasan yang amat besar, tetapi sebenarnya bila dibandingkan, apalah sangat yang pernah aku
lakukan berbanding sahabat.

Pakcik menyambung lagi, bercerita tentang sahabat. Kata pakcik, para sahabat dulu, mereka
ini adalah orang – orang yang sentiasa siap. Aku menggambarkan, kayaknya seperti pengakap
muda dengan slogan mereka ‘Selalu Sedia’ atau mahasiswa mahasiswi PALAPES. Pakcik
menegur, “Tapi perajurit sekarang... entahlah, mungkin mereka terlupa kenapa dan apa
sebabnya mereka mengusung senjata sambil menghentak – hentak kaki di tempat yang sama.
Kenapa, nak kemana, untuk apa?” Aku tertawa kerana teringat pernah bertungkus lumus
belajar dan berlatih kawad senjata. Berpanas, berhujan hingga hitam lengit muka tidak kisah.
Semua tu kerana untuk perbarisan hari kebangsaan atau pertandingan kawad senjata kadet.
Lagi? Entah, aku pun tak pasti.

Sahabat dulu tidak pernah berenggang dari senjata kerana senjata adalah sebahagian dari
kehidupan mereka. Mereka ni tak pernah mengabaikan latihan peribadi mereka. Siapa yang tak
boleh menunggang kuda? Siapa yang yang tak pandai guna pedang dan tombak? Siapa yang
tak boleh memanah? Semua ni biasa bagi mereka, bahkan juga adalah kebiasaan bagi kaum
wanita. “Kamu tahu kaitan Ummu Sulaim dalam perang Hunain?” aku menggeleng.

An Nawawi kata Ummu Sulaim adalah bibik susuan Rasulullah. Semasa perang Hunain,
Rasulullah ternampak Ummu Sulaim sedang memegang parang di tangan. Baginda bertanya
kepada Ummu Sulaim, “Apa tu Ummu Sulaim?” Jawab Ummu Sulaim, “Inilah parang yang akan
aku gunakan untuk membelah perut orang – orang yang lari meninggalkanmu ya Rasulullah!”
Maka Rasulullah berkata kepada Abu Thalhah, suami Ummu Sulaim sambil tersenyum,
“Apakah engkau mendengar apa yang dikatakan wanita bermata rabun ini?”

3/4
Bicara Kenangan

Written by admin
Friday, 21 November 2008 11:38 - Last Updated Thursday, 29 January 2009 05:03

Pada fikiranku, Ummu Sulaim sangat hebat. Walaupun sudah tua, masih mahu bersama ikut
perang, dan turut sedia mahu menghayunkan senjata. Dan ramai lagi sebenarnya sahabiah
yang pemberani seperti Ummu Sulaim ini.

Aku juga mahu menjadi seperti mereka. Tidak takut dan gentar, dan sentiasa bersedia untuk
memperjuangkan agama ini. Juga, aku tidak mahu larut dalam leka dan kerehatan yang
mematikan ruh jihad ini. Ya, mungkin kadang kala tanpa aku sedar, aku terhanyut oleh dugaan
yang remeh dan kecil. Kerana, taufan ribut lebih senang dikesan berbanding angin bayu yang
bertiup sepoi – sepoi, yang indah dan mengasyikkan. Terima kasih pakcik. Sungguh, aku
adalah manusia lemah yang sentiasa perlu diingatkan. Resah gelisahku tadi, ingin segera aku
padamkan. Sungguh, aku tidak merasakan aku sudah lebih banyak berjihad berbanding para
sahabat.

“Kita akan selalu mengenang dan bercermin kepada mereka, kerana sungguh, kenangan itu
adalah umur kedua manusia.” – Dr Akram Ridha

4/4

You might also like