You are on page 1of 26

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI

DAN MENANGANI CABARAN

KULIAH 8
- Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam
kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai
kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan
etnik.
- Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan
integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan
politik dan seterusnya pembangunan negara
berjalan rancak tanpa sebarang gangguan.
- Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga
negara dapat disalurkan kepada memajukan
negara drp digunakan utk menyelelsaikan masalah yg
wujud drp kepelbagaian etnik.
PEMBINAAN JATIDIRI MALAYSIA.

- Jatidiri bermaksud ciri-ciri, gambaran atau


keadaan khusus seseorang. Ia juga boleh dianggap
sbg identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat
kebangsaan, patriotisme dan kewarganegaraan yg
menjurus kpd ketahanan dan kemurnian nilai
sesuatu bangsa.
- Jatidiri ialah sesuatu yg kita miliki bersama,
mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif dan
dominan sifatnya yg dpt mencirikan rupa dan
peribadi bangsa (semangat, sikap, pendirian,
kepercayaan, tekad dan visi bangsa) yg mampu
membina personaliti dan identiti kendiri yg bersifat
dinamik dan struktural.
- Cita-cita pemupukan jatidiri boleh dicapai kerana
sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan
perlakuan yg sama mengikat seluruh negara.
Sebagai sebuah negara yg merdeka dan berdaulat,
sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan
identiti sendiri yg sesuai dgn negara ini.
- Namun krisis yg berlaku pd tahun 1969 (peristiwa
13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia belum
mempunyai suatu budaya nasional yg menjadi asas
bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud
permuafakatan di antara rakyat di negara ini dlm
mewujudkan perlembagaan sbg undang2 tertinggi
negara.
Melalui Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa
garis kasar tentang bentuk kebudayaan Malaysia
seperti:
1. Kedudukan YDA sbg ketua negara – sbg
manifestasi penerapan unsur kebudayaan
Melayu.
2. Perkara 152 – B.Melayu sbg bahasa
kebangsaan.
3. Kedudukan agama Islam sbg agama
persekutuan – mencerminkan corak budaya
Melayu tradisional kerana agama menjadi
pegangan masyarakat Melayu sejak zmn
kesultanan Melayu Melaka lagi.
Berdasarkan garis kasar tsb satu Kongres Kebudayaan
Kebangsaan telah diadakan pd th 1971 yg menetapkan
3 prinsip asas utk membina kebudayaan kebangsaan
iaitu:
1. Kebudayaan kbgsaan haruslah berteraskan
kpd kebudayaan rakyat asal di rantau ini.
2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajar
blh diterima menjadi unsur kebudayaan
kbgsaan.
3. Islam menjadi unsur yg penting dlm
pembentukan kebudayaan kbgsaan.
Penerimaan Dasar Kebudayaan Kbgsaan (DKK) sbg
jatidiri rakyat Malaysia kerana ia menjadi asas
kebudayaan nasional yg berkait rapat dgn budaya,
sejarah, politik dan perlembagaan negara ini.
Bagaimanakah Jatidiri acuan Malaysia?
- Perlukah kita menjadi ‘salad bowl’ dalam
meraikan perbezaan?
- Penyatuan pada peringkat kerohanian adalah
mustahil kerana kesamaan agama adalah pada etika
& moral bukannya pada persoalan kerohanian
(hakikat ketuhanan, syurga dan neraka dll).
- Penyatuan hanya boleh berlaku pd peringkat
kesedaran yg mencetuskan kemahuan memilih untuk
bersatu. Kita hanya boleh bersatu jika kita ada ilmu
tentang penyatuan dan suka untuk bersatu.
- Dari segi fizikal hubungan etnik yg kelihatan
adalah menerusi aktiviti2 yg boleh dikategorikan sbg
aktiviti penyatuan.
- Sebarang acuan yg hendak diketengahkan di
negara ini perlu menghasilkan agen hubungan etnik yg
memilih, tahu, suka dan melakukan aktiviti2 dlm
kerangka hubungan etnik nasional.
- Perlukah kita meraikan perbezaan ataupun
mengiktiraf perbezaan?
- Meraikan perbezaan harus dlm lingkungan
manifestasi fizikal spt fesyen pakaian, makanan,
permainan dll, tetapi bukannya meraikan fahaman
kenegaraan yg pelbagai atau menyamatarafkan
kedudukan semua agama sbg agama rasmi demi
meraikan kepelbagaian.
- Kemahuan majoriti amatlah penting kerana
tanpanya tidak ada kerjasama yg menyeluruh.
Kerjasama mesti berpadanan dgn kontrak sosial
kerana ia tlh dipersetujui dan didokumenkan, bukan
sesuatu yg subjektif dan tertakluk kpd citarasa
semberono iaitu ‘asalkan ada aktiviti shj’.
- The chemistry of ethnic relations’ ini sewajarnya
mengandungi unsur2 penyatuan yg mencetuskan &
memudahkan kerjasama dlm sesuatu sistem
masyarakat. Cth dlm kelab2 sukarela, badan2 amal,
PIBG dll dgn menjadikan hubungan etnik dan integrasi
sbg acara tahunan.
- Agen hubungan etnik mempunyai tahap2 fungsi
hubungan etnik yg pelbagai iaitu pd peringkat diri
sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara.
- Melalui agen hubungan etnik ini budaya yg
mencetuskan perpaduan blh dibentuk, budaya yg
berpaksikan kpd wawasan yg boleh dikongsi
bersama, disokong oleh media yg positif dan dasar2
kesedrhanaan yg membawa kpd keseimbangan.
- Keseimbangan sangat perlu kerana sebarang
aspek budaya yg diekstrimkan tanpa berpandu kpd
kontrak sosial akan membawa keretakan kpd
integrasi nasional.
- Ketidakseimbangan itu juga termasuklah
semangat perkauman yg mgatasi semangat
kebangsaan, semangat kenegerian yg mgatasi
semangat keMalaysiaan dan semangat keakuan yg
mgatasi semangat kekitaan.

Hubungan etnik menurut acuan Malaysia seharusnya


mengandungi sekurang-kurangnya 6 unsur2 berikut:
1. Political Will – hubungan etnik diinstitusikan oleh
kepemimpinan kerajaan dgn niat, kemahuan, dan
kesukaan dlm aktiviti yg disengajakan. Niat dicetuskan
oleh kesedaran tentang kepentingan hubungan etnik.
2. Khalayak Kritikal – Adanya badan induk sbg
faktor pemangkin kpd semua program hubungan
etnik dan integrasi misalnya peranan Jbtn Perpaduan
Nasional dan Integrasi Nasional.
3. Kekukuhan ekonomi – hubungan etnik, integrasi
dan perpaduan hanya blh terhasil jika ada keperluan
asas utk survival manusia dipenuhi, cth. Makanan utk
meneruskan kehidupan (faktor ekonomi).
4. Agama Islam – realitinya majoriti penduduk yg
beragama Islam, sewajarnya hbgn etnik & integrasi
nasional serasi dgn majoriti pnduduk dan blh diterima
oleh minoriti. Ketamadunan blh dikongsi bersama
oleh seramai mungkin rakyat Malaysia.
5. Wawasan yg dikongsi bersama kerana yg
hendak diintegrasikan itu mesti mempunyai visi yg
sama tentang hala tuju & hasil integrasi yg
dimahukan – Wawasan 2020.
6. Penggunaan Sains & Teknologi – Teknologi dpt
menangani masalah hbgn etnik dan integrasi dgn
berkesan. Cth: penggunaan mykad utk mengatasi
masalah imigresen, peningkatan interaksi maya dgn
penggunaan teknologi tanpa wayar 3G, penerbangan
yg lebih murah dan perkongsian laman web.
7. Menerima perbezaan antara agama, menghormati
perbezaan dan menghayati persamaan dalam etika
dan moral.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di antara
etnik.
i. Cabaran dalam aspek sosial:
a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh
merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik
tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan &
etnosentrisme dlm kalangan anggota yg
seterusnya menimbulkan prasangka,
streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik
trhadp etnik yg lain.
b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi
hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.
ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
a. Perbezaan pekerjaan.
b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang
pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg
sering membawa kpd ketidakstabilan
masyarakat majmuk.
iii. Cabaran dari aspek politik.
- Politik perkauman : menjadi lebih parah
apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk
kepentingan sesuatu pihak dan mendapat
sokongan rakyat.
2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.
- Perbezaan dari segi agama, bahasa dan
kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar
apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum
sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan
pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga
mewujudkan polarisasi antara etnik.

3. Cabaran globalisasi.
- Proses globalisasi atau pembaratan corak
hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik
Barat sejagat.
- Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm
rangka nilai & kebebasan manusia masa kini, maka
kuasa Barat memperjuangkan pula hak asasi
manusia.
- Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya
hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains &
teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg
dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport /
dibawa masuk ke seluruh dunia.
- Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus
pembaratan dan globalisasi yg mendesak. Globalisasi
menjadi faktor perubah budaya yg amat kuat &
deras, mengakibatkan lenyapnya
nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran
Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat.

Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung & dikawal


akan menjurus kpd pembentukan semangat
perkauman yg mendalam, menimbulkan prasangka &
mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yg akan
meninggalkan kesan kpd hbgn etnik, integrasi & mudah
terjadinya konflik yg mengundang rusuhan kaum.
Situasi ini ditambah lagi dgn beberapa persepsi yg
kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus
dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat
Malaysia.
Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw hbgn
etnik mengalami turun naik mengikut kategori baik,
sederhana,dingin dan baik.
Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai faktor:
- Faktor jangka panjang: kesan dasar pecah &
perintah British.
- Dasar2 pembangunan selepas merdeka belum
cukup mantap dalam menangani masalah
pembangunan sosioekonomi rakyat dan hbgn etnik.
- Perjalanan kempen pilihan raya yg dipenuhi dgn
isu-isu perkauman & sensitif spt bahasa, agama &
kedudukan istimewa Melayu.
- Ketidakseimbangan dlm ekonomi dan jurang
perbezaan yg wujud dlm bidang pendidikan antara org
Melayu dan bukan Melayu menimbukan rasa tidak
puas hati org Melayu.
Iktibar drp Peristiwa 13 Mei 1969
1. Kerosakan harta benda awam : rusuhan itu tidak
mendatangkan faedah kpd semua etnik, malah
tragedi itu mengakibatkan banyak nyawa terkorban
(kematian: 196 orang dan kecederaan: 493 orang) dan
harta benda musnah.
2. Perintah berkurung & pgisytiharan darurat:
menyekat kebebasan dan pergerakan semua org utk
menjalankan urusan, berinteraksi dan berniaga.
3. Mencabar kedudukan org Melayu dlm keadaan
org Melayu belum terjamin dr segi ekonomi akan sia-
sia shj kerana ia mengundang konflik perkauman
berdarah.

Penghayatan Islam sbg kaedah penyelesaian.


- Sbg agama rasmi, kedudukan Islam harus
mendapat tempat yg wajar dlm penyelesaian
masalah seperti yg diperakui dlm Perlembagaan
Malaysia.
- Ajaran Islam yg mengandungi norma-norma yg
bercorak universal dan menentang paksaan
terhadap orang bukan Islam sangat sesuai utk
masyarakat berbilang kaum.
- Unsur toleransi dlm Islam harus ditonjolkan dan
diterima dlm konteks penyelesaian cabaran yg wujud
dlm hbgn etnik di Malaysia.

Sahifah Madinah / Piagam Madinah.


- Piagam yg digunakan semasa Nabi Muhammad
mendirikan kerajaan di Madinah yg ketika itu wujud
kepelbagaian etnik (golongan pendatang yg trdiri drp
Yahudi & Muhajirin, golongan tempatan Ansar,
perbezaan dari segi agama spt Islam, Yahudi dan
Kristian)
- Menerusi sahifah/piagam tsb, Nabi Muhammad
telah memperkenalkan konsep perpaduan &
kesatuan dlm menyatukan org Islam dan bukan
Islam yg tidak ada dlm mana2 negara atau agama
lain.

Antara beberapa peraturan berhubung org bukan Islam


ialah:
i. Semua org bukan Islam & penganut agama
Yahudi dlm kalangan kabilah Arab Madinah hendaklah
mengikut org Islam dan menolong mempertahankan
negara bersama mereka dlm mana2 peperangan.
Mereka tidak dibenarkan menolong orang Quraisy
Mekah dan menghalang org Islam menyerang org
Quraisy Mekah.
ii. Keselamatan mereka dijamin dan mereka diberi
hak kewarganegaraan dgn syarat mereka
memutuskan segala hubungan atau ikatan dgn org
Quraisy dan bersikap berkecuali.
iii. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama
berhak mendapat pertolongan dan persamaan, tidak
dizalimi dan diserang.
iv. Setiap orang hendaklah berpegang kpd agama
mereka.
v. Setiap orang tidak boleh dihalang daripada
menuntut haknya apabila dicerobohi.

You might also like