You are on page 1of 1

Persatuan Belia Kampung Baru

Masjid An-Nur Kampung Baru,


Mukim Lesong,
Pokok Sena,
06350 Kedah.______________________________________________________________________

Pengerusi
Gelanggang Futsal Keda Kg. Bukit
Jalan Naka,
06350 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman 20 Januari 2011

Tuan,
PERMOHONAN MENGGUNAKAN GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA

Merujuk kepada perkara di atas, saya wakil daripada Persatuan Belia Kampung Baru ingin meminta
permohonan daripada pihak tuan untuk menyewa gelanggang futsal selama dua hari bermula pada 3
dan 4 Febuari 2011 bagi bertujuan mengadakan pertandingan futsal sempena Tahun Baru Cina.

2. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat menyediakan segala alatan dan
kelengkapan padang untuk memastikan perjalanan Pertandingan Futsal yang bakal berlangsung ini
berjalan dengan lancar.

3. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

.............................................
(Mohamad Yusoff Bin Ismail)
Setiausaha
Persatuan Belia Kampung Baru

s.k : 1. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena


2. Lembaga Kemajuan Wilayah Utara (KEDA)

You might also like