You are on page 1of 2

Pacific Vintage Sdn Bhd

th
(272313-W)
Suite 15-02, 15 Floor, Kenanga International,
Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur.
Tel: +60-3-2711 1828 / 0668;
Fax: +60-3-2711 1271

Tarikh : 17 Mac 2011

Yang Berbahagia Dato’ Haji Adzlan Bin Mohd Dagang


D.P.M.T, S.M.Z, A.S.M, P.J.C, P.J.K, B.L.B,
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Menara Permint
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Kepada Yang Berbahagia Dato’,

TUJUAN MINAT UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA PEMBAHARUAN BAGI


PEMBANGUNAN SEMULA PROJEK PASAR PAYANG, TERENGGANU

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, Pasar Payang yang terletak di tepi Sungai
Terengganu ini merupakan salah sebuah destinasi pelancongan terkenal di Kuala Terengganu.
Pasar Payang menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional tempatan yang
menawarkan harga murah dan berpatutan. Sungguhpun begitu, masih terdapat banyak lagi
kerja-kerja menaik taraf yang perlu dilaksanakan di Pasar Payang ini.

Saya, selaku wakil dari Syarikat Pacific Vintage Sdn Bhd ingin menyatakan hasrat dan tujuan
minat untuk melakukan kerja-kerja pembaharuan bagi permbangunan semula Projek Pasar
Payang seperti menjadikan ia kawasan tumpuan pelancongan yang lebih efisien, kemudahan
infrastruktur yang lebih teratur, sistem perparitan yang lebih terancang dan sistematik.

Untuk makluman Yang Berbahagia Dato’, sekiranya kami diberi peluang dalam menjayakan
kerja-kerja pembaharuan pembangunan semula Projek Pasar Payang ini dimana kami akan
menggunakan terlebih dahulu Modal Dana Dalaman syarikat kami sendiri tanpa perlu
menunggu Bantuan Dana oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.

Walau bagaimanapun, syarikat kami sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk mengadakan
perbincangan lebih lanjut lagi dengan pihak Kerajaan Negeri Terengganu dalam urusan
Pembayaran Balik (“Deffered Payment”) kelak.

Samb/...

Justeru itu, syarikat kami amatlah berharap agar permohonan minat kami ini akan mendapat
pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya oleh Yang Berbahagia Dato’. Sekiranya
perhubungan diplomatik ini berjaya dimeterai, kesan pembaharuan pembangunan semula
Pacific Vintage Sdn Bhd
th
(272313-W)
Suite 15-02, 15 Floor, Kenanga International,
Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur.
Tel: +60-3-2711 1828 / 0668;
Fax: +60-3-2711 1271
Projek Pasar Payang bukan saja memberikan manfaat kepada penduduk tempatan amnya
bahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu terutama disektor industri pelancongan.

Semoga jasa baik Yang Berbahagia Dato’ akan diberkati oleh ALLAH S.W.T

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang benar,

…………………………….
Burhanudin bin Ibrahim
Ketua Pegawai Operasi
( 012 345 2731)

You might also like