You are on page 1of 3

KHAIRUL SYAFIQ B.

RAZALI E20091000341

ULASAN JURNAL

Melalui kajian jurnal ini, telah didapati bahawa tujuan kajian dilakukan adalah untuk
mengenal pasti kekurangan motor halus dalam kanak-kanak bersama perkembangan mental,
ganguan bahasa (DLD ), kecacatan mental ( dengan tinggi IQ (HIAD ) atau rendah IQ ( LOAD),
rendah IQ tanpa kecacatan mental ( LOIQ) dan membezakan jenis kumpulan ini melalui kaedah
pemeriksaan neurologikal. Kajian Denhoff et al. (1968), Touwen dan Prechtl (1970), Peters et al.
(1975) menyatakan bahawa kedudukan tinggi yang dipanggil ‘tanda halus’ dalam ganguan
perkembangan mental melalui pemeriksaan neurologikal ialah sensorimotor tidak berfungsi
dengan baik. Selain itu, Denckla (1977) mengelaskan jenis petanda tanda halus iaitu pertama
tanda halus sederhana tetapi menggunakan kaedah pemeriksaan neurologikal, ia dapat
berkurangan seperti ataxia. Kedua, kemahiran sensorimotor kanak-kanak tidak matang.

Melalui kajian jurnal ini, kaedah yang digunakan ialah pemeriksaan neurologikal untuk
kanak-kanak yang mengalami perkembangan mental, ganguan bahasa ( DLD ), kecacatan mental
(dengan tinggi IQ ( HIAD ) atau rendah IQ ( LOAD), rendah IQ tanpa kecacatan mental
(LOIQ). Bagi menjamin kebersanannya, pemeriksaan neurologikal digunakan bersama untuk
prasekolah. Pemeriksaan neurological dibahagikan kepada tiga bahagian iatu pertama, tugasan
melibatkan kanak-kanak menunjukkan lisan atau mengikut arahan. Kedua, pemerhatian dibuat
daripada pemeriksaan neurologis. Ketiga, kesan rumusan neurologis daripada penilaian
mereka.Merujuk kepada jadual analisis keputusan menunjukkan bahawa tahap motor halus bagi
kumpulan kanak-kanak yang mengalami kekurangan motor halus yang mewakili kumpulan
perkembangan mental, ganguan bahasa (DLD ), kecacatan mental ( dengan tinggi IQ (HIAD )
atau rendah IQ ( LOAD), rendah IQ tanpa kecacatan mental ( LOIQ). Sistem pemarkahan bagi
setiap pemeriksaan neurologikal ialah nilai 0 ialah normal, nilai 1 tidak normal dan nilai 2
dengan jelas tidak normal. Bagi menjayakan ujian ini, kanak-kanak dibahagikan kepada tugasan
yang melibatkan arahan menggunakan lisan atau mengikut arahan yang diberikan oleh pengkaji.
Tugasan ini merangkumi kerjasama aktif diantara kanak-kanak.
Dalam jurnal yang telah dinyatakan ini, terdapat kekurangan didalamnya. Kekurangan
ialah pemeriksaan neurologikal didalam bentuk kumpulan. Jika dijalankan didalam bentuk
kumpulan yang besar, ia tidak dapat melihat secara lebih terperici kekurangan motor halus
kanak-kanak tersebut. Oleh itu, ia hanya dapat merumuskan pemerhatian yang dilakukan
didalam kumpulan yang besar. Kedua, kanak-kanak yang mengalami penyakit yang sama iaitu
kecacatan mental (dengan tinggi IQ (HIAD) atau rendah IQ (LOAD), pemeriksaan haruslah
dibuat secara asing dengan penyakit lain. Ini kerana aktiviti atau ujian yang dilakukan kepada
kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental (dengan tinggi IQ (HIAD) atau rendah IQ
(LOAD) mempunyai ciri yang hampir sama aktivitinya. Jika ia dilakukan berasingan, ia dapat
mengaplikasikan aktiviti yang hendak dijalankan dengan lebih jelas tentang tingkahlaku yang
dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan didalam jurnal ini ialah para pengkaji boleh
melakukan aktiviti kepada kanak- kanak yang menghidap penyakit perkembangan mental,
ganguan bahasa (DLD ), kecacatan mental ( dengan tinggi IQ (HIAD ) atau rendah IQ ( LOAD),
rendah IQ tanpa kecacatan mental ( LOIQ) didalam satu bilik khas. Bilik khas haruslah
mempunyai unsur-unsur keselamatan yang lengkap kepada ketika aktiviti pemeriksaan
neurologikal dijalankan. Kedua, sebelum pemeriksaan neurologikal dijalankan kepada kanak-
kanak, pengkaji perlulah mengasingkan kanak-kanak mengikut penyakit dan tahap kebolehan
melakukan sesuatu aktiviti agar memudahkan ketika ujian pemeriksaan neurologikal dijalankan.
Ketiga, pemeriksaan neurologikal yang dilakukan bersama aktiviti prasekolah haruslah diubah
masanya seperti pada hari sukaneka dan sebagainya supaya ia tidak menggangu fokus
pembelajaran kanak-kanak.
ANALISIS JURNAL

Kesimpulannya, tujuan kajian dilakukan ialah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang


mengalami masalah kekurangan motor halus dalam kanak-kanak bersama perkembangan mental,
ganguan bahasa (DLD ), kecacatan mental ( dengan tinggi IQ (HIAD ) atau rendah IQ ( LOAD),
rendah IQ tanpa kecacatan mental ( LOIQ). Oleh itu, guru prasekolah harus mengambil perhatian
kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan motor halus ini. Guru prasekolah mestilah
menyediakan aktiviti yang bersesuaian untuk membantu perkembangan motor halus kanak-
kanak tersebut. Contohnya, guru membuat aktiviti kolaj kepada kanak-kanak yang mengalami
masalah kekurangan motor halus yang melibatkan pergerakan tangan dan kordinasi mata. Oleh
itu, aktiviti kolaj yang dilakukan oleh kanak-kanak ini akan membantu dari segi perkembangan
motor halus mereka secara beransur-ansur.

Kedua, kanak-kanak yang mengalami masalah ini haruslah tidak diasingkan daripada
kanak-kanak normal. Mereka haruslah diberikan layanan yang sama rata agar mereka tidak
berasa dipinggirkan. Tambahan itu, guru mengadakan aktiviti yang melibatkan aktiviti sosial
diantara kanak-kanak lain. Contoh aktiviti yang melibatkan sosial diantara kanak-kanak ialah
aktiviti bermain. Dengan adanya aktiviti bermain, kanak-kanak yang mengalami masalah
kekurangan motor halus seperti bersama perkembangan mental, ganguan bahasa (DLD ),
kecacatan mental ( dengan tinggi IQ (HIAD ) atau rendah IQ ( LOAD), rendah IQ tanpa
kecacatan mental ( LOIQ) akan berkomunikasi dengan kanak-kanak normal. Oleh,
perkembangan bahasa kanak-kanak ini akan berkembang secara berperingkat-peringkat.

Kesimpulannya, kajian yang dilakukan oleh pengkaji bagi mengenalpasti kanak-kanak


yang mengalami masalah kekurangan motor halus melalui pemeriksaan neurologikal dapat
membantu guru prasekolah didalam aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Ini
kerana melalui pemeriksaan neurologikal, guru dapat mengetahui tahap kanak-kanak yang
mengalami masalah ini dalam pergerakan motor kasar dan aktiviti yang sesuai dilakukan oleh
kanak-kanak tersebut bagi membantu setiap perkembangan kanak-kanak tersebut. Diharapkan
pemeriksaan neurologikal dapat membantu guru prasekolah selaras dengan standard
kokurikulum prasekolah kebangsaan.

You might also like