You are on page 1of 4

KAQ1043

BIMBINGAN TINGKAHLAKU AWAL KANAK-KANAK

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK:

ULASAN JURNAL
‘RISK AND PROTECTIVE FACTORS ASSOCIATED WITH SPEECH AND
LANGUAGE IMPAIRMENT IN A NATIONALLY REPRESENTATIVE SAMPLE OF
FOUR TO FIVE YEAR OLD CHILDREN’

NAMA : NURSARA BINTI ABDUL MUNIR

NO KAD MATRIK : E20091000269

KUMPULAN KULIAH : C

SEMESTER : 4

NAMA PENSYARAH : CIK ANIS NORMA BT JAAFAR


Jurnal ‘Risk and Protective Factors Associated With Speech and Language Impairment in a
Nationally Representative Sample of Four to Five Year Old Children’ adalah bertujuan
mengenalpasti faktor yang berisiko dan faktor penyelamat untuk masalah pertuturan dan
bahasa dalam kalangan kanak-kanak. U.S. National Institute of Child Health and Human
Development (NICHD) telah menjalankan kajian tentang kemahiran berbahasa kanak-kanak
dan kesedian mereka untuk memasuki alam persekolahan. Bagi mengkaji faktor yang berisiko
atau faktor penyelamat kepada permasalahan pertuturan dan bahasa kanak-kanak, jurnal yang
dinyatakan telah menggunakan kaedah mengumpul data daripada kajian oleh ‘The Longitudinal
Study of Australian Children’ (LSAC; Sanson et al., 2002). Seramai 4983 orang kanak-kanak
iaitu 2537 orang daripadanya adalah kanak-kanak lelaki dan 2446 orang lagi adalah kanak-
kanak perempuan. Ibu bapa kepada kanak-kanak ini turut menyertai kajian oleh LSAC. Kajian
ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak tadika di Australia yang berumur empat tahun sehingga
berumur lima tahun.

Setelah kajian dijalankan faktor yang berisiko atau faktor penyelamat kepada permasalahan
pertuturan dan bahasa kanak-kanak telah dapat dikenalpasti. Dalam faktor kanak-kanak antara
domain yang menjadi faktor yang berisiko kepada permasalahan ini adalah jantina iaitu kanak-
kanak lelaki lebih cenderung mempunyai masalah dalam pertuturan dan bahasa. Domain
seterusnya adalah faktor pranatal iaitu kelahiran pramatang, lahir dengan tidak cukup berat dan
juga penggunaan rawatan intensif ‘neonatal’. Keadaan kesihatan kanak-kanak iaitu asma,
jangkitan telinga dan ‘bronchiolitis’ serta status pendengaran kanak-kanak di mana kanak-kanak
mempunyai masalah pendengaran turut menjadi faktor yang berisiko kepada permasalahan ini.
Selain itu juga, kanak-kanak yang mempunyai perilaku yang lebih reaktif dan kanak-kanak yang
mempunyai adik-beradik yang lebih tua daripadanya menjadi domain penyumbang kepada
faktor yang berisiko kepada permasalahan pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-
kanak. Secara keseluruhannya menurut Jadual 4 ( rujuk lampiran ), semua domain yang
menjadi faktor berisiko adalah disebabkan domain tersebut menunjukkan ianya lebih banyak
berisiko (risk) daripada selamat (protective) dalam keempat-empat pengukuran keputusan yang
dinyatakan. Manakala bagi faktor penyelamat kepada masalah ini pula termasuklah domain
tabiat menghisap iaitu kanak-kanak yang menyusu badan melebihi umur sembilan bulan,
kanak-kanak yang mempunyai perilaku yang tekun dan berterusan serta kanak-kanak yang
mempunyai lebih banyak perilaku sosial. Semua domain ini menjadi faktor penyelamat kepada
permasalahan pertuturan dan bahasa kerana ianya memberi kebaikan dan faedah kepada
kanak-kanak tersebut.

Menurut jurnal yang dinyatakan juga, domain kesejahteraan psikologi ibu adalah antara
faktor ibu bapa yang menjadi faktor pelindung kepada masalah pertuturan dan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana apabila seseorang ibu itu mempunyai kesejahteraan
psikologi maka kanak-kanak akan dapat meluahkan pertuturan dengan penuh ekspresi dan
kanak-kanak juga akan mudah memahami kata-kata ibu mereka. Bagi domain bahasa yang
dipertuturkan pula, tidak dapat dipastikan samada ianya faktor yang menjadi risiko atau faktor
penyelamat kepada permasalahan pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini
disebabkan oleh kanak-kanak tidak mempunyai masalah untuk mengekspresikan pertuturan
mereka dan mereka jarang menggunakan perkhidmatan pakar patologi. Akan tetapi, kanak-
kanak akan berisiko untuk mempunyai masalah pertuturan atau masalah bahasa apabila
mereka berada di negara orang. Ini kerana bahasa mereka akan menjadi bahasa yang tidak
dominan.

Faktor keluarga pula menurut jurnal yang dinyatakan, domain mempunyai adik-beradik
adalah dinyatakan sebagai faktor yang berisiko. Hal ini disebabkan oleh adik-beradik yang lebih
tua akan menggunakan perkataan dan bertutur mengikut kemodenan semasa dan mereka
sering bercakap bagi pihak adik mereka. Akan tetapi, Barr, McLeod, and Daniel (2008) telah
menemukan bukti yang menunjukkan bahawa domain ini tidak menjadi faktor yang berisiko
mahupun faktor penyelamat bagi permasalahan pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-
kanak. Penemuan tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak akan mendengar pelbagai
pertuturan serta bahasa yang diperkatakan oleh adik-beradik yang lebih tua dan ibu bapa
mereka. Hal ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak. Bagi domain persekitaran
pelajaran di rumah yang memberangsangkan pula, ia menjadi faktor penyelamat kepada
permasalahan yang dinyatakan. Bagi domain lain seperti domain umur ibu dan taraf
pembelajaran, pendapatan keluarga serta bilangan ahli keluarga dirumuskan sebagai apabila
kanak-kanak tinggal dalam keluarga yang sejahtera, maka kanak-kanak berkenaan kurang
mengalami masalah pertuturan dan bahasa. Mempunyai individu yang merokok di rumah dan
kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa menonton televisyen menjadi domain
penyumbang kepada faktor yang berisiko kepada permasalahan pertuturan dan bahasa
tersebut. Akan tetapi masih belum dapat dikenal pasti samada jumlah masa yang digunakan
untuk menonton televisyen mempengaruhi kemahiran berkomunikasi ataupun tidak.
Jurnal yang dinyatakan hanya mengkaji kanak-kanak yang berumur empat sehingga lima
tahun. Oleh itu, dapatan kajian jurnal ini tidak dapat digunakan untuk semua peringkat umur
kanak-kanak. Hal ini disebabkan oleh perkembangan kanak-kanak adalah berbeza mengikut
peringkat umur. Tambahan lagi, kajian di dalam jurnal yang dinyatakan dilakukan di Australia
sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian jurnal ini juga mungkin tidak sesuai digunakan
kepada kanak-kanak di lain-lain negara. Hal ini kerana budaya dan cara hidup kanak-kanak di
lain-lain negara tidak sama dengan cara hidup di Australia.

Kesimpulannya, Jurnal ‘Risk and Protective Factors Associated With Speech and Language
Impairment in a Nationally Representative Sample of Four to Five Year Old Children’ telah
mengemukakan faktor yang berisiko dan juga faktor penyelamat bagi masalah pertuturan dan
bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, para ibu bapa dan guru haruslah
memainkan peranan agar masalah yang dinyatakan akan dapat dikesan dari awal dan dapat
dicegah. Para ibu bapa dan guru juga haruslah mengambil serius perihal faktor-faktor yang
berisko agar mereka lebih berkualiti dalam mendidik serta menjaga kanak-kanak.

You might also like