You are on page 1of 3

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tiap-tiap soalan diikuti


oleh empat pilihan jawapan, iaitu (a), (b), (c) dan (d). antaranya, ada satu sahaja jawapan yang
betul. Anda dikehendaki membulatkan jawapan yang betul.

Pembalakan merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Malaysia selepas petroleum,


perlombongan dan pertanian. Pembalakan menduduki tempat keempat dalam senarai eksport
Malaysia. Kawasan pembalakan yang utama di Malaysia ialah Sandakan, Tawau, Lahad Datu di
Sabah. Di Semenanjung Malaysia pula, kawasan balak banyak terdapat di negeri Perak, Johor,
Terengganu dan Pahang. Di kawasan ini terdapat kayu-kayan daripada jenis seperti meranti,
keruing, cengal, dan balau. Balak ditebang dengan menggunakan gergaji rantai kemudian
dipotong. Balak itu akan dimuatkan ke dalam lori oleh jentera penarik untuk dibawa ke kilang
atau ke pelabuhan. Sebelum diproses, balak itu akan dikupas kulitnya bagi menjamin mutunya.

Kayu-kayu balak ada yang dieksport ke negara-negara Jepun, Australia, Singapura dan
Eropah. Sebahagian daripadanya diproses dalam negeri untuk dijadikan papan lapis, kayu tiang
dan pulpa. Di samping itu, kayu balak boleh dibuat perabot dan bahan untuk membuat bangunan.
Peranan kerajaan dalam penyelidikan dan pemasaran kayu balak juga telah membantu
memajukan lagi perusahaan ini di Malaysia. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan dalam
membantu perusahaan ini dengan menanam pokok yang cepat membesar, mengawal pengeluaran
balak dan mengehadkan pemberian lessen pembalakan. Lembaga Perusahaan Kayu-kayan pula
telah membuat penyelidikan bagi memastikan penghasilan kayu balak yang bermutu tinggi dan
mendapat tempat di luar negeri.

1. Mengapakah perusahaan kayu balak penting kepada Malaysia?


a) Pelbagai jenis kayu tumbuh di Malaysia.
b) Antara hasil eksport utama di Malaysia.
c) Banyak kawasan balak di Malaysia.
d) Eksport terpenting di Malaysia.

2. Bilakah kayu balak itu dikupas kulitnya?


a) Sebelum dipotong.
b) Sebelum diangkut dengan lori.
c) Selepas dibawa ke kilang.
d) Selepas dibawa ke pelabuhan.

3. Usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memajukan perusahaan balak di Malaysia
ialah
a) menjalankan kajian terhadap kayu balak.
b) menghasilkan perabot daripada kayu balak.
c) mengeksport balak ke negara-negara Eropah.
d) menggunakan jentera dalam perusahaan pembalakan.

4. Maksud perkataan memastikan dalam petikan di atas ialah


a) meyakinkan.
b) menetapkan.
c) menentukan.
d) mengekalkan.

5. Semua langkah berikut bertujuan untuk mengekalkan perusahaan balak di Malaysia


kecuali
a) menubuhkan Lembaga Perusahaan Kayu-kayan.
b) mengehadkan pemberian lesen pembalakan.
c) menanam pokok yang cepat membesar.
d) mengeluarkan balak dengan banyak.
Skor

You might also like