You are on page 1of 4

(Nombor 4) 

PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi Dalaman Penduduk.
Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri
memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Selulun,
sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor
pekerjaan di kawasan sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan
Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian
yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya
kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1)    Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
2)    Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
3)    Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
4)    Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
5)    Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.
6)    Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Selulun mengenai
kepentingan migrasi.
(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira
15 kilometer dari Bandar  Batu Pahat dan kira-kira 11 km dari pekan  Parit Sulong. Biasanya tambang bas
yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang
mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah
rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200 orang. Kampung saya juga mudah untuk
dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.
Kampung Selulun mempunyai tanah  subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian
besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu
dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum
Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan
sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan
pekerja swasta.
(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk
memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah
menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah
digunakan :-

1)    Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang
berlaku di kawasan kampung pt kassim

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk
mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada
penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang
keadaan kawasan kampung.
3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh
penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal
selidik – sila rujuk lampiran )
4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet
untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang berlaku
di Malaysia.

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN
8.1  Konsep Migrasi Penduduk
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri,
negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi
dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
8.2 Pola Migrasi Penduduk
Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung saya.
Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi luar bandar bandar
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.  Migrasi ini berlaku
disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang
pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah
kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan
swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.
ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar
Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan
yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR
telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan
pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah
ke kampung saya.
8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah
menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-
A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)
i)  melanjutkan pelajaran
- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk
melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP
(institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh
memberikan masa depan kepada pelajar.
ii) peluang pekerjaan
- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di
kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan
lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan
bandar.
B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)
iii) Governan
- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru
untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini
menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan
kampung saya
untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit
Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan


- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang
datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk
daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya
semakin bertambah secara semulajadi.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam
keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor
migrasi dalaman ini.
8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya  sebenarnya telah memberi yang positif dan
negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-
A ( KESAN POSITIF )
1) Penduduk Bertambah
- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah
meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan
penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun
penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.
2) Hasil Pertanian Bertambah
- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh
pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan
lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.
B ( KESAN NEGATIF )
3) Masalah Sosial
- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh
penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing
semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial
seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.
4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran
- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah
menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila
berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.
5) Struktur Penduduk Berubah
- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur
penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda
terutamanya lelaki. Keadaan ini  telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan
kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan
aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran
kampung  juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan
keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga
keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.
8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)
Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana
boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga


- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa
selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan
oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu
malam.
2) Wujudkan Peluang Pekerjaan
- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh
mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan
- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau
belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah  ke kawasan bandar.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah
dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal
bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga
kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu
ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.
Bahan Grafik
- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-
i)             Jadual
ii)            Graf
iii)           Carta Pai
iv)           Peta  Aliran
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai
(Nombor 9) RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini
perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh,
kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk
kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset
yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.
 

You might also like