You are on page 1of 3

Cabaran hapus isu perkauman PDF Print E-mail

Wednesday, 02 September 2009 08:01am


Utusanoleh Mohd. Khuzairi Ismail
SANGAT menyedihkan selepas 52 tahun kemerdekaan negara, kita masih lagi perlu di
ingatkan untuk meruntuhkan tembok perkauman. Dalam usia separuh abad terbinanya
negara Malaysia hasil kesepakatan dan toleransi pemimpin pelbagai kaum terdahulu
, semangat itu seharusnya sudah menjadi intipati dan sebati di dalam jiwa segena
p lapisan masyarakat.
Malangnya, kita hari ini lebih mengenali diri dan jati diri berdasarkan siapa ki
ta mengikut latar belakang kaum, ras, etnik atau asal-usul. Melayu, Cina dan Ind
ia akan selamanya dipisahkan sebagai kaum yang berbeza dan bukannya satu bangsa
Malaysia. Barangkali disebabkan jurang itu juga, banyak tuntutan dan polemik yan
g melangkaui sempadan agama dan kaum berlaku dalam masyarakat hari ini.
Jika inilah yang menjadi amalan, maka percayalah soal perpaduan akan terus mengh
ambat negara waima selepas berabad negara mengecapi kemerdekaan sekalipun.
Bukan rahsia lagi cabaran kepada perpaduan itu bermula pada era penjajahan Briti
sh yang memisahkan masyarakat Tanah Melayu menerusi dasar pecah dan perintah.
Dasar ini telah menyebabkan kita berpecah-belah mengikut pola kependudukan dan p
enempatan, jenis pekerjaan dan sistem pendidikan mengikut garis kaum. Namun itu
bukanlah alasan untuk kita terus-menerus meletakkan kesalahan tersebut kepada pe
njajah. Ini kerana kesilapan itu boleh diperbaiki apatah lagi negara sudah lama
mengecapi nikmat kemerdekaan.
Yang penting ialah sejauh mana dalam persekitaran hari ini, wujud sifat tolerans
i, hormat dan faham beralaskan kejujuran. Bagaimana elemen ini diterima berdasar
kan kepada kekuatan Perlembagaan?
Adakah setiap individu bersedia untuk membelakangkan amalan budaya dan kepercaya
an dan memberi keutamaan kepada nilai kemanusiaan?
Ini memandangkan nilai-nilai itu merupakan asas penting untuk meruntuhkan dindin
g yang memecah-belahkan masyarakat. Perkara ini turut ditekankan oleh Timbalan D
ekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr.
Sivamurugan Pandian.
Lebih jauh, beliau melemparkan pertanyaan sejauh mana setiap daripada kita melet
akkan diri dalam sebuah keluarga besar yang ada nilai 'pengorbanan' serta 'kompr
omi' yang ditinggalkan oleh warisan lepas?
Namun, tambah beliau, timbul dilema siapa yang harus berkorban dan siapa pula ha
rus berkompromi. Kemuafakatan dan keharmonian memberi penghormatan kepada nilai
kemanusiaan yang tidak melihat siapakah yang memberi lebih, dan siapa pula yang
kurang memberi dan lebih merasa.
''Jika wujud perasaan seperti itu, maka ia boleh berakhir dengan perasaan prasan
gka antara satu sama lain. Stereotaip akan menebal dan sifat etnosentrik akan me
ndominasi pemikiran seseorang individu," ujar beliau.
Sejajar dengan proses pemodenan dan pembangunan juga, masyarakat hari ini seolah
-olah semakin luntur nilai 'kemasyarakatan'. Yang muncul adalah sifat materialis
tik dan individualistik yang menyaksikan semakin luntur dan pupusnya sifat kejuj
uran kerana persaingan ini.
Ada yang berebut kekayaan untuk diri sendiri dan lupa ada masyarakat sekeliling.
Ada yang menyoal 'hak' dan 'tanggungjawab' serta 'Perlembagaan' yang hanya diru
juk mengikut keselesaan masing-masing.
Ini menyebabkan lahir ikatan longgar bukan sahaja dalam sesuatu kumpulan etnik t
etapi juga hubungan antara etnik. Kerana itu juga tambah Sivamurugan, seiring de
ngan proses modenisasi, kita semua harus mempunyai rasa bertanggungjawab.
Keluarga harus menanam nilai ini di rumah supaya anak mereka menjadi 'idola' di
mana sahaja kerana perpaduan sebenar bermula dari rumah. Ia mencerminkan kesungg
uhan kita bersama dalam apa sahaja keadaan.
''Kesemua etnik ada sifat etnosentrik untuk menanam semangat kekitaan tetapi leb
ih daripada itu, jika mereka memiliki perwatakan boleh hormat, faham dan bertola
k ansur dengan kumpulan etnik lain, maka perpaduan akan subur dengan sendirinya,
" tambah beliau.
Dalam masa yang sama, pemimpin juga perlu tampil sebagai individu contoh yang bo
leh diteladani oleh setiap lapisan masyarakat. Dalam suasana politik yang tidak
menentu ketika ini, pemimpin sewajarnya memiliki nilai 'kepimpinan' yang tinggi.
Paling utama, ia perlu berasaskan kepada toleransi dan semangat kerjasama yang
tinggi seperti yang ditunjukkan oleh pejuang kemerdekaan lampau.
Seperti yang dijelaskan oleh Sivamurugan, politik etnik telah mendominasi sejara
h politik tanah air sejak sekian lamanya. Walaupun ramai menyatakan bahawa selep
as 8 Mac 2008, pola pengundian menunjukkan bahawa kita sudah melangkaui garis ke
etnikan, namun sedar atau tidak, hakikatnya kita mempunyai kesedaran yang lebih
tinggi ke atas persoalan keetnikan selepas 8 Mac 2008.
''Demokrasi negara akan matang dengan sendirinya jika watak yang terlibat juga m
atang," tegasnya.
Persoalannya, adakah watak utama dalam politik mengetahui bahawa kita masih teri
kat dengan sentimen emosi dan bukan rasional dalam hal-hal tertentu walaupun ada
ketikanya kita mahukan kebebasan Barat dipraktis di negara ini.
Ada kekangan tertentu yang memberi limitasi ke atas kebebasan dalam sebuah negar
a yang terdiri dari masyarakat pelbagai etnik. Pemimpin harus berwaspada dalam m
emainkan sentimen perkauman kerana masyarakat hari ini lebih celik dari sudut il
mu, informasi dan pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat.
Pemimpin ada pengikut dan pengikut yang memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi
kepada pemimpin dan parti akan taksub dengan pemimpinnya sehingga bersedia untuk
melakukan apa sahaja untuk pemimpin tersebut.
Kerana itu juga tambah Sivamurugan, pemimpin perlu lebih bertanggungjawab dan me
mastikan bahawa walaupun berbeza ideologi politik, itu tidak bermakna kemuafakat
an harus dikorbankan untuk mencapai matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan kedu
dukan dan pangkat.
''Paling utama perpaduan tidak boleh dikompromi untuk apa sahaja walau untuk ses
iapa sekalipun. Dalam menyoal hak dan tanggungjawab, kita mesti bertekad mempert
ahan apa yang sedang terbina sekian lamanya," ujar beliau.
Pandangan yang serupa turut dikongsi oleh pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosi
ologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad.
Beliau turut melihat permainan politik di Malaysia tidak dapat lari daripada per
juangan berunsurkan kaum yang turut melebarkan jurang kemajmukan rakyat di negar
a ini.
Justeru bagaimana perpaduan dalam erti kata sebenar boleh dicapai dan masalah in
tegrasi kaum dapat diselesaikan jika parti berbaur perkauman itu masih dikekalka
n?
Kerana itu langkah terbaik ujar beliau ialah memansuhkan parti berasaskan perkau
man dan mewujudkan satu parti tunggal dengan perjuangan 1Malaysia. Persoalannya
mampukah ia dicapai secara aman?
Sesuatu yang pasti ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana jika tida
k, parti Barisan Nasional yang tidak pernah gagal memerintah negara sudah melaku
kannya sejak negara merdeka 52 tahun lalu. Ini kerana masyarakat Malaysia sudah
terpisah dengan jurang perbezaan kaum yang sangat nyata.
''Apa yang boleh dilakukan adalah melalui perjuangan ideologi bagi mengaburi per
juangan yang berorientasikan kaum seperti bangsa Malaysia, Wawasan 2020, Satu Ma
laysia," ujar Noor Sulastry.
Namun, itu bukanlah halangan untuk kita merealisasikan ideologi perjuangan kaum
menjadi kenyataan pada satu hari nanti.
Atas semangat perpaduan dan persaudaraan yang tinggi untuk membina satu wajah ba
ngsa Malaysia sebenar, perbezaan itu boleh menjadi persamaan yang mengikat kita
menjadi lebih bersaudara.

You might also like