You are on page 1of 22

Industri-Industri di Malaysia

Industri Elektrikal & Elektronik

Industri elektrik dan elektronik menerajui sektor industri Malaysia dengan menyu
mbang sebahagian besar kepada keluaran, eksport dan gunatenaga perkilangan negar
a. Pada 2006, keluaran kasar industri ini berjumlah RM214.9 bilion, manakala eks
port produk elektrik dan elektronik adalah sebanyak RM282.2 bilion atau 61.7 per
atus daripada jumlah eksport perkilangan. Industri berkenaan telah mewujudkan 3
97,553 peluang pekerjaan dan menyumbang 36.6 peratus kepada keseluruhan gunatena
ga dalam sektor perkilangan.

Pada masa ini, industri elektronik Malaysia berjaya membina keupayaan dan kema
hiran yang signifikan bagi mengeluarkan rangkaian meluas peranti semikonduktor,
barangan elektronik pengguna lebih canggih dan produk teknologi maklumat dan kom
unikasi (ICT).

Elektronik Pengguna
Sub-sektor ini merangkumi pengeluaran peti televisyen berwarna, produk audio vis
ual seperti alat pemain CD/VCD/DVD, panggung di rumah, alat pemain muzik bimbit,
kamkoder dan kamera digital. Industri ini sedang menyaksikan peralihan kepada
penggunaan teknologi paparan panel leper dan pengeluaran produk audio/video digi
tal pelbagai fungsi. Pelaburan modal dalam sub-sektor ini bagi tempoh 2000 hing
ga 2006 berjumlah RM3.8 bilion
Komponen Elektronik
Produk-produk di bawah sub-sektor ini termasuk peranti semikonduktor (wafer fabr
ikasi, IC dan reka cipta IC), komponen pasif (kapasitor, induktor dan perintang)
dan komponen-komponen lain (seperti media storan, bahagian pemacu keras, PCB da
n bahagian/komponen logam dan plastik bagi elektrik dan elektronik (aplikasi E&E
). Pelaburan modal bagi tahun 2006 berjumlah RM7.6 bilion. Dalam sub-sektor b
erkenaan, industri semikonduktor menguasai dari segi pengeluaran, pengwujudan p
ekerjaan dan sumbangan eksport. Peranti semikonduktor utama yang dikeluarkan ada
lah litar bersepadu lelurus dan digital, memori dan prosesor mikro, opto-elektro
nik, peranti diskret, hibrid dan tatatur. Menurut Buku Kecil Statistik UNCTAD ba
gi 2005, Malaysia merupakan pengeksport kedua terbesar bagi peranti semikondukto
r di kalangan negara-negara membangun. Eksport peranti semikonduktor pada 2006
bernilai RM93.5 bilion atau 36.1peratus daripada keseluruhan eksport elektrik da
n elektronik.

Elektronik Perindustrian
Sub-sektor ini merangkumi produk-produk ICT seperti komputer dan perkakasan komp
uter, telekomunikasi, optik; dan produk-produk elektronik perindustrian lain sep
erti peralatan pejabat (mesin penyalin, mesin faks, mesin taip, mesin memproses
data automatik) dan alat pengawal perindustrian. Syarikat-syarikat dalam sub-se
ktor ini sudah beranjak kepada pengeluaran dan pembangunan produk-produk elektro
nik perindustrian lebih canggih seperti peralatan rangkaian komputer, peralatan
audio visual digital generasi baru dan peranti storan data (kepala magnetik MR,
media cakera padat (CD), pemacu cakera keras). Pelaburan modal di bawah sub-sek
tor berkenaan adalah sebanyak RM1.51bilion bagi tahun 2006.

Elektrik

Produk-produk elektrik dikategorikan kepada tiga sub-sektor, iaitu peralatan per


industrian, komponen elektrik dan perkakas isi rumah. Pada masa ini, terdapat l
ebih 238 syarikat yang mengeluarkan rangkaian meluas produk seperti perkakas ele
ktrik isi rumah, wayar dan kabel dan peralatan elektrik perindustrian. Aktiviti
-aktiviti pembuatan dalam industri elektrik telah berkembang daripada semata-mat
a pemasangan kepada reka bentuk dan pembangunan komponen-komponen lebih canggih
bagi jenama-jenama asing termasuk R&D, reka bentuk dan pemasaran jenama tempatan
bagi pasaran-pasaran serantau dan global. Pada 2006, Malaysia mengeskport prod
uk elektrik bernilai RM23.1bilion. Pelaburan modal di bawah sub-sektor berkenaa
n berjumlah RM0.6 bilion bagi tahun 2006.

Untuk melihat brosur Electronics, Electronic Manufacturing Services and Photonics


Industries , sila muat turun PDF berkenaan.

Industri Sokongan Kejuruteraan

Industri sokongan kejuruteraan Malaysia, yang merangkumi industri-industri acuan


, pemesinan, pengecapan logam, tuangan logam beracuan, rawatan haba dan penyadur
an/rawatan permukaan, telah membangun dengan pesatnya dalam tempoh tiga dekad ya
ng lalu seiring pertumbuhan menyeluruh sektor perkilangan negara ini.

Pembangunan yang signifikan telah berlaku dalam pembuatan bahagian-bahagian untu


k sektor-sektor elektrik dan elektronik, automotif dan pembinaan. Kini, terliha
t satu aliran baru yang menjurus kepada pempelbagaian bagi mengeluarkan komponen
-komponen utama dan peralatan siap untuk pasaran tempatan dan eksport.

Acuan

Sektor acuan menerajui industri sokongan kejuruteraan di negara ini. Terdapat k


ira-kira 350 syarikat yang menggaji hampir 14,000 pekerja yang mana 50 peratus d
aripadanya tergolong dalam kategori mahir dan profesional.

Sektor acuan di Malaysia berkeupayaan untuk mengeluarkan kebanyakan jenis acuan


dan perkakas bagi memenuhi keperluan pelbagai perkakas sektor perkilangan. Keti
ka ini, 40 peratus daripada pengeluaran acuan memenuhi keperluan industri elektr
ik dan elektronik, manakala 27 peratus daripadanya adalah untuk industri plastik
.
Industri acuan di Malaysia berpotensi besar untuk berkembang memandangkan 60 per
atus daripada permintaan tempatan untuk acuan pada masa ini masih diimport. Perk
embangan industri ini pada masa depan akan memfokus kepada pengeluaran perkakas
persisan tinggi dan rumit bagi sektor elektrik dan elektronik dan acuan besar b
agi sektor-sektor seperti industri komponen automotif.

Pemesinan

Sektor pemesinan Malaysia dibahagikan kepada dua kategori:

1) Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemesinan kepada industri-indust


ri lain berdasarkan tempahan kerja.
2) Syarikat yang menyediakan bahagian-bahagian bermesin persisan seperti j
ig dan lekapan, bahagian berlarik, aci, pin, sesendal atau bahagian-bahagian ber
mesin lain.

Pada masa ini, terdapat lebih 150 syarikat yang beroperasi bagi menyediakan perk
hidmatan pemesinan persisan khusus dan perkidmatan pemesinan sokongan am untuk m
emenuhi permintaan industri perkilangan tempatan.

Sesetengah pembekal penyelesaian pemesinan bersepadu tinggi ini boleh menjalanka


n pemesinan dengan toleransi serendah 1 hingga 5 mikron. Garis pusat yang mampu
dilarik adalah serendah 1mm hingga kira-kira 550mm. Kebanyakan syarikat ini mem
punyai pusat-pusat pemesinan yang canggih dengan keupayaan mengerigi saiz produk
sehingga 0.6 meter padu dan sesetengahnya berkeupayaan untuk memesin gear dan a
ci persisan yang amat kecil untuk jam tangan, jam dan kamera. Sebilangan syarik
at pemesinan yang berkeupayaan tinggi ini juga telah mempelbagaikan aktiviti mer
eka kepada bidang reka bentuk dan mengeluarkan sistem dan peralatan automasi ter
utamanya untuk industri-industri semikonduktor, elektrik dan elektronik.

Pembangunan pesat dalam industri-industri elektrik dan elektronik, pembuatan mes


in dan automotif di Malaysia akan memperluaskan lagi permintaan terhadap bahagia
n berlarik dan komponen bermesin serta perkhidmatan pemesinan.

Pengecapan Logam

Industri pengecapan logam adalah sebuah industri yang tertubuh di Malaysia denga
n lebih 300 syarikat membekalkan bahagian-bahagian dicap/ditekan kepada rangkai
an industri seperti automotif, elektrik & elektronik, mesin dan peralatan serta
peralatan pengukur persisan dan pengujian. Industri ini sedang berkembang dan m
embangun ke arah pengecapan kelajuan tinggi dan menembusi pembuatan bahagian-bah
agian persisan lebih tinggi dan saiz semakin kecil. Sesetengah syarikat besar m
ampu membuat pengecapan bahagian sehingga toleransi persisan antara 5 10 mikron.

Tuangan Logam Beracuan

Sektor ini adalah pembekal utama komponen kepada industri-industri elektrik, ele
ktronik, automotif dan telekomunikasi. Pada masa ini, terdapat lebih 60 syarika
t yang beroperasi. Kira-kira 50 peratus daripada produk tuangan logam beracuan
yang dikeluarkan di Malaysia memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang mengelua
rkan komputer, perkakasan komputer, kamera dan perkakas elektrik isi rumah, mana
kala 30 peratus lagi adalah untuk pengeluaran komponen automotif.

Penyaduran/Rawatan Permukaan

Sektor penyaduran/rawatan permukaan Malaysia, yang terdiri daripada lebih 35 sya


rikat, mampu untuk menjalankan pelbagai proses presisan seperti penyaduran elekt
ro kumpulan dan berterusan, penyaduran elektro persisan, penyaduran tanpa elektr
o, penyaduran elektro berfungsi, pendepositan elektro katod, rawatan dakrot, pem
fosfaan, pempasifan, penganodan, pengkromatan, penyaduran elektro untuk industri
semikonduktor termasuk litar bersepadu dan kerangka mendulu, penyaduran sinter
dan pendepositan wap fizikal.

Permintaan yang semakin bertambah bagi perkhidmatan penyaduran/rawatan permukaan


dalam industri-industri elektrik, elektronik, automotif dan komponen mesin tela
h mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru.

Malaysia menggalakkan penubuhan kilang-kilang penyaduran moden tambahan untuk me


lengkapkan pembangunan perindustrian negara yang pesat dan untuk mengatasi kebim
bangan terhadap impaknya ke atas alam sekitar yang sering dikaitkan dengan indus
tri penyaduran.

Rawatan Haba

Terdapat kira-kira 20 syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan rawatan


haba bagi rawatan haba tali jejaring berterusan, penyusukan karbon, penitridaan
karbon, penitridaan, penyusukan karbon nitro, pengerasan vakum, pencelupan, peny
epuhan lindap, pengnormalan dan pengwajaan pelbagai jenis produk diperbuat darip
ada keluli.

Sebagai perkhidmatan yang diperlukan oleh kebanyakan industri berasaskan logam,


sektor rawatan haba dijangka berkembang seiring pembangunan pesat industri-indus
tri mesin dan peralatan, acuan, produk sekunder besi dan keluli, dan komponen au
tomotif.
Industri Produk Makanan

Sektor pemprosesan makanan menyumbang kira-kira 10 peratus kepada keluaran perki


langan Malaysia. Makanan diproses dieksport ke lebih 80 negara, dengan eksport
tahunan bernilai lebih RM6 bilion yang mewakili dua pertiga daripada keseluruhan
eksport makanan bernilai lebih RM10 bilion.

Sungguhpun eksport sektor ini telah meningkat dua kali ganda sepanjang sepuluh t
ahun lalu, Malaysia terus menjadi pengimport bersih produk makanan dengan import
tahunan lebih RM15 bilion.
Dari segi bilangan, syarikat perusahaan kecil dan sederhana menguasai industri m
akanan di Malaysia. Kumpulan-kumpulan utama adalah ikan dan produk ikan, terna
kan dan produk ternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan sektor berasaskan k
oko.

Industri pemprosesan ikan sebahagian besarnya adalah berorientasikan eksport dan


merangkumi pemprosesan udang, pengetinan ikan, dan pengeluaran produk surimi.
Kebanyakan ladang akuakultur di Malaysia terbabit dalam ternakan dan pemprosesan
udang, terutama untuk pasaran eksport. Sesetengah syarikat telah beranjak kepa
da pengeluaran produk tambah nilai tinggi termasuk produk-produk berserdak roti
dan beradunan tepung, serta makanan tambahan.

Bagi industri ternakan, Malaysia merupakan pengeksport daging ternakan. Bagaima


napun, negara ini masih menjadi pengimport bersih produk-produk daging, terutama
daging lembu dan kambing. Pemprosesan daging ayam mempunyai rantaian mengundur
dengan sektor ternakan ayam dan ia mewakili lebih 60 peratus daripada jumlah d
aging diproses.
Industri pemprosesan buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia berpotensi besar
untuk dimajukan ke arah penggantian import serta sektor eksport. Buah naga sema
kin popular untuk dijadikan aktiviti nilai tambah. Buah-buahan lain yang menda
pat sambutan baik di pasaran eksport adalah buah jambu batu merah, buah markisah
dan nenas untuk dijadikan puri dan jus. Para pelabur digalakkan untuk mengusaha
kan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secara komersial bagi memastikan bek
alan dan kawalan kualiti yang konsisten.

Malaysia ketika ini adalah negara pemprosesan koko terbesar di Asia dan berada d
i tangga keempat di dunia. Malaysia merupakan pengeskport bersih produk-produk
koko termasuk coklat. Produk-produk koko Malaysia dieksport ke lebih 66 negara,
termasuk Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jepun, Singapura dan New Zealan
d.

Ketika ini, bidang utama pertumbuhan dan pembangunan dalam industri pemprosesan
makanan di Malaysia adalah makanan berkhasiat, makanan mudah sedia, ramuan makan
an dan makanan halal.

Dengan kesedaran yang meningkat terhadap kesihatan dan makanan bernutrisi, permi
ntaan bagi makanan berkhasiat, makanan segar diproses secara minimum dan makanan
organik dijangka meningkat. Selain produk organik, makanan berkhasiat termasuk
produk-produk kalori rendah dan kaya serat/zat, jus buah-buahan dan produk-prod
uk herba. Produk khusus nilai tambah tinggi berasaskan minyak sawit untuk memen
uhi permintaan mereka yang menjaga kesihatan dan pengguna-pengguna pemayur juga
mempunyai potensi untuk dimajukan di Malaysia.

Dengan gaya hidup yang berubah, makanan mudahsedia terus menjadi satu trend. Di
Malaysia, pengilang-pengilang makanan sedang memperkenalkan makanan-makanan mud
ahsedia baru dengan resipi selera Asia untuk memenuhi minat yang kian bertambah
bagi makanan etnik. Makanan mudahsedia yang dikeluarkan di Malaysia adalah dala
m bentuk dingin beku, sedia dimasak, sedia dimakan dan sedia diminum.

Perisa dan bahan perasa makanan, pemanis dan aditif berasaskan minyak sawit adal
ah di antara produk-produk yang berpotensi untuk dimajukan bagi ramuan makanan.
Ketika ini, Malaysia mengimport kira-kira 70 peratus keperluan ramuan makananny
a.

Bagi makanan halal, nilai pasaran global dianggarkan kira-kira AS$547 bilion set
ahun. Menyedari kepentingan dan potensi industri ini, negara-negara Islam dan b
ukan Islam mengambil pelbagai inisiatif untuk merebut peluang daripada prospek p
ertumbuhan industri berkenaan. Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang moden
, mempunyai kelebihan daya saing dan berada dalam kedudukan yang baik untuk menj
adi hab bagi promosi, pengedaran dan pengeluaran makanan halal.
Untuk melihat brosur Food Industry , sila muat turun PDF berkenaan.

Industri Sains Hayat

Industri sains hayat Malaysia merangkumi tiga sektor utama, iaitu bioteknologi,
farmaseutikal dan peranti perubatan.
Bioteknologi

Industri bioteknologi merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan bioteknologi y


ang diperolehi daripada penggunaan teknologi membabitkan aplikasi organisma hidu
p, bahagian-bahagian dan komponen-komponen mereka, atau sistem-sistem dan proses
-proses biologikal.

Bioteknologi dikenal pasti sebagai salah satu daripada lima teknologi teras yang
akan mempercepatkan tranformasi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian me
njelang 2020, dan dengan itu menerima sokongan dan komitmen kukuh kerajaan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2020), usaha akan dipertingkatkan bagi me


majukan industri bioteknologi sebagai pemacu baru pertumbuhan ekonomi. Fokus ak
an diberikan terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian, penjagaan kesihat
an, aktiviti perindustrian dan bio-informatik.

Bagi menyokong pembangunan industri berkenaan, kerajaan akan menambah baik keran
gka peraturan pelaburan, memajukan prasarana yang relevan, menambabh baik akses
kepada pembiayaan kewangan, meningkatkan kadar pengkomersialan R&D, meningkatkan
bilangan pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi, serta menarik rakan-rakan k
ongsi R&D asing.

Pada 28 April 2005, kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara (NBP) y
ang menggariskan konsep dan langkah utama yang ditawarkan kerajaan bagi melonjak
kan industri bioteknologi Malaysia.

Pelaksanaan NBP merangkumi tiga fasa utama:

membina kapasiti (2005-2010)


menjana perniagaan daripada sains (2011-2015)
merubah Malaysia menjadi sebuah pemain global (2016-2020)
Ia bermatlamat agar menjelang 2020 Malaysia akan menjadi sebuah pemain global da
lam bioteknologi dan akan menjana sekurang-kurangnya 20 syarikat Malaysia di per
sada global.

Bagi memacu pelaksanaan NBP, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) tela


h ditubuhkan pada 2005 untuk bertindak sebagai agensi peneraju dalam memudahcara
kan pembangunan industri bioteknologi Malaysia. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan
Malaysia menerusi BiotechCorp, akan menganugerahkan Status BioNerxus kepada syar
ikat-syarikat bioteknologi dan sains hayat yang layak untuk menikmati keistimewa
an yang terkandung dalam Bil Jaminan BioNexus dan insentif-insentif fiskal.

Bil Jaminan BioNexus menyediakan keistimewaan berikut:-

Ø Kebebasan pemilikan;
Ø Kebebasan menyumber pembiayaan kewangan secara global;
Ø Kebebasan membawa masuk pekerja pengetahuan;
Ø Kelayakan bagi insentif kompetitif dan bantuan lain;
Ø Kelayakan untuk menerima bantuan bagi akreditasi dan standard antarabangsa;
Ø Rejim harta intelek (IP) yang kukuh;
Ø Akses kepada rangkaian maklumat sokongan yang menghubungkan pusat-pusat penyel
idikan kecemerlangan;
Ø Akses kepada makmal perkongsian dan kemudahan-kemudahan lain; dan
Ø BiotechCorp sebagai agensi sehenti.

Kerajaan juga telah mengumumkan pengwujudan BioNexus Malaysia, iaitu satu usaha
yang beranjak daripada memfokus terhadap prasarana kepada tumpuan membina keupay
aan institusi-institusi yang sedia ada. BioNexus Malaysia, pada asasnya, adalah
satu jaringan antara pusat-pusat kecemerlangan di seluruh negara, yang terdiri
daripada syarikat-syarikat dan institusi-institusi yang mengkhusus dalam sub-sek
tor bioteknologi spesifik. Buat permulaan, tiga Pusat Kecemerlangan akan ditubu
hkan sebagai sebahagian daripada BioNexus seperti berikut:-

Institut Bioteknologi Pertanian di Serdang


Institut Genomik Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selan
gor dan
Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal Negara di Universiti Sains Malaysia (USM)
, Pulau Pinang.

Pusat-pusat Kecemerlangan ini akan menjadi sauh dan menarik penubuhan institusi-
institusi lain serta syarikat-syarikat dalam bidang-bidang kepakaran berkaitan d
an ia akan berhubungan dengan pusat-pusat BioNexus lain di merata negara dalam s
atu jaringan kerjasama dan pertukaran idea.

Insentif yang ditawarkan bagi Syarikat Berstatus BioNexus adalah seperti berikut
:-

1. Bagi syarikat berstatus BioNexus

i. pengecualian 100 peratus cukai pendapatan untuk 10 tahun dari tah


un pertama syarikat meraih keuntungan; atau Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus ke
atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun;

ii. pengecualian cukai ke atas dividen yang diagihkan syarikat;

iii. pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan mentah/ko
mponen dan mesin/peralatan;

iv. potongan berganda ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi prom


osi eksport;

v. kadar cukai konsesi sebanyak 20peratus ke atas pendapatan daripad


a aktiviti-aktiviti yang layak bagi 10 tahun lagi selepas tamat tempoh pengecual
ian cukai;

2. Bagi syarikat yang melabur dalam anak syarikatnya, yang mana ada
lah sebuah syarikat berstatus BioNexus, ia boleh diberikan potongan cukai bersa
maan jumlah pelaburan yang dibuat dalam anak syarikat itu dengan syarat syarikat
yang melabur memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus anak syarikat berkenaan.
3. Sebuah syarikat atau individu yang melabur dalam sebuah syarikat B
ioNexus diberikan potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat dalam mo
dal benih (seed capital) dan pembiayaan peringkat awal.

Syarikat Berstatus BioNexus juga layak untuk memohon Geran Pengkomersialan Biote
knologi berikut daripada BiotechCorp:

1) Pembiayaan benih (seed) sehingga RM2.5 juta


2) Geran Bersamaan R&D sehingga RM1.0 juta
3) Geran Bersamaan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa sehingga RM1.25
juta

Untuk maklumat lanjut mengenai industri ini, anda boleh menghubungi BiotechCorp
di alamat berikut:-

Datuk Iskandar Mizal Mahmood (Ketua Pegawai Eksekutif)


Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd
Aras 23 Menara Naluri
161 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-21165588
Faks: 03-2116541
Laman web: www.biotechcorp.com.my

Farmaseutikal

Industri farmaseutikal Malaysia berkeupayaan untuk mengeluarkan hampir semua ben


tuk dos ubat, termasuk persediaan steril seperti persediaan ubat mata, ubat sunt
ikan, kapsul gelatin lembut dan ubat-ubatan pelepasan berjangka.

Pengilang-pengilang farmaseutikal Malaysia memfokus kepada segmen niche yang mar


ginnya tinggi, dan dengan itu menambah nilai kepada produk-produk sedia ada mela
lui teknologi-teknologi penyampaian ubat-ubatan yang bertambah baik, dan semakin
beranjak kepada bidang biofarmaseutikal dan generik berjenama termasuk bio-ekui
valen untuk kekal berdaya saing.

Dengan keanggotaan Malaysia dalam Konvensyen Pemeriksaan Farmaseutikal dan Kerja


sama Pemeriksaan Farmaseutikal/Skim (PIC/S) pada Januari 2002, eksport produk fa
rmaseutikal negara melonjak, terutama di kalangan negara-negara anggota, termasu
k Kesatuan Eropah, Australia dan Kanada.
Pihak berkuasa utama yang mengawal pengeluaran, import dan jualan farmaseutikal
(termasuk ubat-ubat tradisional) di Malaysia adalah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
(DCA), Kementerian Kesihatan. Setakat 31 Disember, 2006, sejumlah 246 syarikat
farmaseutikal dengan pensijilan Amalan Pengilangan yang Baik telah berdaftar d
engan DCA.

Daripada jumlah itu, 85 syarikat terbabit dalam pengeluaran ubat-ubatan moden ya


ng terdiri kebanyakannya analgesik, antasid, anti-hipertensi, diuretik, antibiot
ik, dan anti-histamina bentuk pil, kapsul, titikan, serbuk, krim, ubat sapu, sun
tikan, sirup, oftalmik dan persediaan nasal. Baki 161 syarikat adalah pengilang
-pengilang ubat-ubatan tradisional dan herba.

Perundangan Harta Intelek Malaysia menepati standard antarabangsa dan menyediaka


n perlindungan yang cukup kepada kedua-dua para pelabur tempatan dan asing. Per
badanan Harta Intelek Malaysia (IPCM) telah ditubuhkan pada Mac, 2003 untuk meng
ambil alih fungsi-fungsi Bahagian Harta Intelek (IPD), Kementerian Perdagangan D
alam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, satu petunjuk komitmen Kerajaan untuk menyed
iakan satu persekitaran yang kondusif bagi pelaksanaan hak harta intelek yang le
bih baik.

Malaysia juga menjadi penandatangan kepada Perjanjian Hak Harta Intelek Berkaita
n Perdagangan (TRIPS). Berkuat kuasa dari 16 Ogos 2006, Malaysia menjadi penand
atangan kepada Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) yang memudahcarakan pendaftaran
paten dan sekali gus memberi perlindungan kepada pencipta-pencipta asing. PCT i
tu membenarkan permohonan paten antarabangsa difailkan sama ada secara serta merta
atau dalam tempoh satu tahun dari tarikh memfailkan permohonan paten di mana-ma
na negara anggota.

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), yang terdiri daripada jaringan 14 CRC di mera
ta negara, bertindak sebagai pusat sehenti bagi mendapatkan akses kepada semua
hospital dan klinik Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian klinikal di Ma
laysia.

Ketika ini, pengilangan produk farmaseutikal dan produk berkaitan (yang termasuk
barangan farmaseutikal, reagen diagnostik klinikal, gelatin atau produk gelatin
, intravena, larutan dialisis atau saliran, vaksin, ubat-ubatan) layak untuk in
sentif-insentif Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

Pembangunan, pengujian dan pengeluaran farmaseutikal yang digalakkan di bawah bi


oteknologi layak untuk mendapat insentif Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelabu
ran bagi syarikat teknologi tinggi.

Peranti Perubatan

Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengeluaran dan p


engeksportan sarung tangan perubatan dan kateter di dunia, dengan membekalkan 8
peratus daripada pasaran dunia untuk kateter, dan 70 peratus untuk sarung tangan
getah.

Pengeluaran sarung tangan perubatan telah beranjak lebih tinggi dalam rantaian n
ilai, dengan pengeluaran sarung tangan yang berkualiti lebih tinggi dan khusus s
eperti sarung tangan perubatan berprotein rendah dan bebas serbuk, sarung tangan
keselamatan dan sarung tangan bilik bersih .

Produk-produk peranti perubatan lain yang dikeluarkan di Malaysia termasuk alat


suntikan, peralatan pembedahan, set pemindahan darah, transduser tekanan darah,
larutan dialisis, gas perubatan, jarum hipodermik/spinal/AV fistula, tiub & beg
perubatan, peralatan radiografi diagnostik, produk ortopedik dan kit prosedur.

Sungguhpun industri perubatan negara kini masih tertumpu kepada produk berasaska
n getah, semakin banyak syarikat yang kini beranjak kepada pembuatan produk buka
n berasaskan getah, iaitu yang diperbuat daripada plastik, silikon, dan aloi log
am.

Sektor peranti perubatan sedang mengembangkan rantaian nilainya dengan beranjak


daripada proses-proses asas dan konvensional kepada penyelidikan dan pembangunan
produk dan proses, mereka bentuk dan menyediakan protaip, pengedaran dan logist
ik.

Kebanyakan produk perubatan yang dikeluarkan di Malaysia dikawal secara sendiri


dan menepati standard kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti P
entadbiran Makanan dan Dadah (Amerika Syarikat), Jabatan Kesihatan (United Kingd
om) dan Bundesgesundheitsamt (Jerman).

Kementerian Kesihatan Malaysia merancang untuk melaksanakan sistem kawalan peran


ti perubatan secara berperingkat. Fasa pertama skim pendaftaran peranti perubat
an yang akan dihadkan kepada pendaftaran sukarela syarikat-syarikat telah dilanc
arkan pada 12 Januari, 2006. Pendaftaran mandatori dan penguatkuasaan penuh per
aturan dijangka akan dilaksanakan menjelang 2008. Sebuah jabatan baru di bawah
Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan, iaitu Biro Peranti Perubatan telah
ditubuhkan bagi menyelia pembangunan sistem kawalan peranti perubatan. Persetuj
uan secara prinsip telah dicapai agar peraturan itu diselaraskan dengan garispan
duan yang ditetapkan Kumpulan Kerja Pengharmonian ASEAN dan Pasukan Kerja Pengha
rmonian Global.

Peluang-peluang pelaburan tersedia bagi produk-produk berikut:

Peranti elektromekanikal (misalnya elektrokardiograf)


Peranti implan aktif (misalnya perentak kardium, perangsang saraf)
Peranti oftalmik & optik
Peralatan perubatan berasaskan bukan getah
Untuk melihat brosur Medical Device Industry , sila muat turun PDF berkenaan.
Industri Jentera dan Kelengkapan

Kerajaan telah mengenal pasti industri mesin dan peralatan (M&E) sebagai salah
satu bidang utama untuk pertumbuhan dan pembangunan. Ia akan memfokus kepada pe
ngilangan M&E bernilai tambah tinggi dan berteknologi tinggi.

Bagi pembangunan masa depan industri M&E, enam teras strategik telah ditetapkan
sepanjang tempoh IMP3 (2006-2020):-

1. mempromosikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran, perdagangan dan pengedar


an serantau bagi mesin dan peralatan

2. mempergiatkan pembangunan dan promosi mesin dan peralatan khas terpilih da


n berteknologi tinggi

3. mengukuhkan industri sokongan kejuruteraan dan perkhidmatan sokongan


4. memajukan Standard Malaysia untuk mesin dan peralatan

5. membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang cukup

6. mengukuhkan institusi sokongan bagi pembangunan masa depan industri berken


aan.

Pembangunan masa depan industri M&E di Malaysia akan dipacu oleh kemajuan teknol
ogi, pengkhususan proses dan pengendalian dalam masa yang lebih singkat bagi mem
enuhi keperluan pelanggan, penyampaian yang lebih cepat dan kos yang lebih renda
h.

Sehubungan itu, pengilang-pengilang perlu mengkukuhkan kekuatan mereka dalam akt


iviti-aktiviti teras, seperti R&D, D&D, pembangunan perisian, integrasi sistem,
pemasangan, pengujian dan kalibrasi serta memfokus kepada kualiti pengeluaran.

Pengilangan bahagian dan komponen serta modul yang mana adalah lebih berintensif
kan modal akan disumber luar supaya kos dapat dikekalkan rendah. Peningkatan pe
rmintaan dan kos pengeluaran akan memerlukan lebih banyak penyumberan luar dilak
ukan bagi operasi pemasangan, dan pengujian dan kalibrasi syarikat-syarikat pen
gilang peralatan asal (OEM).

Industri ini juga disokong oleh rangkaian meluas perkhidmatan kejuruteraan kriti
kal. Syarikat-syarikat Malaysia telah mencapai pengiktirafan antarabangsa dari
segi keupayaan dan kualiti dalam pelbagai bidang aktiviti iaitu acuan, tuangan l
ogam beracuan, pemesinan, pengecapan logam, kejuruteran permukaan dan fabrikasi
logam.

Industri-industri sokongan kejuruteraan sudah mula menunjukkan peningkatan dan t


erdapat pengubahsuaian dalam keupayaan pengeluaran mereka bagi memenuhi pembekal
an bahagian komponen dan modul yang jumlahnya kecil, bernilai tambah tinggi dan
persisan tinggi untuk industri M&E.

Secara amnya, terdapat satu trend di dalam industri ini, termasuk penyumberan lu
ar, di mana berlaku kecenderungan untuk mengurangkan pangkalan bekalan supaya da
pat menurunkan kos pengurusan rantaian bekalan. Ia memerlukan pembekal-pembekal
utama menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh atau pembekal global dengan meng
umpulkan pembekal-pembekal khusus yang lebih kecil bagi menyediakan penyelesaian
lengkap kepada OEM.

Sehubungan itu, Malaysia pada masa ini menggalakkan syarikat-syarikat supaya men
gatur langkah untuk menjadi Pusat-Pusat Sehenti yang mampu menyediakan penyelesaia
n menyeluruh kepada pelanggan-pelanggan. Pusat-Pusat Sehenti ini akan menawarkan
perkhidmatan bersepadu, daripada konsepsi produk hinggalah pengeluaran bersiri d
an pengurusan keseluruhan proses termasuk logistik, pembungkusan, pengujian dan
persijilan.

Untuk melihat brosur Machinery and Equipment Industry , sila muat turun PDF berkena
an.
Untuk melihat brosur Engineering Supporting Industries , sila muat turun PDF berken
aan.

Industri Petrokimia dan Polimer

Industri petrokimia adalah sektor penting di Malaysia dengan pelaburan berjumlah


RM32bilion setakat akhir 2006. Bermula sebagai pengimport petrokimia, Malaysia
kini adalah pengeksport utama produk-produk petrokimia. Pelbagai produk petrok
imia dikeluarkan di Malaysia seperti olefin, poliolefin, aromatik, aksida etilen
a, glikol, okso-alkohol, eksoksilat, asid akrilik, flalik anhidrida, asid asetik
, monomer stirena, polistirena, etilbenzena, monomer vinil klorida dan klorida p
olivinil serta polibutilena tereftalat.

Pertumbuhan pesat industri itu disebabkan terutamanya oleh ketersediaan minyak d


an gas sebagai bahan suapan, prasarana yang maju, pangkalan perkhidmatan sokonga
n yang kukuh, daya saingan kos negara, serta lokasi strategik Malaysia di ASEAN
dan kedudukannya yang berdekatan pasaran-pasaran utama di Timur Jauh.

Malaysia mempunyai rezab gas asli yang ke-13 terbesar dan rezab minyak mentah ya
ng ke-24 terbesar di dunia. Pada 2006, Malaysia menghasilkan gas asli bersamaan
940,000 tong minyak sehari dan minyak mentah bersamaan 699,800 tong minyak sehar
i. Malaysia juga memiliki kemudahan pengeluaran gas cecair asli terbesar di dun
ia yang terletak di lokasi yang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 23 juta
tan metrik setahun.

Bekalan gas yang mudah diperolehi untuk tempoh jangka panjang dan terjamin memas
tikan pembangunan mapan industri petrokimia negara. Projek Penggunaan Gas Semena
njung (PGU) Petronas yang siap pada 1998, terdiri daripada satu sistem talian pa
ip penghantaran gas merentasi semenanjung dan enam loji pemprosesan gas, menyedi
akan bekalan gas tersedia kepada industri.

Bagi melengkapkan rezab gas yang sedia ada dan untuk memastikan bekalan gas yang
terjamin, Malaysia menjalinkan perkongsian dengan anggota ASEAN lain bagi bekal
an gas seperti Vietnam, Indonesia dan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thail
and (JDA). Selain itu, bekalan gas akan dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan
grid gas ASEAN, iaitu satu usaha untuk membekal gas kepada kesemua 10 negara an
ggota ASEAN.

Dengan pelaksanaan sepenuhnya AFTA, pengilang-pengilang petrokimia di Malaysia m


eraih manfaat daripada pasaran yang tunggal. Pengilang-pengilang yang berpangkal
an di Malaysia akan juga mendapat faedah daripada akses ke pasaran Asia Pasifik
yang lebih luas. Dengan China sebagai pengimport bersih petrokimia, Perjanjian P
erdagangan Bebas tuaian awal Malaysia dengan negara berkenaan akan membuka peluang
-peluang perniagaan baru bagi pengilang-pengilang petrokimia di Malaysia.
Kehadiran syarikat-syarikat petrokimia multinasional, termasuk BASF, BP, Dow, Sh
ell, Exxon Mobil, Eastman Chemical, Idemitsu dan Mitsui, Toray, Kaneka, Polyplas
tic, Dairen, Thirumalai dan West Lake Chemical menunjukkan dengan jelas potensi
Malaysia sebagai lokasi pelaburan bagi industri-industri petrokimia. Kebanyakan
syarikat ini bekerjasama dengan syarikat petroleum negara, PETRONAS

Bagi memapankan daya saing industri petrokimia Malaysia, integrasi nilai melalui
sinergi sesama loji digalakkan. Pembangunan zon-zon petrokimia di mana loji-loj
i petrokimia dikelompokkan telah menghasilkan satu rantaian nilai yang memastika
n pembangunan secara progresif aktiviti-aktiviti petrokimia hiliran. Zon-zon pe
trokimia ini adalah di Kertih, Terengganu; Gebeng, Pahang; dan Pasir Gudang/Tanj
ung Langsat,Johor.

Pembangunan kemudahan-kemudahan utiliti berpusat yang bertaraf dunia menawarkan


bekalan utiliti yang tersedia dan boleh diharap seperti tenaga, wap, dan air nya
h bahan galian dan dingin serta perkhidmatan-perkhidmatan seperti rawatan air si
sa permulaan, meningkatkan lagi keberkesanan konsep zon petrokimia bersepadu, me
njadikan Malaysia berdaya saing seperti tapak-tapak seumpamanya di rantau ini da
n Asia Pasifik.

Sektor petrokimia Malaysia juga telah menyumbang secara signifikan kepada pemban
gunan aktiviti-aktiviti pemprosesan plastik hiliran tempatan. Pengeluar-pengelua
r berskala dunia bagi damar-damar LDPE, LLDPE, HDPE, PP, EPS, GPPS, HIPS, ABS, S
AN dan PET sudah mendirikan kilang-kilang di Malaysia, sekali gus menyediakan be
kalan suapan yang tetap kepada industri plastik.

Faktor-faktor ini telah menjadikan industri plastik salah satu industri yang pal
ing dinamik dalam sektor perkilangan Malaysia. Ketika ini, terdapat lebih 1,500
syarikat yang beroperasi, mengeluarkan produk-produk dari barangan isi rumah bi
asa, bahan pembungkusan dan barangan konveyor hinggalah bahagian dan komponen un
tuk industri-industri elektrik dan elektronik, automotif, automasi pejabat, komp
uter dan telekomunikasi.

Pada 2006, industri plastik mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM12.4 bilion, me
ningkat 11 peratus berbanding RM11.4 bilion pada 2005. Penggunaan damar meningka
t kepada 1.85 juta tan metrik berbanding 2005, iaitu peningkatan penggunaan dama
r per kapita sebanyak 75 kilogram.

Industri plastik boleh dibahagikan kepada tujuh sub-sektor, iaitu sub-sektor pem
bungkusan, sub-sektor elektrik dan elektronik, sub-sektor isi rumah, sub-sektor
automotif, sub-sektor pembinaan, sub-sektor pertanian dan lain-lain. Sub-sektor
pembungkusan, kedua-dua produk anjalan dan tegar (termasuk beg, filem, botol da
n bekas), kekal sebagai pasaran terbesar bagi industri plastik. Jumlah pengelua
ran bahan pembungkusan dianggarkan meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM5.9 b
ilion, menyumbang 38 peratus kepada keseluruhan pengeluaran produk-produk plasti
k.

Jumlah eksport industri produk plastik meningkat 16.4 peratus daripada RM6.7 bil
ion pada 2005 kepada RM7.8 bilion pada 2006. Nilai eksport sub-sektor pembungku
san meningkat sebanyak 1.6 peratus daripada RM4.9 bilion pada 2005 kepada RM5.7
bilion pada 2006.
Bagi tahun 2007, pertumbuhan industri plastik akan ditumpukan kepada sub-sektor
pembungkusan, terutama untuk pasaran eksport.

Untuk melihat brosur Petrochemical Industry , sila muat turun PDF berkenaan.

Industri Berasaskan Getah

Industri produk getah Malaysia terdiri lebih 500 pengilang yang mengeluarkan pro
duk-produk lateks, tayar dan produk berkaitan tayar, produk getah perindustrian
dan am serta kasut. Industri ini menggaji lebih 68,000 pekerja dan menyumbang R
M8.4 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2006.

Pengeluaran getah asli Malaysia pada 2006 berjumlah 1.33 juta tan metrik berband
ing 1.13 juta tan metrik pada 2005. Industri produk getah menggunakan 377,141 t
an metrik getah pada 2006. Pengguna terbesar getah adalah produk lateks, diikut
i tayar dan produk berkaitan tayar; serta produk getah perindustrian dan am. Pe
rtumbuhan pesat industri itu telah menjadikan Malaysia sebagai pengguna terbesar
dunia bagi lateks getah asli.

Sub-sektor produk getah adalah sub-sektor terbesar dalam industri produk getah d
an terdiri daripada 142 pengilang yang mengeluarkan sarung-sarung tangan perubat
an, isi rumah dan perindustrian, kateter, benang lateks, belon, sarung jari dan
produk busa. Sub-sektor ini menyumbang 72 peratus kepada nilai keseluruhan eksp
ort, kebanyakannya disumbang oleh sarung tangan, kateter dan benang lateks. Mal
aysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar dan pengeksport terbesar
dunia bagi kateter, benang lateks dan sarung tangan perubatan getah asli, dengan
membekalkan lebih 80 peratus pasaran dunia bagi kateter, 70 peratus bagi benang
lateks dan 60 peratus bagi sarung tangan getah.

Dalam sub-sektor tayar dan produk berkaitan tayar, ketika ini terdapat empat pe
ngilang tayar utama yang mengeluarkan tayar kereta penumpang, tayar trak/trak ri
ngan, tayar jentera pengangkut tanah dan pengred. Pada 2006, eksport sub-sektor
ini berjumlah RM264.5 juta. Pengeluaran tayar adalah untuk pasaran tempatan.
Sub-sektor produk getah perindustrian dan am terdiri daripada 199 syarikat yang
mengeluarkan rangkaian meluas produk getah seperti cagak, tali, hos, tiub, penge
dap dan kepingan untuk industri-industri automotif, elektrik dan elektronik, mes
in dan peralatan serta pembinaan, kebanyakannya untuk pasaran tempatan. Pada 20
06, eksport produk getah perindustrian dan am berjumlah RM2.1 bilion.

Industri produk getah perlu dipelbagaikan lagi dengan memberi penekanan kepada p
roduk-produk nilai tambah dan teknologi tinggi, seperti aplikasi-aplikasi kejur
uteraan, pembinaan dan marin. Seperti yang digariskan di bawah IMP3, lebih bany
ak usaha R&D perlu dijalankan bagi pembangunan produk baru dan aktiviti-aktiviti
hiliran. Bidang-bidang baru dipromosikan termasuk pengekstrakan produk-produk
biokimia daripada lateks menggunakan bioteknologi. Usaha-usaha ini akan memasti
kan kualiti produk terus meningkat bagi mengekalkan daya saing dalam pasaran eks
port.

Kerajaan terus menggalakkan pembangunan industri-industri berasaskan sumber temp


atan untuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan negara. Selain insentif fiskal yan
g disediakan untuk produk-produk dan aktiviti-aktiviti digalakkan, kerajaan tela
h memperhaluskan lagi insentif-insentif untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti spe
sifik yang antaranya ialah industri produk getah. Bagi menggalakkan lagi pelabur
an dalam industri-industri berasaskan sumber, syarikat-syarikat tempatan dalam i
ndustri getah yang melabur semula untuk mengembangkan projek-projek mereka layak
mendapat Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

Industri Tekstil dan Pakaian

Pertumbuhan industri tekstil dan pakaian Malaysia berkembang dengan pesat pada a
wal 1970an apabila negara memulakan langkah perindustrian berorientasikan ekspor
t. Dengan nilai eksport sebanyak RM10.6 bilion, industri ini adalah penyumbang
ke-tujuh terbesar kepada keseluruhan pendapatan eksport perkilangan pada 2006.
Terdapat 645 syarikat berlesen yang beroperasi dengan pelaburan sebanyak RM8.1 b
ilion. Industri ini menggaji lebih 68,000 pekerja.

Industri ini ketika ini terdiri daripada rangkaian meluas aktiviti bersepadu dar
i pempolimeran, pemintalan, penteksturan, pencelupan dan kemasan benang untuk me
nenun, kait-mengait, mencelup, mengecap dan kemasan fabrik, hinggalah membuat pa
kaian dan barang-barang buatan tekstil lain seperti permaidani, cadar katil dan
alas meja serta tali. Industri ini juga merangkumi pembuatan fabrik bukan tenun
untuk produk penjagaan diri, pakaian, perabot dan cadar serta aplikasi pembinaa
n dan kejuruteraan.

Kini, kumpulan industri tekstil dan pakaian Malaysia berpotensi untuk menjadi sa
tu kluster industri yang maju. Ini boleh dicapai dengan beranjak kepada peringk
at lebih tinggi dalam rantaian nilai; membangunkan rekaan fesyen tempatan yang i
novatif dan berjenama; meningkat pembangunan produk melalui R&D dalam bidang pen
celupan, pengecapan dan kemasan; memajukan gentian, benang dan tekstil perindust
rian dan rumah baru; menambahbaik produktiviti melalui automasi, pembuatan anjal
an dan kecekapan teknikal; pembangunan rangkaian pengedaran dan pemasaran di sel
uruh dunia yang efisien, dan mengukuhkan rangkaian menyeluruh.

Beberapa bidang pertumbuhan baru dalam industri tekstil telah disasarkan untuk d
ipromosikan di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3). Bidang-bidang per
tumbuhan bagi industri ini termasuk tekstil perindustrian dan rumah; tekstil ber
fungsi; fabrik dan pakaian lebih mewah; fabrik etnik; dan kemudahan sokongan uta
ma dan perkhidmatan. Sasaran pelaburan bagi industri ini bagi tempoh pelan iala
h RM13.4 bilion.

Enam teras strategik telah ditetapkan untuk meningkatkan lagi pembangunan indust
ri ini sepanjang tempoh IMP3. Teras ini termasuk:-

- Mengintensifkan promosi pelaburan dalam tekstil dan pakaian bernilai tambah le


bih tinggi,
termasuk perkhidmatan sokongan utama;

- Memapankan bahagian pasaran tekstil dan pakaian dan mempromosikan eksport bida
ng-
bidang pertumbuhan yang disasarkan;

- Mengintensifkan integrasi serantau industri berkenaan;

- Meningkatkan keupayaan tempatan dan memudahcara penggunaan ICT dan teknologi-


teknologi baru;

- Meningkatkan kemahiran pekerja dalam rekaan, pengeluaran dan pemasaran;

- Mengukuhkan sokongan institusi bagi meningkatkan lagi pembangunan industri


berkenaan.

Bagi menggalakkan pelaburan dalam industri tekstil dan pakaian, beberapa produk/
aktiviti tekstil telah diwartakan sebagai produk/aktiviti digalakkan di bawah Ak
ta Penggalakan Pelaburan, 1986 dan layak dipertimbangkan untuk insentif cukai da
lam bentuk Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan. Sila rujuk seksyen penerb
itan MIDA bertajuk Malaysia: Investment in the Manufacturing Sector Policies, Inc
entives and Facilities, untuk melihat Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan Am.
(Sila rujuk Senarai Aktiviti dan Produk Digalakkan Am)

Industri Peralatan Pengangkutan


Industri peralatan pengangkutan Malaysia merangkumi sub-sektor automotif, aeroan
gkasa, pembinaan kapal dan pembaikan kapal, dengan sub-sektor automotif merupaka
n segmen yang terbesar. Pelaksanaan projek kereta nasional pertama negara oleh
Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (PROTON) pada 1985 adalah satu langkah penting
ke arah membangunkan industri kenderaan bermotor negara yang bersepadu. Beriku
tan kejayaan projek ini, beberapa projek untuk mengeluarkan lain-lain jenis kend
eraan bermotor (kenderaan penumpang dan komersial serta motosikal) telah dilanca
rkan. Projek-projek nasional ini telah menjanakan saiz asas yang diperlukan unt
uk menampung pembuatan bahagian-bahagian komponen.

Dengan pembangunan pesat industri pemasangan dan pembuatan kenderaan bermotor di


Malaysia, nilai bahagian komponen dan aksesori yang dikeluarkan dalam negara be
rjumlah lebih RM5..25 bilion pada 2006. Bagaimanapun, masih terdapat potensi pe
rtumbuhan yang luas memandangkan Malaysia ketika ini mengimport sebahagian besar
komponen dan bahagian automotif, seperti enjin, alat-alat transmisi dan kompone
n auto elektronik. Jumlah nilai import, termasuk bahagian-bahagian tercerai (CK
D) adalah kira-kira RM11.6 bilion pada tahun berkenaan.

Sehingga ini, terdapat empat projek kereta nasional, sepuluh pemasang dan tiga p
engilang kereta sukan berbadan komposit di negara ini yang mengeluar/memasangkan
pelbagai jenis dan model. Terdapat juga lebih 590 pengilang komponen, tempatan
dan asing, yang memenuhi keperluan industri automotif. Pembangunan industri ko
mponen automotif yang bersepadu ini membolehkan usaha meningkatkan kemahiran kej
uruteraan dan teknikal tempatan dan aktiviti-aktiviti R&D, serta memindahkan tek
nologi dan kepakaran.

Dengan peralihan industri automotif Malaysia kepada pembuatan berkonsep modul, k


erajaan telah menyediakan insentif yang banyak untuk menarik pengilang-pengilang
komponen peringkat pertama antarabangsa yang boleh memanfaatkan rangkaian vendo
r yang sudah tertubuh di negara ini.

Pemansuhan sekatan-sekatan perdagangan di kalangan anggota ASEAN membuka pasaran


serantau yang luas untuk syarikat-syarikat automotif, yang akan meraih manfaat
daripada potensi skala ekonomi dan menikmati akses kepada komponen-komponen berd
aya saing kos yang dikeluarkan di negara-negara ASEAN.

Dari pasaran kereta tempatan yang laris hinggalah persekitaran pelaburan yang ko
ndusif, Malaysia mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan pusat kegiatan
pengeluaran dan pengedaran automotif di rantau ini. Malaysia adalah tempat tump
uan bagi ramai pengilang automotif antarabangsa kerana ia masih mempunyai pasara
n kenderaan penumpang terbesar di ASEAN.
Satu lagi sub-sektor ialah industri aeroangkasa, iaitu salah satu industri beras
askan teknologi dan berintensifkan pengetahuan terbesar di dunia. Pembangunan su
b-sektor ini mempunyai potensi yang meluas dalam program perindustrian dan pemba
ngunan teknologi negara. Aktiviti-aktiviti utama termasuk pemasangan pesawat ri
ngan, pembuatan bahagian dan komponen, penyenggaraan dan pembaikan pesawat (MRO)
, serta aktiviti pengubahsuaian dan penukaran. Pada masa ini, tumpuan diberikan
kepada pembuatan komponen avionik, bahagian bahan komposit dan mereka bentuk at
au pembangunan dan pemasangan/pengeluaran pesawat ringan.

Negara juga berhasrat untuk menjadi sebuah pusat avionik serantau bagi perkhidma
tan-perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan, baikpulih, pengubahsuaian dan penukar
an. Untuk tujuan ini, sokongan kukuh Kerajaan, sumber tenaga yang berpelajaran
dan mahir serta kemudahan infrastruktur yang baik, termasuk keupayaan dalam mere
ka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, telah menarik syarikat-syarikat antarab
angsa seperti Boeing, General Electric, Honeywell Aerospace, Parker Hannfin, MTU
Maintenance, Hamilton Standard dan Eurocopter menubuhkan operasi-operasi di neg
ara ini bagi memenuhi permintaan pasaran-pasaran tempatan dan serantau.

Sub-sektor pembinaan dan pembaikan kapal meliputi pembinaan dan pembaikan semua
jenis kapal, termasuk kapal mewah, seperti kapal pesiaran, ski jet, bot layar, b
ot laju, kanu, bot motor dalam/motor luar dan kenderaan kegunaan khas seperti to
ngkang, bot tunda, feri dan pengangkut simen.

Pengilangan kapal mewah, hidrofoil dan hoverkraf layak untuk mendapatkan insenti
f cukai di Malaysia, manakala aktiviti-aktiviti pembinaan kapal dan pembaikan ka
pal digalakkan di negeri-negeri dalam kawasan Koridor Timur Semenanjung Malaysia
, Sabah dan Sarawak. Selain itu, pengilangan bahagian dan komponen serta penyen
ggaraan, pembaikan, baikpulih, pengubahsuaian, servis atau pengujian komponen ka
pal atau aksesori diberikan insentif di bawah Program Rangkaian Perindustrian Ma
laysia.

Industri Produk Logam Asas

Industri produk logam asas di Malaysia, yang termasuk sub-sektor produk besi dan
keluli dan sub-sektor produk logam bukan ferus, telah mencapai pembangunan yang
signifikan sejak tiga dekad yang lalu seiring pertumbuhan menyeluruh ekonomi Ma
laysia.

Industri Besi dan Keluli

Sektor besi dan keluli meliputi produk-produk keluli asas seperti besi pengecila
n terus, besi briket panas, jongkong/papak dan bilet besi dan rangkaian produk h
iliran leper dan panjang seperti gegelung digelek panas, gegelung digelek sejuk,
gegelung salutan keluli, kepingan atap, paip dan bahagian keluli, bilet keluli,
bar keluli, rod wayar, jejaring wayar, wayar tarikan keras, wayar bergalvani, t
ali wayar keluli, produk wayar keluli, paip/lengkapan paip keluli tanpa karat da
n wayar keluli tanpa karat serta kancing. Ketika ini, terdapat lebih 330 syarik
at yang mengeluarkan produk-produk ini dengan nilai keluaran tahunan sebanyak RM
28.2 bilion dan gunatenaga sebanyak 32,900 pekerja.

Industri besi dan keluli menyediakan rangkaian penting dari segi membekalkan bah
an-bahan mentah asas dan komponen-komponen kepada sektor-sektor lain ekonomi Mal
aysia, terutama industri pembinaan, industri elektrik/elektronik, industri autom
otif, industri perabot, industri mesin dan industri fabrikasi kejuruteraan.

Industri Logam bukan Ferus

Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, alumi
nium, tembaga, zink dan plumbum. Bagaimanapun, pemain-pemain utama adalah indus
tri-industri aluminium yang mengeluarkan kepingan/foil aluminium, finstok alumin
ium, jongkong aluminium (kitar semula), rod aluminium dan profil aluminium terse
mperit, industri-industri tembaga yang mengeluarkan rod/wayar tembaga, jalur tem
baga dan tiub/semperitan tembaga dan tin logam. Ketika ini, terdapat 60 syarika
t dalam sektor logam bukan ferus dengan nilai keluaran tahunan sebanyak RM7.3 bi
lion dan gunatenaga 9,700 pekerja.

Industri logam bukan ferus menyediakan rangkaian terutama kepada industri pembin
aan, industri elektrik/elektronik, industri automotif serta industri bahan makan
an dan pembungkusan.

Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2020 mengenal pasti enam teras strategik b
agi meningkatkan lagi pembangunan industri besi dan keluli:

· Meningkatkan daya saing industri besi dan keluli bagi menyokong pertumbuh
an sektor-sektor perkilangan dan pembinaan;
· Memapan dan mengembangkan eksport produk-produk besi dan keluli bagi pasa
ran-pasaran sedia ada dan baru;
· Mempromosikan aplikasi-aplikasi baru bagi keluli dalam industri-industri
terpilih;
· Menggalakkan jalinan kerjasama antara pengeluar dan pengguna keluli, dan
pengilang-pengilang huluan dan hiliran;
· Menarik pelaburan baru dalam bidang-bidang niche dalam industri besi dan
keluli;
· Membangunkan tenaga kerja mahir dan berkelayakan bagi industri besi dan
keluli.

[ Halaman 1 | 2

You might also like