Contoh Teks Pengucapan Awam

´ Terima kasih tuan/pengerusi majlis, Yang Mulia ² Pengurus Program Kursus Induksi Bil 5/2008, Yang Berbahagia ²- Penghulu Program, barisan ahli jawatankuasa dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kini tiba giliran saya Zool² untuk membentangkan pengucapan awam yang bertajuk µ Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial¶. Apa itu media cetak? Saya yakin anda semua mengetahui apa itu media cetak. Dan sebagai seorang penjawat awam sudah semestinya anda sering membaca suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, risalah dan sebagainya. Disebabkan tempoh 5 minit sahaja saya akan menyampaikan isi seringkas yang boleh. Dalam tajuk ini saya akan memfokus 2 isi penting bagi menyokong pernyataan di atas. 1. Media cetak banyak memaparkan bahan-bahan yang boleh dipertikaikan kesahihannya. Cerita-cerita mengenai gosip artis, fitnah memfitnah menjadi agenda utama dalam penghasilan artikel-artikel di paparan media. Kisah-kisah yang dijaja ini memberi impak negatif terhadap masalah sosial di negara kita. Gejala fitnah memfitnah menjadi µtrend¶ sehingga ia mampu meruntuhkan perpaduan antara satu sama lain. Perselisihan yang kecil mampu menjadi lebih besar dan akan menimbulkan berbagai konflik sesama kita. 2. Kita pergi ke isi yang kedua, media cetak menjadi alat mempromosi masalah sosial. Kenapa saya berkata begitu? Cuba anda pergi ke kedai-kedai jual suratkhabar dan majalah. Perhatikan betapa banyaknya majalah yang mengeksploitasi anatomu manusia samada perempuan mahupun lelaki untuk keuntungan. Tidak terfikirkah mereka bahawa cara itu sedikit sebanyak akan meruntuhkan akhlak masyarakat kita. Kesimpulannya, media cetak menjadi pemangkin meningkatnya masalah sosial di negara kita akibat sifat yang rakus dengan keuntungan semata-mata. Jika tidak dibendung ianya mampu meruntuhkan negara sekaligus merosakkan perancangan ke arah negara maju. Akhir kata :µ Ada mata pandang, Ada telinga dengar Ada mulut bercakap Ada otak« Lu pklah sendiri.. Assalamualaikum´ Pergh.. Amacam pengucapan ni?? Ok tak.. Sebenarnya pada hari berlangsungnya pengucapan awam banyak kesilapan yang dilakukan ,.. Perkara yang dirancang tidak menjadi.. Insyaallah saya akan berkongsi kesilapan tersebut agar menjadi panduan anda semua.. Sambil tu anda juga boleh memberi pendapat tentang tajuk tersebut samada menyokong atau tidak sambil memberikan pernyataan bagi menyokong pendapat anda«

Atas kewajaran ini. pada hemat saya. kertas kerja ini cuba membincangkan perihal pantun dalam wacana pengucapan awam dengan mengambil kira penggunaan pantun-pantun baharu ciptaan sendiri yang dianggap segar dan bukan klise. saya memilih prinsip untuk tidak bergantung pada pantun-pantun klasik yang sedia ada. yang menunjukkan bahawa bukan sahaja pantun itu penting. Bahkan dari sudut komunikasi.PANTUN SEBAGAI PELENGKAP WACANA PENGUCAPAN AWAM Mohamad bin Musip Munsyi Dewan dan Peminat Bahasa.com Kalau mencari tempat mandi. iaitu pendahuluan. Pada hakikatnya. suatu pujian yang jujur. pandangan Prof. tetapi juga hakikat betapa masyarakat Malaysia itu ialah manusia seniman. Pertama elok kedua pandai. dan penutup. Para sarjana atau pengkaji telah memperkatakan perihal pantun dalam pelbagai sudut pandangan. Bertolak daripada kenyataan ini. Pertama teluk kedua pantai. barangkali setelah ketiadaan saya kelak. badan atau isi. Menurut beliau. Muhammad Haji Salleh dalam pengenalan buku Kurik Kundi Merah Saga (2005a) adalah cukup relevan dengan perbincangan ini. pantun tersebut merupakan suatu penghargaan. terutamanya teks ucapan dan teks pengacaraan majlis yang dirujuk kepada saya sebagai penanggungjawabnya. Perbincangan ini dirasakan amat wajar memandangkan pantun sebagai suatu wacana jarang-jarang diperkatakan dalam manamana buku pengucapan awam yang muktabar. pantun hadir dalam berbagai-bagai ruang hidup masyarakat di Malaysia. Maksudnya. Sastera. Kalau mencari pemimpin negeri. dan budaya. yang memungkinkan terjadinya klise atau streotaip dalam pengucapan. yang saya pilih hanyalah pantun ciptaan saya sendiri di bahagian pendahuluan dan penutup bagi dua bentuk teks pengucapan awam. yang peka kepada seni sastera. saya bertanggungjawab menambah himpunan puisi (khususnya pantun) untuk memperkaya khazanah kepustakaan berbahasa Melayu. Awal Bicara Alangkah indah dan murninya pantun di atas apabila dilafazkan dalam majlis yang dihadiri oleh orang kenamaan atau pemimpin. Pantun tersebut bermaksud untuk memuji dan menghargai pemimpin yang sudi hadir dalam majlis. Pujian yang demikian. sastera. Bagi kertas kerja ini. Demikianlah terpancarnya kebijaksanaan fikiran dan perasaan pencipta dan pelafaz pantun dalam situasi yang mengizinkan pantun diketengahkan sebagai suatu wacana pengucapan kepada khalayak. struktur sesuatu bentuk teks pengucapan awam terdiri daripada tiga komponen utama. Pembicaraan saya ini demikian bentuknya atas kesedaran bahawa sebagai penulis serta penggiat bahasa. Batas dan Kewajaran Pembicaraan Tentang hal tersebut. Mudahmudahan hasil ciptaan sendiri ini dapat dijadikan subjek kajian oleh peminat bahasa dan sastera Melayu. iaitu ucapan dan pengacaraan majlis. . saya terdorong untuk mencipta pantun (dan puisi-puisi lainnya) supaya dapat dijadikan pelengkap kepada wacana pengucapan awam. Budaya mhm9070@yahoo. dalam apa-apa jua peringkat kepemimpinan. iaitu menghargai sifat ³elok´ (karisma) dan ³pandai´ (bijaksana) yang sememangnya menjadi ciri khusus bagi pemimpin.

Secara verbal-linguistiknya. dalam Kurik Kundi Merah Saga. susunan klausa dan ayat. Dalam pengertian umum. Secara tersiratnya dapat ditafsirkan bahawa kenyataan itu menunjukkan betapa pantun dapat mendekatkan pengucap dengan khalayak. Dalam konteks bicara ini. sebagaimana cinta sebagai suatu naluri insani dapat mendekatkan sesama manusia. pengucapan awam ialah suatu interaksi atau komunikasi penghantaran mesej antara seorang pengucap dengan sekumpulan pendengar. yang menyatakan bahawa 75% pantun Melayu ialah pantun cinta. 2009). saya berpeluang beberapa kali bersua muka dan mendengar kepetahan bicara jurulatih profesional pidato. kesan positif tersebut bergantung juga . Kamus dewanejapro (2007) menakrifkan ³estetik´ sebagai keindahan atau penghargaan terhadap keindahan. adalah untuk membina kebersamaan dalam kalangan pengucap dengan khalayak menerusi luahan kata-kata yang bersahaja sebelum sesuatu mesej disampaikan. Menurutnya. manakala maksudnya jelas dapat difahami pendengar atau pembaca. Lebih khusus. Kenyataan ini disokong oleh pengalaman peribadi saya ketika hadir dalam pelbagai majlis rasmi. dan memepengaruhi khalayak (Syed Ahmad Syed Shamsuddin Al-Saggof. beliau menegaskan bahawa pengucapan awam ialah seni dalam meluahkan kata-kata dengan penuh kebijaksanaan untuk mempengaruhi khalayak. ³estetik´ ialah keindahan dalam puisi yang berhubung dengan penyataan perasaan. seperti yang dipetik oleh Prof. 2000. dan gambaran melalui bahasa (Kamus Puisi.Pengucapan Awam sebagai Suatu Cabang Seni Akhir-akhir ini. sama ada melalui lisan. Pantun sebagai Suatu Wacana Pengucapan Awam Ahmad Badrul Sani Baharuddin menerusi buku Bijak Berbicara Mencuit Rasa (2006) mengakui bahawa pantun sesuai digunakan dalam perencanaan pengenalan pengucapan awam yang menarik. atau bahasa isyarat (Maimunah Osman. Yang dimaksudkan dengan ³estetik´ ialah nilai keindahan menerusi upaya memanipulasikan bahasa untuk menampilkan kebijaksanaan pelafaz ucapan. menarik. memukau. pantun melambangkan suatu ciri budaya bahasa Melayu yang berasaskan sopan santun dan tutur kata yang halus. Kuala Lumpur. Pandangan Ahmad Badrul dapat saya hubungkaitkan dengan kajian Harun Mat Piah. Walau bagaimanapun. Dato¶ Dr. serta binaan perenggan dan wacana. dalam kesempatan saya terlibat dengan aktiviti latihan pidato. beliau menulis bahawa pidato sebenarnya seni meluahkan kebijaksanaan (ilmu dan seni berfikir) yang menggunakan seni bahasa indah dan menarik untuk menambat. yang disampaikan kepada khalayak dengan menitikberatkan fungsi estetik bahasa. Zawiyah Mohammad Yusof. Penggunaan pantun. Rahman Shaari (2003) berpendapat bahawa pantun yang mencapai tingkat puisi ialah pantun yang mempunyai citra yang kedengaran harmonis. Dalam kertas ceramah kejurulatihan pidato kendaliannya yang saya hadiri. Yang terkini. misalnya pembayangnya mengemukakan kenyataan yang logik. Berkaitan keindahan dalam pantun. Syed Ahmad Shamsuddin Al-Saggof. 2009). bukan lisan. 2005b). ketika menyampaikan ulasan penghakiman pertandingan akhir Pidato Integriti di Institut Integriti Malaysia. menurutnya lagi. pemikiran. 2005a). nilai keindahan pantunlah yang ingin saya utarakan. Muhammad Haji Salleh (1991. pada 9 April 2010. Saya dapat menyaksikan khalayak memberikan reaksi spontan yang amat positif dengan bertepuk tangan sebaik-baik sahaja pengucap selesai melafazkan pantun. Tujuannya adalah untuk membuatkan khalayak berasa selesa dengan pengucap. saya berpendapat bahawa konsep ³Seni Pengucapan Awam´ boleh ditanggapi sebagai bentuk pengucapan yang mencakupi aspek pilihan kata dan frasa.

Terima kasih kepadamu tuan. Lima . Selamat datang tetamu undangan. Saya perturunkan serangkap pantun dalam beberapa teks ucapan dan teks pengacaraan daripada peristiwa sebenar yang berlaku pada tarikh tertentu di institut ini. Tidak demikiannya dengan ilmu. Majlis perasmian Seminar Penyelidikan Zon Selatan. Majlis meraikan rombongan pelajar jurusan Bahasa Melayu dari Universiti Antarabangsa Beijing. Majlis perasmian Kursus Dalam Perkhidmatan 2 Minggu Media dalam Pendidikan Islam bagi Guru-guru Tahiland: Berkain batik berkain pelikat.12 September 2007: Cenderawasih terbang berkawan. amat wajarlah jika pantun dikatakan pelengkap kepada wacana pengucapan awam. pengacaraan majlis. syarahan. 1. sesuatu pengenalan harus dapat menarik minat khalayak untuk terus mendengar bicara. jenaka. atau pembentangan makalah. Moga gembira bukan kepalang. antaranya menerusi pantun. Majlis meraikan guru-guru dari Thailand pada 27 Ogos 2007: Asam kundang si asam pauh. Baba Nyonya menyambut tamu. 26 Ogos 2007: Pohon pauh di tepi permatang. 10 . dan soalan. katakata hikmah. forum. 5. petikan. Oleh hal yang demikian. Pantun dalam Bahagian Pendahuluan Teks Ucapan Menurut Ahmad Badrul Sani Baharuddin (2006). Kami di sini menyambut gembira. Kalian bertandang darilah jauh. Pohon nangka di hujung batas. ucapan. debat. Dari jauh tuan puan datang. Pantun dalam Bahagian Pendahuluan Teks Pengacaraan Seperti dalam teks ucapan. 4. Hinggap lama di ranting berduri. pada hemat saya. Orang Melaka menyambut ikhlas. sama ada dalam genre pidato.pada cara pantun dilafazkan. keperluan menyelitkan puisi tradisional khususnya pantun dalam teks pengacaraan lebih dirasakan perlu. Sudi menerima undangan kami. Dua pohon ditanam berselang. 2. Pohon tinggi di tengah belantara. Bahkan. 10 -12 September 2007: Pohon jelatang pohon berangan. Majlis perasmian Seminar Penyelidikan Zon Selatan. Kursus pendek menjadi singkat. pantun dalam teks pengacaraan juga berfungsi untuk menimbulkan tarikan kepada khalayak. 3.

Ditanam orang sentiasa dijaga. 9-10. . Hadirnya Dato¶ menambah ceria. Untuk mengaudit institut kami. Pohon rambutan ditanam sendiri. Citra bangsa warga Malaysia. Untuk itu. iaitu harus meninggalkan kepuasan kepada khalayak. Majlis penutupan rasmi Kem KIA 2M. pengucap disarankan mengakhiri ucapan dengan kata-kata hikmah. 7-8. Pantun dalam Bahagian Penutup Teks Ucapan Bahagian penutup sesuatu ucapan juga perlu dititikberatkan kerana bahagian ini sama pentingnya dengan bahagian pembuka ucapan. 29 September 2006: Pohon markisa di tanah tinggi. 11 September 2008: Itik angsa memakan nangka. Ditanam juga dengan akasia. Menyampai ucapan untuk warga. Selamat datang pemimpin negeri. Bulan Bahasa sempurna dirai. Majlis perasmian Kursus Kepimpinan Politik Bahagian Ledang. 11. Pintu dikunci dengan engsel. Makan sekali di tempat redup. 13 Mei 2006: Pokok kacang tidak berduri. Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penangguhan Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara peringkat IPPM. Majlis Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Bil. Kebun durian di pinggir bendang. Ladang tebu di pinggir pekan. Hari Selasa majlis dibuka. Program latihan Bahagian Ledang. 6. Hari ini majlis ditutup. Selamat datang hadirin sekalian. Sekalian tetamu sama meraikan. Perhimpunan bulanan turut dirai. Ke majlis ilmu anjuran UNISEL. Burung serindit hinggap di titi. Berdaun lekuk si pokok peria.contoh teks daripada majlis yang berlainan dipaparkan di sini. 2/ 2008. 25 November 2006: Rumah gadang cantik jendela. 12. Selamat datang kepada semua. 1 April 2008: Burung tukang terbang ke hutan. Wacana Profesional Keguruan Anjuran Bersama Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM).

Aktiviti gerko membina sahsiah. Sama tinggi si pohon kelapa. Mencari kuini sukar berjumpa. Hari Guru bersama raikan. Tempat mandi segenap lapisan. Begitu jauh pulangnya kalian. 13-14. Yang dicari sudahkah berjumpa? 19. Sahsiah terpuji membentuk insan. 18 Mei 2009: Pohon ru di hujung pekan. Pokok tebu di hujung laman. Majlis sambutan Hari Guru peringkat IPGKPM. Pantun dalam Bahagian Penutup Teks Pengacaraan . Pengunjung ceria aneka bangsa. 30 Ogos 2007: Pokok nangka sudah terbilang. Laman berbunga nampak selesa. 6 September 2007: Beli pauh di pekan Kelian. Majlis sambutan Malam Ambang Merdeka dan Pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara peringkat IPPM. Dengan tekad penuh ceria. Buat tetamu dan hadirin budiman. Ambang merdeka kini menjelang. Kami di sini janganlah dilupa . Sahsiah terpuji membentuk insan. 18. 2009). atau pantun (Zawiyah Mohammad Yusof.peribahasa. Insan mulia pendidik perkasa. Pantun-pantun 13 ± 19 ialah contoh pantun yang berkaitan. Kuning warna isinya lembut. Majlis meraikan rombongan pelajar jurusan Bahasa Melayu dari Universiti Antarabangsa Beijing. Tempat mandi segenap lapisan. 16-17. Majlis penutupan rasmi Kursus Pemimpin Muda Tahap Dua Kadet Pandu Puteri KDPM Zon Selatan 2004: Pulau Pangkor pantainya indah. Marilah kita bersama menyambut. Tumbuh dekat pinggir paya. 15. Dari Beijing datang berkunjung. Mari bersama membina bangsa. 26 Ogos 2007: Pohon jering tanam di tanjung. Majlis perasmian pertandingan Debat Piala Munsyi Abdullah.

20-21. Rantingnya lalu jatuh ke titi. Kami raikan dengan gembira. 22-23. Di dalam dewan majlis bertarung. telah saya paparkan 26 rangkap pantun empat kerat yang pernah dilafazkan dalam dua bentuk pengucapan awam. Menteri Besar menjadi tetamu. Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Kepimpinan. Pokok di taman tinggal ranting. 25. Rumusan dan Analisis Pantun Pengucapan Awam Menerusi kertas kerja ini. Pemikiran yang dapat saya utarakan daripada pembicaraan singkat ini. Bunga seroja penghias sarung. 24. 1 April 2008: Pokok pauh berbelas batang. Majlis kita cukup berseri. Dari jauh tuan/puan datang. Majlis kita berakhirlah sudah. Pohon langsat berbuah lebat . antaranya ialah: (a) pantun yang dicipta mesti mengekalkan ciri penciptaan pantun yang lazim. 2/ 2008. Wacana Profesional Keguruan Anjuran Bersama Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Jabatan Pelajaran Melaka (JPM). Kemaafan dimohon tersilap kata. Hijaunya pohon saujana mata. 24 ± 27 Julai 2006: Bunga kantan batik hiasan. Begitu hangat orang berdebat. 25 November 2006: Tanah Rata tempatnya indah. Di pinggir hutan di Tanjung Jara. Dua pasukan menguji kepetahan. Majlis Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Bil. Audit kualiti sudah selesai. Ambil galah jolokkan hamba. Tindakan kita memperbaiki diri. Majlis perasmian pertandingan KAGUM Bahas Bahasa Melayu Zon Selatan. Menang kalah adat berlumba. iaitu dari segi . iaitu ucapan dan pengacaraan majlis. Majlis Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman Bil. Untuk memacu jaminan kualiti. 13 Mei 2006: Pekan Kota di hujung negeri. Rimbun sekata menambah seri. 2/2007. 4 September 2007: Indah sekali pokok bonsai. Pekan sejajar tempat bertemu. 26. Audit Dalaman urusan penting.

Pada umumnya. pantun-pantun telah dicipta dengan mematuhi struktur atau ciri-ciri visualnya. saya telah memperlihatkan kesesuaian pantun untuk menarik minat khalayak kepada pengucapan yang disampaikan. Halia ini tanam-tanaman. wacana pengucapan awam akan dapat bertahan dalam ingatan jangka panjang pendengar. pantun-pantun (dan puisi-puisi lain seperti gurindam. dan (d) teks ucapan dan teks pengacaraan (serta teks pengucapan awam lainnya) perlu didokumentasikan secara rapi untuk tujuan rujukan dan penerusan atau penambahbaikan tugas yang berkaitan. (c) pantun perlu diucapkan mengikut nada yang sesuai dengan situasi majlis untuk memberikan kesan emotif kepada khalayak. apabila dilafazkan. Hasil analisis (Jadual 1 dipadamkan atas sebab teknikal) menunjukkan bahawa secara metakognitifnya. pantun penutup ini lebih jelas menyampaikan mesej tentang akhir kepada kehidupan kita yang fana ini. seloka. Jelasnya. Rosli Saludin (2006) masih merupakan polemik yang timbul dalam kalangan pengkaji pantun. pembayang yang dipilih merupakan objek alam semesta. Jika pantun pada awal bicara merujuk kepada kepimpinan. Lazimnya. (b) pantun yang disisipkan dalam binaan teks pengucapan awam perlu mengambil kira wujudnya elemen pertautan (kohesif) dan pertalian (koheren). Ke barat juga akan condongnya. pantun Melayu dengan tema dan mesej yang cukup luas adalah sebahagian daripada wadah yang menyerlahkan jati diri bangsa Melayu. Maksud yang ingin disampaikan bergantung pada tujuan pengucapan. yang apabila dilafazkan dapat menimbulkan daya tarikan kepada pendengar. . khususnya ucapan dan pengacaraan.dua baris pembayang berlatarkan alam dan dua baris maksud pantun. syair. dengan berlatarkan situasi setempat. dan bilangan suku katanya lapan hingga 12. pembayang dengan pola rima a-b-a-b lebih berfungsi untuk menyerlahkan unsur pertentangan bunyi. bahawa pantun ialah citra bangsa yang relevan sepanjang zaman. Hasil analisis menyarankan secara bijaksana kepada kita supaya berfikir bahawa pencipta pantun perlu mendalami pengetahuan tentang struktur dan mesej pantun agar pantun yang disisipkan dalam teks pengucapan awam tampak terserlah dan memikat khalayak. Dunia ini pinjam-pinjaman. Bagi saya. pantun-pantun yang disediakan adalah berkaitan dengan aktiviti yang berlangsung di institut. dan perbilangan) yang ditampilkan dalam teks pengucapan awam. pola rima tengah dan rima hujungnya ³a-b-a-b´. Barangkali yang agak mencabar minda pencipta pantun mutakhir ini ialah kurangnya penekanan pada aspek perhubungan antara pembayang dengan maksud. bilangan perkataannya empat atau lima. menurut Dr. Akhir Bicara Kertas kerja ini sekadar membicarakan pantun secara kontekstual dalam ranah pengucapan awam. sebenarnya berhasrat murni untuk mendekatkan khalayak kepada budaya dan pandangan semesta (tasawur) bangsa Melayu. seperti sambutan Hari Guru dan Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit Dalaman. Berbatas pada dua cabang pengucapan awam itu. seperti yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah (2006). Menurutnya lagi. menepati temponya. Dengan yang demikian. Hal ini. Hal ini menjadikan bentuk dan ciri pantun kekal berzaman. Demikian juga pada perimbangan bilangan perkataan dan suku kata. Akhirat juga akan sudahnya.

Kertas ceramah dalam Bengkel Kejurulatihan Pidato anjuran Jabatan Bahasa Melayu dengan kerjasama Kelab Seni Pengucapan Awam IPG Kampus Bahasa Melayu. kertas kerja Seminar Sejuta Pantun. Rahman Shaari. Harun Mat Piah (2006). Maimunah Osman (2000). ³Bahasa dalam Pantun dan Keistimewaannya´. Bukan juga tergolong hebat. anjuran bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS). Kertas Bengkel Menulis Puisi untuk Kursus Penulisan Puisi Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI) dan pelajar-palajar MPPM. Zawiyah Mohammad Yusof (2009). ________________________ (2005b). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15 Oktober 2003. *Teks Ucapan dan Teks Pengacaraan: Folder Koleksi Peribadi Mohamad Musip. Maaf diberikan ilmu diberkati. Kamus Puisi.Akhirul kalam. (2003). Datuk Dr. 26 Januari 2006. Ubat mujarab makan berulang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salah silap bukan dirancang. Ketika makan berhati-hati. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Rosli Saludin. Dewan Bahasa dan Pustaka (2005a). Menjual juga pelbagai ubat. anjuran bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS). Dato¶ Dr. Pengucapan Awam yang Berkesan. Kedai di pekan menjual gelama. Prof. Kamus dewanejapro edisi 2007. (2009). dititipkan pantun lapan kerat ini untuk renungan khalayak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Ahmad Syed Shamsuddin Al-Saggof. Bijak Berbicara Mencuit Rasa: Panduan Seni Berbicara Umum. Kurik Kundi Merah Saga. 20 Ogos 2009. * Dibentangkan dalam Seminar Puisi Melayu Tradisional anjuran IPG Kampus Perempuan . (2006). Saya bukan orang ternama. Kemahiran Komunikasi. ³Pantun: Citra Bangsa Relevan Sepanjang Zaman´. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan The Name Technology Sdn. 26 Januari 2006. kertas kerja Seminar Sejuta Pantun. Bibliografi Ahmad Badrul Sani Baharudin (2006). Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve Holdings. Bhd.

pada 13 ± 14 April 2010 di IPG Kampus Perempuan Melayu.blogspot.com/2010/07/pantun-sebagai-pelengkap-wacana.html .Melayu dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Melaka http://fahmiesabri.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful