You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia semakin berkembang dari masa ke semasa akibat daripada


perkembangan politik, ekonomi dan sosial negara. Bermula dari awal abad ke – 14 apabila
Sistem Kesultanan mula didirikan di Melaka.

Seperti yang kita tahu, sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem
pendidikan kebangsaan. Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan,
pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Demikian itu, kesedaran dikalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem
pendidikan mengikut acuan kita sendiri diwujudkan.
2.0 sejarah dan reformasi pendidikan di Malaysia

2.1 sejarah pendidikan di Malaysia

Sejarah pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu sejarah
pendidikan sebelum kemerdekaan, semasa penjajahan british, semasa pra kemerdekaan,
semasa penjajahan jepun dan slepas kemerdekaan.

I. Pendidikan sebelum kemerdekaan.


Sejarah pendidikan di Malaysia sebelum kemerdekaan bermula seawal abad ke
14, serentak dengan penyebaran agama islam di negeri – negeri di semenanjung Tanah
Melayu dan Kepulauan Tanah Melayu. Sistem pendidikan ketika itu ialah berasaskan
pendidikan tradisional dan berlangsung secara tidak formal iaitu pendidikan agama
islam. Ini adalah kerana penyebaran agama islam yang sangat meluas pada masa itu.
Pendidikan lebih menjurus kepada pendidikan tidak formal. Dimana ia tidak
memperlihatkan falsafah, objektif dan matlamat yang jelas.
Pendidikan tidak formal dimana pelajarnya terdiri daripada golongan dewasa.
Masa pembelajarannya ialah pada sebelah petang atau malam. Guru yang mengajar
ialah seorang imam,para ulama, haji berketurunan sayid atau sheikh. Guru yang
mengajar berkemungkinan juga seorang nelayan ataupun petani. Tempat
berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran boleh juga di surau, rumah guru, masjid
ataupun madrasah. Kurikulum pengajarannya ialah membaca al – Quran dan tajwid,
tasfir al – Quran, fiqah, dan tauhid. Pada ketika itu, sistem tadah merupakan sistem
yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Di mana sistem ini
menghendaki pelajar untuk menghafal kitab – kitab dan ajaran guru.
Pada tahun 1511 Portugis menawan Melaka dan memperkenalkan pendidikan
berasaskan agama kristian mazhab roman katolik. Apabila Melaka jatuh ke tangan
belanda, pendidikan berasaskan mazhab roma n protestan pula diperkenalkan.

II. Sistem pendidikan semasa penjajahan British


Pendidikan di Malaysia berkembang apabila British menjajah tanah melayu dan
mula membawa imigran Cina dan India dan membentuk sistem pendidikan vernakular.
Sistem pendidikan vernakular adalah system pendidikan yang mengunakan bahasa
ibunda sebagai bahasa penghantar. Terdapat lima aliran pendidikan ketika itu selain
pendidikan agama yang sedia ada iaitu sekolah vernakular melayu, sekolah vernakular
cina, sekolah vernakular india, sekolah inggeris dan sekolah madrasah atau sekolah
agama.
Pada ketika itu sekolah dibina mengikut kawasan kaum masing – masing.
Contohnya sekolah melayu adalah untuk petani dan nelayan. Sekolah cina untuk
kawasan perlombongan, sekolah india untuk kawasan ladan getah dan sekolah inggeris
dibina di bandar – bandar.
Pada masa itu, sistem pendidikan sekolah melayu diwujudkan hanya untuk
memjaga kepentingan dan kedudukan inggeris di tanah melayu serta sekadar untuk
membasmi buta huruf.pendidikan hanya untuk menyediakan orang melayu untuk
dijadikan orang bawahan seperti nelayan dan petani. Pendidikan tidak pernah
berkembang, hanya setakat darjah 4 dan derjah 5. Pihak British membentuk pemikiran
orang melayu agar tidak berkembang dan tidak berusaha untuk bangkit menentan
mereka serta mudah diperintah dan dijajah.
Sistem pendidikan sekolah Tamil tidak mempunyai banyak perbezaan dengan
sistem pendidikan sekolah melayu. Kurikulum pendidikan bagi sekolah tamil adalah
berasaskan pendidikan di Negara India dan Sri Langka. Tahap pendidikan hanya terhad
kepada sekolah rendah sahaja.
Sistem pendidikan sekolah Cina adalah lebih tinggi berbanding sekolah Melayu
dan sekolah Tamil. Kurikulum pendidikan sekolah Cina juga didatangkan dari Negara
China, sama seperti Negara India. Sistem pendidikannya juga menyediakan enam tahun
pembelajaran di sekolah rendah dan enam tahun di sekolah menengah. Pelajar juga
disediakan pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di Negara
China. Sekolah Cina berkembang dan kesetian orang cina kepada Negara asalnya
disemai.
Sistem pendidikan sekolah Inggeris adalah sekolah yang mengunakan bahasa
inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajarannya. Wujud sekatan untuk
orang melayu untuk memasuki sekolah inggeris. Ini adalah kerana pihak British tidak
ingin orang melayu bangkit untuk menentang mereka. Selain itu, Frank Swettenhem
Hugh Clifford bimbang orang melayu akan lupa cara hidup tradisional mereka di
kampung.
Sistem pendidikan sekolah Pondok tetap wujud pada pemerintahan kerajaan
British. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong
di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan
dan Kedah yang paling banyak sekolah Pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul
menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu.
Selain daripada sekolah pondok, sekolah madrasah merupakan salah satu
sekolah aliran agama yang wujud pada masa itu. Sistem pendidikan sekolah madrasah
adalah lebih kemas dan teratur berbanding sekolah Pondok. Sekolah Madrasah di bina
oleh kaum muda yang mempunyai fahaman yang sangat tinggi dalam bidang agama.
Sekolah Madrasah memberi keyakinan bahawa Islam masih mantap walaupun
menghadapi saingan.

III. Sistem pendidikan semasa penjajahan Jepun.


Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) pendidikan Tamil dan
pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Sekolah Inggeris dan
sekolah CIna dihapuskan. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah
Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan
Kebudayaan Jepun.

IV. Sistem pendidikan semasa Pra Kemerdekaan.


Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah
Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula
kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin
di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk
memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di
tingkatkan.
Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang
pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan
Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Lantaran itu,
pelbagai laporan telah dikeluarkan. Antaranya ialah laporan Cheesemen, laporan Barnes
1949, laporan Fenn – wu, laporan jawatan kuasa Penasihat Pusat dan laporan Ordinan
Pelajaran 1952.

2.2 Refomasi pendidikan di Malaysia.

i. Reformasi pendidikan dari tahun ( 1900 hingga 1940 )


Pelbagai bentuk perkembangan telah berlaku di tanah Melayu ketika itu.
Bagi.menjelaskan dengan lebih susun dan teratur, ada baiknya dilihat kronologi
peristiwa peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk
memberikan gambaran yang jelas mengenainya.
 1900, sekolah vernacular cina pertama kali ditubuhkan di kuala lumpur.
 1905, kerajaan menubuhkan ‘Malay College’ di kuala kangsar.
 1917, Laporan Windset diluluskan oleh kerajaan British.
 1918, jawatankuasa Lemon mencadangkan pembentukan sekolah tekniik di
Kuala Lumpur.
 1919, Institut Raffles mula menawarkan kursus melatih guru untuk sekolah
menengah atas.
 Reformasi Pendidikan di Negeri China membawa pembaharuan sistem
pendidikan Cina di Tanah Melayu.
 1920, semua sekolah Cina mula menggunakan bahasa Mandarin sebagai
bahasa penganatar. Enakmen Pendaftaran Sekolah mula dikuat kuasakan.
 1921, Kerajaan Borneo Utara pertama kali mendirikan sekolah Melayu di Kota
Belud, Papa, Menumbok dan Keningau.
 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan di Tanjung Malim.
 1923, Sekolah Cina Chung Ling di Pulau Pinang mula menubuhkan sekolah
menengah rendah.
 1925, Pindaan Enakmen Pendaftaran Sekolah dikuatkuasakan di Tanah
Melayu.
 Ordinan Pendaftaran Sekolah di Semenanjung dan Sarawak dikuatkuasakan.
 1929, Raffles College ditubuhkan di Singapura.
 1931, Sekolah Cina Chung Ling di Pulau Pinang mula membuka kelas
menengah atas.
 1935, Malay Women’s Teacher College ditubuhkan di Melaka.
 1937, Pusat Latihan untuk guru Tamil didirikan di bandar-bandar.
 1938, Jawatankuasa McLean mencadangkan Raffles College dan King Edward
VII College of Medicine digabungkan menjadi sebuah universiti.

ii. Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )1


Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya
dilihat kronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untuk
memberikan gambaran yang jelas mengenainya.
 Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957
 Laporan Rahman Talib 1960
 Pendidikan rendah percuma
 Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964
 Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan
diperkenalkan 1965
 Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967
 Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya
Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM.
 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan
diluluskan.Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan
Rukun Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan
matlamatnya.
 Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid
1971 dikemukakan.
 Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar

1
Sufean hussin 1993 Pendidikan di Malaysia , Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan
Bahasa Pustaka.Kuala Lumpur.
 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau
Laporan Kabinet 1979.
 Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989.
3. Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990
Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula
sistem pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan
reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat
membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.
Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan.
Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada
peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya
mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan
pendidikan tinggi supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat
pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam
pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.

3.0 Rumusan
Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal.
Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi
perkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak dengan penubuhan
Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’.

Pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang dan member banyak manfaat kepada


masyarakat Negara.

You might also like