You are on page 1of 10

Nabi Muhammad 

Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: ‫ )نبي محمد صلى هللا عليه وسلم‬adalah


pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan
merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan
satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang
lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga
sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat
manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya
hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke
rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad
merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam,
tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan
Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam."

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M).


Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf
dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya
bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat
puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika
baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seoranganak yatim. Menurut tradisi
keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang
menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di
pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah
untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul
Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika
inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar
Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan
kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah.


Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi
penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua
kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi,
meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As
Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang
tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja
dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama
Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria).
Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan
luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk
menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan
mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi
kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak
perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah
merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun.
Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah.
Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

 Al-Harith bin Abdul Muthalib


 Muqawwam bin Abdul Muthalib

 Zubair bin Abdul Muthalib

 Hamzah bin Abdul Muthalib

 Al-Abbas bin Abdul Muthalib


 Abu Thalib bin Abdul Muthalib

 Abu Lahab bin Abdul Muthalib

 Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib

 Hijl bin Abdul Muthalib

 Dzirar bin Abdul Muthalib

 Ghaidaq bin Abdul Muthalib

 Safiyah binti Abdul Muthalib

 'Atikah binti Abdul Muthalib

 Arwa binti Abdul Muthalib

 Umaimah binti Abdul Muthalib

 Barrah binti Abdul Muthalib

 Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan

Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan


hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian
dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah
supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi
Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda
diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali
meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril
berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40
tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.
Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan
dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-
ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-
ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya,
tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah
digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri
kepada Allah.
Marhalah dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

 Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan


individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna
membentuk kerangka gerakan.

 Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat
turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai
masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan
bernegara dan bermasyarakat.

 Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan


Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh
penjuru dunia.
Thalabun Nusrah

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan
satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah
ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-

 Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan


aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.

 Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah


Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah
diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya.
Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat
bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat
kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya,
dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran
dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam.
Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati


di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair
bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya,
disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk
pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam
berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan
mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu


sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh
masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari
berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka
sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-
kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk
menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan
orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa
bernamaAqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah
untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka
menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul
Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka
mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji
akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama
diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka
sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka.
Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan


Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama
telahpun berjaya berhijrah keYathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib
akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-
daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan
beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk
membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan
rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang
kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas
mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah
oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish
Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu
umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan
untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pembukaan Kota Makkah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke
Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat.
Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota
Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua
berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Meneladani perbuatan Rasulullah

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang
termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri,
dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri,
duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan
tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu,
perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang
ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya
(haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi
beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya
beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah
dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal
ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti
diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan
meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada
perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa
perkataan, seperti sabda beliau:

َ ُ ‫صلُّ ْوا َك َما َرأَ ْي ُتم ُْونِيْ أ‬


ِّ‫صلي‬ َ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

‫ُخ ُذ ْوا َع ِّنيْ َم َناسِ َك ُك ْم‬


"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya.
Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan
bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

‫َفا ْق َطعُوا أَ ْي ِد َي ُه َما‬


"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun
indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah
dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah
penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang


menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan.
Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub
(mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk
bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang
akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika
meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan
untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10
hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir
disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui
Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka
mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas
mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-
Mu."
Kronologi perkembangan Islam

 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.


 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.

 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.

 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.

 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia.


Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.

 621M- Baiat Aqabah 1

 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.

 624M- Perang Badar.
 625M- Perang Uhud.

 627M- Perang Ahzab.

 628M- Perjanjian Hudaibiyah.

 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda


menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.

 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.

 631M- Perang Tabuk.

 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

You might also like