You are on page 1of 16

1.0 PENGENALAN.

Bola jaring adalah satu permaianan yang menyeronokkan, laju serta memerlukan kemahiran.

Permaianan ini boleh dimainkan di dalam gelanggang mahupun di atas padang berumput.

Perlawanan bola jaring berlansung di antara 2 pasukan yang mengandungi 7 pemain dalam

satu pasukan. Setiap pasukan akan cuba memasukkan sebanyak mungkin jaringan gol.

Pasukan yang banyak mengjaringkan gol dikira sebagai pemenang. Namun begitu, jika

kedua-dua pasukan mendapat jumpah gol yang sama, maka kedua-dua pasukan dianggap seri.

2.0 UNDANG-UNDANG BOLA JARING.

Pada peringkat senior permainan ini dimainkan dalam 4 suku masa yang setiap

satunya diperuntukkan selama 15 minit. Tempoh masa selama 3 minit diperuntukkan untuk

rehat di antara suku masa pertama dan kedua serta suku masa ketiga dan keempat dan 5 minit

masa rehat pada separuh masa. Semua gol yang dijaringkan, semua cubaan yang gagal serta

semua hantaran tengah akan dicatat oleh pencatat. Selain itu, pencatat juga akan menyebut

nama kumpulan yang akan membuat hantaran tengah jika disuruh oleh pengadil. Sebanyak 2

orang pengadil ditugaskan untuk mengadili permainan dan sebelum pertandingan dimulakan

pengadil akan membaling syiling bagi memastikan bahagian gol mana yang perlu mereka

awasi.

Penjaga masa ditugaskan untuk menjaga masa sepanjang permainan berlansung.

Penjaga masa perlu memberikan isyarat kepada pengadil apabila tempoh permainan tamat.

Selain itu,penjaga masa perlu memastikan masa yang hilang disebabkan oleh ganguan dalam

gelanggang, dimainkan pada suku masa gangguan tersebut berlaku. Hentian masa selama 5

minit akan diberikan jika pemain mengalami kecederaan ketika perlawanan berlansung.

Sewaktu hentian masa selama 5 minit, pemain tidak dibenarkan untuk keluar dari gelanggang

dan sebarang latihan atau tunjuk ajar pada ketika itu tidak dibenarkan.
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain. Sebelum permainan dimulakan, ketua

kumpulan akan melambung syilng bagi memilih bahagian gol atau hantaran tengah. Mereka

juga akan memberi tahu pengadil pertukaran posisi pemain serta sebarang pertukaran pemain.

Sebanyak 3 kali pertukaran pemain dibenarkan sepanjang tempoh seseuatu permainan.

Pertukaran boleh dilakukan pada waktu rehat atau ketika kecederaan. Untuk memulakan

permainan, pemain tengah akan melakukan hantaran tengah dan memegang bola ketika

berada di dalam bulatan tengah. Pemain tengah pihak lawan pula bebas bergerak dalam

sepertiga tengah gelanggang manalakan pemain-pemain lain dikehendaki berada dalam

bahagian sepertiga masing-masing. Wisel akan dibunyikan oleh pengadil menandakan

permainan dimulakan. Hantaran tengah mesti ditangkap atau disentuh oleh mana-mana

pemain yang berdiri atau mendarat dalam kawasan pepertiga tengah.

2.1 PENGADIL

Setiap perlawanan mestilah mempunyai pengadil bagi mengadili perlawanan tersebut.

Pengadil yang dilantik bertanggungjawab untuk memastikan pertandingan tersebur berjalan

dengan lancar dalam keaadaan yang “ bersih” serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sepanjang perlawanan berlansung, pengadil merupakan orang yang paling berkuasa di dalam

gelanggang. Semua keputusan yang dikeluarkan oleh pengadil adalah tepat dan semua

pemain perlu akur dengan keputusan pengadil.

Dalam perlawanan bola jaring, terdapat 2 orang pengadil yang dilantik untuk menjaga

perlawanan dan 2 orang lagi dilantik sebagai pencatat masa dan seorang lagi sebagai penjaga

masa. Umumnya, 2 orang pengadil ini brtanggungjawab menguruskan perlawanan. Lazimnya

pengadil terdiri daripada golongan wanita walaupun terdapat juga pengadil lelaki. Tugas

pertama pengadil ialah memeriksa gelanggang dan pakaian pemain serta memeriksa segala
peralatan permainan sebelum pemainan dimulakan. Setiap seorang pengadil akan mengawasi

setengah gelanggang permainan. Pengadil akan mengadili segala kesalahan yang berlaku di

kawasan kawalanya. Pengadil mengawal permainan dari luar gelanggang dan dilengkapi

dengan wisel bagi memudahkan pengadil memberi isyarat kepada pemain sekiranya berlaku

sebarang perlanggaran peraturan dan isyarat untuk menghentikan permaian ketika masa

perlawanan tamat.

2.2 KAWASAN PENGADIL.

Oleh kerana dalam sukan bola jaring menuntut 2 orang untuk dijadikan pengadil, maka

pembahagian kawasan untuk dijaga amat perlu agar tidak berlaku percanggahan keputusan

yang dibuat.

Pengadil X

wdsss wd

Pengadil Y

Jadual 1 ( kedudukan pemain dan pengadil )


Rajah di atas menunjukkan kedudukan dan kawasan yang perlu diadalili oleh mereka.

Pengadil X mengadili dan membuat keputusan di dalam kawasanya sepanjang permainan

berlansung. Selain itu, pengadil ditugaskan untuk membuat keputusan hantaran balik ke

dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan AD. Pengadil juga akan memulakan permainan

(hantaran tengah ) setiap kali gol dijaringkan. Sementara itu, pengadil y pula akan mengadili

dan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC CB.

2.3 GERAKAN PENGADIL

Pengadil di bahagian masing-masing perlu menjaga kawasannya iaitu dari tengah gelanggang

hingga ke sudut. Selain itu, ketika pemain cuba menjaringkan gol, pengadil perlu berada di

belakang tiang gol bagi memastikan bola masuk ke dalam jaring atau tidak.

Walaupun pengadil patut berada di luar gelanggang semasa perlawanan berlansung, namun

pengadil boleh masuk ke dalam gelanggang pada waktu-waktu tertentu seperti bertujuan

untuk membuat lambungan, menunjukkan tempat dimana panalti mesti diambil, melihat

permainan dengan lebih jelas serta untuk melihat pemakin yang tercedera.

2.4 ISYARAT PENGADIL

Isyarat tangan boleH digunakan oleh pengadil untuk menunjukkan keputusan yang telah

dibuat oleh pengadil jika berlaku sesuautu perkara ketika perlawanan berlansung seperti

kesalahan gerak kaki dan sebagainya. Semua pemain haruslah mengetahui isyrat-isyarat yang

digunakan oleh pengadil. Pemain harus diajar isyarat-isyarat ini supaya mereka akan

mengambil jalan pantas menyerang pihak lawan atau dengan cepat mengambil tindakan

menahan jika mareka dikenakan denda. Hal ini demikian kerana, pengadil akan meniup wisel
dan memberi isyarat tertentu. Isyarat-isyarat yang biasa digunakan oleh pengadil semasa

berlansungnya perlawanan adalah seperti berikut.

2.4.1. Peraturan gerak kaki.

Pengadil menggerakkan tangan ke atas dan kebawah

Peraturan gerak kaki menyatakan pemain tidak boleh mendaratkan semula kaki mendarat

selagi masih memegang bola. Isyarat tangan di atas merupakan isyarat yang digunakan oleh

pengadil ketika perlawanan.

2.4.2. Halangan dekat.

Pengadil menunjukkan jarak dengan kedua-dua tangan direnggangkan ke hadapan tubuh


Jarak yang dibenarkan untuk pemain pihak lawan menghalang pemain yang mempunyai bola

adalah sebanyak 0.9 meter atau 3 kaki. Ia disebut sebagai halangan dekat. Namun begitu

sekiranya pemain menggunakan tangan yang mengjangkau untuk menghalang pemain yang

tidak memiliki bola atau menggunakan pergerakan yang bersifat mengugut pihak lawan,

maka ia juga turut dikira sebagai halangan dekat. Jarak yang dibenarkan ialah jarak yang

diukur di atas tanah antara kaki terdekat penghalang dengan kaki mendarat pasukan

penyerang. Namun begitu jika pemain pihak penyerang yang menghampiri penghalang dan

mendekatkan kaki dengan penghalang, maka pihak penghalang tidak dikira sebagai

melakukan kesalahan halangan dekat malah pihak penyerang harus menerima hakikat

kerugian jarak kerana telah menghampiri pihak lawan. Bagi kesalahan halangan dekat, ia

akan memberikan penalti yang sama dengan sentuhan bagi hantara penalti atau jaringan

penalti. Di atas merupakan lambang isyarat yang digunakan pengadil bagi kesalahan

halangan dekat.

2.4.3. Ofsaid

Pengadil melakukan separuh pusingan dengan sebelah tangan

Pemain akan dikira ofsaid sekiranya pemain telah memasuki kawasan yang bukan kawasan

permainanya. Namun begitu pemain boleh mengambil bola di kawasan tersebut dengan
syarat pemain tidak memijak atau menyentuh kawasan luarnya. Jika berlaku kesalahn ofside,

maka hantaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Hantaran percuma ini akan

dilakukan di kawasan di mana berlakunya kesalahan ofside. Hantaran percuma akan

dilakukan oleh pemain pihak lawan yang boleh masuk ke kawasan tersebut iaitu kawasan di

mana kesalahan ofside berlaku. Namun begitu jika kedua-dua pemain pasukan melakukan

kesalahan ofside secara serentak dan salah seoranya atau kedua-duanya memegang bola,

maka lambungan bola akan dilakukan oleh pihak pengadil di kawasan bermain mereka

sendiri. Jika seorang pemain yang hanya dibenarkan dalam kawasan gol , masuk ke kawasan

tengah dan seorang pemain lawan keluar kawasan serentak ke kawasan gol atau salah seorang

atau kekud-duanya memegang atau menyentuh bola, maka lambungan akan dilakukan di

kawasan tengah di antara mana-mana dua pemain berlainan pasukan yang dibenarkan dalam

kawasan tersebut. Isyarat di bawah merupakan lambang tangan yang digunakan oleh pengadil

jika kesalahan ofside dilakukan oleh pemain ketika perlawanan.

2.4.4. Tempoh 3 saat

Pengadil menunjukkan tiga jari

Pemain dikatakan mempunyai kawalan ke atas bola apabila pemain memperoleh bola

samanda dengan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Namun begitu sekiranya
pemain tidak dapat menangkap bola dengan baik, pemain boleh menampar atau melantun

bola itu sekali untuk menangkapnya atau untuk memberikan bola tersebut kepada kawan

sepasukan. Pemain yang memiliki bola boleh memegang bola tersebut dalam tempoh 3 saat.

Jika pemain memegang bola melebihi tempoh 3 saat maka, wisel akan ditiup dan bola akan

diserahkan kepada pihak lawan. Di atas merupakan isyrarat tangan yang digunakan oleh

pengadil jika pemain memegang bola melebihi 3 saat.

2.4.5. Jaringan

Pengadil menaikkan tangan sambil meniup wisel

Penjaring gol mempunyai tempoh masa selama 3 saat dari tempoh memegang bola hingga

kepada penjaring melepaskan bola untuk membuat jaringan. Gol dijaringkan apabila bola

dihantar keluar atau ditampar masuk dengan sepenuhnya melalui gegelang oleh penyerang

gol atau penjaring gol. Setiap jaringan yang berjaya akan dikira 1 mata bagi pasukan.

Jaringan tetap dikira walaupun pemain pertahanan pihak lawan menepis bola dan bola masuk

ke dalam gegelang. Namun begitu sekiranya jaringan gagal dan bola melantun balik ke dalam

gelanggang, maka permainan perlu diteruskan. Sebaliknya, jika bola melantun keluar,

hantaran ke dalam diambil di mana bola melintasi garisan. Isyarat di bawah merupakan

lambang isyarat tangan pengadil bagi jaringan yang berjaya.


2.4.6. Lambungan.

Pengadil menggerakkan tapak tangan ke atas

Lambungan pula dilakukan apabila pemain dari pasukan yang berlainan melakukan kesalahan

serentak, menerima bola serentak atau jika pengadil gagal mengesan pemain pasukan mana

yang menyentuh bola pada kali terakhir sebelum bola keluar gelanggang. Lambungan akan

dibuat oleh pengadil pada tempat kesalahan dilakukan. Kedua-dua pemain yang mengambil

lambungan hendaklah berdiri mengadap satu sama lain ke arah gol masing-masing dengan

tangan lurus di sisi tetapi kaki dalam sebarang kedudukan. Jarak di antara kaki terdekat

kedua-dua pemain ialah 0.9 meter atau 3 kaki. Seterusnya, pengadil akan melambung bola di

tengah-tengah di antara 2 orang pemain berkenaan iaitu bawah aras bahu pemain yang

terendah, ketika berdiri secara biasa. Sebaik sahaja bola dilambung, wisel akan dibunyikan.

Bola yang dilambung boleh ditangkap atau ditampar ke mana-mana arah oleh kedua-dua

pemian tadi kecuali menampar ke arah pemain lawan. Gambar di atas menunjukkan isyarat

tangan bermaksud lambungan yang digunakan oleh pengadil.


2.4.7. Sentuhan

Pengadil menepuk lengan dengan tapak tangan

Sentuhan yang menggangu permainan akan dikenakan denda, tidak kira ia dilakukan oleh

pemain atau menggunakan bola. Ini bermakna pemain tidak boleh menolak, menyadung atau

melanggar pihak lawan terutamanya sewaktu menghalang. Jika kesalahn ini berlaku, maka

hantaran penalti, hantaran atau jaringan penalti akan diberikan kepada pihak lawan. Mana-

mana pemain yang boleh bermain dalam kawasan tersebut boleh melakukan hantaran penalti.

Namun begitu sekiranya sentuhan berlaku dalam bulatan gol, maka penalti yang diberikan

ialah hantaran penalti atau hantaran, atau jaringan penalti. Mana-mana penjaring bole

melakukan penalti tersebut. Gambar di atas merupakan isyarat lambang tangan yang

digunakan oleh pengadil bagi kesalahan sentuhan.


2.4.8. Advantage

Pengadil melambai tinggi tanganya menunjuk ke arah permainan

Pengadil tidak akan meniupkan wisel bagi sebarang kesalahan sekiranya ia akan memberikan

kerugian kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan. Pengadil boleh menyebut

“advantej” untuk menandakan ini. Pengadil juga boleh menunjukkan isyarat tangan seperti di

atas.

2.4.9. Arah hantaran.

Pengadil menunjuka arah dengan lengan

Apabila bola keluar gelanggang, hantaran ke dalam diambil oleh pasukan lawan terakhir yang

menyentuh bola. Untuk membuat hantaran ke dalam, pemain perlu berdiri di luar garisan

gelanggang dan meletakkan kaki paling dekat dengan tempat di mana bola boleh melintasi

garisan. Penalti bagi kesalahan yang berlaku semasa hantaran ke dalam ialah hantaran ke
dalam diberi kepada pasukan lawan tempat di mana kesalahan berlaku. Di atas merupakan

isyarat tangan pengadil apabila hantara perlu dilakukan.

2.4.10. Masa rehat

Pengadil membuat tanda T dengan jari-jari sebelah tangan dengan tapak tangan sebelah kiri

Setelah tamat masa perlawanan pengadil akan memberikan isyarat tangan kepada pemain dan

meniup wisel. Selain itu, pengadil akan memberhentikan perlawanan jika berlaku kecederaan

pemain. selepas itu, pengadil akan memainkan semula permainan di mana bola diberhentikan.

pasukan yang memiliki bola sebelum permainan dihentikan akan membuat hantaran seperti

yang disuruh oleh pengadil. Di atas merupakan isyarat tangan yang digunakan oleh pengadil.

3. 0 UNDANG-UNDANG AM

3.1 Penalti

penalti diberikan untuk kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunye

kesalahan kecuali apabila undang-undang anvantage boleh digunakan. ini bermaksud

pengadil menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan

demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pihak lawan.


3.2 Hantaran Percuma

hantara percuma diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam gelanggang

kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan

serentak oleh dua pemain lawan.

3.3 Hantaran Penalti Atau Jaringan Penalti

satu hantaran atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang

halangan dan sentuhan. jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, die

mesti berdiri bersebelahan dan jauh daripada pemain yang mengambil penalti. dia tidak boleh

membuat sebarang pergerakan sehingga pemain yang mengambil penalti melepaskan bola.

jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola berlepas, maka penalti akan diberikan

semula kecuali jika bola berjaya bolos dalam jaringan.

3.4 Hantaran Dalam

Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberi kepada pasukan lawan untuk lontaran ke

dalam sekirang berlaki situasi-situasi seperti pemain terakhir menyentuh bola, pemain yang

menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

4 .0 OFSAID, FAUL DAN PENALTI.

pemain akan dikenekan denda jiga melakukan kesilapan. Jika pemain bergerak

melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan maka ia dipanggil outside.

Manakalia ketika menangkap bola, kaki pemain mestilah berada dalam kawasan tertentu dan

jika tidak ia dikira outside. Pemain akan dikira faul jika berkalu situasi-situasi seperti,

pemain yang memegang bola atau tidak memegang bola, tersentuh pemain lawan atau
merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada pihak lawan. Setiuasi lain

adalah seperti pemain berada kurang daripada 0.91 meter ( 3 kaki ) dari pemain yang sedang

membuat lontaran. Pemian itu dianggap sebagai penghalang. Pemain mengertak, mengugut

atau menjerit ke arah pemain ke arah pemian pihak lawan dengan tujujan mengganggu

mental pihak lawan juga boleh dianggap sebagai faul.

Jika berlaku faul pihak lawan akan diberikan jaringan penalti andai kesalahan dibuat

di dalam bulatan gol. Selain pihak lawan boleh memilih untuk membuat hantaran penalti atau

jaringan penalti jika kesalahan berlaku di dalam bulatan dan akhir sekali hantaran bebas akan

diberikan kepada pihak lawan ( free throw) di tempat berlakunya kesalahan. Namun begitu

jika kedua-dua pemain dari kedua-dua pasukan membuat kesalahan secara serentak, maka

lambungan bola akan dilakukan. Pemain dari kedua-dua pasukan perlu menyambut bola yang

telah dibaling oleh pengadil.

5.0 PAKAIAN

Pemain dikehendaki memakai rshirt yang seragam terdiri daripada tshirt, skrit, selau pendek,

seluar panjang, stokingdan kasut kanvas. Selain itu, pemain juga diminta memakai pakaian

seragam yang dipanggil “bibs”. Huruf pada ‘bibs

Mestilah ditulis terang pada bahagian depan dan belakang l bibs dipakai bagi

menunjukkan posisi kereka. Pemain yang memegang syarat dipegang tidak boleg dipisahkan.

Kasut dibuat dari bahan ringan dan kasut berpaku tidak dubenarkan. Di bawah merupakan

contoh bibs dalam perlawanan bola jaring.


6.0 JUMLAH PEMAIN.

Dalam sesebuah perlawan setiap pasukan mestilah mempunyai ahli seramai 7 orang. Setiap

pemain mempunyia peranan dan tanggungjawab tertentu. Setiap pemain dihadkan oleh posisi

spesifik seperti dua penjaring (penyerang), 3 orang pemain kawasan tengah ( penyerang dan

pertahanan) serta 2 orang penahanan. Untuk kedudukan pemain, sila rujuk jadula 1. Pemain-

pemain perlu menggalas tanggungjawab sebagai :

GS Gol Shooter
GK Gol Keaper
WA Wing Defend
WD Wing Defend
GA Gol Attack
GD Gol Defend
C Center
7.0 PENUTUP.

Kesimpulanya, pemahaman mengenai peraturan-peraturan bola jaring adalah penting

supaya pemain-pemain bermain bola jaring dengan memuaskan dan menyeronokkan. Pengetahuan

ini juga amat penting kepada guru atau jurulatih.

Peraturan-peraturan permainan bola jaring ini telah diterbitkan oleh persatuan-persatuan bola

jaring negeri dan diberikan kuasa oleh The International Federation Of Netball Associations ( IFNA).

peraturan-peraturan yang diwujudkan ini amat bertujuan menjadikan permainan bola jaring

ini lehbih berdisiplin. para pemain diminta untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini.

apabila pemain melangggar peraturan ini, deada akan dilaksanankan terhadap pemain. peraturan ini

menjadikan permainan bola jaring menjadi lebih telus.

You might also like