You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum…..

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan
kerja kursus saya yang telah diusahakan selama ini . Kerja kursus ini amat penting buat
saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada penilaian
matepelajaran yang saya ambil bagi semester ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali
kepada pensyarah yang dihormati iaitu Dr. Mohd Asyraf kerana beliau telah banyak
memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Segala tunjuk ajar yang
diberikan amat berguna kepada saya kerana sedikit sebanyak membantu kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek saya kerana
memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus saya serta
membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya
kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan
sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan. Sokongan
dan dorongan mereka sangat membantu saya supaya menyiapkan tugasan ini dengan
baik dan bersemangat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama
sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan
kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan ini amat saya hargai. Budi kalian
yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya
lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapakn kerja kursus ini.

You might also like