You are on page 1of 28

Pendekatan mengajar

Oleh :
Adi Syazwan
Muhammad Safiq
Ahmad Zulhilmi
Mohd Haniff
Nur Hasniza
Maksud pendekatan
Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara
atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan
dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi
masalah.
Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau
cara bagaimana sesuatu tugasan itu dilaksanakan.
Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan
bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran
diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Jenis-jenis pendekatan
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Tematik
Pendekatan Integratif
Pendekatan induktif
Takrif
Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi
iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran
secara langsung, mereka hanya diberitahu
berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran
tersebut.
Mereka digalakkan mencari, meneliti dan
mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu
rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah
dilakukan.
Konsep
Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.
Memperkenalkan pengetahuan dan memberi
pengalaman.
Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh
contoh tertentu.
Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu
urutan/susunan pemikiran.
Membuat andaian munasabah daripada spesifik
(khusus) kepada umum.
Ciri-ciri
 Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan.
 Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk
kuasai sesuatu kemahiran.
 Tekankan pengajaran berbentuk konkrit.
 Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan
guru.
 Penglibatan murid secara aktif ditekankan.
 Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
 Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan deduktif
Takrif
 Suatu pengajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-
hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan
akan diaplikasikan menjadi suatu fakta.
 Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan
dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian mereka akan
memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi
yang
sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.
 Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid
mestilah betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada
akhir sesi pembelajaran.
konsep
Satu produksi fakta untuk membuktikan satu
pernyataan umum.
Menganalisa fakta yang membentuk
generalisasi.
Membuat satu penghuraian daripada umum
kepada yang khusus.
Prinsip
 Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru
dapat menolong murid-murid membentuk konsep
dan seterusnya membuat generalisasi yang
dikehendaki.
 Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid.
 Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang
digunakan dapat menarik minat murid.
 Guru perlu menyediakan alat bantu yang sesuai.
 Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri
Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang
akan diperolehi oleh murid.
Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran
untuk mendapatkan ilmu.
Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada
keseluruhan kepada yang lebih komplek.
Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada
hafalan.
kelebihan
Cara yang mudah untuk menyampaikan isi
pelajaran.
Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu
membuat banyak persediaan.
Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh
kerana secara tradisinya, guru patut memberikan
penerangan sebelum memulakan sesi P&P.
Pendekatan eklektik
maksud
Pengajaran yang disampaikan dengan menggabungkan
semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu
kaedah ke dalam kaedah yang baru.
konsep
Menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang
lalu (induktif & deduktif).
Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan
secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan
mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar
pada waktu itu.
Penting dalam membantu meningkatkan
kemahiran mengeja dan membaca kanak-kanak.
Jenis strategi pengajaran menggunakan
pendekatan elektik

Strategi yang mirip kepada pendekatan deduktif


Strategi yang mirip kepada pendekatan induktif
Strategi yang cenderung kepada
pendekatan deduktif
Guru menerangkan generalisasi/ hukum-hukum/
peraturan.
Guru memberikan contoh untuk menerangkan
generalisasi tersebut.
Guru mengaitkan contoh dan menjelaskan lagi
kesimpulan.
Strategi mirip kepada pendekatan
induktif
Guru mula dengan menggunakan contoh-contoh
untuk membantu pelajar membentuk konsep yang
jelas.
Daripada contoh tersebut, guru bersama pelajar
membuat generalisasi.
Untuk pengukuhan, contoh diberikan oleh guru
dan pelajar. Guru akan mendorong pelajar untuk
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam
situasi yang hampir serupa.
Pendekatan tematik
konsep
Guru mengenal pasti tema-tema yang hendak
dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka
masa.
Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan
peringkat umur pelajar.
Daripada tema yang dipilih, guru perlu
menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan
dengan tema tersebut.
tujuan
Strategi berpusat kepada kanak-kanak. Guru perlu
ambil kira minat, tahap kebolehan dan pengalaman
kanak-kanak semasa merancang aktiviti.
Penglibatan pelajar secara aktif dalam pengajaran
secara bertema.
Berpandukan tema, guru dapat cetus idea yang
menarik untuk aktiviti yang dirancang.
Kesinambungan terpelihara.
Prinsip pendekatan tematik
Pemilihan tema yang sesuai dengan minat dan
kebolehan pelajar.
Tema perlu berkait rapat dengan kehidupan harian
pelajar.
Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi
pelbagai bidang.
Sekuen sesuatu tema penting bagi membolehkan
pelajar ikut perkembangan topik dengan lancar.
Perlukan cetusan idea yang banyak dan kreatif.
Pendekatan integratif
Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu
persekitaran pengajaran yang merangsangkan
murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran
asas, memahami, hubungan antara disiplin
akademik yang berbeza-beza.
Pendekatan ini memerlukan murid-murid untuk
berfikir, mensistesis dan memberi gerakbalas
terhadap apa yang diajar.
Prinsip
(a) Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan
murid

Guru dikehendaki memberi kuasa kepada murid-


murid mengendalikan tugas atau projek serta
mengalakkan pembinaan hubungan.
 Guru hendaklah mudah didampingi agar dapat
memberi bimbingan, jika perlu:
 Penggunaan pembelajaran aktif. Teknik-teknik yang digunakan seperti
pembelajaran koperatif memberi murid-murid peluang untuk mengaplikasikan
teori yang dipelajari kepada situasi dalam kehidupan seharian.

 Peranan guru sebagai fasilitator. Guru perlu merekabentuk aktiviti-aktiviti


dimana murid dapat belajar sesama mereka serta memperoleh pengalaman
pembelajaran berbentuk arah kendiri dan inisiatif kendiri.

 Keutamaan diberi kepada kemahiran asas. Kemahiran asas seperti membaca,


menulis dan mengira diperkukuhkan dalam kalangan murid.

 Peluang untuk kerja berpasukan. Melalu kerja berpasukan, murid-murid belajar


untuk menghargai unsur kepelbagaian dan perbezaan individu.

 Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugas atau projek. Amat penting agar
murid-murid didedahkan dan diajar pelbagai kemajuan teknologi dan strategi
internet yang sedia ada
(b) Strategi pemusatan bahan.

Bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting


dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menggunakan strategi ini,guru boleh
menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih
menarik serta lebih berkesan.
Murid-murid pula boleh memahami pelajarannya dengan
lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara
berkumpulan tanpa kehadiran guru.

You might also like