You are on page 1of 4

Ujian Rujukan Norma / Kriteria http://aacaanjip.bravehost.com/14minggu/03b_Ujian_Rujukan_Norma_Kri...

Build a Website
Build a Website in Minutes! No coding necessary.

Find out more at Jigsy.com

Konsep Pengujian dan Penilaian

Pada umumnya, ujian dibina untuk memenuhi dua tujuan utama:

1. membanding kebolehan antara pelajar – Rujukan


Norma

2. menentu status – Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Norma (URN)


Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk
membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu bidang,
sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian
hanyalah dapat ditafsirkan melalui perbandingan
azizi290107.jpg
prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan
tertentu yang mengambil ujian yang sama.

Ujian rujukan norma yang baik dapat


mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh
membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar
yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada
pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis

1 of 4 3/21/2011 9:54 PM
Ujian Rujukan Norma / Kriteria http://aacaanjip.bravehost.com/14minggu/03b_Ujian_Rujukan_Norma_Kri...

ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya


kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai
kuasa diskriminasi yang lebih tinggi.

Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang


melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujian rujukan
norma.

Taburan Skor Ujian Rujukan Normal

Ujian Rujukan Kriteria (URK)

Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status


seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran
berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah
ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan
pelajar kepada kategori:

1. telah menguasai atau

2. belum menguasai.

Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar


tidak timbul.

2 of 4 3/21/2011 9:54 PM
Ujian Rujukan Norma / Kriteria http://aacaanjip.bravehost.com/14minggu/03b_Ujian_Rujukan_Norma_Kri...

Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi


jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting, iaitu
(1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Contoh ujian menaip:


Tugasan : Boleh menaip 10 muka surat
Syarat : Mengguna mesin taip elektrik
Piawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih
2. Kesilapan ejaan 2 perkataan atau
kurang pada setiap muka surat.

Perbezaan Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

Konsep Ujian yang relatif yang Ujian rujukan yang menentukan


menggambarkan prestasi kumpulan peringkat pencapaian individu
murid dalam graf yang normal. berdasarkan kriteria tertentu yang telah
ditetapkan.

Tujuan i. Membandingkan prestasi antara i. Menentukan tahap penguasaan


murid atau kumpulan. sesuatu kemahiran yang telah dipelajari
mengikut kriteria yang telah ditentukan.
ii. Menentukan murid sama ada
lulus, gagal, cemerlang dan ii. Memperbaiki pengajaran
sederhana. dan pembelajaran
berdasarkan keputusan ujian.
iii. Memilih murid untuk tujuan
pengiktirafan – sijil

Ciri-ciri Bermula dengan soalan yang mudah Soalan yang hampir sama peringkat
Soalan kepada lebih sukar dan mempunyai kesukaran dengan berpandukan objektif
diskriminasi yang tinggi pelajaran.

Ciri-ciri Penentuan pangkat, gred bagi Tiada gred ditetapkan dan memadai
ujian menentukan kelulusan murid pelbagai penyataan lulus gagal.
peringkat.

Kandungan Meliputi topik pembelajaran yang lebih Tertumpu kepada topik-topik tertentu
cakupan luas yang lebih khusus.

Contoh Peperiksaan akhir penggal, UPSR, Ujian pendek, tugasan, latihan, soal
ujian PMR, SPM, STPM jawab dalam bilik darjah.

3 of 4 3/21/2011 9:54 PM
Ujian Rujukan Norma / Kriteria http://aacaanjip.bravehost.com/14minggu/03b_Ujian_Rujukan_Norma_Kri...

Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam
laman ini Page Created 1 Mac 2006 and last updated on 11 Feb 2007 by Pengendali@ 2006

Report Content · Report Problem Ad · Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by bravenet.com

4 of 4 3/21/2011 9:54 PM

You might also like