You are on page 1of 6

SELANGOR

Kerajaan Melayu Selangor adalah sebuah lagi kerajaan baru yang telah muncul semasa

abad ke 18. Pemerintah bagi kerajaan Selangor yang baru ditubuhkan ini adalah sebuah

keluarga baru yang memerintah Selangor. Selangor didalam konteks ini adalah merujuk

Kuala Selangor. Kerajaan Malayu Selangor telah diasaskan oleh Raja Lumu merupakan anak

salah seorang Upu Bugis Lima Bersaudara iaitu Daeng Chelak 1. Raja Lumu telah

mengasaskan kerajaan Selangor ini pada tahun 1766 masihi. Keadaan politik Selangor

sebelum pengasasan Kerajaan Melayu Selangor oleh Raja Lumu adalah berada di bawah

naungan Kerajaan Johor. Pemerintah atau pembesar Selangor yang dilantik oleh Johor bagi

menguruskan Selangor adalah kurang jelas. Terdapat catatan yang mengatakan bahawa Tuk

Engku Kelang yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah

telah menganugerahkan cop mohor kuasa kepada Yam tuan Selangor untuk menjaga kawasan

Selangor bagaimanpun tidak dijelaskan secara nyata tentang siapa Yamtuan itu.

Kemunculan Kerajaan Melayu Selangor juga dikaitkan dengan kelemahan kerajaan

Johor yang menaungi Selangor selama ini. Setelah Upu Bugis Lima Bersaudara berjaya

membantu Raja Sulaiman merampas semula takhta Johor maka Bugis telah berpengaruh di

Johor dengan dilantik sebagai Yang dipertuan Muda Johor untuk selamanya. Raja Lumu telah

dilantik sebagai pembesar dikawasan Selangor oleh Sultan Selangor sebagai wakil Johor

disana. Raja Lumu merupakan seorang Bugis yang berpandangan jauh kerana beliau

berpendapat bahawa selangor mampu membebaskan dirinya daripada menjadi naungan Johor

kerana Johor sedang mengalami kemerosotan. Bagaimanapun untuk menubuhkan sebuah

Kerajaan Melayu Selangor beliau perlukan pengiktirafan daripada Kerajaan Melayu yang lain

serta alat kebesaran seperti nobat dan cop mohor untuk upacara penabalannya. Adalah

mustahil bagi Raja Lumu untuk meminta pengiktirafan daripada Kerajaan Melayu Johor dan

Terengganu kerana Johor sedang dikuasai oleh pak cik saudaranya iaitu Daeng Merewah
1
Buyong Adil , Sejarah Terengganu , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981.
tidak akan menyerahkan kawasan Selangor kepada kepadanya secara mudah kerana Selangor

adalah kawasan naungan Johor manakala Sultan Mansur pemerintah Terengganu ketika itu

amat tidak menyukai Bugis dan berhasrat untuk menghalau Bugis daripada Tanah Melayu.

Pengiktirafan daripada kerajaan Melayu Kedah amat sukar dilakukan kerana Raja Lumu

mempunyai ikatan persaudaraan dengan Sultan Muhammad Jiwa hasil daripada perkahwinan

putera dan puteri mereka2.

Maka hanya kerajaan Melayu Perak sebagai satu-satunya kerajaan Melayu yang boleh

menunaikan hasrat politik Raja Lumu ini. Perkara ini ditambah dengan faktor bahawa Sultan

Perak ketika itu iaitu Sultan Mahmud mahu merapatkan hubungan Perak dengan negeri-

negeri disekitarnya. Raja Lumu telah berjaya menjadi Sultan Selangor yang pertama dengan

bantuan pengiktirafan oleh Kerajaan Melayu Perak serta cop mohor dan nobat yang

dihadiahkan oleh Perak3. Raja Lumu telah diangkat menjadi menjadi Sultan Selangor dengan

menggunakan gelaran Sultan Salehuddin sekitar tahun 1766. bagaimanpun terdapat

perbezaan diantara sumber Bugis dan Sumber Perak dalam mengisahkan tentang bagaimana

Raja Lumu mendapat pengiktirafan oleh Perak. Tuhfat Al Nafis sumber Bugis telah

menyatakan bahawa Raja Lumu mendapat pengiktirafan setelah baginda berangkat ke Perak

dan telah bermain-main seketika di Pulau Pangkor dan beliau telah dijemput oleh Sultan

Perak untuk ke Istana Perak lalu beliau telah dilantik menjadi Sultan Selangor memegang

gelaran Sultan Salehuddin kemudiannya selepas upacara penabalan Sultan telah pulang ke

Selangor dengan membawa alat kebesaran daripada Perak. Misa Melayu sebuah sumber

bertulis sejarah Perak pula menjelaskan bahawa kedatangan Raja Lumu ke Perak adalah

setelah beliau bermesyuarat dan setelah tiba di Perak beliau telah disambut oleh Raja Muda

dan Raja Bendahara Perak. Setelah bermesyuarat Sultan Perak telah bersetuju untuk

memberikan pengiktirafan kepada Raja Lumu sebagai Sultan di Selangor. Raja Lumu telah

2
Ibid.
3
Raja Chulan Bin Raja Hamid , Misa Melayu , Kuala Lumpur , Penerbitan Pustaka Antara , 1966
ditabalkan sebagai Sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin dengan menggunakan alat

kebesaran daripada Perak. Dengan itu bermulalah sebuah lagi kerajaan Melayu baru di Tanah

Melayu dengan keluarga baru sebagai pemerintahnya dan bagi Kerajaan Melayu Selangor

pemrintah daripada keluarga baru ini adalah daripada keturunan perantau Bugis daripada

Sulawesi yang kemudianya telah mengasimilasikan diri mereka untuk menjadi orang

Melayu.
KELANTAN

Kelantan sebelum abad ke 18 telah diperintah oleh keluarga Diraja Jembal yang telah

memerintah Kelantan untuk sekian lama. Permasalah wujud apabila Raja terakhir Jembal

iaitu Sultan Omar telah mangkat dan dan pengantinya yang dilantik iaialh menantunya iaitu

Long Bahar dan bukannya anak Sultan Omar. Long Bahar adalah anak bangsawan dari Patani

iaitu Datuk Pengkalan Tua yang juga merupakan sahabat baik Sultan Omar. Long Bahar dan

Tuan Sulong dua putera Datuk Pengkalan Tua telah dihantar ke Kelantan oleh ayahanda

mereka untuk bertemu dengan Sultan Omar. Setelah tiba di Kelantan, Long Bahar telah

mengahwini puteri Sultan Omar iaitu Raja Pah manakala Tuan Sulong pula telah menikahi

Che Biru iaitu anak kepada penghulu hitam4. Selepas Long Bahar dilantik menjadi pengganti

kepada mertuanya sebagai Sultan Kelantan beliau pula telah meninggal dunia dan telah

digantikan oleh puteranya dengan isteri di Patani iaitu Long Sulaiman. Ini bermakna

hubungan kekeluargaan pemerintah kelantan itu tiada langsung kaitan lagi dengan keturunan

Diraja Jembal. Bagaimanpun Long Sulaiman telah dibunuh oleh menantunya iaitu Long

Deraman (Raja Legeh) yang mahu meluaskan kuasanya terhadap negeri Kelantan dan beliau

telah melantik anak Tuan Sulong iaitu Long Muhammad sebagai Sultan Kelantan

menggantikan Long Sulaiman dengan mengetepikan putera Long Sulaiman iaitu Long

Yunus.

Long Deraman telah membunuh Long Muhammad setelah Long Muhammad

membunuh isterinya sendiri yang juga saudara kepada Long Deraman. Selepas itu Long

Deraman sekali lagi telah meminggirkan Long Yunus sebaliknya telah melantik Long Pandak

sebagai pengganti Long Muhammad5. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya rasa tidak

puas hati Long Yunus yang kemudianya telah meminta bantuan Terengganu untuk

mendapatkan tahkta yang sepatutnya menjadi milik beliau.

4
Arifin Bin Abdul Rashid , Sejarah Kelantan , Kota Bharu, Ahliyah Press , 1962.
5
Ibid.
Bagaimanapun terdapat dua versi tentang cara bantuan daripada Terengganu didapati

dan diberikan kepada Long Yunus. Versi pertama ialah sumber Kelantan yang telah

menyatakan bahawa seorang Panglima Muda Terengganu telah pergi ke Kelantan bagi

mencari ayam sabungan untuk membantu Terengganu dalam bertaruh sabungan ayam dengan

Bugis. Semasa mencari ayam sabungan itu panglima muda telah singgah di rumah Mandor

Mis di Padang Garang yang secara kebetulan adalah tempat berehat Long Yunus dan Long

Ghafar iaitu anak kepada Raja Reman sahabat kepada Long Yunus. Long Ghafar telah

menyatakan bahawa ayamnya ’Bakas Beracun’ boleh membantu Terengganu untuk

mengalahkan ayam Bugis6. Dalam sabungan itu ayam Long Ghafar telah menang dan perkara

ini telah mengembirakan Sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur. Bagi membalas jasa Long

Yunus dan Long Ghafar, Sultan Terengganu telah berjanji untuk membantu mendapatkan

semula hak Long Yunus sebagai pemerintah Kelantan. Long Yunus melalui bantuan

Terengganu dan Long Ghafar telah menyerang Kota Kubang Labu dan berjaya mengalahkan

Long Pandak. Long Deraman telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan manakala Long

Ghafar telah dilantik sebagai Engku Seri Maharaja Perdana Menteri yang berkuasa

dikawasan daripada Sungai Pasir Tumbuh hingga ke sempadan Terengganu.

Sebuah lagi versi yang wujud ialah versi sumber Terengganu yang langsung tidak

menceritakan tentang kisah sabungan ayam tetapi sumber Terengganu ini menyatakan

bahawa Long Yunus telah merantau ke Terengganu dan telah mengahwini salah seorang

daripada kerabat diraja Terengganu iaitu Tun Jumat anak kepada Ku Tana Wangsa saudara

Sultan Mansur Sultan Terengganu. Long Bahar telah menggunakan kedudukan para iparnya

sebagai saudara Sultan Terengganu untuk memujuk baginda untuk membantu Long Yunus

mendapatkan tahkta Kelantan daripada Long Pandak. Sultan Mansur bersetuju untuk

membantu dan didalam serangan pertama gabungan angkatan Terengganu bersama Long

Yunus telah berjaya mengalahkan Long Pandak. Bagaimanapun Long Yunus tidak lama
6
Ibid.
menduduki tahkta Kelantan apabila Long Pandak dan Long Deraman telah melancarkan

serangan balas dan menyebabkan Long Yunus berundur semula ke Terengganu. Sultan

Mansur pada kali ini telah bersedia untukturut serta dalam serangan semula Long Yunus

dengan bantuan angkatan Teerengganu menentang Long Pandak dan Long Deraman. Kedua-

dua angkatan ini telah bertemu di Penarik berdekatan dengan Setiu,bagaimanpun tiada

pertumpahan darah berlaku apabila kedua pihak telah megambil jalan tengah untuk berunding

dan telah mencapai sepakat iaitu kedua pihak bersetuju bahawa Long Pandak menjadi Raja

Kelantan sementara Long Yunus sebagai Raja Muda7. Tidak lama selepas itu Long Deraman

yang sebelum ini menjadi pemain konflik politik di Kelantan telah meninggal dunia di

Bengnara sementara Long Pandak telah berpindah ke Legeh meninggalkan Long Yunus

sebagai pemerintah Kelantan yang tunggal. Tetapi Long Yunus telah difitnah dan

menyebabkan beliau telah berundur ke Terengganu dan mendapatkan bantuan Terengganu

untuk menyerang Kelantan. Pada serangan kali ini mereka berjaya menguasai Kelantan

sepenuhnya apabila berjaya mengalahkan Long Pandak. Selepas itu dengan bantuan

Terengganu Long Yunus telah diangkat menjadi pemrintah Kelantan. Dengan perlantikkan

Long Yunus ini maka bermulalah semula dinasti kerajaan Melayu Kelantan yang bersusur

galurkan daripada keturunan bangsawan Patani.

7
Ibid.

You might also like