You are on page 1of 10

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Bahasa Mutu Bangsa

Tugasan Pengajaran Kemahiran


Bahasa Melayu

Nama : Muhammad Safwan bin Mohd Noor Azmi


No. Matrik : PPR4T PDK 9583342
No. K/P : 880501-08-6139
Kelas : PISMP IPGM 6D ambilan Januari 2008
Mata Pelajaran : BMM3104 – Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Nama Pensyarah : Dr. Mashudi b. Bahari
(Jabatan Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu)
Tarikh Serahan : 8 Oktober 2008
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran: Bahasa Melayu


Kelas: 2 Utarid
Bil. Murid: 42 orang
Tema: Kita Pengguna Bijak
Tajuk: Bijak Memilih
Tarikh: 21/7/2010 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 pagi

Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:


i. Melakonkan situasi di sebuah kedai ketika sedang membeli barang
ii. Menyatakan lima antonim berdasarkan perkataan yang berhuruf tebal dalam
teks.
iii. Menyatakan tiga nilai yang terdapat dalam teks dialog secara bertulis.

Fokus utama:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1 (ii) Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan.

Fokus sampingan:
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1 (ii) Menyatakan maksud perkataan dan frasa dalam ayat yang
diberikan.

Kemahiran bahasa: Mendengar dan bertutur, membaca, menulis

SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Antonim
Kosa kata: Membeli, sebelum, tiada, jangan, tamat
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kemahiran Hidup
Nilai: Kesederhanaan, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


Kemahiran berfikir: menjana idea, menghubungkait
Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik, kontekstual
Pengetahuan sedia ada: murid pernah membeli barang di kedai runcit
Bahan bantu belajar: teks dialog, lembaran kerja, kad simulasi, papan hijau, kapur
tulis

ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN


Set Induksi (5 Minit)
Soalan:
Di manakah cikgu 1. Guru dengan spontan bertanya
boleh membeli kepada murid di manakah kita
barang-barang boleh mendapatkan barang-
keperluan? barang keperluan.
2. Guru bersoal jawab dengan
Jangkaan jawapan: murid.
1. Di kedai runcit 3. Guru mengaitkan dengan tajuk
2. Di pasar raya pelajaran pada hari ini.

Aktiviti 1 (12 minit) KB: Menjana idea,


Sampul surat: menghubung kait
1. Kuning – Penjual 1. Guru mengeluarkan empat KP: verbal-linguistik
sayur sampul surat berwarna BBB: kad simulasi
2. Oren – Tauke kedai 2. Guru memilih wakil daripada
runcit setiap kumpulan datang ke
3. Biru – Pembeli 1 hadapan kelas.
4. Merah jambu – 3. Keempat-empat murid tersebut
Pembeli 2 dikehendaki memilih salah satu
sampul yang diberikan oleh guru.
4. Murid yang diminta membacakan
arahan yang terdapat dalam
sampul di hadapan kelas.
5. Murid diminta melakonkan watak
seperti dalam arahan yang
terdapat dalam sampul.
6. Murid lain diminta menyaksikan
dan menumpukan perhatian pada
lakonan rakan-rakan mereka.

Teks dialog Aktiviti 2 (22 minit) KB: Menjana idea


Buku teks m/s 29 KP: verbal-linguistik,
1. Guru membuat perbincangan kontekstual
Perkataan berhuruf dengan murid tentang lakonan BCB: Memproses
tebal rakan mereka. maklumat
1. Membeli 2. Guru mengedarkan teks dialog BBB: buku teks,
2. Sebelum kepada murid. teks dialog
3. Tiada 3. Kumpulan 1, 2, 3 dan 4 diminta
4. Jangan membacakan dialog secara
5. Tamat mekanis, dengan kuat.
4. Setiap kumpulan diberikan satu
Antonim watak yang terdapat dalam teks
1. Menjual dialog
2. Selepas 5. Guru memberikan dorongan dan
3. Ada bimbingan dalam membacakan
4. Mesti teks dialog
5. Mula 6. Guru meminta murid
mengeluarkan dan menyatakan
perkataan berhuruf tebal yang
terdapat dalam teks dialog
secara kuat.
7. Murid berbincang dengan guru
apakah kata lawan bagi
perkataan yang berhuruf tebal.
8. Murid diminta menuliskan
perkataan berhuruf tebal dan
kata lawannya di dalam buku
latihan.
9. Guru memberi bimbingan
kepada murid.
Nasihat Aktiviti 3 (18 minit) KB: Meramal,
1. Teliti barang menjana idea
sebelum membeli 1. Murid diminta untuk menyatakan
2. Menyemak tanda tiga nasihat yang terdapat dalam KP: verbal-linguistik,
harga teks dialog. Kontekstual
3. Mengenalpasti 2. Murid diminta menggariskan
Tarikh luput nasihat yang terdapat dalam
teks dialog.
3. Guru membuat perbincangan
dengan murid sambil
menyelitkan unsur nilai
4. Guru mengedarkan lembaran
kerja kepada murid sebagai
pengukuhan
5. Guru membuat perbincangan
bersama murid tentang
lembaran kerja tersebut.
6. Murid dibimbing oleh guru
semasa menjawab soalan.
Penutup (3 minit)

1. Guru membuat rumusan isi


pelajaran hari ini.
2. Guru memberikan peneguhan
sosial kepada murid.

Kesesuaian perancangan dan ketepatan dalam RPH


Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, saya telah memilih tema
“Kita Pengguna Bijak” untuk mengajar murid kepentingan isu-isu kepenggunaan.
Pengajaran hari tersebut memfokuskan lakonan murid berdasarkan situasi yang
biasa berlaku dalam urusan jual-beli.

Oleh yang demikian, saya memilih objektif 1.1 (aras 1, ii) sebagai fokus utama
manakala 7.1 (aras 1, ii) sebagai fokus sampingan. Fokus utama tertumpu kepada
melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan ketika berbual tentang
sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,
ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Fokus sampingan pula
membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat
dengan menyatakan maksud perkataan dan frasa dalam ayat yang diberikan.

Kemudian, saya menggunakan teknik simulasi dalam P&P. Hal ini kerana saya
mahu murid terlibat dalam proses P&P secara aktif. Menurut Ee Ah Meng (1987),
simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.

Melalui teknik ini, para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting. Pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Selain itu, pelajar diberi peluang untuk mengalami sendiri
situasi dan masalah.

Kelebihan daripada teknik ini ialah dapat mempelbagai kemahiran yang


digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca
dan menulis. Di samping itu, guru dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang
menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Alat bantu mengajar yang digunakan ialah teks dialog, lembaran kerja, kad simulasi,
papan hijau dan kapur tulis. Teks dialog digunakan untuk melatih murid berdialog
dengan baik dengan menggunakan ucapan bertatasusila ketika berkomunikasi.
Lembaran kerja biasanya diberikan pada akhir sesi P&P sebagai pengukuhan
proses pembelajaran pada hari tersebut.

Secara tidak langsung, guru mampu menilai sama ada P&P pada hari tersebut dapat
dikuasai oleh murid atau tidak.

Refleksi P&P:
3 orang murid didapati tidak hadir pada hari ini. Proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar. Kali ini teknik simulasi
digunakan dalam P&P. Simulasi tentang dua situasi merupakan idea spontan yang
lahir sehari sebelum pengajaran. Terlebih dahulu saya merancang dua situasi untuk
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara penjual dan pembeli ketika
membeli barangan.

Situasi 1 mengisahkan suasana di kedai sayur. Penjual sayur yang dilakonkan oleh
Aman manakala pembeli oleh Fadilah menjadi dan menarik. Sayur-sayuran yang
dijual oleh Arman hijau dan segar. Fadilah telah membeli setelah berpuas hati
dengan kualiti sayur yang dibelinya.

Situasi 2 pula, suasana di sebuah kedai runcit yang dilakonkan oleh Maisarah
sebagai tauke kedai runcit dan pelanggannya oleh Adib. Adib telah mengambil tin
sardin yang kemik dan mengadu kepada tauke kedai. Lakonan mereka kurang
menjadi dan mesej yang disampaikan kurang berkesan.

Walau bagaimanapun, Wan dan Faris bersemangat mahu menunjukkan semula


Situasi 2 kepada rakan-rakan. Mesej yang disampaikan menjadi dan berkesan. Wan
punya bakat dalam berlakon.

Kesimpulannya, objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari ini telah tercapai
dan pengajaran juga dapat difahami oleh murid.

Refleksi Individu
Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, dapat
disiapkan tugasan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu ini. Sesungguhnya,
banyak sekali pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sepanjang
menyiapkannya.

Pertama, saya dapat mempelajari sistem pengurusan dan penyediaan Rancangan


Pengajaran Harian Bahasa Melayu dengan baik. Di bawah bimbingan Dr. Mashudi
b. Bahari, beliau telah memberi tunjuk ajar cara pemilihan aktiviti yang berkesan
dengan objektif yang dipilih untuk pengajaran bahasa Melayu.

Kedua, saya dapat meningkatkan sedikit sebanyak penguasaan ilmu pedagogi.


Walaupun pengalaman berpraktikum sudah 2 kali, kelemahan saya ialah menguasai
amalan ilmu pedagogi dengan baik. Kadangkala terasa sukar dalam menyediakan
pilihan aktiviti yang berkesan sesuai dengan objektifnya. Kelemahan ini banyak
mempengaruhi cara penyediaan RPH secara tidak langsung.

Saya mengharapkan dengan tugasan ini dapat membantu saya memahami dengan
lebih lanjut tentang amalan pedagogi di dalam kelas, penyediaan RPH yang baik
dan bermutu seterusnya menjadi seorang guru yang baik dan berkesan.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah sudi mengajar, membantu
dan meluangkan masa kalian untuk menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja
yang dapat membalas budi baik tuan yang tidak terkira ini. Sekian.

Rujukan
Arbak Othman (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Penerbit UTM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian sukatan Pelajaran KBSR Bahasa
Melayu.

You might also like