You are on page 1of 2

Garis panduan temuduga.

i. Persediaan
a. Selidik seberapa maklumat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
b. Anda hendaklah mengambil tahu tentang tempat, tarikh dan masa temuduga
akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10minit sebelum
temuduga itu dimulakan. Jangan sekali-kali datang lambat.
c. Pakai pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.
d. Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yng dikemukakan oleh
penemuduga.
e. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa
bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga.

ii. Tingkah laku


a. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga jangan gementar. Sentiasa tenang.
Ucapkan selamat pagi atau petang mengikut kepada keadaan waktu. Ini
member perasaan mesra di antar anda dan penemuduga.
b. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu
tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
c. Jangan anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan
terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan
mengelisah.
d. Jangan anda ltekan barang-barang atau tangan atau siku anda di atas meja
penemuduga.
e. Jangan anda cuba mengalihkan keadaan kerusi yang disediakan.
f. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun gerakannya ke sana sini. Jangan pula
anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja
penemuduga.
g. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
h. Jangan jawab soalan-soalan dengan tergopoh gapah. Sebaliknya jawablah
dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu
hendaklah tepat. Jangan berckap panjang lebar dan jangan mengunakan
bahasa kasar.
i. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang
menemuduga itu lebih dari seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda
kepada ketua panel.
j. Gunakan perkataan seperti tuan atau puan pada orang yang tertentu dari masa
ke semasa tetapi jangan selalu mengunakannya.
k. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sdang bercakap dan sekali-kali
berbalah dengannya.
l. Jangan merokok atau[un mengunyah apa-apa dalam mulut.
m. Janagan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa temuduga.
n. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, jangan la cuba hendak berbohong
ataupun mendiamkan diri kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah
bercakap terus terang yang anda tidak tahu.
o. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga
anda,persekolahan,kegemaran dan aktiviti anda. Jangn berckap lebih dan tidak
sepatutnya.
p. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
q. Jika anda pernah bekerja dahulu,berila keterangan dengan ringkas dan tepat
berkenaan dengan pekerjaan itu.
r. Jangan sekali-kali mencela bekas majikan anda.
s. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar tetapi janganlah membesar-
besarkan perkara itu.
t. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit
dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan
dibayar permulaannya.
u. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
v. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana member peluang kepda anda
menyertai temuduga itu.

You might also like