You are on page 1of 5

4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG

www.salindah.com

Facebook

Masalah penghadaman makanan

Rasa loya dan muntah

Sembelit

Mengidam
4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG

Masalah penghadaman makanan

Hormon progesteron akan mengendurkan otot-otot yang sepatutnya menutup esofagus


daripada perut. Ini menyebabkan asid mengalir balik dan merengsangkan dada.

Rasa senak (heartburn) akan terjadi semasa trimester ketiga apabila rahim yang
semakin berkembang menolak perut ke atas.

Puan dinasihatkan supaya mengambil makanan dalam hidangan yang kecil tetapi kerap.
Elakkan makanan yang pedas, berasid atau berlemak. Juga, elakkan minuman yang
berkarbonat atau mengandungi kafein.

Kekalkan posisi tegak selama 30 minit selepas setiap kali makan. www.salindah.com

Tidur pada sebelah badan dan kepala pula hendaklah dibaringkan sedikit tinggi.
4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG

Rasa loya dan muntah

Perubahan hormon yang tidak tetap menyebabkan rasa mabuk


hamil (morning sickness) yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Biasanya ia akan berhenti pada minggu kehamilan yang ke-12.

Makanlah biskut atau roti yang kering sedikit demi sedikit sebelum
turun dari katil.

Makan makanan dalam hidangan yang kecil tetapi kerap untuk


memastikan perut tidak kosong. Perut yang kosong selalunya
menyebabkan rasa loya. www.salindah.com
4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG

Sembelit

Hormon progesteron yang tinggi semasa mengandung melambatkan sistem


penghadaman. Pengambilan zat besi (iron) untuk menambah darah boleh
memburukkan lagi keadaan.

Masalah ini kerap berlaku semasa tempoh akhir kehamilan. Pada masa ini rahim
kekurangan pengaliran darah menyebabkan urat-urat vena (veins) mengembang.

Lebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran yang berserat tinggi.


Oligosakarida boleh membantu melembutkan najis supaya pembuangan najis
berjalan lancar.
www.salindah.com
Bersenamlah dan minum air yang banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Tambah juga pengambilan air suam pada waktu pagi untuk merangsang sistem
penghadaman.
4 RUNGUTAN YANG KERAP SEMASA MENGANDUNG

Mengidam

Perubahan hormon menyebabkan ibu mengandung mengalami keinginan yang


sangat kuat terhadap sesuatu makanan tertentu. Ini boleh menyebabkan masalah
terlebih makan.

Ada juga ibu yang menjadi benci terhadap sesuatu makanan. Keadaan ini pula
boleh menyebabkan kekurangan zat-zat tertentu. Contohnya kebencian pada daging
mungkin menyebabkan kekurangan zat besi yang penting semasa mengandung
untuk penambahan darah.

Kawal keinginan sekiranya anda suka sangat kepada makanan yang berlemak atau
mengandungi gula yang tinggi. www.salindah.com

Pilihlah makanan yang mencukupi dari kumpulan piramid makanan seperti yang
disarankan. Pengambilan supplemen mungkin diperlukan.

You might also like