You are on page 1of 10

Teori Konstruktivisme

1. Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan
berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu
mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah
yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas
dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau
kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara
membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun


dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak
ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada
guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut
mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan
guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan
dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya
telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir
semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap
kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh
guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.
Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara
melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan
oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid
membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah
tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran
sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma
ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan
konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud
pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan
pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk
menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif
konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang
patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini
menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak
`pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru
sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala
jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan
luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa
yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk
membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau
mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja,
sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi
perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan
mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang
saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains.
Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih
memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi
kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru
akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses
berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber
pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan
sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka
bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt
dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator
dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan
dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid
mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang
membina fahaman sendiri.

Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian
yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh
penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan
tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya
menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk
membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan
munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah
Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan
boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang
mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses
pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat
keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka
akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin
kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka
yang ingkar akan didenda.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat
penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang
pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

  Objektivisme Konstruktivisme
Pengetahuan wujud bebas dari Pengetahuan bukan objektif, apa yang
persekitaran dalaman dan luaran kita benar-benar tahu dan faham
Tanggapan Utama pelajar hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan
oleh kita semua. Pengetahuan tidak
mempunyai struktur mutlak
Guru menolong murid membina Guru menolong murid membina
pengetahuan dan rangka konteks di kefahaman baru dan menolong murid
mana ia wujud. Mereka mengguna merakamkannya ke dalam struktur
analogi, contoh dan pelbagai kaedah kognitif sedia ada. Mereka
mengingat. Mereka tanya soalan untuk melakukannya dengan menolong murid
Kesan
membantu murid membentuk analogi, contoh dan kaedah
mengingat murid sendiri, dan guru
menolong murid membentuk soalan yang
perlu ditanya bagi membimbing mereka
ke arah kefahaman yang lebih tinggi
"ada perkara yang anda hendak tahu "Ada perkara yang anda hendak tahu
dan saya akan ajar kepada anda apa dan saya akan tolong anda mengetahui
yang saya tahu" bagaimana anda boleh belajar
"Saya ajari ini, mereka belajar ini" mengenainya"
Respons Guru
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka "Saya ajar ini, mereka belajar itu"
belajar apa saja yang saya ajarkan" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka
belajar perkara yang saya tidak pernah
rancang untuk ajar mereka"

Model Konstruktivisme 5-Fasa

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science
Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa
pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa
penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid
mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea
rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih
mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa
penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan
menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa
terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir.
Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali
proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah


Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan Amali penyelesaikan masalah
suasana sebenar, tunjukcara oleh guru,
I
tayangan filem, video dan keratan
akhbar
Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang Amali, perbincangan dalam
II idea terdahulu kumpulan kecil, pemetaan konset
dan laporan
Penstrukturan Mewujudkan kesedaran tentang idea  
semula idea alternatif yang berbentuk saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea sedia
ada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti dengan
idea yang lebih saintifik.

Mengenalpasti idea-idea alternatif


i. Pernjelasan dan dan memeriksa secara kritis idea- Perbincangan dalam kumpulan kecil
III pertukaran idea sedia ada sendiri dan buat laporan
Menguji kesahan idea-idea sedia ada
ii. Pendedahan
kepada situasi Pengubahsuaian, pemgembangan atau
konflik penukaran idea
Perbincangan, pembacaan, input
guru.
iii. Pembinaan idea Menguji kesahan untuk idea-idea
baru baru yang dibina
Amali, kerja projek, eksperimen,
tunjukcara guru
iv. Penilaian
Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah Penulisan sendiri kerja projek
IV
dibina dalam situasi baru dan biasa
Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan
murid. Murid dapat membuat refleksi kumpulan, catatan peribadi dan
V
sejauh manakah idea asal mereka lain-lain.
telah berubah.
Adakah Anda Mempraktikkan
Pendekatan Konstruktivisme
Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:
Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah
Pelajaran berpusatkan murid
Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'
Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea
tersebut
Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori
Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan
Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
Murid bekerja dalam kumpulan
Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi
(pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari
dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis
menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan
dan sikap pelajar.

Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:

1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi
dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.

2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek
sahaja.

3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa
pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar
bergantung kepada pengalaman uniknya.

4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif


menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.

5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan
sikap.

6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi
masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.

7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran


dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.

8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses
'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.

9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem
ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran
hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh
menghalang pemahaman murid.
10.Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam
ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.

11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah
harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.

12.Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat
menyatakan kecenderungan masing-masing.

Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan
pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan
Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:
Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan
Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistem
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara
Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-,
kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.
Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran
Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan,
realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar
Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia
sebenar
Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan
Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan
pengalaman sosial.
Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan
pengetahuan semasa
Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan
Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu
Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara
berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya
Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan,
kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.
Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara
disiplin
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada
pandangan alternatif
Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had
kebolehannya
Penilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran

Apakah strategi /
pendekatan ataukaedah
yang sesuai
dengan Teori
Konstruktivisme
 Menyoal
 Perbincangan
 Sumbang Saran
 Perbahasan
 Projek
 Kajian kes

Rekabentuk pengajaran
dibina berasaskan
kepada 6 perkara
 Menentukan keperluan
murid
 Menentukan matlamat
dan objektif
 Membina prosedur
penilaian
 Merekabentuk dan
memilih strategi
penyampaian
 Mencuba sistem
pengajaran
 Menilai kesesuaian
sistem

di 28.11.07 0 ulasan  

You might also like