You are on page 1of 2

‘Rakyat perlu hargai sumber air bersih’

‘Rakyat perlu hargai sumber air bersih’


2011/03/22

Semua pihak tidak boleh pentingkan diri sendiri jika mahu negara terus
maju ke hadapan
USAHA memperkasakan pengurusan air yang lebih berkualiti bukan hanya
bergantung kepada Kerajaan Persekutuan kerana sumber air terletak di bawah
bidang kuasa negeri, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk
Seri Peter Chin Fah Kui.
Oleh itu, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu
bekerjasama dan berkompromi dalam menyelesai isu air demi kepentingan umum
dan negara.
“Kerajaan negeri perlu melakukan apa saja untuk melindungi air merek
a
daripada tercemar. Pengurusan air kurang efektif boleh menyebabkan
pencemaran di kawasan tadahan air.
“Di peringkat pusat, kita mempunyai peranan seperti menyediakan peru
ntukan
untuk membina loji rawatan air dan sistem bekalan air dirawat kepada
pengguna. Jika kita boleh satukan tindakan kita, industri air akan menjadi
lebih baik.
“Malangnya, masalah terus timbul kerana kurang sinergi. Kita mesti i
ngat
yang air membabitkan semua pihak, di kedua-dua pihak. Tidak kira sama ada
kamu adalah pembangkang atau parti pemerintah,” katanya kepada News
Straits Times dalam temu bual ekslusif sempena sambutan Hari Air Sedunia
2011, hari ini.
Ditanya berapakah markah yang beliau berikan kepada sistem pengurusan air
di Malaysia, dalam skala satu (lemah) hingga lima (cemerlang), Fah Kui
berkata: “Dua setengah markah”.
Ini bermakna, banyak lagi ruang untuk menambah baik sistem pengurusan air
di negara ini.
“Bila ramai bertanya kepada saya mengenai kebolehan Malaysia untuk
menguruskan isu air, saya gembira kerana sekurang-kurangnya Malaysia
mempunyai Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 iaitu kerangka
undang-undang yang boleh menjadi panduan,” katanya.
Beliau berkata, semua negara mempunyai isu tersendiri, namun ada pihak
mengatakan Malaysia kini berada pada landasan yang betul dalam menangani
isu air dengan sokongan kerangka undang-undang pusat seperti WSIA.
“Penguatkuasaan WSIA sejak 1 Januari 2008 sudah menambah baik indust
ri
perkhidmatan air secara lebih efektif. Kerjasama dan sokongan daripada
pelbagai kementerian dan agensi, kerajaan negeri dan orang awam, termasuk
syarikat air serta pihak terbabit lain dalam membangunkan sistem bekalan
air dan pembetungan diperlukan bagi memastikan pengurusan air negara lebih
efektif,” katanya.
Dalam konteks ini, Fah Kui menggesa semua jabatan dan lembaga air negeri
yang belum diswastakan dan melakukan transisi pelesenan mengikut WSIA
untuk berbuat demikian.
“Air tidak sepatutnya dipolitikkan. Kita sepatutnya meletakkan kepen
tingan
rakyat dan negara dalam hal ini,” katanya.
Beliau juga merayu kepada mana-mana pengurusan berkaitan industri air
untuk menerima WSIA dengan segera, seboleh-bolehnya menjelang akhir tahun
ini.
Beliau berkata, penubuhan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), yang juga
syarikat pengurusan aset air dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan,
adalah sebahagian usaha Kerajaan Pusat untuk menstruktur semula industri
air negara.
Matlamat PAAB adalah untuk menambah baik, menyelenggara dan membaiki
infrastruktur air dan aset lain yang berkaitan industri air.
Ia juga berperanan mendapatkan sumber kewangan kompetitif bagi pembangunan
aset air negara selain menyewakan aset itu kepada operator air berlesen
dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi operasi dan
penyelenggaraan.
Menyentuh tema Hari Air Sedunia, ‘Water for Cities – Respondin
g to The
Urban Challenge’, Fah Kui berkata: “Fokus kepada masalah air d
i bandar,
termasuk masalah sanitasi tepat pada masanya. Ia adalah masa yang sesuai
untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat bandar mengenai bagaimana
air bersih disalurkan ke rumah mereka setiap hari.”
Beliau juga menggesa orang ramai supaya sedar akan kepentingan pengurusan
air secara optimum adalah untuk kebaikan generasi akan datang.

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum
balas. Kembali ke atas
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

You might also like