You are on page 1of 4

Nama : Amanda Chong Mui Ting (6)

No Kad Pengenalan : 940126-12-5432

Angka Giliran :

Topik Lisan:

1. Konsep 1Malaysia

Latar belakang:
1. Diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia – bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat.
2. Membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum – memastikan rakyat
menjalin perpaduan yang lebih erat.
3. Perdana Menteri mahu rakyat mengutamakan kesetiaan dan kepentingan
kepada Negara – Beliau mahu rakyat menganggap bahawa mereka adalah
bangsa Malaysia.
4. Mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan
keutamaan rakyat – slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
5. Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam
menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk
dalam bidang sosial, ekonomi dan politik - Cabaran globalisasi yang melanda
seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi
masing-masing - tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi
mangsa penindasan pihak tertentu.

Kesan:
1. Rakyat Malaysia tidak akan terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan
– mendapat bantuan daripada kerajaan.
2. Negara akan memiliki masyarakat yang mengutamakan pengetahuan dan
pendidikan – tahap ilmu pengetahuan rakyat ditingkatkan.
3. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran - menekankan nilai-nilai
bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.
4. Setiap rakyat yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan
akan diberi bantuan – tidak ada mana-mana pihak yang dicicirkan.
5. Kes-kes perkauman yang boleh menggugat kestabilan dalam kalangan
masyarakat dapat dikurangkan – suasana harmoni dapat diwujudkan.
Peranan:
1. bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kaum -
kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi
sebarang cabaran.
2. Menyemarakkan semangat perpaduan masyarakat – semangat nasionalisme
dapat dipupuk.
3. Membentuk sikap penerimaan antara kaum – pembangunan Negara berjalan
dengan lancar.
4. Memperkukuh hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum –
menghadapi pelbagai ancaman – mampu menggugat keharmonian negara.
5. Membawa keadilan kepada semua kaum – nasib semua kaum akan dibela.

2. Aktiviti Kokurikulum

Kebaikan penyertaan:
1. Meningkatkan daya kepemimpinan – dapat dipupuk apabila seseorang
pelajar dilantik sebagai ketua.
2. Kesihatan yang baik and otak yang cerdas akan diperoleh – kebanyakan
pelajar menyertai kegiatan sukan atau permainan – dapat membina stamina
yang kuat.
3. Memupuk semangat perpaduan – penting dalam mewujudkan negara aman
– dapat dipupuk apabila pelajar bekerjasama – hubungan erat dapat
dijalinkan.
4. Mengembangkan potensi seseorang pelajar – kelebihan akan diketahui –
berpeluang mewakili kelab bertanding.
5. Membentuk disiplin diri – penting untuk mencapai kejayaan.

Langkah menggalakkan:
1. Pihak sekolah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum –
banyak aktiviti kokurikulum dijalankan – memastikan bahawa aktiviti
dijalankan adalah benar mendatangkan manfaat.
2. Pihak kerajaan menekankan kepentingan penyertaan – sistem pendidikan
memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
3. Menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baru – sesuai dengan
minat pelajar – menjalankan kajian tentang minat pelajar – mempunyai lebih
banyak pilihan.
4. Membaiki dan menaik taraf kemudahan – menyediakan kemudahan untuk
dinikmati.
5. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum – sentiasa
memantau mereka sama ada menyertai – memberi dorongan.
3. Kenaikan harga barangan

Faktor:
1. Bencana alam mencetuskan kenaikan harga barangan – berlakunya banjir
atau kemarau berpanjangan – hasil tanaman mengalami kemerosotan.
2. Kenaikan mata wang asing – peniaga terpaksa mengimport barangan dari
luar dengan mata wang asing - rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi.
3. Peniaga yang tamak – meningkatkan harga barangan – menyorok barangan
jualan – menimbulkan suasana yang gelisah.
4. Tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan – membeli-belah
berdasarkan nafsu.
5. Kenaikan harga minyak – barangan yang diimport dinaikkan harga bagi
perkhidmatan penghantaran.

Kesan:
1. Peniaga terpaksa menaikkan harga barang yang dijual – tekanan terpaksa
dihadapi oleh pengguna.
2. Kos perkhidmatan akan bertambah – pengusaha menanggung kos tinggi –
kadar sewa dan cukai.
3. Setiap keluarga mengurangkan perbelanjaan keluarga – hidup susah –
menanggung beban yang lebih berat.
4. Kadar miskin di negara akan meningkat – kes-kes jenayah seperti kes
mencuri, meragut meningkat – hidup masyarakat huru-hara.
5. Banyak orang menganggur – syarikat muflis, bankrap – kadar pengangguran
meningkat.

Langkah penyelesaian:
1. Menggunakan barangan buatan tempatan – lebih murah dan berkualiti –
tidak dikenakan cukai.
2. Pihak kerajaan sentiasa menjalankan pemantauan – menyemak harga
barangan kawalan – mengurangkan bebanan masyarakat – kos perbelanjaan
dijimatkan
3. Peranan media massa menyiarkan iklan-iklan – berkaitan dengan harga
barangan semasa.
4. Mewujudkan aliran sains pertanian di sekolah – para pelajar dapat
mempelajari usaha-usaha kondusif dalam menjalankan sktiviti pertanian.
5. Masyarakat berfikir dengan waras dalam membeli-belah – beban masyarakat
dapat dikurangkan.
4. Perpaduan Kaum

Faktor diabaikan:
1. keutuhan perpaduan negara tercabar – masyarakat dilimpahi aspek
kebendaan yang melampau – budaya hedonisme diamalkan – lupa asas-asas
keharmonian masyarakat.
2. Kemewahan kini melupakan pentingnya sesuatu perpaduan – remaja tidak
bercampur antara kaum lain – sukar melihat kewujudan pelbagai kaum
dalam sesuatu persahabatan.
3. Ancaman budaya kuning- mempengaruhi minda remaja – menyebabkan
tindakan mereka bertentangan dengan asas-asas budaya tempatan.
4. Tindakan segelintir pemimpin yang suka bermain api – menggunakan isu
perkauman – jejas perpaduan rakyat.
5. Rakyat mementingkan diri – tidak bekerjasama dengan orang lain untuk
mencapai matlamatnya – hilang kepercayaan.

Kebaikan:
1. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang merdeka - hidup harmoni tanpa
gangguan kuasa asing.
2. Mengelakkan semangat kekitaan yang mementingkan diri – menjadi contoh
baik kepada negara lain.
3. Membangunkan ekonomi negara – menarik minat pelancong asing –
berkongsi ilmu antara kaum dalam membangunkan negara.
4. Mewujudkan sebuah negara yang harmoni – dihormati dan mendapat
kepercayaan daripada negara lain.
5. Hubungan silaturahim antara kaum dapat diwujudkan – suasana aman damai
dapat diwujudkan.

Langkah pemupukan:
1. Majiis rumah terbuka perlu diamalkan – mengeratkan hubungan silaturahim
antara kaum – pelbagai kaum dapat beramah mesra – sikap bertoleransi.
2. Aktiviti gotong-royong dilakukan – amalan tolong-menolong dapat dipupuk-
kesihatan terjamin.
3. Acara sukan – memupuk perpaduan kaum – mengenali antara kaum dengan
lebih erat – tolong-menolong – hormat-menghormati.
4. Pihak sekolah – menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis.
5. Sambutan hari keluarga – mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum.

You might also like