You are on page 1of 8

1.

0 PENDAHULUAN

1.1. Dengan terlaksananya Sistem Saraan Malaysia, semua pegawai baru


Perkhidmatan Awam diwajibkan mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan
Malaysia (KISSM) sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Peraturan ini
berkuat kuasa bagi mereka yang mula berkhidmat pada 1 Januari 1992 dan
seterusnya.

1.2. Pegawai dan anggota khidmat sokongan (AKS) perlu mengikuti KISSM dalam
tempoh 1 – 3 tahun selepas dilantik dan perlu mengemukakan permohonan
kepada Unit Latihan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing atau
boleh memohon kepada Urus setia KISSM Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

1.3. KISSM mengandungi dua komponen/ modul :

1.3.1. Modul Umum :

Kandungan kursusnya sama dan seragam bagi semua perkhidmatan

1.3.2. Modul Khusus :

Kandungan kursusnya disesuaikan mengikut keperluan perkhidmatan/


kementerian.
2.0 MATLAMAT

Matlamat Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) adalah untuk melahirkan
pegawai-pegawai kerajaan yang beriltizam dan bertanggungjawab dalam menjalankan
tugas serta dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Pegawai-pegawai ini juga
diharap dapat menyesuaikan diri dengan organisasi dan budaya kerja di mana mereka
bertugas.
3.0 OBJEKTIF

Selepas menghadiri Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) diharapkan


setiap anggota baru perkhidmatan awam berupaya:

3.1. Memahami serta menghayati dasar, ideologi organisasi dan Falsafah Pendidikan
Negara ke arah kecemerlangan Perkhidmatan Pendidikan dan Perkhidmatan
Awam.

3.2. Memupuk ‘esprit de corp’, menghayati semangat kekitaan, semangat


kesepunyaan khasnya dalam organisasi serta profesion dan amnya dalam
kalangan perkhidmatan kerajaan serta golongan pekerja.

3.3. Mengukuhkan perasaan syukur, insaf dan bangga memasuki Perkhidmatan


Pendidikan dan Perkhidmatan Awam.

3.4. Meningkatkan kepekaan serta kesanggupan memainkan peranan bagi


meningkatkan produktiviti Kementerian Pelajaran, memupuk kesediaan mewujud
dan mengeratkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran dengan agensi
kerajaan yang lain dan sektor swasta.

3.5. Meningkatkan kefahaman terhadap struktur dan fungsi pelbagai peringkat


organisasi dalam Kementerian Pelajaran.

3.6. Memupuk kesedaran terhadap perkembangan profesionalisme dan dapat


menerapkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan dan tugasan harian.

3.7. Memahami dan menghayati implikasi perundangan terhadap profesion dan diri.

3.8. Mewujudkan kepekaan dan kesedaran tentang implikasi keselamatan terhadap


diri, profesion, organisasi dan negara.

3.9. Meningkatkan kepekaan terhadap isu-isu semasa khususnya dalam bidang


pendidikan dan amnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

3.10. Meningkatkan akauntabiliti diri terhadap profesion keguruan dan perkhidmatan


awam.
4.0 PESERTA KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

4.1. Tawaran Kursus dan Masa Berkursus

KISSM ditawarkan kepada pegawai dan anggota khidmat sokongan yang telah
dilantik seperti berikut:

4.1.1 Kumpulan I - Gred 27 ke atas

4.1.2 Kumpulan II - Gred 1-17

4.1.3 Kumpulan III - Gred R1, R3, R11 dan R17

4.2. Penyemakan Daftar Calon Yang Layak Mengikuti KISSM

Calon perlu membuat pengesahan kehadiran dan semakan terhadap senarai


akhir calon KISSM dengan penyelaras latihan di Unit Latihan, Jabatan Pelajaran
Negeri/ Urus setia KISSM Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk
memastikan kehadiran 100 peratus calon dapat dilaksanakan. Penyelaras
latihan/ urus setia perlu memastikan maklumat calon tepat supaya tiada
sebarang masalah timbul terutamanya melibatkan maklumat dalam sijil
kehadiran dan keputusan KISSM.
5.0 TEMPOH KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

Mengikut Surat Pekeliling perkhidmatan Bil. 3/1998, tempoh KISSM untuk Kumpulan II
telah ditetapkan seperti berikut:

5.1. Tempoh Modul Umum Tempoh Modul Khusus

Tidak melebihi 10 hari 1 – 3 hari

5.2. Perincian tempoh kursus adalah seperti berikut.

Modul Umum : 7 hari 40 jam


Modul Khusus : 2 hari 10 jam
Persediaan Untuk peperiksaan : 1 hari
Ujian Akhir Kursus : 1 hari

Jumlah : 11 hari 50 jam

5.3. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2005, calon-calon wajib mengikuti
KISSM secara integrasi dengan Kursus Kenegaraan Biro Tatanegara (BTN)

5.4. Kursus Kenegaraan selama 5 hari dijalankan di Kem Bina Negara BTN dan perlu
diikuti oleh calon sebelum atau setelah selesai KISSM.
6.0 TEMPAT KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) dijalankan di premis-premis yang telah
dikenalpasti.

6.1. Penginapan :

Semua peserta KISSM dikehendaki tinggal di premis yang telah ditetapkan yang
menyediakan kemudahan penginapan tersebut.
7.0 TEMPAT KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) dijalankan di premis=premis yang telah
dikenalpasti.

7.1. Sukatan Modul Khusus Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) :

Jumlah Jam Syarahan Untuk Setiap Subjek

Modul Khusus Kursus Induksi Kumpulan II

Tempoh Waktu
Bil. Subjek
(Jam)
1 Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia 2

2 Wawasan, Komuniti dan Dasar-dasar Pendidikan 2

3 Emotional Intelligence Competencies 2

4 Keselamatan dan Perundangan Sekolah (Akta 2


Pendidikan 1996 Pindaan 2002)
5 Akauntabiliti / Refleksi 2

Jumlah 10

7.2 Sukatan Modul Umum Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) :

Jumlah Jam Syarahan Untuk Setiap Subjek

Modul Umum Kursus Induksi Kumpulan II

Bil. Subjek Tempoh Waktu


(Jam)
1. Latihan Dalam Kumpulan 6

2. Arahan Keselamatan dan Panduan Pengurusan Pejabat 4


3. PKPA (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam) 2
4. Dasar-Dasar Kerajaan 4
5. Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan 8

Pembelian dan Perolehan Harta Awam

Sistem Penerimaan

Sistem Bayaran
6. Perintah Am / Peraturan Pegawai Awam 6
7. Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam 2
8. Pengurusan Integriti 4
9. Teknik Pengucapan Awam 2
10. Aspek Pentadbiran Pejabat dan Cara Meningkatkan Mutu 2
Perkhidmatan Awam

Jumlah 40

7.3 Tenaga Pengajar Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) :

Tenaga pengajar terdiri daripada:

Penyelaras KISSM;
Pegawai Gred 44 dan 41;
Penolong Pegawai Tadbir;
Pembantu Tadbir Kanan; dan
Penceramah luar yang dilantik

7.4 Borang Penilaian Penceramah :

Urus setia perlu menyediakan borang penilaian keberkesanan pengajaran/


syarahan/ interaksi penceramah yang akan diisi oleh peserta kursus. Penilaian
hendaklah dibuat oleh sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah peserta kursus.
Urus setia dikehendaki menghantar laporan/ rumusan penilaian kepada Unit
Kursus Induksi BPSM, KPM.

You might also like