You are on page 1of 4

Teng Mee Na

Laporan tentang Ceramah Protokol dan Etika


Pada 27 Januari 2010, satu ceramah yang diadakan di Dewan Brooke,
Institut Batu Lintang dan tajuk ialah “ Protokol dan Etika” . Pihak yang berkaitan
telah menjemput Pn. Rojiah menyampaikan ceramah ini. Ceramah ini adalah
diwajibkan kepada semua guru pelatih PISMP dan bermula pada pukul 8.30
pagi.

Objektif ceramah ini adalah menambahkan ilmu pengetahuan kami semua


tentang amalan protokol dan etika dalam pelbagai jenis majlis. Pilihan pakaian
adalah sangat penting kepada seseorang, terutamanya sebagai guru. Jika guru
memakai pakaian yang kemas dan sesuai, dia akan dihormati oleh muridnya.
Tambahan pula, sebagai guru juga hendak mengawas emosi sendiri supaya
tidak mengeluarkan marah kepada murid-murid.

Sebelum mula tajuk ceramah, penceramah telah menjelaskan definisi


protokol dan etika kepada kami semua. Protokol adalah bermaksud budi pekerti
dan peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi. Pada masa kini, protokol juga
bermaksud peraturan-peraturan yang telah diterima oleh semua pihak samada
dalam amalan hubungan antarabangsa, hubungan harian dalam masyarakat
atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan bukan rasmi yang berbentuk
formal. Etika adalah bermaksud peraturan-peraturan tingkah laku atau sopan
santun sama ada dalam kehidupan harian, dalam majlis berbentuk formal atau
tidak formal. Jika seseorang itu dianggap sebagai orang yang mempunyai nilai
etika yang tinggi, tingkah lakunya adalah mengikut peraturan-peraturan atau
norma-norma yang diterima oleh masyarakat .

Selain itu, penceramah juga menyatakan bahawa protokol ini bertujuan


memberi penghormatan dan kemudahan-kemudahan kepada mereka yang wajar
menerimanya serta mengelakkan pertelingkahan atau salah faham dengan yang
lain-lain. Protokol juga dibahagikan kepada protokol individu, iaitu tingkah laku
seseorang dalam kehidupan seharian tanpa melibatkan orang lain. Sebagai
contohnya, semasa berada di rumah. Oleh sebab itu, kita harus mempunyai
protokol individu yang seperti berhemah tinggi dan mempunyai daya kepimpinan
yang baik. Hal ini akan menyebabkan orang lain akan menghormati kita.

Di samping itu, penceramah, iaitu Pn. Rojiah juga memberitahu kami


tentang peraturan-peraturan berpakaian baju guru pelatih atau penghuni asrama
di Institusi Perguruan. Sebagai contohnya, pakaian semasa menghadiri kuliah
dan majlis-majlis rasmi institut, pakaian semasa lawatan sambil belajar, pakaian
semasa gerko, pakaian semasa pergi kafeteria atau perpustakaan dan pakaian
semasa menghadiri peperiksaan. Beliau memperingatkan kita semua perlu
berpakaian besesuaian dengan profesion perguruan. Beliau juga menyatakan
bahawa sebagai guru tidak boleh memakai pakaian yang seksi dan seluar yang
pendek.
Tambahan pula, penceramah pula menjelaskan bahawa pakaian adalah
satu aspek yang dapat memainkan peranan penting dalam mencerminkan
peribadi ataupun hemah seseorang. Pakaian dapat menonjolkan imej dan
personaliti seseorang individu. Pada zaman moden ini, banyak remaja selalu
mengikut fesyen dan memakai pakaian yang seksi dan kurang sesuai dengan
sendiri. Remaja kini hanya tahu mengikut pakaian yang dipakai oleh seseorang
penyanyi terkenal dan tidak tahu memilih pakaian yang sesuai dengan sendiri.
Dari pelbagai pakaian, kita dapat mengetahui seseorang itu dari mana kerana
negara yang berbeza, pakaian pun berbeza.

Pada zama moden ini, pakaian adalah penting kepada seseorang. Hal
ini disebabkan pakaian dapat menunjukkan kedudukan sesoeorang dan cita rasa
seseorang. Jika seseorang memakai pakaian yang kurang sesuai dalam majlis
rasmi, orang lain akan pandang rendah orang itu dan tidak menghormatinya.
Oleh sebab itu, kita harus pandai memilih pakaian dan memakai pakaian yang
sesuai dalam pelbagai majlis supaya tidak tidak berasa dipinggir oleh orang lain.
Kesimpulannya, ceramah ini telah menyebabkan saya lebih
mengetahui tentang protokol dan etika pakaian sendiri. Saya mengetahui cara
memilih pakaian dan memakai pakaian yang sesuai dalam pelbagai jenis majlis
rasmi. Saya berharap ceramah ini akan dianjurkan pada masa yang akan
datang. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak guru pelatih mengetahui
memilih pakaian yang sesuai untuk diri sendiri.
Teng Mee Na
Refleksi
Setelah menghadiri ceramah ini, saya mengetahui pakaian adalah sangat
penting kepada seseorang itu. Hal ini disebabkan pakaian dapat mencerminkan
personaliti dan imej seseorang. Jika seseorang itu memilih pakaian yang kurang
sesuai dengan sendiri, orang lain akan ketawa. Sekiranya saya selalu memakai
pakaian yang kemas dan sesuai , hal ini akan menunjukkan saya mempunyai
disiplin dan dapat dihormati oleh orang lain.

Apabila ceramah dijalankan, Pn. Rojiah juga memberi contoh kepada kami
tentang cara berpakaian yang sesuai. Beliau memanggil beberapa guru pelatih
menaik ke pentas dan menunjukkan kami cara yang betul memakai apabila
menjadi seorang guru. Beliau pula memberi cadangan kepada beberapa guru
pelatih semasa memilih warna pakaian dan lain. Pn. Rojiah memberitahu kami
bahawa perempuan guru pelatih tidak boleh memakai seluar semasa menghadiri
kuliah dan dilarang memakai seluar pendek dan pakaian yang seksi.

Di samping itu, saya lebih memahami tentang protokol dan etika


berpakaian selepas menghadiri ceramah ini. Saya akan selau mengingatkan
sendiri selalu memilih pakaian yang sesuai semasa menghadiri pelbagai majlis
rasmi. Sebagai seorang guru, kami haruslah selalu memakai pakaian yang
sesuai dan kemas supaya memberi satu contoh yang baik kepada murid-murid
kami .

You might also like