You are on page 1of 14

Kertas 

Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor


Baharu KERTAS KERJA DASAR KEJOHANAN TENIS PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH
JOHOR BAHARU TAHUN 2009 KELOLAAN MajlisSukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah
Johor Baharu DENGAN KERJASAMA Jabatan Pelajaran Daerah Johor Baharu Jabatan Belia
Dan Sukan Daerah Johor baharu TARIKH 23 Mei 2009 (Sabtu) TEMPAT Kompleks Tenis
Sekolah Sukan Sultan Ismail 0
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu KEJOHANAN
TENIS PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHARU TAHUN 2009 1.0
PengenalanSukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini terutama bagi
peringkat pelapis bawah 15 tahun. Menyedari hakikat ini, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM) Daerah Johor Baharu telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama
dibawah umur 12 tahun di negeri Johor khusunya dengan penganjuran Kejohanan Tenis Peringkat
Sekolah Rendah. Ini sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Kementerian belia dan Sukan dan menjadikan negeri Johor pelopor kepada usaha mencari
juara tenis negara menjelang 2020. 2.0 Objektif a. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis di
kalangan generasi akar umbi b. Memajukan sukan tenis sebagai sukan teras di peringkat sekolah
rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari
segi rohani, jasmani, intelek dan social d. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara
guru-guru dan sekolah-sekolah di daerah Johor Baharu terutama dalam pembangunan sukan tenis . 1
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 3.0 Tentatif
Pelaksanaan Tarikh Masa Tempat : 23 Mei 2009 (Sabtu) : 8.00 pagi- 6.00 petang : Kompleks Tenis
SekolahSukan Sultan Ismail 4.0 Pengelolaan/Penganjuran Pejabat PelajaranDaerah Johor Baharu
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Johor Baharu 5.0 Penaja Utama a. Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Johor b. PETRONAS c. ADIDAS (M) Sdn Bhd 6.0 Sasaran Peserta Pelajar-
pelajar sekolah rendah bawah 12 tahun Daerah Johor Baharu 7.0 Bayaran Penyertaan Bayaran bagi
setiap peserta ialah RM5 (meliputi minum pagi, makan tengahari) 2
KertasKerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 8.0
Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik
oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Baharu Penaung Penasihat Ketua Pengelola Timb. Ketua
Pengelola 1 Timb. Ketua Pengelola 2 Setiausaha Bendahari : : : : : : : Y.B Dato’ Seri Utama Zain Azrai
Y.Bhg Haji Noh Gadut Afrah Azwa Bt Halmi Ashylani Hikmah Bt Zamhari Ismawati Bt. Ishak Nor Laila Bt.
Abdul Kadir Salmah Bt. Jusoh Jawatankuasa Kecil : Mohd Nor Hidayat bin Muhammad Nordin
(Pengurusan Majlis) Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi (Penyelaras Program) Veera a/l Kunasegaran
(Penyelaras Peralatan) Mohd Salleh bin Idris (Penyelaras Kepengadilan) Siti Halijah Bt Rohani
(Penyelaras Kebajikan & Cenderamata) Mohd Ikram bin Mohd Amin (Penyelaras Protokol) 3
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 9.0 Kewangan
9.1 PERBELANJAAN PERKARA Minum pagi untuk perta, pengurus, pengadil dan guru pengiring Makan
tengahari untuk peserta, pengurus, pengadil dan guru pengiring Sewaan/Utiliti Khemah (VIP dan Peserta)
Minuman (Air Mineral) Hadiah Pemenang BAJET RM 5.00 X 200 orang JUMLAH(RM) 1000.00 RM 10.00
x 200 orang 2000.00 RM 500.00 RM 150 x 6 buah RM 5.00 x 100 kotak RM 750.00 (Johan) RM 500.00
(kedua) RM 300 X 6 (Ketiga) 500 900.00 500.00 750.00 500.00 300.00 1500.00 500.00 Cenderamata
Urusan Pentadbiran Banner JUMLAH (RM) RM 100.00 x 15 RM 150.00 x 1 150.00 8600.00 9.2
PENDAPATAN PERKARA Bayaran daripada peserta (RM 20 x 150 buah penyertaan) Sumbangan
Penaja-Penaja Peruntukan JPN/JBS Negeri Johor JUMLAH (RM) 2600.00 3000.00 8600.00 JUMLAH
3000.00 4
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 10.0 Penutup
Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat diharapkan
bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali diadakan ini. Disediakan oleh : (NOR
LAILA BT. ABDUL KADIR) Setiausaha Kejohanan Tenis Peringkat Sekolah Rendah Daerah Johor
Baharu 5
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu LAMPIRAN 1
Jadual Tentatif Program 7.30 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta 8.30 pagi - 9.30 pagi Majlis Perasmian
(disempurnakan Y.B Dato’ Seri Utama Zain Azrai) Ahli Parlimen Johor Baharu 10.30 pagi - 1.00 petang
Kejohanan dimulakan (pusingan awal secara round robin) 1.00 petang - 3.00 petang Rehat/Jamuan
Makan Tengahari/Solat 3.00 petang-5.30 petang Pusingan 2 kalah mati/separuh akhir dan akhir 6.00
petang – 6.30 petang Penyampaian Hadiah/Bersurai 6
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu LAMPIRAN 2
PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN TENIS PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR
BAHARU 1.0 NAMA PERTANDINGAN Kejohanan Tenis peringkat Sekolah Daerah Johor Baharu tahun
2009 2.0 PENGANJUR Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Baharu 3.0 PENGELOLA
Jawatankuasa Khas yang telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru 4.0 PERATURAN
UMUM Undang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Lawn Tenis Malaysia ( LTM ) 2006 -
2007. Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Johor ( MSSJ ) Edisi 2008 dan
Peraturan-peraturan Pertandingan tenis MSSD Johor Bahru Tahun 2008. 5.0 PERATURAN TAMBAHAN
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan
matlamat penganjuran peraturan-peraturan tambahan, selaras den gan 6.0 6.1 JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan Individu dan berpasukan. HADIAH – HADIAH Acara Individu - Pertama, Kedua dan Ketiga 7.0
7.1 7
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 7.3 Acara
Pasukan – Enam hadiah dan pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki
tempat Pertama, Kedua dan Ketiga 8.0 8.1 ACARA PERTANDINGAN Setiap Sekolah dibenarkan
menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu ( 1 )
pasukan. Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh peserta – peserta yang berumur 12 tahun atau
lebih pada 01 Januari tahun pertandingan PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA Pendaftaran peserta
yang berwarganegara Malaysia hendaklah dibuat Dua minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan
Disket dan / Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir
tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar 8.2 9.0 9.1 9.2 Setiap
Peserta hendaklah menyertakan BORANG R 01 (bagi Sekolah Rendah) 9.3 Peserta hendaklah
bertanding dalam kategori umur masing-masing. ( contoh : peserta berumur 10 tidak boleh bertanding
dalam kategori umur 12 dan sebaliknya ) PENGESAHAN PESERTA – PESERTA Penganjur akan
memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan 10 hari sebelum kejohanan untuk membuat undian
dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada semua pengurus pasukan sekolah .
10.0 10.1 10.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah
disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam
mesyuarat tersebut. 8
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu (SELEPAS
ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN ) TAKLIMAT PENGURUS –
PENGURUS PASUKAN Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan 11.0
12.0 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN Jika didapati seseorang peserta setelah
disahkan semasa Taklimat PengurusPengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu
acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai
Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara
seterusnya yang didaftarkan atas namanya. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana
acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera
daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara
seterusnya yang didaftar atas namanya. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana
acara atas nasihat Pegawai Peubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam
semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada
Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan 13.0 13.1 MELAPORKAN DIRI PESERTA
Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan
dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta
13.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena
pertandingan 9
Kertas KerjaDasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 13.3 Hebahan
tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acaraacara mereka TIDAK AKAN DIBUAT.
Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia
Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau
program kejohanan. 13.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan
permainan masing-masing yang lengkap 13.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang
peserta mesti menunjukkan nombor daftar peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada Penyelia
Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN
menyertai acara itu. 13.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara
meraka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan
dianggap sebagai telah menarik diri 14.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan
diringi oleh Penyelia Peserta 15.0 MEMANASKAN BADAN Peserta-peserta hanya dibenarkan
memanaskan badan di tempat yang ditentukan 16.0 BANTAHAN Segala bantahan hendaklah dibuat
mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara berikut : 10
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 16.1 Segala
masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan
memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah
bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah
Johor Bahru kelak. 16.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi
diumumkan bagi acara-acara pusingan awal 16.3 Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi
diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir 16.4 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti
disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja ) HAK –
HAK JAWATANKUASA PENGELOLA Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti
yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Sukan MSSD Johor Bahru, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu. 17.0 17.1 Jawatankuasa Pengelola
berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini, Peraturan-
Peraturan Am MSSD Johor Bahru atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Tenis MSSD Johor
Bahru. 11
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu 18.0 18.1 HAL
– HAL LAIN Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawaipegawai. Individu
yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 18.2 Selain daripada Pegawai-
Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN
DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS
KEJOHANAN. 18.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan
anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku : a. Semasa
perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukan b. Semasa kejohanan dijalankan c. Di dalam
dan di luar kawasan kompleks sukan 18.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan
berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta
dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. 12
Kertas Kerja Dasar Pertandingan Tenis Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Baharu REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan menggunakan
pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik bagaimana merancang dan membentuk
sebuah kertas kerja pertandingan sukan tenis bagi peringkat sekolah rendah. Saya juga pada masa
yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu permainan tenis
yang dipelajari seperti undang-undang pertandingan dan teknik permainan sepanjang saya mengikuti
GERKO permainan tenis dan menyumbang kepada pemahaman dan impak topik yang diajar Cadangan
saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang mengikuti GERKO permainan tenis
untuk didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran
dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, para
pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang berguna.
Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan
maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak. 13

You might also like