You are on page 1of 4

Bahagian A: (20 markah)

Beri perkataan seerti atau seiras bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran berikut.
Pilih jawapan yang betul.

1. Siti disayangi oleh ibu dan bapanya kerana dia anak yang patuh.
a. sopan b. baik c. rajin d. taat

2. Adi berasa gerun kerana sampan yang dinaikinya bergoyang-goyong.


a.mabuk b. bimbang c. penat d. takut

3. Pengetua mendenda murid-murid itu kerana sering melanggar peraturan sekolah.


a. menyaman b. memukul c. menghukum d. memarahi

4. Kain jarang ini tidak padan untuk dibuat baju kurung.


a. sesuai b. cantik c. cukup d. lengkap

5. Sebuah jambatan yang teguh akan dibina merentangi sungai yang lebar itu.
a. moden b. panjang c. kukuh d. indah

6. Sudah saya duga Abu akan datang awal ke sekolah.


a. jangka b. tahu c. yakin d. sedar

7. Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya di luar negeri.


a. Setokin b. Seluar c. Capal d. Kasut

8. Makanan yang Cik Yati jual di pasar malam itu sungguh laris.
a. habis b.laku c. lazat d. terkenal

9. Datuk telah jatuh sakit setelah mendengar berita kehilangan cucu kesayangannya.
a. derita b. pedih c. uzur d. perit

10. Air telaga itu telah tercemar.


a. perigi b. tasik c. sungai d. kolam

Bahagian B: (20 markah)


Beri perkataan berlawan atau berpasang bagi perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap butiran
berikut.

11. Pekerja yang cuai itu telah dibuang kerja.


a. rajin b. teliti c. patuh d. jujur

12. Ikan-ikan di tasik itu boleh dilihat kerana airnya sangat jernih.
a. kotor b. keruh c. jarang d. cetek

13. Air sungai itu pasang pada waktu pagi.


a. surut b. jatuh c. rendah d. cabut

14. Ubat yang dimakan oleh adik itu sangat mujarab.


a. Penawar b. Pil c. Racun d. Madu

15. Orang yang berhati mulia tidak akan menyakiti hati orang lain.
a. baik b. buruk c. waras d. hina

16. Bau bunga mawar itu sangat wangi.


a. busuk b. sedap c. harum d. hidu
17. Farid telah lupa akan nama budak itu.
a. tahu b. ingat c. sedar d. perasan

18. Perut saya sakit kerana terlalu lapar.


a. penuh b. ketat c. banyak d. kenyang

19. Salina mengangkat beg yang berat itu.


a. malas b. halus c. ringan d. sedikit

20. Kucing peliharaan itu sangat jinak.


a. baik b. ganas c. liar d. jahat

Bahagian C: (20 markah)


Pilih kata gandaan yang sesuai bagi melengkapkan tiap-tiap butiran berikut.

21. Beruang sarkas itu ______ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan pistol mainan.
a. tiba-tiba b. pura-pura c. cuba-cuba d. ikut-ikut

22. Ke mana sahaja Puteri Aini pergi dia akan ditemani oleh ______nya.
a. amah-amah b. dewi-dewi c. pari-pari d. dayang-dayang

23. Kaki ibu ______ kerana terlalu lama duduk bersila.


a. gatal-gatal b. semut-semut c. luka-luka d. sedu-sedu

24. Negara kita akan menjadi huru-hara kalau rakyatnya tidak mematuhi ______.
a. syarat-syarat b. ikrar-ikrar c. rukun-rukun d. undang-undang

25. Zaini sakit kepala tetapi ibunya menyangka dia hanya ______ sahaja.
a. cuba-cuba b. suka-suka c. rasa-rasa d. main-main

26. Apabila Encik Rosli menutup pintu bilik tidurnya, tangan anak perempuannya ______
tersepit.
a. dekat-dekat b. nyaris-nyaris c. cepat-cepat d. jari-jari

27. Harga ______ di gerai itu mahal walaupun telah layu-layu belaka.
a. ikan-ikan b. kuih-muih c. sayur-mayur d. lauk-pauk

28. ______ boleh bercahaya pada waktu malam.


a. Jentik-jentik b. Pijat-pijat c. Anai-anai d. Kunang-kunang

29. Keadaan di pasar itu ______ dengan suara orang ramai.


a. riuh-rendah b. gopoh-gapah c. kelam-kabut d. nyaring-nyaring

30. Adik menangis kerana ______nya tercucuk tulang ikan.


a. tupai-tupai b. gigi-gigi c. langit-langit d. sibur-sibur

Bahagian D: (20 markah)


Pilih perkataan berimbuhan yang betul bagi melengkapkan tiap-tiap butiran berikut .

31. Adik hanya akan makan ubat itu kalau ______ oleh ayah.
a. dipaksa b. terpaksa c. paksaan d. memaksa

32. Bapa selalu menasihati kami supaya ______.


a. jimatkan b. penjimat c. berjimat d. menjimatkan
33. Emak ______ pokok-pokok bunga di taman ini dua hari seminggu.
a. menyiram b. tersiram c. disiram d. bersiram

34. Kakak Ali bersolek kerana ingin ______ cantik.


a. melihat b. kelihatan c. dilihat d. penglihatan

35. Pokok rambutan di belakang rumahnya tidak pernah ______.


a. buah b. membuah c. berbuah d. terbuah

36. ______ televisyen ialah kegemaran saya.


a. Bertonton b. Menonton c. Tontonan d. Tertonton

37. Pelawak yang ______ itu berasal dari kampung ini.


a. kenalkan b. dikenal c. terkenal d. mengenal

38. Murid-murid itu sedang menjalani ______ jasmani di padang.


a. berlatih b. latihan c. pelatih d. latihkan

39. Ibu ______ saya sebuah buku cerita.


a. membeli b. terbeli c. membelikan d . pembeli

40. ______ itu menembak seekor singa liar.


a. Memburu b. Pemburu c. Terburu d. Berburu

Bahagian E: (10 markah)


Isikan tempat kosong di bawah ini dengan sepatah perkataan yang sesuai.

Cuti sekolah telahpun berlalu. Beberapa hari sebelum sekolah dibuka, Siti telah
menyiapkan buku-buku _________ alat tulis yang akan dibawanya ke _________ sebuah beg.
Beg baru Siti _________ biru. Bapa Siti _________ beg itu kerana ianya cantik, murah dan
_________ lama. Siti berasa sangat gembira kerana akan ke sekolah semula.

Bahagian F: (10 markah)


Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan soalan yang mengikutinya.

Pada suatu petang, Rosmohadi dan Mardiana sedang berjalan-jalan di Orchard Road.
Mereka telah berjumpa dengan ibu rakan mereka, Zul. Ibu Zul memberitahu mereka bahawa Zul
telah dimasukkan ke hospital setelah terjatuh semasa bermain sepatu roda. Kaki kiri Zul patah dan
kedua-dua tangannya luka.
Keesokan harinya, Rosmohadi dan Mardiana pergi melawat Zul di hospital. Mereka
membawa buah-buahan sebagai buah tangan. Zul berasa sangat gembira melihat kedatangan
rakan-rakannya itu.
Tiga hari kemudian, Zul pun dibenarkan pulang ke rumahnya. Zul sungguh gembira kerana
dia sudah bosan duduk di hospital yang sunyi itu. Zul terpaksa bergerak dengan menggunakan
tongkat kerana kakinya disimen.

46. Siapakah yang dijumpai oleh Rosmohadi dan Mardiana sewaktu mereka berjalan-jalan di
Orchard Road?
______________________________________________________________________
47. Mengapakah Zul dimasukkan ke hospital?
______________________________________________________________________
48. Apakah kecederaan yang dialami oleh Zul?
______________________________________________________________________
49. Apakah yang dibawa oleh Rosmohadi dan Mardiana sebagai buah tangan?
______________________________________________________________________
50. Mengapakah Zul berasa sungguh gembira dapat pulang ke rumahnya?
______________________________________________________________________

You might also like