You are on page 1of 2

TUGASAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi

pengamalan unsurp a t r i o t i s m e b e r d a s a r k a n s o a l a n d i b a w a h .

S o a l a n : 

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh

integrasi nasional di negara kita?   

Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan

M a j l i s D a e r a h ,  memainkan peranan yang  tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di

negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan

demi menyatupadukan rakyat.

Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah

bertolak ansurdan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam

hendaklahditangani dengan senyuman tanpa  mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka

wujudlahperpaduan nasional.

Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan

menjadicontoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini

pentingkerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional.

Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan

bertimbangrasa. Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan.

Misalnya,tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata

menggemblengtenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara.
Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan

rakyat yangberjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung

tenaga danberkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian

antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat.

Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara

dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran. Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak

dalam kancahrasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci  akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah

dihapuskan,maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu.

Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran

tempatan. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang

awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu.

Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita

hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan

iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep

1Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

You might also like