You are on page 1of 9

Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh

Usahawan Muda Berkaliber – Taikun Pengangkutan Nasional

“Being at the right place at the right time”

“saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi seperti hari ini. Di waktu muda, saya bercita-
cita untuk menjadi jurutera elektrik dan kemudian menjadi Jurukur Bahan. Tidak terlintas
dalam fikiran saya menjadi seorang usahawan”

Biodata : Mohd Nadzmi b Mohd Salleh


Asal : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : 1 Mei 1954
Jawatan semasa : Pemilik Nadicorp Holding Sdn. Bhd

TAN Sri Nadzmi Salleh berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lahir pada 1 Mei 1954. Tan
Sri Nadzmi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik.
Bapanya adalah pegawai daerah dan kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri
Kelantan.

Seperti kebanyakan kanak-kanak lain, pada waktunya, hobinya adalah mengumpul setem dan
duit. “Saya juga amat suka membaiki radio yang rosak. Ia juga satu elemen penting untuk
menghayati kejuruteraan dan sains” ujar beliau sambil tersenyum.

Pada hari ini. Beliau memegang ijazah (ekonomi, kimia dan matematik) dan Master (ekonomi
dan statistik) daripada beberapa university di Amerika Syarikat.

Permulaan Kerjaya
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Putra Malaysia pada
tahun 1980. Sebenarnya, cita-cita awalnya adalah mahu menjadi jurutera elektrik, dan
kemudian bertukar kepada juruukur kuantiti.

Selepas itu, beliau bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian pemasaran
antarabangsa selama setahun sebelum beliau dipelawa oleh rakannya menyertai HICOM
pada tahun 1982 sebagai Penolong Pengurus Bahagian Projek. Beliau bertanggungjawab
mengenal pasti dan menguruskan pembangunan projek.

Penglibatan Dalam Industri Automobil


Apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumunkan bahawa
Malaysia akan memulakan pengeluaran sulung kereta nasional, Nadzmi menyertai kumpulan
projek kereta nasional yang menyaksikan kelahiran sulung Proton dan jua Edaran Otomobil
Nasional Bhd (EON), syarikat yang mengedar Proton untuk pasaran domestik.

Pada tahun 1984, beliau telah bertukar dari HICOM untuk berkerja di EON sebagai Pengurus
Pemasaran Perkhidmatan. Dua tahun selepas itu, beliau dinaikan pangkat kepada pengurus
Division.

Bermula detik itu, Nadzmi kemudian dilantik sebagai lembaga pengarah EON pada tahun
1989, dan akhirnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Ekskutif EON pada tahun 1990 pada usia
36 tahun.

Sentuhan Nadzmi
Selepas setahun beliau memegang jawatan ini, pencapaian keuntungan EON sebelum cukai
pada tahun itu meningkat daripada RM38 juta ke RM120.6 juta (satu jumlah yang banyak
pada masa itu).

Mendaki Puncak
Pada November 1992, beliau akhirnya ditukarkan kepada Penolong Ketua Pegawai Eksekutif
Proton dan 3 tahun kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton pada usia 39
tahun.

Kemudian, beliau berundur dari syarikat pengeluar kereta nasional, Proton dan menubuhkan
syarikatnya sendiri Nadicorp Holding Sdn. Bhd yang terlibat dalam perniagaan terasnya
adalah pengangkutan darat awam.

Dan kini, beliau boleh berbangga kerana Nadicorp Holding Sdn. Bhd kini merupakan syarikat
terbesar dalam pengangkutan darat awam dengan memiliki Transnasional (mempunyai asas
60 juta pengguna setahun), dan beberapa anak syarikat dalam pembangunan hartanah dan
lain-lain.

Perwatakan
Senyum Senyum Senyum

Perwatakan Nadzmi Salleh yang sentiasa gembira dan tersenyum membuatkan beliau
disenangi dan digeruni lawan.

Semasa beliau memegang jawatan di EON, beliau banyak bertemu pegawai kanan dan
pengerusi syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan banyak belajar dari mereka.

Beliau juga banyak belajar pengurusan dan perniagaan melalui rakan-rakan rapatnya yang
sama-sama melontarkan buah fikiran dan pendapat dalam selol belok dunia bisnes.

Kini Nadzmi turut memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat besar. Antaranya
adalah Pengerusi Eksekutif Mara Holding Sdn. Bhd., Pengerusi R. J. Reynold, Pengerusi
Eksekutif ERL, Pengarah/Pengerusi Len Brothers Rubber Products Industries Berhad, dan
Pengarah SIRIM.

Anugerah & Pencapaian


Tan Sri Nadzmi juga tidak terlepas dari menghadapi pengalaman buruk dalam perniagaannya
antaranya kesilapan memilih pengurus yang tidak setia. Menurut beliau, terdapat dua (2) jenis
pengurus iaitu seorang yang melaksanakan sesuatu dan seorang yang langsung tidak
mempunyai idea tentang perkara yang berlaku.

“Anda harus berhati-hati apabila menggaji pekerja terutama pekerja di bahagian pentadbiran
(management). Mereka seharusnya tahu untuk belajar dari kesilapan dan tidak
mengulanginya. Kesilapan juga adalah salah satu kos dalam perniagaan,” ujar beliau.

Nadzmi berpendapat bahawa seseorang usahawan seharusnya tahu bagaimana melakukan


sesuatu pada masa sesingkat dan serendah kos yang mungkin.
Beliau dianugerahkan Malaysian Business Man of The Year 1986. Pada tahun 1993, beliau
dinobatkan sebagai National Outstanding Youth Malaysian Award di bawah kategori bisnes
dan ekonomi inovasi.

Beliau juga terpilih sebagai ahli “Global Leaders” for tomorrow di Forum Ekonomi Dunia di
Davos, Switzerland.

“Usahawan yang baik mesti mengambil risiko tetapi tidak boleh gopoh dan tamak. Jika anda
terlalu berada dalam keadaan selesa (tidak mengambil risiko), anda tidak akan menjadi
seseorang yang hebat. Orang hebat selalunya mengambil risiko”

Faktor kejayaan
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaannya adalah perwatakannya yang
sentiasa ceria dan tersenyum, mudah mesra dan senang didekati. Ketika beliau memegang
jawatan di EON, beliau menemui ramai pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar
kereta di seluruh dunia dan belajar daripada mereka. Pengalaman dan idea yang banyak
diperolehnya daripada pengalaman ini yang digunakannya bagi mengembangkan EON.

Kepelbagaian
Nadzmi percaya kepada kepelbagaian dalam pengurusan diri. Semasa kecil, beliau seperti
kanak-kanak biasa suka mengumpul setem dan duit syiling. Beliau juga gemar memasak dan
pernah diberi penghargaan sebagai tukang masak terbaik dalam pasukan pengakap yang
dianggotainya ketika bersekolah dahulu. Beliau mahir memasak masakan antarabangsa,
antaranya masakan Itali dan Iran.

Ilmu
Pada awal pembabitannya dalam korporat, beliau mendapat banyak ilmu yang berguna dalam
dunia pengurusan dan perniagaan melalui pergaulan rapatnya dengan mendiang Tan Sri Loh
Boon Siew dan Tan Sri Eric Chia. Beliau juga yakin pengurusan perlu dilakukan dengan
bermatlamat, memerlukan kesabaran dan usahawan perlu berani mengambil risiko.
Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh adalah antara usahawan yang berjaya. Katanya, “ Untuk
berjaya dalam perniagaan, usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri
yang tinggi.” Falsafah inilah yang dipegang oleh YBhg. Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh,
Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holding tengah hari PUNB “

Artikel Perniagaan

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat


by Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati
diri yang tinggi” – Dato’ Mohd Nadzmi

Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi
Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah
tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai
2004.

Bermula dari dunia korporat, Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan
syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini
keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park
May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen
tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan
nama beliau.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai
panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-

Ini adalah nasihat beliau:


• Anda mesti mempunyai sikap rajin
• Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan
kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan
yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha
secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.

Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika
seseorang yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan
mendapat ‘A’ dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka
bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri
dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan.
Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi,
kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.

• Anda mesti mempunyai keyakinan diri


• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu
dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan
berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato’ Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang
istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir
dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato’ Mohd Nadzmi, seorang usahawan
tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan.
Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan
perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi,
tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada
diri bagaimana untuk menyelesaikannya

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting


• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi
perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana
ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara
mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang
demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam
keaadan yang kukuh.
• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta
• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan
operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan
pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap
yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti
diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu
pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah
berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih
berpengalaman.

• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan


• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu
menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk
menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu
yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan
dengan cemerlang .

• Belajar dari kesilapan


• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang
timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan
minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan
yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu
diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak
diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

• Ambil tindakan berasakan keutamaan


• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato'
Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan
tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian
menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut
senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut
perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan
masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.
• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab
• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas
Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul
setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah.
Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya
berjaya.

Dato’ Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan
penting seseorang itu perlulah:-

- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik


- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah
- kreatif dalam membuat keputusan
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang
pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan
pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat
pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan,
Insyallah.

Bibliografi
Ashadi Zain. (2004). 66 Usahawan Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn Bhd

http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=324
http://www.punb.com.my/index.php?ch=en_med&pg=en_med_bizarticle&ac=25
Dato’ Mohd Nadzmi
Dato’ Mohd Nadzmi started his working career as a lecturer
before embarking on a corporate journey with Petronas, Edaran
Otomobil Nasional Berhad and Proton Holdings Berhad (the
national car manufacturer), eventually rising to the position of
Managing Director in 1993. A great believer in the Japanese
management concept of KAIZEN (continuous improvement),
Dato’ Mohd Nadzmi obtained his Master of Arts in Economics &
        Dato' Mohd
Statistics from the Miami University and Bachelor of Arts in
Nadzmi
Economics and Bachelor of Science in Chemistry and
Mathematics from Ohio University in 1978. He made the successful transition from a
Corporate Manager to being an entrepreneur in 1996 when he took over the ownership and
management of Mara Holdings, a government-linked company. Despite the Asian financial
crisis, he successfully turned around the loss-making group (now known as Nadicorp
Holdings Sdn Bhd) within one and a half years, establishing his own innovative management
style and revamping the corporate culture. Today, Nadicorp is one of Malaysia’s largest
private conglomerate with interests in public bus transportation industry, manufacturing,
defense services, agriculture and other services. On 1 January 2009, he returned to helm
Proton Holdings Berhad as Chairman. Over the course of his career, he has been awarded
numerous professional honours and awards including ‘Entrepreneur of the Year 2009” by
Asia Pacific Entrepreneurship Awards, “2004 Master Entrepreneur of the Year” by Ernst &
Young and “Achiever of the Year 2003” by the Chartered Institute of Logistics and Transport
in Malaysia. In 1994, Dato’ Mohd Nadzmi was elected into the prestigious and excusive
membership of “Global Leaders for Tomorrow” by the World Economic Forum (WEF) at
Davos, Switzerland. 

You might also like