You are on page 1of 22

1 Malaysia (Aspek Perundangan)

KONSEP SATU MALAYSIA DARI ASPEK PERUNDANGAN

PENGENALAN

1. KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang

Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 3 April

2009. Konsep ini berpaksikan kepada prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”. Konsep Satu Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan

kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk

menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat

kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua

pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan

maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi

memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini

juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian

berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara, sikap penerimaan antara kaum yang

membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan

dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Dalam pada itu, konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin

memainkan peranan masing-masing. Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama di


negara ini perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing sebagai satu

1 Malaysia, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, muka surat 8 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

bangsa Malaysia. Konsep ini juga menyarankan pemimpin kerajaan menjalankan

tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat

dan memenuhi segala keperluan serta hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

2. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep Satu Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran yang

baru. Sebaliknya konsep ini merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan.

Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun

Haji Abdul Razak dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009

mengatakan bahawa-

“Satu Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir 1

Malaysia iaitu perpaduan nasional yang juga merupakan wawasan utama

pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu yang telah diterjemahkan dalam

pelbagai rupa bentuk dan jelmaan sepanjang lebih lima dekad kita merdeka.”.

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara

sejak kemerdekaan dicapai. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan

rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra

Al-Haj. Keadilan untuk semua kaum membawa maksud bahawa nasib semua kaum

akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah

mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh
yang demikian, 1 Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan

dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas, Penggal Kedua, Mesyuarat Kedua, 15 Jun 2009

1 Malaysia, Bahagian Penerbitan Dasar Negara. muka surat 14 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

3. 3 PRINSIP TERAS KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia disandarkan kepada 3 prinsip teras iaitu prinsip penerimaan,

prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip tersebut adalah

penting dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.

Konsep ini menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di

mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat hidup

bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu

negara.

Di samping itu, konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara

yang merupakan prinsip kenegaraan telah lama diterapkan semenjak dahulu lagi

oleh pemimpin terdahulu.

Prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib

semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan juga
menjadi salah satu asas kepada konsep Satu Malaysia. Keadaan ini mestilah

mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh

itu, dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan

pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan.

4. 8 NILAI UTAMA KONSEP SATU MALAYSIA

Pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai utama

iaitu-

Ibid, muka surat 11

Ibid, muka surat 17

Ibid, muka surat 12 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

(a) Budaya Kecemerlangan

Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa

Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan

pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya

kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan

bahawa setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang

terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam

masyarakat yang berdaya maju.

7
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.

Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan.

Untuk perkara ini, Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam

mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen

dan bekerja keras.

(b) Ketabahan

Setiap perjuangan atau perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan

ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara

amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya yang tabah menghadapi segala

rintangan dan dugaan. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta

tabah dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang

terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat.

Sikap mudah mengalah, kecewa dan

menyerah kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.

10

1 Malaysia, Bahagian Penerbitan Dasar Negara. muka surat 20

Ibid

1 Malaysia, Bahagian Penerbitan Dasar Negara. muka surat 21

10
Ibid, muka surat 22 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji dan hendaklah

memperbaikinya secara positif. Pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu

diambil bagi menangani segala kegagalan

11

(c) Rendah Hati

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat

berhemah dan berbudi bahasa perlu dijadikan amalan hidup kita. Masyarakat

Malaysia amat menghormati serta menyukai seseorang yang mengamalkan sifat

merendah diri yang mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh

terhadap sesuatu prinsip. Selain itu, segala kemampuan dan kebolehan yang

dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari

oleh masyarakat Malaysia

12

(d) Penerimaan

Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik

dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk

mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara

bangsa

13

Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan .

lain-lain kaum perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada


masyarakat di negara ini

14

(e) Kesetiaan

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Semua kaum

perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara yang mengatasi

11

1 Malaysia, Bahagian Penerbitan Dasar Negara. muka surat 22

12

Ibid

13

Ibid, muka surat 23

14

Ibid, muka surat 24 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri

15

Kesetiaan kepada pemimpin .

atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan,

keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Kesetiaan ini seterusnya akan

membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak

16

Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada


keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap

perhubungan. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu

dihindari agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang sering mengambil

kesempatan

17

(f) Meritokrasi

Meritokrasi merupakan hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara

demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi

peluang untuk memacu pembangunan negara

18

Meritokrasi menekankan .

persaingan secara terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa

yang berjaya memenuhi kriteria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan

prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan kepada prestasi dan budaya

cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang

19

Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi

cabaran globalisasi

20

15

1 Malaysia, Bahagian Penerbitan Dasar Negara. muka surat 24


16

Ibid, muka surat 25

17

Ibid, muka surat 26

18

Ibid

19

Ibid, muka surat 27

20

Ibid, muka surat 28 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

(g) Pendidikan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk negara

mencapai kejayaan

21

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan .

pendidikan dan pengetahuan dari semua aspek.

(h) Integriti

Integriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan

dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak tanpa mengira

kedudukan. Masyarakat perlu bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu

tindakan dan percakapan dan sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan untuk

mendapatkan hasil yang sempurna.

Nilai ini menekankan bahawa kelayakan dan kemampuan perlu diberi

keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran yang tidak sah.
Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan

perkhidmatan yang diberi

22

KONSEP SATU MALAYSIA DARI ASPEK PERUNDANGAN

Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam

ialah agama bagi Persekutuan, namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan

aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaupun agama Islam

merupakan agama rasmi di Malaysia tetapi berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 11

Perlembagaan Persekutuan, setiap orang di negara ini berhak untuk menganuti agama

masing-masing.

21

1 Malaysia, Bahagian Penerbitan Dasar Negara. muka surat 28

22

Ibid, muka surat 30 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

Konsep 1 Malaysia adalah bertepatan dengan hak kebebasan beragama yang

diberi oleh Perlembagaan Persekutuan. Prinsip penerimaan di bawah konsep 1

Malaysia menyeru rakyat agar menerima agama, amalan, budaya dan cara hidup kaum

lain demi memperkukuhkan perpaduan nasional. Prinsip ini menghargai dan

menghormati identiti, agama dan budaya yang berbeza untuk setiap etnik di Malaysia

dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

Perkara-perkara yang terbaik yang dimiliki oleh kaum di Malaysia perlu mendapat
penerimaan daripada masyarakat di negara ini. Apabila kaum di Malaysia menerima

agama kaum yang lain, ia secara langsung akan menerima budaya dan cara hidup

kaum yang lain. Ini adalah kerana agama merupakan salah satu faktor yang akan

mempengaruhi budaya dan cara hidup sesuatu kaum.

Nilai rendah diri berkait rapat dengan prinsip penerimaan. Nilai rendah diri amat

digalakkan dalam masyarakat negara yang berbilang kaum terutamanya dalam ajaran

agama masing-masing. Sifat rendah diri yang berhemah dan berbudi bahasa perlu

menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Apabila kaum-kaum di negara ini mengamalkan

nilai rendah diri, mereka akan secara ikhlas menerima agama, budaya dan cara hidup

kaum yang lain.

Prinsip kenegaraan dalam konsep 1 Malaysia pula memupuk konsep perpaduan,

semangat nasionalisme dan cintakan negara. Nilai kesetiaan sering dikait rapat dengan

prinsip kenegaraan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang merupakan prinsip kedua

Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat di negara ini agar dapat

mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Di samping itu, kesetiaan kepada

pemimpin juga merupakan salah satu aspek dalam nilai kesetiaan. Prinsip kenegaraan

dan nilai kesetiaan diiktiraf oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

23

yang

memberi peruntukan mengenai bahasa Kebangsaan Malaysia. Ini adalah kerana

bahasa Kebangsaan melambangkan negara kita dan setiap rakyat mesti memupuk

semangat cintakan bahasa Kebangsaan.

23

Sila rujuk Perkara 152 fasal (1) 1 Malaysia (Aspek Perundangan)


9

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32] dan Akta Lagu Kebangsaan 1968

[Akta 390] diwujudkan untuk menyokong prinsip kenegaraan dan nilai kesetiaan. Akta

32 diadakan untuk penggunaan bahasa Kebangsaan untuk maksud rasmi mengikut

ketetapan yang telah dibuat di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Akta ini

antara lainnya merangkumi penggunaan bahasa Kebangsaan dalam teks sahih

undang-undang, penggunaan bahasa Kebangsaan di Mahkamah, tulisan bagi bahasa

Kebangsaan dan sebagainya. Akta 390 pula diwujudkan untuk menghormati lagu

kebangsaan negara Malaysia iaitu Negaraku

24

Akta ini juga memberi peruntukan .

mengenai hukuman kepada rakyat yang tidak menghormati lagu Kebangsaan

25

Perlaksanaan kedua-dua akta ini dapat memupuk semangat patriotisme dan kesetiaan

dan secara tidak langsung memupuk prinsip kenegaraaan.

Prinsip keadilan sosial yang merupakan prinsip teras yang terakhir dalam konsep

1 Malaysia menuntut bahawa setiap kaum di negara ini harus diberi keadilan yang

sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang ataupun agama. Semua kaum harus

menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu

dinikmati secara bersama. Nasib semua kaum harus dibela dan tiada mana-mana pihak

harus dipinggirkan. Prinsip keadilan sosial juga menyaran kerajaan supaya

melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan untuk membela golongan

yang memerlukan.

Prinsip keadilan sosial dalam konsep 1 Malaysia adalah disokong oleh Perkara 8
dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8 dengan jelas mengiktiraf dan

melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini dan ia

dinyatakan di bawah Fasal (1) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Walau

bagaimanapun, Fasal (2) Perkara 8

26

membenarkan diskriminasi terhadap warganegara

semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam manamana undang-
undang atau dalam perlantikan apa-apa jawatan atau pekerjaan di

bawah pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang

24

Sila rujuk Seksyen 8 Akta 390

25

Ibid

26

Sila rujuk Perkara 8 fasal (2) 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

10

berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung

dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profession,

kerjaya atau pekerjaan jika dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, konsep kesamarataan dalam prinsip keadilan sosial mestilah

sejajar dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan

diskriminasi dalam keadaan tertentu.

Prinsip keadilan sosial dari segi pendidikan pula diperuntukkan dalam Fasal (1)

Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan

27
yang melarang diskriminasi terhadap manamana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan dan tempat lahir

dalam aspek pendidikan yang antara lainnya mengenai kemasukan pelajar ke institusi

pendidikan dan bantuan kewangan. Dari segi bantuan kewangan (pemberian biasiswa),

nilai meritokrasi yang merupakan salah satu daripada 8 nilai utama dalam konsep 1

Malaysia digunakan bagi memastikan hanya pelajar yang layak akan diberi bantuan

kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Dalam hal ini, Akta Orang Asli 1954 [Akta 134], Akta Kanak-Kanak 2001

[Akta 611] dan Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] telah digubal atas prinsip

keadilan sosial. Ini adalah kerana hak dan kepentingan golongan masyarakat seperti

orang asli dan orang kurang upaya sering terabai jika dibandingkan dengan masyarakat

yang berada di arus perdana di negara ini dan undang-undang yang digubal adalah

untuk melindungi golongan seperti ini. Prinsip keadilan sosial menuntut bahawa semua

orang di negara ini diberi hak yang sama dan keadilan yang sebaik mungkin dari segi

kebajikan dan aspek sosial.

Akta 134 diwujudkan bagi memberi perlindungan kesejahteraan dan kemajuan

orang asli di Semenanjung Malaysia28. Pengiktirafan hak orang asli boleh dilihat dalam

kes Kerajaan Negeri Selangor & Ors v Sagong bin Tasi & Ors

29

di mana hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia menghormati hak dan kepentingan orang asli. Lanjutan

27

Sila rujuk Perkara 12 fasal (1)

28

Tajuk Ringkas Akta 134


29

[2005] 6 MLJ 289 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

11

daripada kes tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk

menarik balik rayuannya ke Mahkamah Persekutuan berhubung dengan kes tersebut

demi menghormati hak dan kepentingan orang asli.

Akta 685 pula diwujudkan untuk memberikan pengiktirafan hak orang kurang

upaya dan menukar konsep kebajikan kepada konsep yang berasaskan hak. . Akta ini

merupakan akta yang berasaskan hak yang pertama. Akta ini secara amnya

memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan

dan kesejahteraan orang kurang upaya

30

Akta ini mengiktiraf bahawa orang kurang .

upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan yang setara

dengan orang upaya dalam segala hal keadaan.

Bagi golongan kanak-kanak pula, mereka sering dieksploitasi dan diancam oleh

golongan masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Akta 611 diwujudkan untuk

memberi perlindungan , pemeliharaan dan pemulihan kepada kanak-kanak

31

Akta ini .

mengiktiraf bahawa seorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian

penting dalam masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan

kemakmuran masyarakat. Akta ini juga mengakui seseorang kanak-kanak, tanpa

kematangan dari segi fizikal, mental dan emosi memerlukan perlindungan,

pemeliharaan dan bantuan khas selepas kelahirannya bagi memastikan kanak-kanak


tersebut dapat memberikan sumbangan dalam pembentukan masyarakat madani.

Prinsip keadilan sosial dalam konsep satu Malaysia sangat diperlukan dalam

menjaga kebajikan golongan yang dinyatakan sebagai contoh di atas. Golongan

tersebut haruslah dilindungi dan diberi hak yang sama seperti golongan masyarakat

yang lain. Terdapat juga undang-undang yang lain yang menjaga kebajikan golongan

lain seperti Akta Keganasan Rumahtangga 1994 [Akta 521], Akta Membaharui UndangUndang
(Perkahwinan dan Penceraian) 1976 [Akta 164] dan juga enakmen negeri yang

bertujuan melindungi kebajikan golongan wanita.

30

Tajuk Ringkas Akta 685

31

Tajuk Ringkas Akta 611 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

12

Di samping itu, masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan

perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik

memerlukan pertimbangan khas. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak harus

diabaikan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang

sewajarnya. Masyarakat di Malaysia harus saling hormat-menghormati agar

persepakatan dan perpaduan dapat dicapai bersama.

Nilai meritokrasi dalam konsep 1 Malaysia menekankan persaingan terbuka

berasaskan kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria

tersebut berhak dipilih. Sebagai contohnya, dalam aspek pemerolehan projek kerajaan,

pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat

yang hendak mendapat tender tersebut hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Nilai meritokrasi yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia adalah sejajar


dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

32

yang menjamin hak keistimewaan

orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum

lain. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika menjelaskan konsep 1 Malaysia

mengatakan bahawa

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita

mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik

dalam negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar

untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan

cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera

yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar

daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian

lama.”.

32

Sila rujuk Perkara 153 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

13

Berdasarkan pernyataan Perdana Menteri, dasar afirmatif dan dasar menolong

kaum bumiputera di bawah Perkara 153 masih dikekalkan asalkan dasar itu

dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan

Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Nilai

meritokrasi memang dilaksanakan dalam dasar afirmatif di bawah Perlembagaan

Persekutuan. Walaupun terdapat sistem kuota untuk sesetengah perkara seperti

pemberian biasiswa, lesen dan sebagainya, namun meritokrasi masih dilaksanakan


dengan memberi pertimbangan kepada orang yang paling layak dalam kuota masingmasing.

Nilai meritokrasi mempunyai kaitan rapat dengan nilai budaya kecemerlangan

dan nilai ketabahan. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan

membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Penerapan

nilai meritokrasi dalam nilai budaya kecemerlangan membolehkan rakyat Malaysia

memberikan yang terbaik dalam setiap perkara dan tugas demi mencapai ke tahap

yang terbaik. Oleh yang demikian, nilai meritokrasi memainkan peranan yang penting

sebagai asas kepada budaya kecemerlangan. Nilai meritokrasi dan nilai budaya

kecemerlangan adalah adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi

Malaysia.

Nilai ketabahan juga mempunyai kaitan rapat dengan nilai budaya

kecemerlangan. Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa

kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya

merupakan satu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan

sebagai satu siri naik dan turun. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan

kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi

segala rintangan dan dugaan. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar

dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan yang telah dibuat.

Rakyat Malaysia yang mengamalkan nilai ketabahan akan mempunyai semangat juang

yang tinggi yang seterusnya menjurus kepada budaya kecemerlangan. 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

14

Konsep 1 Malaysia menekankan pendidikan sebagai prasyarat yang penting.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan

untuk membangunkan negara. Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan

mengadakan aktiviti bersama. Dalam keadaan ini, Perkara 12 Perlembagaan

Persekutuan

33

yang memberi hak berkenaan dengan pendidikan mengiktiraf nilai

pendidikan dalam konsep 1 Malaysia.

Nilai pendidikan dalam konsep 1 Malaysia disokong oleh Akta Pendidikan 1996

[Akta 550]. Akta 550 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan

perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Tajuk panjang Akta 550 menyatakan

bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa

34

Di samping itu, Akta ini juga mengatakan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk

membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang

diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada

perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat

35

Berdasarkan kepada tajuk .

panjang Akta 550, nilai pendidikan yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia adalah

bertepatan dengan Akta 550.

Terdapat usaha untuk memberi semula takrifan sekolah aliran kebangsaan untuk

memasukkan sekolah vernakular bagi merealisasikan konsep 1 Malaysia. Akan tetapi,

usaha tersebut masih belum dilaksanakan. Jika dilaksanakan, takrifan sekolah

kebangsaan

36
dalam Akta 550 perlu dipinda.

Nilai integriti merupakan satu aspek yang penting bagi sesebuah kerajaan untuk

mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua

pihak tanpa mengira kedudukan. Setiap pemimpin dan rakyat perlulah bersikap jujur

dan amanah dalam melakukan setiap tugas yang diberikan. Nilai integriti juga

33

Sila Rujuk Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan

34

Tajuk Panjang Akta 550

35

Ibid

36

Sila lihat takrifan ‘Sekolah Kebangsaan’ dalam seksyen 2 Akta 550 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

15

menyaran pemimpin agar menekankan aspek kelayakan dan kemampuan tanpa

sebarang kepentingan atau melalui saluran yang sah ketika menjalankan tugas mereka.

Fasal (1) Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan

bahawa akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit oleh Ketua

Audit Negara merupakan terjemahan nilai integriti yang telah lama termaktub. Begitu

juga dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Dewan Rakyat. Penggubalan

peruntukan Perkara 106 ialah untuk memastikan bahawa segala akaun kerajaan adalah

teratur dan juga mencegah penyelewengan dan rasuah di kalangan kakitangan

kerajaan. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ditubuhkan bertujuan untuk memeriksa

laporan kira-kira Kerajaan Malaysia dan juga kira-kira badan-badan pentadbiran atau
pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam

Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menurut Fasal (1) Perkara 107 Perlembagaan

Persekutuan

37

Oleh yang demikian, nilai integriti yang menekankan sikap kejujuran dan .

amanah adalah bertunjangkan peruntukan Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] menyokong

nilai integriti dalam konsep 1 Malaysia. Akta 694 diwujudkan untuk menubuhkan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan untuk pencegahan rasuah. Pentadiran

tanpa rasuah merupakan satu matlamat yang penting untuk semua negara di dunia ini.

Di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] memainkan peranan

yang penting dalam pencegahan rasuah. Fungsi SPRM antara lainnya ialah

mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai

kerohanian dan moral yang tinggi dan menghapuskan jenayah rasuah, penyalahgunaan

kuasa dan penyelewengan di Malaysia. Selain itu, SPRM juga berusaha untuk

mengukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran melalui program pembangunan

sumber manusia secara terancang dan berterusan.

KESIMPULAN

37

Sila Rujuk Fasal (1) Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan 1 Malaysia (Aspek Perundangan)

16

Prinsip yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia telah lama dipupuk dalam

undang-undang di negara kita sejak kemerdekaan. Konsep ini bukan sahaja diserap

dalam undang-undang di negara ini malah juga telah diserap dalam budaya dan cara
hidup masyarakat Malaysia. Konsep 1 Malaysia bukanlah semata-mata untuk segelintir

golongan sahaja tetapi ia adalah untuk semua masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza. Melalui konsep 1

Malaysia, perasaan tidak berpuas hati tidak akan wujud kerana semua rakyat Malaysia

adalah bangsa Malaysia yang mempunyai satu hala tuju untuk mencapai kemajuan

untuk negara.

Segala nikmat yang diperolehi oleh negara ini harus diagihkan secara adil,

menyeluruh dan saksama mengikut keperluan dan tanpa sekatan dari segi kaum, etnik,

agama dan fahaman politik. Di samping itu, semua peluang seperti pendidikan,

biasiswa, subsidi, dan agihan projek perlu dilakukan dengan adil dan mencerminkan

konsep 1 Malaysia. Walaupun konsep 1 Malaysia menekankan prinsip keadilan sosial

untuk semua kaum atau masyarakat, namun perlaksanaannya adalah tertakluk kepada

peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri dalam ucapannya di Dewan Rakyat pernah menegaskan

bahawa

“Konsep 1 Malaysia tidak menyimpang daripada roh Perlembagaan sebagai

undang-undang negara sama ada secara tersurat atau tersirat. Malahan gagasan 1

Malaysia kekal menjunjung semua peruntukan teras seperti Perkara 3, Perkara 4,

Perkara 152, Perkara 153 seperti mana termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan.”.

38

Konsep 1 Malaysia adalah berpaksikan kepada peruntukan dalam Perlembagaan

Persekutuan. Oleh yang demikian, apabila dikatakan berpaksi kepada Perlembagaan

You might also like