You are on page 1of 11

Apakah yang anda akan peroleh dari Teori Kecerdasan Pelbagai?

Latar Belakang Teori Kecergasan Pelbagai

          Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan


oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya
lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau
kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah
visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal
dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak
saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi
cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu
mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari
segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi
pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
          Teori IQ (berasaskan kepada kecerdasan logik-matematik dan verbal-linguistik) pula
mengandaikan bahawa potensi intelek seorang individu itu adalah tetap, ditentukan secara
genetik dan boleh diukur pada peringkat usia muda serta akan menentukan potensi individu
manusia. Gardner pula melihat fungsi kognitif dalam pandangan yang lebih luas,
bertentangan dengan definisi kecerdasan mengikut Teori IQ.
          Gardner telah mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang
membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner telah
menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan (metamophosis) pendidikan dalam semua
peringkat pembelajaran.
Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner mendefinisikan
Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut:

"An intelligences entails the ability to solve problems or fashion product that
are of consequence in a particular cultural setting. The problem-solving skill
allows one approach a situation in which a goal is to be obtained and to
locate the appropriate route to that goal. The creation of a cultural project is
crucial to capturing transmitting knowledge or expressing one's view or
feelings. The
problems to be solved range from creating and end to a story to anticipating a mating move
in chess to repairing a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to
successful political campaigns."
(Dalam David G. Lazear, 1991 : xi)

Rumusan Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai

1. Satu set kemahiran yang membolehkan individu menyelesaikan masalah sebenar yang
dihadapi dalam kehidupannya.
2. Kebolehan mencipta barangan atau perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan
budayanya.
3. Potensi mencari atau mencipta masalah yang membolehkan individu memperolehi
pengetahuan baru.
Tanggapan salah berkenaan kecerdasan

1. Kecerdasan adalah tetap.


2. Setiap individu mempunyai hanya satu jenis kecerdasan sahaja.
Fakta sebenar mengenai kecerdasan

1. Kecerdasan boleh dipelajari dan sentiasa berubah sepanjang hayat.


2. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangya lapan jenis kecerdasan kerana otak
manusia adalah unik sebagaimana uniknya garis-garis urat pada ibu jari manusia.

Prinsip-Prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai

1. Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu


2. Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah
3. Kecerdasan dalam diri setiap individu dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari
segi perkembangannya
4. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik
5. Kecerdasan Pelbagai boleh dikenal pasti dan dinyatakan
6. Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan
kepelbagaian kecerdasannya
7. Penggunaan satu daripada kecerdasan boleh digunakan untuk meningkatkan kecerdasan
yang lain
8. Latar belakang peribadi adalah faktor penting dalam membentuk pengetahuan,
kepercayaan dan kemahiran dalam semua kecerdasan

Penerangan Teori
1. Setiap manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan
Dalam diri setiap individu, kelapan-lapan kecerdasan berfungsi bersama dalam cara yang
unik. Ada yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan
kecerdasan dan sebaliknya bagi sesetengah orang. Kebanyakan daripada kita terletak di
tengah-tengah dengan kekuatan dalam beberapa jenis kecerdasan, dan kurang terbentuk
dalam satu atau dua jenis kecerdasan.

2. Kecerdasan boleh dibangunkan.


Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan
kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

3. Kecerdasan berfungsi bersama dengan cara yang kompleks.


Tidak ada kecerdasan yang berfungsi secara bersendirian. Kecerdasan berinteraksi dan
berkait dengan satu sama lain.

4. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi cerdas.


Tidak terdapat satu set kelebihan seseorang mesti perolehi untuk dianggap sebagai cerdas.
Ada orang yang tidak pandai menari tetapi sungguh cekap dalam membina model. Kedua-
dua kecerdasan ini memerlukan kecerdasan kinestetik.

Menu

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan


penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna
Verbal-Linguistik perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi
secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis
dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa
terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar
yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan
stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan
lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan
ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.                    

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat


perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh
Logik-Matematik membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor
dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua
kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar
menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan
penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan
menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih
berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan
pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan
pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik
yang tinggi.

Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan


garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang
secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk
gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan
dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan
mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan
melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi
sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.
Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik
mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.   

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan


Kinestetik untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti
yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti
fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti
menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar
melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina
model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta
mempunyai kecerdasan kinestetik.

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran


mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi
Muzik seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai
kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih
berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua
mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman
muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar
belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian,
gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat
muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik
yang tinggi.

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.


Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama
dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan
Interpersonal orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan
seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa
sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah
kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara
tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan
lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan
sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin
agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat
dan pekerja sosial.

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat


Intrapersonal dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan
orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang
mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang
kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang
lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih
suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen
pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.
Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis
novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.                

     Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-


tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput
Naturalis
rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai
kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang
rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang
mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui
aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan,
pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran
mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.
Apakah pentingnya teori ini dalam pendidikan?

Guru boleh membawa perubahan dalam pembelajaran murid


      Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar.
Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah dan
tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini
menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat. Ramai murid
yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini wujud
kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja; iaitu
verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian
pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-
mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Maka dengan itu, laman web
ini dibentuk untuk membantu para guru memperbetulkan senario tersebut dan membawa
bersama perubahan yang menggabungkan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Apakah pentingnya teori ini dalam pendidikan.....teruskan untuk mencari jawapannya.

Guru boleh membawa perubahan dalam pembelajaran murid


      Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar.
Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah dan
tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini
menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat. Ramai murid
yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini wujud
kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja; iaitu
verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian
pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-
mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Maka dengan itu, laman web
ini dibentuk untuk membantu para guru memperbetulkan senario tersebut dan membawa
bersama perubahan yang menggabungkan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran
dan pembelajaran.

PENGARUH POSITIF TEORI KECERDASAN PELBAGAI TERHADAP PENDIDIKAN

Membantu pelajar memperolehi apa Membantu guru untuk memahami


yang perlu untuk hidup di abad akan pengaruh terhadap kecerdasan murid:
datang:
 Kecerdasan boleh dipupuk dan
 Kemahiran berfikir - dipengaruhi oleh pengalaman,
Teori Kecerdasan Pelbagai budaya dan faktor motivasi
dipadukan dengan tahap berfikir  
Bloom  Pelajar mengetahui bagaimana
 Kemahiran reflektif - mengenal pasti minat mereka
murid sepanjang hayat dan bagaimana mereka boleh belajar
dengan lebih berkesan.
 Kemahiran komunikasi dan
kolaboratif
x
Membentuk pemahaman tentang Mewujudkan sekolah yang menerima dan
motivasi murid: menghargai perbezaan kecerdasan di
kalangan guru dan murid:
 Murid lebih bermotivasi untuk
belajar dengan gaya pembelajaran  Merancang dan memikul
yang sesuai dengan mereka. tanggungjawab secara kolaboratif

 Guru perlu mempelbagaikan  Menghargai sumbangan yang


strategi pengajaran dan   berbeza dari setiap guru.
pembelajaran supaya:     
Ø Lebih ramai murid akan dapat    
menerima apa yang diajar.    
Ø Harga diri murid meningkat.
Ø Kreativiti murid dapat
ditingkatkan
Ø Masalah disiplin dapat
dikurangkan
HASIL KUALITATIF DAN KUANTITATIF DARI KELAS YANG
MENGAMALKAN TEORI KECERDASAN PELABAGAI DALAM KELAS
         Pembelajaran menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan jika guru
menyepadukan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka .
Pengajaran melibatkan penggunaan kelapan-lapan kecerdasan. Dari tinjauan yang dibuat ke
beberapa buah sekolah di Amerika Syarikat yang mengamalkan kecerdasan pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif yang menakjubkan
dapat dicapai.

1. Pembelajaran menyeronokkan. Murid dan guru berminat untuk ke sekolah dan masalah
ponteng kelas berkurangan.

2. Terdapat pencepatan pembelajaran (accelerated learning) berbanding dengan pendekatan


pengajaran tradisional. Masa mengajar di dalam kelas dapat dikurangkan dan semua pelajar
menunjukkan prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran.

3. Skor pencapaian meningkat walau pun dalam ujian setara seperti dalam kes sebuah
sekolah di Chicago di mana skor dalam ujian membaca meningkat sebanyak 103 % dalam
setahun.

4. Harga diri murid dan morale sekolah menunjukkan perubahan positif. Kes salah laku
pelajar banyak dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

5. Pelajar pendidikan khas dan pelajar lembam menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
mereka dan dapat mengembangkan strategi pembelajaran yang unik untuk kejayaan dalam
kelas

ANJAKAN PARADIGMA DALAM PENDIDIKAN


 

PARADIGMA PLATONIK
CONFUCIAN
Sila klik panah

> Keupayaan manusia    terbatas


 
> Hanya segelintir cendikiawan
> Hairaki dalam masyarakat
REVOLUSI
MAKLUMAT

Diperkukuhkan dengan Model


Perindustrian
 
> Sistem pemilihan, ujian dan
penolakan
   (Screening hipothesis)

Bahan Bacaab tambahan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai.

http://www.harding.edu/~cbr/midemo/mifirst.html
Menerusi laman-web ini anda akan diberi maklumat tentang definisi kecerdasan pelbagai,
kriteria dan prinsip kecerdasan pelbagai. Selain itu, laman-web ini turut menjelaskan tentang
8 kecerdasan yang dikenal pasti.
http://www.rspublishing.com/Multiple%20Intelligences.html
Laman ini menjelaskan tentang teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner berserta
projek yang dijalankan oleh beliau. Penjelasan tentang kelapan-lapan kecerdasan turut
dimuatkan. Sekolah yang menggunakan teori ini turut disertakan
http://www.dropoutprevention.org/Mi/MainIdea.htm
Laman ini menjelaskan tentang idea utama yang terkandung dalam teori kecerdasan
pelbagai.
http://www.angelfire.com/oh/themidas/eachmi.html
Laman ini bukan sekadar menerangkan tentang ke lapan-lapan kecerdasan tetapi juga
mencadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan boleh dijalankan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
http://www.thirteen.org/wnetschool/concept2class/month1/#2
Laman ini memberi penjelasan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai secara umum dan
bagaimana teori ini dapat membantu guru dalam merancang pengajaran

 
KECERDASAN EMOSI MENSTABILKAN DIRI INDIVIDU
Oleh: DR. ISMAIL ZAIN
[Jendela Minda, Titian Mesra: Berita Perak]

MASALAH kegawatan ekonomi, masalah alam sekitar serta masalah peribadi merupakan di
antara beberapa faktor yang dapat mempengaruhi "mood" seseorang dalam menjalani tugas
harian.

"Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat menjejas kedudukan dan
hubungan mesra antara individu. Mengikut Daniel Goleman (1995) pengarang buku "The
Emotional Intelligence", penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah
kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.

Mengikutnya lagi keceredasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian
diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian
meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan termasuk
aspek kesihatan dan sosial.

Dalam bidang pekerjaan mengikut Goleman "... people of high IQ flounder and those of moderate
IQ do surprisingly well... Lack of emotional intelligence can sabotage the intellect and ruin
careers..." Ini membawa maksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah juga diimbangi dengan
aspek emosi.

Mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek rohaniah perlu diberi
keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi bekerja. Kecerdasan emosi
melibatkan proses:-

Kesedaran kendiri (self-awareness)

Disiplin kendiri

Memahami perasaan dan isi hati orang lain .

Mempunyai kemahiran intra dan inter personal yang baik untuk berkomunikasi.

Dapat mengawal perasaan

Proses yang disebutkan diatas adalah penting ke arah mewujudkan suasana kerja yang
menyeronakkan serta melahirkan masyarakat penyayang.
Ketenangan dan keseronokan adalah merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia.
Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi di rumah tetapi juga di tempat kerja.
Ini boleh dikecapi melalui suasana mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan yang
mempunyai semangat kekitaan.

Ungkapan "masyarakat penyayang" serta "masyarakat perihatin" bukan hanya sekadar


menanam tebu dibibir mulut atau sekadar memenuhi ruang hiasan di pejabat-pejabat tetapi harus
direalisasikan melalui amalan dan tindakan dalam pekerjaan. Kelembutan, ketegasan dan
kemesraan dalam menjalankan tugas akan lebih dihormati daripada kekerasan dan paksaan.

Aspek emosi ini tidak memerlukan seseorang itu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi untuk
mencapainya. Ianya dapat dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak mengikut
perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan
dan kelemahan masing-masing.

Setiap kekuatan yang ada pada diri seseorang itu perlulah diperkembangkan dan dihormati
manakala setiap kelemahan itu perlulah dibimbing, didorong dan diperbaiki agar dapat memenuhi
satu hala tuju yang diingini. Kesemuanya ini perlulah dilakukan dalam suasana yang mesra serta
tidak mempunyai tujuan yang negatif disebaliknya.

Sama ada anda seorang boss atau seorang pekerja bawahan sejauhmanakah emosi anda dapat
dicerdaskan? Bersama-samalah kita membuat refleksi diri agar keselesaan dan keharmonian di
tempat kerja dapat dikekalkan ke arah mencapai masyarakat penyayang.

Ehsan : Utusan Malaysia

You might also like