You are on page 1of 30

KATA NAFI

KATA PERINTAH
KATA BILANGAN
KATA NAFI
Kata nafi
 Kata nafi ialah perkataan yang digunakan
untuk menafikan atau menidakkan
seseorang atau sesuatu perkara.
 Kata nafi mengikut Tatabahasa Dewan
ialah perkataan yang menjadi unsur nafi
bagi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
 Ada dua bentuk kata nafi iaitu bukan dan
tidak.
Kata nafi - bukan
 Kata nafi bukan merupakan kata nafi
bagi frasa nama dan frasa sendi nama.
 Contohnya:
 Saya bukan pemilik kedai ini.
 Lelaki yang berbaju merah itu bukan
ayah saya.
 Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk
adiknya.
Kata nafi - tidak
 Kata nafi tidak merupakan unsur nafi
bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
 Contohnya:
  Ida tidak pandai memasak kari ayam.
 Muthu tidak pergi ke sekolah kerana
demam.
 Dia tidak bekerja di Restoran Medan
Selera.
 Walau bagaimanapun, kata nafi bukan
boleh juga hadir sebelum frasa kerja
dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa
berkenaan mendukung maksud
pertentangan maklumat.
 Contohnya:
  Idah tidak pandai memasak kari ayam
 Ikhwan bukan hendak belajar,tetapi
hendak bermain-main sahaja.
 Hasiff bukan penipu, tetapi sebaliknya.
KATA
PERINTAH
KATA PERINTAH
 Kata perintah ialah perkataan yang
menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadapperintah,arahan,larangan
,silaan atau permintaan.
 Kata perintah ialah kata tugas yang
hadir di hadapan ayat perintah
JENIS AYAT PERINTAH
 Ayat suruhan
 Ayat larangan
 Ayat permintaan
 Ayat silaan
CONTOH AYAT
PERINTAH
 Jangan
 Usah
 Sila
 Jemput
 Minta
 Harap
 Tolong
CONTOH PENGGUNAAN
 Jangan pijak rumput di tempat itu
 Usah biarkan hidup anda diselubungi
misteri
 Sila ambil manisan di sana
 Jemput masuk!
 Minta pelajar yang bernama Hafizi
menyampaikan serangkap pantun.
CONTOH PENGGUNAAAN
 Tolong temankan Akmal ke bilik air.
 Harap jelaskan hutangmu RM 1 secepat

mungkin
 Silalah puan-puan masuk.
KATA
BILANGAN
KATA BILANGAN
Kata Bilangan ialah perkataan yang menjadi
penerang jumlah pada frasa nama.

Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya


digunakan untuk menghitung benda, misalnya
satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua,
dan sebagainya.

Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata


bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan
himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh
disingkatkan sewenangwenangnya
Jenis-jenis Kata Bilangan
1. kata bilangan tentu
2. kata bilangan tak tentu
3. kata bilangan pecahan
4. kata bilangan pisahan
5. kata bilangan himpunan
6. kata bilangan tingkat
7. kata bilangan tanya
Kata Bilangan Tentu
Kata Bilangan Tentu atau Kata Bilangan
Kardinal ialah kata bilangan yang tentu
bilangannya.

Contohnya:
satu, dua, sepuluh, dua ribu
Contoh Ayat Kata Bilangan Tentu
1)Dua hari lagi, saya akan berangkat ke Australia.
2)Budak itu telah berpuasa selama enam hari.
3)Dia dan keluarganya tinggal di tingkat sebelas.
4)Kejohanan bola sepak sedunia akan
dilangsungkan tiga puluh hari lagi.
5)Seramai seratus pemohon melamar pekerjaan itu.
6)Jumlah mahasiswa di universiti baru itu telah
melebihi seribu orang.
7)Seramai sejuta remaja tidak mempunyai sijil pos
menengah
Kata Bilangan Tak Tentu
Kata Bilangan Tak Tentu ialah kata
bilangan yang tak tentu bilangannya.

Contohnya:
segala, semua, beberapa, para, banyak,
sedikit, sesuatu, semua, beberapa,
para, banyak, sedikit, sesuatu, seluruh.
Contoh Ayat Kata Bilangan Tak Tentu

1. Segala pengetahuannya dicurahkan kepada anak


buahnya.
2. Semua kakitangan syarikat itu akan menerima
kenaikan gaji pada akhir bulan Jun ini.
3. Beberapa buah rumah telah terbakar.
4. Para pelajar akan menduduki peperiksaan.
5. Syarikat itu telah menyempurnakan banyak projek
pembinaan pemerintah.
6. Negara itu mengalami sedikit perubahan
perlembagaan.
7. Sesuatu kejadian itu ada hikmahnya.
8. Seluruh ceruk di negeri itu telah dilawatinya.
Kata Bilangan Pecahan
Kata Bilangan Pecahan ialah kata
bilangan yang menandakan pecahan.

Contohnya:
Setengah, suku, dua pertiga separuh,
setengah, suku, pertiga, separuh,
seperempat.
Contoh Ayat Kata Bilangan Pecahan
1. Saya memberikan setengah kek itu kepada
jiran saya.
2. Dia menerima suku bahagian harta pusaka
ayahnya.
3. Dia menggunakan dua pertiga simpanannya
untuk meningkatkan pelajarannya.
4. Separuh pelanggan suka akan makanan
pedas.
5. Seperempat pelajar di kelas itu pelajar luar
negara.
Kata Bilangan Pisahan
Kata Bilangan Pisahan ialah kata bilangan
yang menandakan pisahan.

Contohnya:
masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan
sebagainya.
Contoh Ayat Kata Bilangan Pisahan
1. Masalah itu tidak dapat dihuraikan
kerana masing-masing yang terlibat
tidak mahu bertolak ansur.
2. Setiap pelajar dimestikan mengambil
sekurangkurangnya satu kegiatan
kokurikulum.
3. Tiap-tiap hari, dia memperuntukkan dua
jam untuk mengemaskinikan laman
sesawang.
Kata Bilangan Himpunan
Kata Bilangan Himpunan ialah kata
bilangan yang menandakan himpunan.

Contohnya:
kedua-dua, beratus-ratus, beribu-ribu,
berkurun-kurun, berguni-guni.
Contoh Ayat Kata Bilangan Himpunan

1. Kedua-dua orang anak lelakinya akan


melanjutkan pelajarannya di Amerika.
2. Beratus-ratus orang terlibat dalam ujian sains
itu.
3. Beribu-ribu orang turut menyertai tunjuk
perasaan itu.
4. Berkurun-kurun lamanya, negara itu dijajah
Amerika.
5. Berguni-guni beras telah dihantar ke Aceh
untuk diagih-agihkan kepada mangsa
Tsunami.
Kata Bilangan Tingkat
Kata Bilangan Tingkat ialah kata bilangan
yang menandakan tahap atau tingkat.

Contohnya:
pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.
Contoh Ayat Kata Bilangan Tingkat
1. Dia mendapat tempat pertama dalam
pertandingan itu.
2. Dalam pengundian itu, peserta lelaki itu
mendapat giliran kelima.
3. Dia mendakwa keturunan kedua belas
Hang Tuah.
4. Pelancong kelima juta yang datang
melalui lapangan terbang itu diberikan
hadiah yang lumayan.
Kata Bilangan Tanya
Contohnya: berapa

Contoh Ayat Kata Bilangan Tanya

1. Berapakah sepuluh darab tiga ?


2. Pada pukul berapakah Aziz akan
berjumpa Ridhwan?
3. “Leha, sekarang pukul berapa?” tanya
Aishah kepada Leha.
Sekian
Terima Kasih….

You might also like