You are on page 1of 7

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA

Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri


daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi
Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari
Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India.
Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam
hidup bermasyarakat. Kesan ini dikategorikan kepada kesan positif mahupun negatif.

Kesan Positif

Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku
sebelum merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga
kini. Kesan ini telah menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia.
Berdasarkan pengalaman ini kerajaan Malaysia telah terdorong menggubal beberapa
dasar untuk mengukuhkan lagi jalinan ini. Kesan tersebut adalah seperti berikut:

* Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek.


Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya
interaksi antara bangsa. Di bawah merupakan sebahagian contoh kosa kata bahasa
Melayu yang wujud hasil interaksi.

Makanan dan buahan


Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang
kaki), tauhu, kincam (sayur kering), lai, laici, teh, behon, to’yu, samsu, tamar.
Pakaian dan barang dagangan
Cukin, tocang, lo’ cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai,
gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 tahil) , 1 inci),
tohar, tokok, angklong, candu, kaci.
Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, angloh, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan,
beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, takpi, cawan, tekoh, uncoi,
dacing, kok (belenggu tengkok haiwan ), cacing, kincir.
Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin,
kuntau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci,
cuak, culai, lancong.
Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai, mahjong.

* Kebudayaan
Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh
satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut:
i. Budaya Baba-Nyonya
Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka.
Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan
wanita tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar
dalam urusan perniagaan tetapi dalam institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan
yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana
mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain itu, mereka
bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai
bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu
Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai
ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini
berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Komuniti ini telah menyerapkan Bahasa Cina
dalam perbualan seharian mereka terutama kata pinjaman dari dialek Hokkein yang
berkaitan adat, kekeluargaan dan agama. Kata-kata serapan ini terus mengalami
penyesuaian dari segi sebutan dan makna. Sebagainya contohnya, lau-teng = loteng,
Put-Go = Datuk Uco (nama satu dewa Buddha ). Selain itu, perkataan Melayu juga
mengalami perubahan bunyi dan makna. Sebagai, contoh, malaikat = malaikat ( roh
nenek moyang ), kawan = kawan (suami ). Komuniti ini tidak banyak menggunakan
imbuhan dalam perbualan, sebaliknya hanya menggunakan kata dasar sahaja seperti
“Dia tulis surat.” Perkataan “punya” menggantikan partikel milik “nya” seperti ”bukunya”
disebut ”dia punya buku”. Ringkasnya, komuniti ini berusaha meniru pelbagai aspek
budaya Melayu hingga kepada aspek makanan dan masakan. Justeru itu, masakan
Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut meniru gaya makan orang
Melayu menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat menggunakan
kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian.

ii. Budaya China Peranakan


Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan
yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan
negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini
terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat.
Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah
penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah
penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian. Wujud juga sifat saling
menghormati dan lahir cita rasa yang sama antara mereka dengan penduduk tempatan
seperti kegemaran kepada wayang kulit, permainan mahjong, wayang gedek dan
menora. Namun ciri budaya Cina asal masih kekal pada mereka khususnya pada aspek
agama. Mereka kekal berpegang pada agama asal warisan mereka terutamanya
agama Buddha.

Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina
Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu,
namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang
Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu,
walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk
halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu.
* Kesenian
Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada
zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam
pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid
yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid
Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid Kampong Laut di
Kelantan, masjid Demak di Jawa Timur dan beberapa tempat lain di rantau Alam
Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada zaman sebelum Malaysia merdeka
adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan Pagoda. Reka bentuk
bumbung masjid-masjid ini dihasilkan secara bertingkat-tingkat. Sekurang-kurangnya
terdapat 3 tingkat bumbung masjid.

* Dasar Pendidikan Negara


Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat
majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran
tersebut ialah Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952,
Pernyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua dasar-dasar ini berperanan
memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem
pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam
dan menyeluruh. Keseragaman ini lebih menjamin perpaduan rakyat. Selain itu, dasar
ini juga mengambilkira perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak.
* Dasar Integrasi Nasional
Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan
integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan
Sabah. Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses
kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan
dan penempatan. Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 dengan objektif berikut:
1. Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional.
2. Memberi bantuan khidmat masyarakat.
3. Membangun masyarakat Orang Asli.
4. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara.
5. Menyelaras program kependudukan dan pembangunan negara.

Untuk menjayakan kementerian baru ini beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

* Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan


Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan
Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi
peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta
Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

Kesan Negatif

Di samping kesan positif yang tersemat dalam lembaran sejarah masyarakat majmuk di
Malaysia, interaksi kaum turut terdedah dengan beberapa kesan negatif. Kesan negatif
yang paling penting hingga ke hari ini adalah seperti berikut:
* Jurang ekonomi
Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku
kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan
dan masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari
masyarakat Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya
yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus
menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat bandar. Dalam hal ini,
orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri sahaja, sedangkan
masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan
kegiatan ekonomi eksport dan import. Ini bermakna, penjajah hanya membenarkan
masyarakat Melayu menjadi pekebun kecil sahaja. Jika terdapat perkampungan baru,
orang Melayu dikenakan syarat tertentu seperti hanya menanam padi, kelapa dan
buah-buahan.

Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan di kawasan yang bersedia


menerima perubahan. Ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih
cepat mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan
penjajah memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina.
Ringkasnya, akibat dasar ‘pecah dan perintah” Inggeris berlaku perbezaan tumpuan
sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor
perdagangan dan perlombongan, sementara India di ladang. Ini memberi kesan kepada
ketidakseimbangan antara kawasan antara desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan
hingga zaman pasca-penjajah.
* Jurang Sosial
Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok
masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan
masyarakat miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak
langsung, keadaan ini telah mengubah struktur masyarakat Melayu dan peribumi
kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas. Kelas atasan terdiri sari golongan
bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada orang
asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit dari
golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum bumiputera. Kelas
bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini memberi kesan
seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman.

* Pencapaian Tidak Seimbang


Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya
pendidikan. Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan
logistik etnik di Malaysia. Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik.
Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik India dengan pendidikan berteras
bahasa Tamil dan etnik Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti
peribumi yang terdiri dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan
pendidikan.

You might also like