You are on page 1of 5

Tarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian Melayu traditional.

Tarian ini adalah tarian istana


yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia dipersembahkan kepada
kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. Tarian Inai ini jarang dipersembahkan
berbanding tarian istana yang lain, disebabkan ia dikhusus bagi peristiwa tertentu seperti
perkahwinan, berkhatan, dan pertabalan diraja.

Tarian ini mempunyai asal istiadat dan memiliki pergerakan jari dan tangan yang rumit dalam
pergerakan tari bulatan yang berterusan. Ia mempunyai gabungan pergerakan tarian yang terdapat
dalam Mak Yong, Silat dan kedudukan akrobatik yang dikenali meliuk, dalam mana penari
membongkokkan badan kebelakang sementara berdiri dengan muka memandang kelantai. Pada masa
lalu, tarian ini dipersembahkan oleh dua lelaki.

Tari Inai
by lokanbertepuk ~ July 31st, 2009. Filed under: Tari Inai.

Sebuah lagi tarian tradisional Kelantan yang hampir pupus sekarang ini ialah Tari Inai. Bagi
mereka yang tidak tahu, akan merasakan bahawa Tari Inai sama dengan Terinai. Sebenarnya
antara Tari Inai dan Terinai ini mempunyai perbezaan walaupun ada kemungkinan berasal
dari sebutan perkataan yang sama, cuma mengikut loghat sebutan negeri masing-masing.
Terinai ialah sebuah tarian tradisi negeri Perlis sedangkan Tari Inai pula berasal dari
Kelantan.

Pak Mail penari Terinai dan Tok Selampit  dari negeri Perlis Indera Kayangan.
Dikatakan bahawa Tari Inai ini bermula di zaman pemerintahan sultan Muhammad l lagi
yang diadaptasi  dari gerak tari dalam seni silat tari, bagaimanapun ada juga pendapat yang
mengatakan ianya berasal dari tarian mak yong. Aku sendiri berpendapat bahawa asal Tari
Inai ini daripada silat tari, cuma kalau ada unsur Mak Yong pun dimasukkan dalam bahagian
kedua yang ada mempunyai ciri-ciri tari ragam. Pertama, bentuk tarinya seakan-akan tari silat
dan yang kedua, Tari Inai ini asalnya ditarikan oleh orang laki-laki (tp semenjak
kebelakangan ini ada juga ditarikan oleh penari wanita). Begitu juga dengan nama Tari Inai
itu sendiri diambil sempena dengan nama daun inai yang diguna oleh orang-orang melayu
untuk ditempek pada jari tangan dan kaki sempena dengan majlis perkahwinan (Berinai
pengantin). Lahirnya nama tersebut kerana didalam acara “Bekwoh” atau kenduri yang dibuat
secara besar2an oleh orang Kelantan yang berada/kaya pada zaman dahulu mestilah
mengandungi 3 acara yang menjadi pelengkap kepada majlis tersebut, “iaitu Berarak Inai,
Tari Inai dan Pantun Inai”. Aku masih ingat lagi semasa aku kecil dahulu ada sebuah
kumpulan Berarak Inai yang diketuai oleh gemulah Pak Sin Tempoyak yang pada masa itu
dikenali dengan nama Hussin Tok Bageh. Diantara peralatan yang aku ingat ialah replika
keris, lembing, tombak kayu dan  sarung harimau yang dibuat daripada kain.

Sejarah aku mula2 mendengar lagu Tari Inai ialah semasa aku didalam kuliah pergendangan 
pada tahun 1968. Pada masa itu arwah guruku telah membawa balik seorang tua yang
berumur dalam lingkungan “80an kerumahnya untuk diperdengarkan kepada kami lagu Tari
Inai. Orang tua ini yang dipanggil Pak Muda Tegayung kerana beliau tinggal di kampung
Tegayung Pauh Lima. Mengikut cerita guru aku,  Pak Muda Tegayung ini adalah salah
seorang peniup serunai dalam kampung Temenggung sebelum perang jepun dahulu. Maka
tidak hairanlah kalau beliau boleh menceritakan kepada kami tentang lagu2 lama yang selalu
dimainkan di istana pada masa dahulu. Diantara nama2 lagu yang diberitahu kepada kami
ialah Itek mandi, Masuk Kuala, Raja Berangkat, Asyek siam, Kunang Bunga, Inai lekon dan
Inai sasang dan ada lagi yang aku sendiri pun telah lupa tajuk lagunya. Tapi sayangnya waktu
itu beliau sudah tidak dapat hendak mengingatkan balik kebanyakan lagu2 tersebut kerana
berpuluh2 tahun sudah tidak memainkan nya semenjak keluar dari kampung Temenggung.
Lagu yang beliau masih ingat pun sudah ditiup dengan terhenti-henti disebabkan angin
tiupannya tidak segagah dahulu dan jari jemari pun sudah kaku. Bagaimanapun aku berterima
kasih kepadanya kerana banyak juga pengetahuan yang aku dapat darinya, Pak Nawi Jusoh
Istana Budaya mungkin ingat lagi akan peristiwa ini kerana beliau ada bersama2 kami  pada
waktu itu dan kalau tak silap aku, Pak Nawi lah orang pertama antara kami yang mendapat
maklumat tentang Pak Muda Tegayung.

Oleh kerana aku bukan seorang penari Inai, maka tidak dapatlah aku hendak menghuraikan
bentuk tari dan bunga ragamnya dengan terperinci, cuma apa yang aku tahu Tari Inai ini
boleh ditarikan oleh seorang atau lebih di dalam satu masa. Mengenai pakaiannya pula,
samalah seperti pakaian pak yong  di dalam permainan mak yong. Tetapi mengikut cerita dari
gemulah Pak Nik Man, pakaian penari inai zaman dahulu adalah terdiri dari baju, seluar, kain
samping, bengkong dan setangan iseh. Perubahan pakaian ini dikatakan bermula pada zaman
pemerintahan Sultan Ismail. Seperkara lagi yang sudah tidak dipakai oleh penari inai
sekarang ini ialah canggar, iaitu sejenis sarung kuku yang  dibuat daripada logam hujungnya
halus melengkung keatas sama seperti yang dipakai oleh pak sitong dalam permainan
menora.

Terdapat satu keistimewaan yang ada pada Tari Inai ini ialah apabila selesai saja menari,
muzik pun akan memainkan lagu “Berjalan”. Pada masa ini para hadirin atau sesiapa saja
boleh meletak duit di atas lantai dengan tujuan untuk melihat kecekapan penari meliuk tubuh
dan berjalan mengguna tangan dan kaki secara terbalik sambil memungut duit dengan
menggunakan mulut. Apa yang pernah aku saksikan sekarang ini duit yang dipungut itu
adalah duit kertas yang sudah dilipat, dan pada bahagian penjurunya dilipat supaya terpacak
keatas sedikit. Lipatan demikian untuk memudahkan  penari memungutnya nanti. Kalu
zaman dahulu, duit yang diletakkan di atas lantai itu adalah duit syiling, ini memerlukan
kemahiran yang cukup untuk mengambil duit syiling tersebut. Pernah juga diceritakan kepada
ku oleh Gemulah Ayah Mat Menara (Seorang dalang wayang kulit dan penari Inai )
sesaorang penari inai akan dianggap handal apabila dapat menari sambil berjalan di atas tali
rotan yang diregang.

Seorang penari Inai sedang meliuk tubuh untuk mengambil duit dengan mulut.

Mengenai muziknya pula, mengikut apa yang aku pernah belajar dengan gemulah Pakcu Abu
(Wee Beng Cheng), setiap pusingan lagu Tari Inai mengandungi 6 kali gong, iaitu 3kali gong
anak dan 3kali gong ibu. sehabisnya paluan gong yang ke 6 maka barulah gong anak
digandakan untuk menamatkan satu pusingan lagu. Atau dalam kiraan bar muzik setiap lagu
Tari Inai mengandungi 28 bar semuanya. Jumlah kiraan gong atau panjang pendek lagu yang
aku terangkan di sini samalah dengan apa yang pernah dimainkan oleh Nuar Beta, gemulah
Paksu Umar tua Cabang Empat dan beberapa siri rakaman tari inai dulu2 yang aku sendiri
pun tidak tahu siapa pemainnya. Cuma dari segi menggayakan lagu atau bunga2 lagu sahaja
mengikut cara masing2, tetapi rangka lagu tetap sama.
Pemuzik Tari Inai: Baisah, Kamarul Bahari, Anuar, Aku, dan Pak Mail .

Namun begitu ada juga yang memberitahu kepada aku bahawa setiap pusingan lagu Tari Inai
ini hanya mengandungi 4 kali gong sahaja. Aku pun malas nak bertanya balik kepada
mereka2 yang berkata demikian, cuma di dalam hati aku sahaja yang tertanya2 “Mengapa
terjadi demikian? atau mungkin ada sesuatu yang menyebabkan terjadi demikian, atau pun
lagu ini mempunyai dua versi”. padahal lagu Tari Inai pun sama juga dengan lagu2 lain yang
sudah ada penetapan panjang pendeknya dari dahulu lagi. Dua bulan yang lepas, seorang
pemain gendang veteran dari Pasir Mas Kelantan datang ke tempat aku kerana menghantar
anaknya yang dapat masuk Universiti. Sambil berborak beliau bertanya kapada aku
berapakah jumlah gong yang sebenarnya di dalam satu pusingan lagu Tari Inai, lalu aku
mengatakan bahawa apa yang aku tahu ialah sebanyak 6 kali. Menurut beliau, di Kelantan
sendiri pun ada yang tidak bersependapat mengenai hal ini semenjak pemain-pemain lama
sudah tidak ada lagi.

B
eberapa tahun yang lalu, Tari Inai ini telah dibengkelkan  dengan tujuan untuk mendedahkan
tarian ini kepada generasi baru. Sempena dengan bengkel tersebut Nuar Beta mengajak aku
pergi ke bengkel tersebut kerana mahu berjumpa mata dengan orang2 yang didatang khas
untuk itu kerana kebetulan pada hari tersebut aku berada di rumah Nuar Beta.  Sepanjang
pemerhatian kami di dalam bengkel tersebut, pusingan lagu yang dimainkan semasa latihan
sentiasa berubah-rubah, kadang2 3kali gong, kadang2 4kali gong. Aku dan Nuar saling
berpandangan tapi kami tetap membisu kerana lagu Tari Inai yang dimain oleh Nuar dan aku
sama saja, iaitu 6 kali gong.

Seminggu selepas itu, aku difahamkan bahawa terdapat juga rungutan dari peserta semasa
sesi latihan tersebut. Apa tidaknya, apabila pelajar bertanyakan kepada pengajar mengapa
pergerakan tarinya selalu saja  berubah2, ada yang 3 kali gong, 4 kali untuk setiap pusingan.
Pengajar hanya menjawab “Ikut saja apa yang saya buat”  tanpa memberi penerangan
mengapa terjadi demikian. Kalaulah begini jadinya secara berterusan, maka aku rasa agak
susah kita hendak kembangkan kepda peringkat yang lebih tinggi lagi, apa lagi kalau
menyentuh dalam hal yang berkaitan dengan teorinya.

You might also like