You are on page 1of 25

TAJUK

PENGENALAN
 Pengertian Akhlak
1

Faktor-faktor Keruntuhan Akhlak


Faktor penolakkan
 perasaan ingin tahu dan ingin mencuba
 sikap keluarga
 kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan agama
2
 hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur
Faktor Penarik
 Pengaruh rakan sebaya
 Pengaruh media massa
 masalah sosial

Kesan Keruntuhan Akhlak Remaja


 Kesan terhadap Individu
3  Kesan Kekeluargaan
 Kesan ke atas masyarakat
 Kesan ke atas negara

Kaedah Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja


• INDIVIDU
• RAKAN
• KELUARGA
4
• MASYARAKAT
• NEGARA
5
KESIMPULAN
6
PENGHARGAAN
7
RUJUKAN
PENGENALAN

Peredaran zaman berlaku terlalu cepat. Kadangkala kita alpa dan


leka tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak
perubahan ke arah kemajuan dan lebih kehadapan dimana ia seiring
dengan kemajuan di negara-negara maju yang lain. Bagi negara yang
sedang membangun seperti Malaysia, perubahan-perubahan yang besar
ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan,
perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bertentangan pula dengan tahap sosial


masyarakat negara kita, terutamanya golongan belia di mana mereka
adalah aset utama negara yang akan memacu pembangunan negara pada
masa akan datang. Para belia di Malaysia pada hari ini sedang melalui
satu kemelut sosial dan kekeliruan hidup akibat daripada perkembangan
sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini. Banyak pihak
memperkatakan tentang permasalahan sosial golongan remaja.

Antara masalah sosial yang dikenal pasti membabitkan golongan


remaja hari ini ialah seperti seks bebas yang bermula daripada pergaulan
bebas, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum minuman
keras, lepak, lumba haram. Malah terdapat juga penglibatan remaja dalam
jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini
amatlah mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan
dan berada di tahap membimbangkan.
Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti yang
dikemukakan bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan
sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial merupakan satu petunjuk
kepada kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan ke
arah positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan
serta agama.
PENGERTIAN AKHLAK

“ Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud


budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau
jahat.”

“ Menurut Kamus Za'ba (2000: 20), akhlak memberikan dua pengertian


iaitu pengertian yang pertama bermaksud watak dan pengertian akhlak
yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada daripada
pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis danahli
sufi.”

“Menurut Kamusal- Mawrid (1999:521), akhlak iaitu kalimahal - ‘Khuluq’


membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama.”

“ Menurut Abd. Rahman Md. Aroff (1996: 76), akhlak berasal daripada
Bahasa Arab iaitu Jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud
kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.”

Banyak lagi istilah-istilah akhlak bagi setiap tokoh-tokoh agama, dan


ahli falsafah islam yang lain. Dalam hal pemikiran dan pandangan kami,
akhlak boleh ditafsirkan sebagai budi pekerti dan sifat-sifat mulia. Setiap
manusia hendaklah mempunyai akhlak atau sifat-sifat yang baik dan mulia
kerana dengan mempunyai budi pekerti tersebut manusia akan dapat
hidup dengan aman dan bahagia bukan sahaja pada diri sendiri malah
seterusnya adalah kepada negara juga. Rangkaian di antara iman, ilmu,
akhlak dan amal mestilah ada pada semua manusia kerana keempat-
empat perkara tersebut saling berkaitan di antara satu sama lain.
Mengikut tajuk tugasan yang diberikan keruntuhan akhlak boleh
ditafsirkan sebagai keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini. Keruntuhan
akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya akhlak remaja apabila
mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada
ajaran agama Islam dan budaya masyarakat timur seperti terlibat dengan
seks bebas, berkhalwat, bersekududukan, lari dari rumah, penagihan
dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan
remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan
membunuh.
Faktor-faktor Keruntuhan

Keruntuhan akhlak boleh dibahagikan kepada dua faktor,


 faktor penolakan
 faktor penarikan.

Istilah faktor penolakan boleh dirmaksudkan sebagai perihal di dalam


rumah yang menolak remaja untuk keluar dan mencari hiburan diluar.
Antara faktornya adalah wujudnya hubungan renggang antara ibu dan
bapa dengan anak-anak mereka, kehidupan terabai oleh kerana ibu bapa
sibuk mencari wang ringgit, akhlak ibu bapa itu sendiri yang teruk dan
seterusnya mendorong anak-anak manjadikan mereka contoh dan lain-lain
lagi.
Manakala, bagi istilah faktor penarikan boleh dimaksudkan sebagai,
elemen-elemen di luar rumah yang menarik remaja untuk keluar dan
terjerumus kedalam bencana keruntuhan akhlak. Elemen-elemen ini
dengan mudah boleh disenaraikan, seperti faktor daripada rakan sebaya,
teknologi, cabaran, keseronokan, dadah, motor, dan sebagainya.

Faktor-faktor adalah seperti :

Antara faktor-faktor penolakan yang dialami oleh golongan belia ialah


perasaan ingin tahu dan ingin mencuba. Peringkat usia remaja adalah satu
peringkat dimana mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak
langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan
perkara-perkara yang baru walhal ia tidak sepatutnya diamalkan .
Contohnya remaja terjebak dengan kancah penagihan Dadah merokok dan
lain-lain. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan
seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini
perlulah diberi penekanan yang tinggi.

Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang


menimbulkan masalah apabila mereka tiada tunjuk ajar yang sempurna
dan perhatian dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu
bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja
akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan
kesan baik atau buruknya jika melakukan perkara perkara tersebut.

Selain daripada sikap ingin mencuba sesuatu yang baru yang


membuak-buak dalam hati mereka, sikap keluarga juga menjadi salah satu
faktor penolakan dalam mendorong kuruntuhan akhlak para remaja.
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari
terjebak dengan gejala sosial dan adalah sangat penting dan perlu dititik
beratkan ialah tentang agama. Dengan adanya asas agama yang teguh,
remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang
tidak baik.

Hal ini, menunjukan dimana peranan ibu bapa sangat penting


terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan dalam bekerja
bukanlah alasan yang kukuh dijadikan sebagai penghalang ibubapa
mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu
berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.
Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibubapa juga harus mendengar masalah-masalah anak


remaja mereka selalu. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai
ibubapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan
masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibubapa
hendaklah memberikan tumpuan dan tidak terus membuat spekulasi yang
tidak baik ataupun terus menghukum mereka. Berikan masa dan perhatian
untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan


ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh hanya ambil mudah dan leka dengan mereka. Ibu
bapa seharusnya tidak membiarkan anak-anak bersendirian dalam
menentukan jalan hidup mereka sendiri. Selain itu, ibu bapa perlu
mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta
supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka kerumah supaya dapat
dipastikan dengan siapa anak kita berkawan.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa, punca-punca keruntuhan akhlak


yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan
agama .Remaja ini kurang dedahan dari segi agama dan nilai-nilai moral
dari kalangan keluarga dan didikan die peringkat persekolahan , mereka
jugak tidak didedahkan dengan isu isu keagamaan yang harus di
semartkan dalam diri mereka . Kemungkinan besar kekurangan didikan
agama dan asuhan agama kurang kerana kesibukan ahli keluarga yang
kurang member perhatian terhadap anak-anak meraka yang kian
meningkat dewasa .

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan


hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur,
perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak
harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi
pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral, Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan
serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan
anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara
satu sama lain. Malah, ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri dengan sesuka hati.

KEKELUARGAAN

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang


bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan
merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,
pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak
sepanjang masa.
Sentuh kepada faktor penarikan pula, ia lebih kepada sesuatu benda
atau perkara yang boleh menarik minda dan seterusnya mempengaruhi
mereka dalam melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Pengaruh rakan
sebaya adalah salah satu faktor penarikan yang didapati amat
mempengaruhi perlakuan remaja masa kini.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Rakan-rakan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang


baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap
memilih kawan, akan mempengaruhi mereka dalam melakukan perkara-
perkara yang buruk. Kadangkala mereka terlalu mudah mempercayai
orang lain dan mudah mengikuti apa yang dilakukan oleh rakan-rakannya.
Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan
lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa
yangdilakukan oleh rakan-rakan. Dalam keadaan ini ramai para remaja
terjerumus kedalam gejala sosial.

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak


remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan
terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional
dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada
masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.
Situasi ini seterusnya didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di
rumah.

Pengaruh media
mass
Pengaruh media massa juga serba sedikit menjadi satu faktor tarikan
dan juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam
kalangan para remaja hari ini. Walhal tidak semuanya apa yang dipaparkan
di media massa itu memberikan kesan yang buruk kepada minda remaja.
Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program
realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan
semata-mata dapat mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak
baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai
ketimuran dan lebih kepada kebaratan dimana cara berpakaian yang
kurang sopan dan gaya hidup yang sosial.
Selain rancangan televisyen, terdapat juga unsur-unsur lucah dan
mengghairahkan yang boleh didapati dengan mudah dipasaran sama ada
dalam bentuk bercetak, CD, atau lain. Dengan sikap remaja yang senang
dipengaruhi, mereka lebih senang terpengaruh dan lebih suka meniru aksi-
aksi dan gaya pemakaian yang dipertontonkan oleh artis-artis Hollywood
terutamanya. Selain daripada meniru gaya pemakaian artis barat, mereka
juga gemar mengikut alunan muzik barat yang kini kian merapu dan tidak
masuk akal.

Dengan zaman teknologi kini, sudah banyak pendedahan tentang


video klip yang tidak masuk akal dan semakin bertentangan dengan agama
islam. Jika belia mengikuti alunan muzik tersebut, seolah-olah mereka juga
menyokong apa yang telah dipertontonkan oleh artis tersebut. Artis kini
adalah satu mata tumpuan bagi setiap remaja tidak kira dimana pun
mereka. Maka, dalam setiap tingkah laku artis tersebut dapat
mempengaruhi minda belia-belia kini.

Masalah Sosial
Antara punca masalah sosial kini yang kian meningkat dan selalu
disiarkan oleh pihak media di akhbar makin membimbangkan kerana
remaja mudah terikut-ikut dengan apa yang disebarkan media. Isu-isu
vandalisme, gangsterisme, buli, seks bebas kini seolah-olah mejadi 'trend'
yang wajib diikuti oleh setiap remaja terutamanya para pelajar . Pelajar
kolej yang selalunya jauh daripada pengawasan ibu bapa dimana mereka
duduk di asrama atau rumah sewa, lebih mudah terjebak, kerana mereka
mudah terpengaruh. Mereka seolah-olah mengalami kejutan budaya
apabila tinggal di kawasan yang berlainan budaya dari tempat asal mereka.
Mereka terikut-ikut trend masa kini dengan rakan-rakan mereka yang lain
supaya mereka selaras dengan peredaran zaman. cara berpakaian,
percakapan, dan bergaul semuanya bertukar semata-mata mengikut
perkembangan duniawi.

LAMAN SOSIAL

Laman sesawang seperti Facebook, MySpace, Twitter, Tagged dan


lain-lain juga adalah seperti satu trend yang harus remaja ikuti. Melalui
penyerbaran maklumat dan perkembangan teknologi yang terlalu canggih
ini boleh mempengaruhi minda remaja. mereka lebih senang berkongsi
perasaan, gambar dan lain-lain lagi. Mereka mudah menyebarkan maksiat,
seperti berkongsi gambar-gambar yang mendedahkan aurat, gambar yang
menunjukkan mereka sedang hangat bercinta, gambar yang menunjukkan
mereka bersosial di kelab-kelab malam dan lain-lain lagi. Mereka juga
mudah terpengaruh untuk melemparkan kata-kata kesat di laman
sesawang selain berkongsi dan menyebarkan maksiat melalui gambar.
Kewujudan laman sesawang seperti ini, boleh mendorong remaja tidak
melakukan aktiviti yang sihat kerana mereka asyik dan leka akan
keseronokan ber'chatting' di laman sesawang. Penyalahgunaan laman
sesawang kearah yang negatif bercanggah dari tujuan asal penubuhan
laman sesawang dimana hanyalah untuk mencari kenalan lama dan boleh
berhubung dari jarak jauh.

KESAN KERUNTUHAN AKHLAK

Kesan tebahagi kepada beberapa bahagia :-

Kesan Ke atas Individu Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang


individu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian
seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan
dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai
akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini,
terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan
agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi,
zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka
berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh
budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya
pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan
keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri
individu.

Kesan Ke atas Keluarga Keluarga memainkan peranan yang penting


kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian
sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan
menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu
masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah
institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata–kata
hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya.
Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan
kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi
kekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap
institusi kekeluargaan ialah:
• Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik
datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.
• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan
wujud penceraian.
• Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak
akan hilang tempat bergantung dan bermanja.
• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak,
ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan
masalah-masalah yang
lain.

Kesan Ke atas Masyarakat Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan


yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara,
agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu
sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah
meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini
tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya
oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan
keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan
binasa. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil
kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan
yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini
tidak dikawal ialah:
• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah
dan tidak bersatu-padu.
• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat
saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-
isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua
kaum.
• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang
mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja
semakin meningkat. Seminar Kaunseling Keluarga 2008 61
• Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.

Kesan Ke atas Negara


Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan
yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara
dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada
waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini
berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya
kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus
berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja.
Antara kesan yang akan berlaku ialah:
• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi
negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan
keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat.
• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
• Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya
dalam peningkatan dalam kadar jenayah.
• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara
seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam
hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita
anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

Kaedah Mengatasi Keruntuhan Akhlak


Keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada
golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan :

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian


yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah
memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan
moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan
keyakinan, keberanian,mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi
dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-
prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan
keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta
meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada
anak .

Bagi golongan masyarakat pula haruslah bertindak dengan cara


memberi sokongan terhadap golongan remaja seperti membuat aktiviti
berfaedah . Golongan para pengajar mahupun sekolah atau peringkat
universiti mengadakan sesi kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling
diperingkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi
masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-
kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut ,selain
daripada itu sistem akedemik juga menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum
di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Dari segi negara pula pihak-pihak yang berkenaan haruslah


menangani Isu keruntuhan akhlak dikalangan remaja kini dengan
mengambil tindakkan yang sewajarnya seprti Penguatkuasaan Undang-
Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia
ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah atau pun para pelajar
universiti dalam mendisiplinkan pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis .

Pengawalan media massa .Media massa yang berleluasa dan


menyiarkan berita hangat dan lucah patut dikawal kerana ini boleh
mengheret remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat dan negatif . Bagi
yang telah terseret, berjumpalah dengan kaunselor syarie untuk mendapat
nasihat dan panduan yang berlatar belakangkan agama atau ke arah
motivasi diri .
KESIMPULAN

Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para


pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan
untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak.
Banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan
tingkah laku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan
akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat
umum sahaja dan dijalankan tanpa tindakan daripada mereka.

Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan


bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para
pelajar. Kita sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai
ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Kerajaan juga perlu
melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja
dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk
yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan


memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat dan
seterusnya kepada negara. Remaja merupakan aset utama negara pada
masa akan dating dan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti
akan berlaku seandainya remaja padahari ini tidak tahu bagaimana untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka.

Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu


tidak kira siapa pun mereka. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang
buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi
buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan
kepada diri sendiri, keluarga ,masyarakat, dan negara.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang


lebih penting ialah ibu bapa mestilah memainkan peranan dan
tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan
remaja. Dengan kata lain, walauapapun langkah yang diambil oleh mana-
mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa remaja, nescaya gejala ini
sukar diatasi dan ianya adalah sia-sia sahaja.
Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan
masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal
memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di
negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah
salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan
merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah
sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di
atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset
yang tidak ternilai ini.

PENGHARGAAN

Dengan ini kami mengakhiri tugasan kami dengan ucapan ribuan


terima kasih kepada Ustz Bunyamin kerana memberi kami tugasan ini .
Dengan adanya tugasan seperti ini kami amat menghargai kerana kami
dapat berkerjasama antara satu sama lain dan membuat tugasan masing-
masing dengan tanggungjawab yang ada . Sekali lagi kami mengucapkan
terima kasih kerana dengan tugasan kami yang bertajuk Keruntuhan
Akhlak Remaja ini kami mendapat banyak moral dan disebalik kesan dan
punca yang kini remaja dizaman era permodenan kian lupa diri kerana
mereka dizaman ini kebanyakannya lebih suka berhibur daripada
melakukan sesuatu yang berfaedah . Kami amat kesali kerana remaja kini
bukan sahaja kian pesat malahan kadar jenayah dari golongan remaja
semakin menjadi-jadi ., maka kami menyarankan supaya Pihak-pihak yang
tertentu yang dapat membantu golongan remaja ini ke jalan yang
berfaedah . Dengan ini kami akhiri dengan Sekian Terima Kasih .

Rujukan

You might also like