You are on page 1of 2

SEHINGGA mKalau tempoh dua minggu itu dipecahkan kepada tiga tahap selama lima hari setiap tahap,

kajian
saya juga menunjukkan bahawa dalam Ops Sikap September 2010 ini, kejadian kemalangan di jalan-jalan dalam
kawasan perbandaran adalah tinggi di peringkat awal, kemudian turun di peringkat pertengahan dan naik semula
di peringkat akhir.

usim perayaan terakhir minggu lepas, sebanyak 22 Ops Sikap telah dilaksanakan di negara ini. Ops Sikap yang
mula diperkenalkan pada hujung tahun 2001 ialah antara inisiatif terbesar yang pernah dilaksanakan melibatkan
ribuan anggota penguat kuasa dan perbelanjaan jutaan ringgit.

Data rasmi yang telah saya analisis menunjukkan kejayaan langkah-langkah mengurangkan kematian di jalan
raya yang amat ketara di negara ini, khususnya sejak Ops Sikap dimulakan.

Kajian saya menggunakan kaedah regresi multivariat dan dengan mengambil kira jumlah kenderaan, jumlah
pemandu, jumlah penduduk dan panjang jalan, menunjukkan sekiranya program Ops Sikap tidak dilaksanakan di
Malaysia, jumlah kematian tahunan sudah pasti jauh lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang.

Misalnya, pada tahun lepas, negara kita mencatatkan 6,745 kematian di jalan raya untuk setahun (2009), pada
hal sekiranya tiada Ops Sikap dan langkah-langkah lain, bilangan kematian tahun 2009 dijangkakan 9,116.

Kematian yang dijangkakan pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 ialah 7,684, 7,775, 8,293 dan 8,845 masing-
masingnya, tetapi usaha-usaha pihak berwajib termasuk program Ops Sikap telah mengurangkan kematian itu
kepada 6,188, 6,287, 6,282 dan 6,527 bagi siri tahun-tahun yang sama (lihat Jadual 1).

Bagaimana pun, rakyat Malaysia tidak sewajarnya selesa dengan angka-angka ini. Kalau kesedaran telah
menyeluruh, sebenarnya kita boleh mengurangkan lagi jumlah kematian ini, seperti negara-negara maju di
Eropah dan Jepun.

Ops Sikap yang berakhir baru-baru ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh segolongan pemandu kenderaan
bermotor di negara ini. Data rasmi menunjukkan terdapat 196 peristiwa kemalangan jalan raya yang melibatkan
kematian, dan seramai 227 insan telah terkorban sepanjang kempen Ops Sikap ke-22 yang berakhir minggu
lepas.

Dalam pada ramai yang bergembira berhari raya, setiap tahun banyak juga keluarga yang berendam air mata
kerana kehilangan suami, isteri, anak atau ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya.

Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kecuali si pemandu kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang dan
orang-orang sekitarnya yang tidak menasihati. Negara kita mempunyai jaringan lebuh raya antara yang terbaik di
dunia, berlorong lebar, lengkap dengan papan tanda, dan diceriakan pula oleh barisan pokok bunga dan pokok
hiasan lain sepanjang laluan.

Tahun lepas, seramai 6,745 orang terkorban di lebuh raya di negara kita, memberikan purata kematian sekitar
18 orang sehari. Ini bermakna, antara subuh pagi ini dengan pagi esok, akan ada 18 orang yang mati sia-sia di
jalan raya.
Angka ini tidak termasuk ratusan sehari yang cedera parah dan hilang upaya, cedera ringan dan terpaksa di
rawat di hospital beberapa hari, dan hilang harta benda yang jutaan ringgit jumlahnya.

Tempoh operasi sekali Ops Sikap ialah dua minggu walaupun terdapat beberapa Ops Sikap yang tempohnya
hanya seminggu yang dipanggil Ops Sikap Khas.

Statistik 22 kali Ops Sikap sepanjang tempoh 2001-2010 bagi bilangan peristiwa kemalangan dan jumlah nyawa
yang terkorban atau cedera amat menyedihkan. Bagi 22 Ops Sikap dalam tempoh 2001-2010 itu, sebanyak
279,204 peristiwa kemalangan berlaku, di mana 3,909 peristiwa kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya
seorang mati.

Jumlah yang mati pula ialah 4,479 orang. Purata bilangan yang mati dalam sehari mencapai dua digit, dengan
Ops Sikap IV (Tahun Baru Cina 2003) mencatatkan bilangan mati purata harian paling rendah iaitu 11 dan Ops
Sikap III (Hari Raya 2002) mencatatkan purata paling tinggi iaitu 18 orang sehari.

Ini juga bermakna purata kematian sehari sebanyak 16 orang dalam Ops Sikap 22 baru-baru adalah antara yang
tertinggi dalam tempoh sejarah program ini selama sepuluh tahun.

Kajian mudah yang menggunakan kaedah ganda dua terkecil yang saya jalankan terhadap data bagi 22 Ops
Sikap (2001-2010) menunjukkan trend purata kematian harian yang jelas meningkat, iaitu pada purata 5.4
peratus bagi setiap Ops Sikap atau sekitar purata 10.8 peratus setahun.

Data ini jelas memberi amaran kepada kita bahawa jumlah kematian akan berterusan, sekiranya pengguna jalan
masih tidak sedar. Bolehkah kita mengharapkan keajaiban bahawa pada tahun hadapan Ops Sikap akan
mengurangkan kematian kepada aras yang lebih rendah, misalnya di bawah 10?

Hasil analisis data saya menunjukkan harapan ini sukar menjadi kenyataan. Petunjuk yang ada pada saya
setelah meneliti dan menganalisis data 22 operasi Ops Sikap memberitahu bahawa perangai sebahagian
pemandu di Malaysia masih tidak berubah, dan tidak mungkin akan berubah dalam tempoh terdekat, misalnya
dalam setahun dua akan datang.

Kalau tempoh dua minggu itu dipecahkan kepada tiga tahap selama lima hari setiap tahap, kajian saya juga
menunjukkan bahawa dalam Ops Sikap September 2010 ini, kejadian kemalangan di jalan-jalan dalam kawasan
perbandaran adalah tinggi di peringkat awal, kemudian turun di peringkat pertengahan dan naik semula di
peringkat akhir.

Pertambahan tanggungan – kos rawatan-kos mahkamah-indi vidu(kemmusnahan harta


benda)-bebanan- kecacatan kekal produktiviti - kmalangan-kesesakan beban kpd krajaan n org ramai
dgn belnaja /penggunaan petrol btambah (subsidi)/ xperlu buat usaha lain yg memerlukan blanja lbh
bsr.

Pembangkang – tenaga kerja – polis utk mjaga ketenteraman awam- penting utk kemajuan ng –
pelabur yakin.

You might also like