You are on page 1of 4

OBJEKTIF

• Tujuan Bengkel Pendidikan Orang Asal adalah untuk:


a) membincangkan dan memahami keperluan pendidikan orang asal
daripada NGO, Kerajaan, dan Individu;
b) mengenalpasti tindakan - tujuan memenuhi hak pendidikan orang asal.
c) meninjau keperluan pindaan Akta Pendidikan supaya lebih prihatin
terhadap usaha untuk mengiktiraf pembelajaran orang asal.
HAK PENDIDIKAN DALAM KONVENSYEN HAK KANAK-
KANAK
• Resolusi 44/25 Perhimpunan Agung pada 20 November 1989 telah mengiktiraf hak
kanak-kanak tanpa mengira bangsa, negara, asal dan jantina. Boleh dikatakan setiap
negara di dunia mengiktiraf hak kanak-kanak dengan pelbagai perlindungan melalui
penggubalan undang-undang.

• Di Malaysia, hak kanak-kanak yang selalu menjadi perhatian adalah hak dalam
pendidikan. Terdapat pelabagai keciciran dalam masyarakat berhubung dengan isu
pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak orang asal yang berada jauh di pedalaman
biasanya tidak mendapat akses kepada pendidikan, keselamatan dan kebajikan.
Kekurangan akses seperti kemudahan jalan raya, telefon dan internet menghadkan
pembelajaran. Ini di tambah lagi dengan masalah-masalah lain seperti ketidak-
sanggupan sesetengah guru untuk berkhidmat di pedalaman, kesukaran untuk
mendapatkan dokumen kelahiran dan sebagainya.
HAK PENDIDIKAN DALAM KONVENSYEN HAK KANAK-
KANAK
• Untuk perlindungan dan pendidikan bagi kanak-kanak di Malaysia, kerajaan telah
banyak mengeluarkan pekeliling, menggubal undang-undang dan mengeluarkan
peruntukkan yang besar. Namun dalam faedah-feadah atau langkah-langkah besar
kerajaan ini, Hak Kanak-Kanak orang asal masih terjejas.

• Perkara 29, Konvensyen Hak Kanak-Kanak menyatakan Matlamat Pendidikan sebagai


pendidikan yang “mempunyai matlamat untuk mengembangkan personaliti, bakat dan
kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.
Pendidikan hendaklah menyediakan kanak-kanak itu untuk kehidupan dewasa yang
aktif dalam satu masyarakat yang bebas dan memupuk rasa hormat bagi ibu bapa
kanak-kanak, bahasa dan nilainya sendiri, dan bagi latar belakang kebudayaan dan
nilai orang lain.”

You might also like