You are on page 1of 14

KEPIMPINAN DAN PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN

Pengenalan.

Mengurus dan mentadbir seuatu itu adalah merupakan satu kerja yang amat penting.

Seseorang itu mungkin mengetuai sesebuah organisasi ataupun jabatan, dan

dibawahnya terdapat banyak sumber ataupun harta yang perlu diurus dan ditadbir

secara betul. Justeru itu perkara yang perlu diurus atau ditadbir itu boleh wujud dalam

bentuk sumber manusia, sumber kewangan, alat-alat jentera dan sebagainya. Seorang

itu mungkin pula mempunyai kuasa dan pengaruh sebagai seorang pentadbir. Oleh itu

eleman mengurus, mentadbir dan mempunyai kuasa oleh seseorang pentadbir disini

boleh dilihat daripada prespektif kepunyaan elemen memimpin dan menguruskan

sumber sumber organisasi.

Kegagalan Organisasi.

Kajian kajian pengurusan telah Berjaya melihat bahawa kejayaan sebuah organisasi

adalah bertitik tolak daripada keupayaan kepimpinan dan kecekapan pengurusan

pentadbir organisasi tersebut. Didapati salah satu masalah yang menyebabkan

kegagalan organisasi kecil mahupun besar ialah kelemahan pengurusan dan

kepimpinan. Kelemahan pengurusan ini boleh berlaku dalam berbagai bentuk,

termasuklah kelemahan mengurus dengan cekap, kekurangan ilmu sains pengurusan,

kerendahan akhlak dan moral, kelemahan dan ketandusan pemimpin yang berkesan

1
dan sebagainya. Adalah percayai bahawa yang paling penting diubah dalam

memastikan kecekapan dan kejayaan diatas adalah manusia yang menjadi pengurus

mahupun pemimpin serta juga manusia yang diurus serta dipimpin. Yang perlu diubah

ialah sikap manusia. Sikap ini boleh diubah dengan menanam kefahaman yang jelas

mengapa pentingnya elemen pengurusan dan kepimpinan yang akan mengurus serta

memimpin organisasi. Jika tiada sifat kesedaran tersebut maka perasingan konsep

pengurusan dan kepimpinan pasti gagal menguruskan organisasi. Jika seorang

pentadbir mampu mengurus tet api lemah memimpin, apa yang pasti organisasi gagal

dibawa kepada hala tuju yang telah ditetapkan kerana arahan yang dikeluarkan tiada

siapa yang mengikutnya. Begitu juga jika ia mempunyai kemahiran memimpin tetapi

gagal dalam mengurus maka pastinya urusan organisasi akan menjadi satu hala dan

tiada tersusun organisasi kerana tiadanya elemen mengurus dan mentadbir secara

sistematik dapat diterapkan.

kepimpinan?

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang

lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah

kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang

tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai

kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan

langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong

pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi

tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung

2
besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang

membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak

agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi

ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke

masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi

mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu

memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang

yang menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu,

konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada

pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka

akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan

pemimpni,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di

perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah

mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi

mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin

dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke

arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia

ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal

melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang

berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan

3
yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu

dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan

bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek

kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah

dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin

itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan

terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah

mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang

beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada

teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan

tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu

didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam

organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang

berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama

berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila

seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja

dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu

melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang

pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan

merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara

4
terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin

dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai

contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang

sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada

pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan

manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ianya di mulakan dari

peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah

pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan

dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini

biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat

demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin

perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan

menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi

menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja

cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut

supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan

yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam

pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata

sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor

utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat

kecemerlangan organisasi.Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung

5
kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan

menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

Definisi Kepimpinan.

Pada amnya kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan

manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan

berusaha kea rah pencapaian matlamat organisasi. Terdapat tiga (3) factor penting

tentang definisi kepimpinan iaitu

1. Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain atau pihak lain samada pekerja

bawahan yang dipertanggungjawab atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan

membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan

melalui kesanggupan mereka yang menerima pengagihan kuasa yang tidak

seimbang diantara para pemimpin dan ahli kumpulan.

2. Para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan

kegiatan-kegiatan anggota kumpulan. Arahan ini membuktikan kekuasaan yang

dimiliki yang menjadikan statusnya sebagai pemimpin.

3. Selain daripada berkuasa untuk member arahan tentang apa yang perlu

dilakukan,, pemimpin boleh dan perlu mempunyai daya mempengaruhi melalui

arahan yang dilaksanakan bagi membolehkan pekerja atau anggota pengikut

melakukan arahan tersebut.

Secara umumnya kepimpinan amat diperkukan dalam sesebuah organisasi dan

kumpulan supaya ada pihak yang menyusun dan mengatur segala urusan bagi
6
mencapai tujuan atau misi yang telah ditetapkan. Dengan adanya seeorang pemimpin,

setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh kumpulan tersebut dapat

dibincangkan secara bersama. Seterusnya dengan kepercayaan yang diberikan kepada

pemimpin, sesuatu keputusan yang dibuat akan dihormati dan ini menjamin

kepentingan semua pihak supaya terpelihara.

Malah dalam islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s.a.w yang

bermaksud “ jika tiga orang keluar bermusafir, hendaklah salah seorang daripada

mereka dilantik menjadi ketua”

Pengurusan – satu pemahaman dalam mentadbir organisasi.

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang

terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan

mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya

merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta

juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau

sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare

(menangani — khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada

perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement

(kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud

perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18.

7
Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan

kuasa melalui pengaruh. Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang

sering dikelaskan seperti yang berikut:

1. Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini,

minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang

berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk

dilaksanakan.

2. Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk

membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.

3. Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang

kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan

peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.

4. Mengawal, mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar

dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu),

berdasarkan maklum balas.

Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20

mentakrifkan "pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui

orang.. Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya, iaitu

sebagai:

 tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan

berdasarkan keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal; atau

8
 tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang.

Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. Dari

sudut pandangan ini, Henri Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa

pengurusan terdiri daripada lima fungsi:

1. merancang

2. mengatur

3. memimpin

4. menyeleraskan

5. mengawal

Walaupun takrif ini berguna, sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas.

Frasa "pengurusan ialah apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar, dan

membayangkan kesusahan untuk mentakrifkan pengurusan, dengan sifat takrif yang

berubah-ubah, serta hubungan antara amalan pengurusan dengan kader atau kelas

pengurusan.

Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran

perniagaan", walaupun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan

perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam. Sungguhpun demikian,

banyak orang merujuk kepada jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai

"pusat pengajian perniagaan", dengan sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian

Perniagaan Harvard menggunakan nama ini.

9
Walau bagaimanapun, menurut definisi Anderson yang lebih lengkap, ada tiga tingkatan

takrif yang boleh difahami daripada pengurusan iaitu

1. Pengurusan membawa maksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi

yang bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi

dalam lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi perniagaan

pekerja tersebut.

2. Pengurusan sebuah syarikat berhad dianggotai oleh lembaga pengarah. Ahli

Lembaga pengarah pula dianggotai oleh ahli yang mempunyai jawatan eksekutif

dan bukan eksekutif. Mereka ini bertanggungjawab untuk merancang dan

mengatur segala falsafah dan polisi syarikat.

3. Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai aktiviti mengurus sumber dan tugas

untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.

Anderson juga menjelaskan fungsi pengurusan adalah

1. Pengurusan yang mantap mestilah mempunyai wawasan dan mampu melihat

hambatan serta peluang untuk Berjaya dalam rangka dunia yang sentiasa

berubah.

2. Pengurus perlu mengadakan perancangan jangkamasa panjang yang

menggariskan halacara operasi, menyusun pekerja untuk melakukan tugasan

dengan cekap, mengagih, mengawal, merangsang motivasi dan tugas kepada

semua pekerja dibawahnya agar objektif dan matlamat dicapai.

Kepimpinan & Pengurusan – satu perbezaan tetapi kea rah matlamat yang sama.

10
Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dijelaskan diatas, maka ternyata wujud

perbezaan ketara antara kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam usaha

menjadikan organisasi yang diterajui cemerlang, isu perbezaan ini harus dilihat dalam

konteks yang lebih meluas iaitu kea rah menjurus pencapai wawasan dan misi yang

ditetapkan organisasi. Seorang pengurus atau pemimpin memerlukan kemahiran

mengurus dan memimpin. Seorang pemimpin yang gagal memiliki kebolehan mengurus

hanya akan mampu menjadi seorang pemimpin yang gagal menentukan matlamat.

Begitu juga seorang pemimpin yang tiada memiliki kebolehan kepimpinan akan

menjadikan ia sebagai seorang pemimpin yang gagal mengarahkan anggotai kea rah

mencipta pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Justeru itu saya sangatlah bersetuju bahawa wujud elemen perbezaan antara

kebolehan kepimpinan dan kebolehan pengurusan tetapi ianya harus dilihat dari sudut

kedua-dua elemen ini amat diperlukan oleh seorang pentadbir atau pemimpin

organisasi. Kepimpinan akan membicarakan wawasan dan pengurusan pula lebih

menjurus kepada membincangkan strategic yang perlu dilakukan kea rah mencapai

wawasan tersebut. Arahan kea rah mencapai wawasan dapat dilaksanakan menerusi

kebolehan kepimpinan dan kebolehan merancang,menyusun, mengurus dan mengawal

strategic bagi mencapai wawasan akan dilakukan dengan kebolehan pengurusan yang

dimiliki.Disinilah kita melihat bahawa kepimpinan akan menfokuskan kepada visi dan

kebolehan pengurusan menfokuskan kepada aspek objektif.

Kesimpulan.

11
Diakui bahawa wujud perbezaan dari sudut definisi dan pelaksanaan bagi kepimpinan

dan pengurusan. Namun dalam konteks seorang pentadbir organisasi, kebolehan

kedua-dua elemen ini amat penting dalam memastikan hala tuju wawasan dan objektif

organisasi dapat dicapai. Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan

perancangan serta menyusunkan kea rah visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin.

Kepimpinan pula akan menjuruskan kepada hala tuju yang boleh mendorong kepada

motivasi, aspirasi, semangat dan tenaga kepada pengikut atau pekerja bawahan untuk

membantu pentadbir melaksanakan strategic yang telah dibentuk. Seorang pemimpin

yang mempunyai kepimpinan yang baik akan mampu memotivasi dan mewujudkan

tenaga aspirasi kepada orang bawahan atau pengikut bagi melaksanakan segala

perancangan atau arahan kea rah mencapai visi yang ditetapkan. Kepimpinan yang

baik juga akan selalu menghadiahkan dan member sokongan yang jitu kepada pengikut

atau orang bawahanya untuk terus bersemangat melaksanakan yang terbaik kepada

organisasi.

Justeru itu kebolehan yang berbeza ini tetapi amat penting kepada organisasi kerana

kepimpinan pengurusan akan dapat melahirkan

1. Kepimpinan pengurusan akan mengambil berat kedua-dua belah pihak iaitu

pemimpin dan yang dipimpin.

2. Walaupun ketua selalunya seorang tetapi dalam konteks kepimpinan

pengurusan satu tindakan bersama akan terserlah kerana terdapatnya peluang

bermesyuarat dan kebebasan mengeluarkan pendapat yang meluas.

12
3. Pemimpin harus menjadi contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh

melakukan sesuatu tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apa

yang diperintah.

Kesimpulannya ternyata sekiranya kita melihat dua perkara ini secara berbeza , pasti

dan nyata ianya perkara yang berbeza. Tetapi dalam konteks kejayaan organisasi, kita

harus boleh melihat keperluan dan kemestian yang membezakan ini perlu disatukan

sebagai kepimpinan pengurusan. Jika ini dapat dilihat secara prespektif yang lebih

meluas dalam konteks pengurusan pencapaian organisasi, kepimpinan pengurusan

akan mampu membantu kita mengenalpasti kebolehan pentadbir untuk menjana

kejayaan organisasi dimasa hadapan.

Sumber Rujukan:

1. Abdu l Rahim Ahmad & Shahrul Bariah Md.Zain, Pengurusan Suatu Pandangan,

Kuala Lumpur, Nurin Enterprise, 1990.


13
2. R.G.Anderson, A Dictionary Of Management Term, Plymouth: MacDonald &

Evans, 1983.

3. James A.F Stoner & Charles Wenkel, Pengurusan (terj), Petaling Jaya, Amiza,

1989.

4. Hasnan Hakim,Definisi Pengurusan & Pentadbiran, Kertas Seminar:

Pengurusan Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai, Kuala

Lumpur ,1998.

5. Mohd Sahri Abd Rahman, Kepemimpinan dalam pengurusan dan pentadbiran

Islam, Kertas Seminar Pengurusan Mencapai Kecemerlangan Melalui

Penghayatan Nilai, Kuala Lumpur, 1998.

14

You might also like