You are on page 1of 16

Latar Belakang Masyarakat Cina

•Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu sejak


zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman
penjajahan British.

•Masyarakat Cina hanya sebagai pemburu dan pelombong


bijih timah semasa penjajah British.

•Faktor kedatangan Cina ke Tanah Melayu dari China


disebabkan berlakunya peperangan, tidak tenteram,
kemiskinan, bencana alam.

•Selain faktor tersebut, mereka dapat hidup aman dan


damai, keselamatan terjamin, politik yang tidak bergolak
serta peluang pekerjaan.
Aspek Kepercayaan
• Masyarakat Cina mengamalkan ajaran seperti Taoisme, Confucianisme dan
Buddhisme.

i.) Taoisme
- Diasaskan oleh LaoZi
- berasal dari kata akar “Tao” yang diterjemahkan dari
perkataan Bahasa Cina “Dao” yang erti hurufiahnya
bermaksud “jalan” atau “cara”.
- Istilah Taoisme merujuk kepada tiga perkara yang amat berbeza:
a. sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara
meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi;
b. sekeluarga gerakan agama Cina yang terancang, seperti mazhab-
mazhab Zhengyi ("Ortodoksi") dan Quanzhen, yang pada
keseluruhannya boleh dikesan sehingga Zhang Daoling pada lewat
Dinasti Han; atau
c. Agama orang kebanyakan Cina.
- Lambang Taoisme
dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-yang" ("ying" bermaksud
"feminin", dan "yang" bermaksud "maskulin").
Ia membayangkan kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme, iaitu
segala fenomena dalam dunia ini mempunyai dua keterlaluan.

a. Garis di tengah adalah melengkung


bermakna bahawa kesemua fenomena di dalam
dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa
berubah-ubah.

b. Bahagian putih mempunyai satu titik hitam, dan


bahagian hitam mempunyai satu titik putih
membawa maksud bahawa tiada sesuatu perkara
di dunia ini yang benar-benar putih, dan tiada
sesuatu perkara yang benar-benar hitam.
Umpamanya, kejayaan (putih) akan menyebabkan
keangkuhan (hitam) dan mungkinnya ketamakan
(hitam). Sebaliknya, kegagalan (hitam) akan
menyebabkan pembasmian keangkuhan (putih)
dan kemunculan rendah hati (putih).
- Taoisme telah mengembangkan beberapa seni silat yang kini amat popular:
Tai Chi, QiGong untuk memperbaik pengalirannya supaya mengukuhkan
daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit dan mengelakkan sebarang
masalah kesihatan.

- Ilmu feng shui memahami dan menguasai unsur-unsur semula jadi di dalam
dunia. Bagaimanapun, ilmu feng shui kini telah dicemarkan dengan pelbagai
kepercayaan karut yang mungkin dicipta oleh pengamal-pengamal feng shui
semata-mata untuk mendapat untung.

- Pada zaman kuno, penganut taifah Taoisme bertapa di gua dan gunung.
- Laozi tidak mengajak penganut-penganutnya meninggalkan hal-hal
keduniaan "duniawi" supaya memperolehi tempat yang baik pada hari akhirat.

- Sebenarnya, budaya Cina tidak mengutamakan hari akhirat.


- Oleh itu, taifah-taifah Taoisme juga tidak berbuat demikian kerana mereka
lagi mengutamakan hidup dalam dunia ini dan oleh itu, hendak mencapai
keabadian hidup.
- Laozi hanya "mengutamakan kesederhanaan dan kebebasan daripada
keinginan untuk mengelakkan bahaya pengetahuan dan tindakan salah".
ii.) Confucianisme / Confucius
- Diasaskan oleh Kong Fu Tze atau Kongzi 孔子 ; (551 - 479 SM)
merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial yang termasyhur di
China.
- menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan
sosial, keadilan dan keikhlasan.
- Digunakan sejak masa dinasti Han sebagai faham ortodoks maharaja,
fikiran Confucius telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah
yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan Konfusianisme.
- Ajaran ini juga memperkenalkan sistem moral yang sangat penting
dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun) iaitu: hubungan
pemerintah dengan rakyat, hubungan suami isteri, hubungan bapa
dengan anak, hubungan abang dengan adik, dan hubungan sahabat
dengan sahabat.
- Menekankan aspek pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga
terutamanya nenek moyang yang telah meninggal dunia.
- Oleh itu, sebarang kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh
seseorang itu akan merujuk kepada perbuatan atau gambaran terhadap
seluruh keluarganya.
iii.) Buddhisme
- Diasakan oleh Siddhartha Gautama yang tinggal di ancient India

- Mempunyai 3 pegangan asas (3 doktrin) iaitu kerendahan diri, kefanaan


dunia dan kesengsaraan hidup yang bermatlamatkan keamanan, kebaikan
dan kebahagiaan hidup.

- Tahap paling tinggi yang dicari oleh setiap penganut Buddhisme ialah
“Nirwana” iaitu “pencerahan sempurna”: kebahagiaannya kekal.

- Nirwana bukan kekosongan, ketiadaan atau syurga tetapi sesuatu yang


baik, cantik dan abadi.

- Ajaran Buddha meliputi beberapa perkara penting, iaitu Empat Kebenaran


Mulia yang mengandungi konsep-konsep Kebenaran Kesengsaraan,
Kemunculan kesengsaraan, Kehilangan kesengsaraan, dan cara
menamatkan kesengsaraan.
- Jalan Mulia Lapan Berlapis mengandungi konsep-konsep:Fahaman betul,
Pemikiran betul, Pertuturan betul, Perbuatan betul, Pekerjaan betul, Usaha
betul, Kesedaran betul dan Tumpuan betul.

- Manakala Panca Sila pula mengandungi suruhan-suruhan; Jangan


membunuh, Jangan mencuri, Jangan berzina, Jangan berdusta (Menipu)
dan Jangan minum arak.
Aspek Kebudayaan Dan Adat Resam

i.) Kalendar Cina


- Digunakan sejak 2600 sebelum masihi.
- Diperkenalkan oleh Maharaja Huang Ti
- Kalendar lunar Cina juga berasaskan pusingan tahunan yang mana permulaan
tahun dimula berdasarkan pusingan bulan. Oleh sebab itu, permulaan tahun
bagi kalendar Cina jatuh di sekitar bulan Januari dan Februari.
- Satu putaran lengkap bulan mengelilingi bumi memakan masa selama 60 tahun
dan terdiri daripada 5 putaran yang setiap satunya memakan masa selama 12
tahun.
- Kalendar lunar Cina menamakan setiap tahun berdasarkan 12 binatang:Tikus,
Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam, Anjing dan
Khinzir.
- Masyarakat Cina percaya bahawa setiap manusia yang lahir mempunyai
pengaruh terhadap personaliti dan sikap berdasarkan binatang yang dinamakan
pada tahun manusia tersebut dilahirkan.
ii.) Tahun Baru Cina
- Asal-usul perayaan Tahun Baru Cina, perkatan Cina, 'Nian' atau yang bermaksud 'tahun'
dalam bahasa Melayu, adalah nama kepada raksasa yang sering mencari mangsa pada
malam sebelum tahun baru bermula.

- Menurut lagenda, menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-


tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru, dikhuatiri Nian akan
mengganas semula. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau
raksasa itu.

- Manakala, mercun dimainkan untuk menghalau raksasa tersebut.

a. Ang Pau
- untuk mengucapkan “selamat” bagi tahun tersebut dan berharap
memperolehi kekayaan dan nasib yang baik untuk tahun
tersebut.
- wang tersebut juga boleh digunakan untuk membayar hutang
yang tertunggak.
- ia hanya diberi oleh pasangan
yang berkahwin.
b. Mercun dan Tarian Singa
-Mercun dimainkan untuk menghalau makhluk jahat yang sering menganggu
ketenteraman manusia.
-Namun begitu, dari satu tahun ke tahun yang lain, mercun sering dimainkan untuk
menandakan musim perayaan yang akan tiba.
-Tarian singa adalah persembahan tarian yang penuh dengan kesenian dan menjadi
simbol yang menakjubkan bagi masyarakat cina.
-Biasanya ia dimainkan oleh dua pemain, dan memakan masa yang lama untuk
berlatih sebelum seseorang itu benar-benar mahir.

c. Limau
-mereka akan membawa satu beg yang berisi limau dan angpau yang akan
diberikan apabila melawat kawan dan keluarga sepanjang dua minggu sambutan
Tahun Baru Cina.
-Mengikut kepercayaan orang Cina, limau yang masih mempunyai daun terlekat
padanya membawa maksud hubungan seseorang dengan yang lain akan erat
terjalin. Manakala bagi yang baru berkahwin pula, ini melambangkan hubungan
perkahwinan yang terjalin akan mekar sehingga mendapat anak yang ramai.
d. Dulang Manisan
-Dulang manisan sama ada yang berbentuk bulat atau segi mempunyai
pelbagai jenis manisan agar Tahun Baru dimulakan dengan penuh
'kemanisan'. Setiap manisan dalam dulang melambangkan tuah yang
tersendiri:
• manisan tembikai - melambangkan pertumbuhan dan kesihatan yang baik

• kuaci - malambangkan kegembiraan, kebenaran dan kejujuran


• butir laici - melambangkan ikatan kekeluargaan yang erat
• kumkuat (sejenis limau) – kekayaan
• manisan kelapa – keakraban
• kacang tanah - kehidupan berkekalan
• longan - melambangkan seseorang akan memperoleh ramai anak
lelaki yang baik.
• buah teratai - ramai anak
e. Pantang larang dan perlakuan ketika sambutan Tahun Baru Cina

• Pembersihan rumah - Pada malam tahun baru, semua penyapu, berus dan
semua jenis alat mencuci di simpan di tempat yang selamat. Menyapu dan
mengemas tidak patut dilakukan pada hari tahun baru.

• Ambil yang jernih buang yang keruh - Bermain mercun pada malam Tahun
Baru adalah satu cara untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun yang
akan ditinggalkan, dan meraikan ketibaan tahun baru. Pada satu ketika di
tengah malam tahun baru, semua pintu dan tingkap mesti dibuka untuk
membenarkan tahun yang lama pergi.

• Aktiviti di Tahun Baru Cina - Dilarang sama sekali menggunakan perkataan-


perkataan kotor yang membawa maksud sial dan tidak baik.

• Kebersihan dan Penampilan Diri - dilarang sama sekali mencuci rambut,


kerana perlakuan ini akan mengakibatkan orang tersebut mambasuh pergi
segala nasib baik untuk tahun baru itu. Pakaian merah digalakkan untuk
dipakai. Merah dianggap warna cerah dan terang, yang memungkinkan
pemakainya memperolehi masa depan yang terang. Kanak-kanak, saudara-
mara rapat dan orang yang belum berkahwin diberi angpau untuk masa depan
yang cerah.
iii.) Chap Goh Mei
-Disambut pada hari yang ke-15 selepas Tahun Baru Cina yang menandakan
tamatnya perayaan bagi tahun tersebut dan diakhiri dengan upacara
sembahyang untuk memuja dewa-dewi.
- Perayaan ini juga diadakan untuk anak dara yang berhasrat untuk mencari
teman hidup (dilakukan dengan melontar buah limau ke laut).
- Juga dikenali sebagai “Chinese Valentine’s Day”

iv.) Ching Ming


-Ching bermaksud ‘kebersihan’ dan Ming bermaksud ‘kecerahan’.
-Disambut pada bulan April atau Mei.
-Upacara ini dilakukan sebagai memperingati nenek moyang yang telah
lama meninggal dunia dengan membersihkan kawasan kubur serta
menyediakan tempat penyembahan untuk keluarga, makanan dan
buah-buahan, membakar gaharu, membakar wang dan pakaian dan
barang keperluan lain yang diperbuat daripada kertas.
v.) Hungry Ghost Festival
- Merupakan hari yang mana dipercayai ‘ Pintu
Neraka’ dibuka dan roh kembali menziarahi sanak
saudara dan pada hari tersebut ahli keluarga akan
menyediakan pelbagai jenis makanan dan barang
keperluan untuk menyembah mereka.

vi.) Perayaan Kuih Bulan/ Tang Lung


- Disambut pada hari ke-15 pada bulan
Ogos ketika bulan memgambang penuh.
- Pada hari tersebut, masyarakat cina
menyembah kuih bulan dan memainkan
Tang Lung.
Pantang Larang
Perkahwinan
- Sekiranya berlaku kematian sebelum tiba hari perkahwinan, perkahwinan
tersebut mesti ditangguhkan pada tahun hadapan atau selama 100 hari.
- Baju pengantin tidak boleh berwarna hitam, kelabu dan biru.

Kelahiran
- Semasa mengandung, tidak dibenarkan melakukan kerja seperti memaku,
dilarang menggunakan kata-kata kesat dan memukul binatang, tidak boleh
memberi nama kepada bayi yang belum lahir, jangan kerap menggosok
perut, dilarang memakan makanan sejuk.
- Selepas lahir, hanya boleh membasahkan badan sahaja dalam sebulan.

Kematian
- Kucing hitam tidak dibenarkan berada dalam rumah sekiranya ada
berlakunya kematian, tempat penyembahan kena ditutup dengan kertas
merah, tidak dibenarkan memakai baju selain hitam atau putih.
- Semasa pengebumian, ahli keluarga atau sanak saudaranya dikehendaki
berdiri melawan cahaya matahari.
SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like