You are on page 1of 1

SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di
sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah
ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi

ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan

Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-
sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut;

i. projek makmal Komputer Sekolah

ii. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

iii. rangkaian SchoolNet

iv. rancangan TV pendidikan/web tv/ kampus ASTRO

v. projek Rintis Sekolah Bestari

vi. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

vii. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT

viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta

ix. latihan ICT Guru

x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan
keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

You might also like