You are on page 1of 14

Pendahuluan

Dalam melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), sukatan


pelajaran merupakan salah satu elemen penting dalam menjayakan matlamat dan
objektif sistem pendidikan di Malaysia.

Pelaksanaan kurikulum sekolah memerlukan pemahaman yang mendalam oleh setiap


pelaksana bagi memastikan kurikulum tersebut dilaksanakan dengan betul dan
berkesan khususnya apabila diterjemahkan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran.

Sebagai usaha untuk membantu pelaksana kurikulum memahami dan berupaya


melaksana kandungan kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah
menghasilkan pelbagai bahan sokongan seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan
Pelajaran, Buku Panduan Guru dan Modul.

Setiap mata pelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
mempunyai sukatan pelajaran masing-masing yang telah dihasilkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum. Salah satu subjek yang terdapat dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ialah Pendidikan Islam.

Bebarapa Surat Pekeliling Ikhtisas telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Salah satu Surat
Pekekliling Ikhtisas yang menekankan sukatan pelajaran dan pelaksanaanya ialah
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/200.(rujuk lampiran 1). Surat Pekeliling
Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang pelaksanaan
Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang disemak semula
bagi semua mata pelajaran KBSR dan KBSM.
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KBSR

Pentafsiran Sukatan Pelajaran

 1.Sukatan pelajaran merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi susunan topik-
topik yang disediakan untuk sesuatu matapelajaran. Ia mempunyai objektif pengajaran
pembelajaran yang tersendiri

 2. Sukatan pelajaran disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK). Dalam
sukatan pelajaran, diperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-
kemahiran yang perlu dicapai dan dikuasai bagi setiap matapelajaran.

 3. Sukatan pelajaran akan menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai


dalam tahap satu dan dua.

 4. Berdasarkan sukatan pelajaran dan buku panduan khas, seorang guru  perlu
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar
memperolehi hasil yang optimum.

Pendidikan Islam

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah banyak memperakukan supaya taraf


pendidikan Islam diperluas dan dipertingkatkan. Pada tahun-tahun 80an, kita dapati
pendidikan Islam telah dijadikan dasar dan tunjang dalam penggubalan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) telah mencapai angka 40
buah. Kelas-kelas aliran agama telah dibuka di lebih 200 buah sekolah Menengah
Kebangsaan. Universiti Islam telah diwujudkan dan pendidikan Islam diajar di semua
Pusat Pengajian Tinggi dan Maktab-Maktab Perguruan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2003(RUJUK LAMPIRAN 2) YANG


BERTAJUK PELAKSANAAN KURIKULUM SEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
BAHASA ARAB membuktikan pendidikan islam merupakan salah satu mata pelajaran
yang dititik beratkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan sentiasa dibuat
semakan bagi meningkatkan isi pembelajaran iaitu sukatan pelajaran. Pelaksanaan
Kurikulum semakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berkuatkuasa mulai tahun
2003, adalah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan
meningkatkan jati diri dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
Pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan supaya menjadi lebih berkesan
bagi memenuhi kehendak negara. Kurikulum semakan ini memberi penekanan kepada
kandungan teks kurikulum dan kaedah penyampaian yang lebih efektif.

PENDAHULUAN Sukatan pelajaran

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1
hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,
kemasyarakatan dan kenegaraan.

Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah :

1. pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran,

2. kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain,

3. ketiga; pemupukan amalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh
Syari‘at Islam dan

4. keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri


murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian


yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar
mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan
mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa
dan negara.
Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran
yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang
ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak
mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,


berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke
arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid-murid akan


dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk
memupuk minat membaca al-Quran dan menjadikan amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya


ke arah meyakini al- Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan


benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah
sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas
perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada 4 bidang


seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 1 :

Gambar rajah 1

Setiap bidang yang ditetapkan di dalam sukatan pelajaran pendidikan islam ini
mempunyai tumpuan khusus yang perlu diambil perhatian supaya setiap tumpuan yang
dihasilkan ini mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam menyampaikan ilmu kepada
murid-murid. Berdasarkan tumpuan khusus untuk setiap bidang seperti dalam gambar
rajah 2, sukatan pelajaran yang lebih terperinci untuk setiap bidang mengikut tahap
murid daripada tahun 1 sehingga tahun 6 dihasilkan.
4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik. 4. Bidang
4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar. Pelajaran Jawi
4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.
3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. 3. Bidang Asas
3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan Akhlak Islamiah.
manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat
dan negara.
2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab
terhadap Allah s.w.t.
2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh 2. Bidang Asas
Allah s.w.t. dan melaksanakannya. ‘Ulum Syar‘iyah.
2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah
s.a.w.
2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih. 1. Bidang
Asuhan Tilawah
1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih. al-Quran.
1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’
‘Amma (juzu’ 30) dan menghayati pengajarannya.
TUMPUAN YANG DIBERIKAN UNTUK SETIAP BIDANG
Gambar rajah 2

Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di atas hendaklah diambil kira semasa


menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran; Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam
Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri
sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan Negara berteraskan 4
nilai utama Syaja‘ah, ‘Iffah, ‘Adalah dan Hikmah yang akhirnya membina pelajar
beradab dan menghayati nilai-nilai akhlak. Kesemua bidang di atas merupakan
kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t.
Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan
pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah
rendah.

contoh sukatan pelajaran secara keseluruhan secara terperinci :

Bidang : Asuhan Tilawah Al-Quran

1. Asuhan Tilawah
al-Quran.
a. Surah al-Fatihah. m. Surah al-‘Asr.
1.1. Bacaan :-
b. Surah al-Nas. n. Surah al-Takathur.
1.1.1. Mengenal huruf-
c. Surah al-Falaq. o. Surah al-Qari‘ah.
huruf hijaiyyah tunggal,
d. Surah al-Ikhlas. p. Surah al-‘Adiyat.
Bersambung dan
berbaris fathah, kasrah, e. Surah al-Masad. q. Surah al-Zalzalah.

dhammah, tanwin, f. Surah al- Nasr. r. Surah al-Baiyyinah.


sukun dan syaddah.
g. Surah al-Kafirun. s. Surah al-Qadr.
1.1.2. Membaca kalimah
h. Surah al-Kauthar. t. Surah al-‘Alaq.
dan potongan ayat.
i. Surah al-Ma‘un. u. Surah al-Tin.
1.1.3. Membaca kalimah
dan ayat-ayat pendek j. Surah Quraisy. v. Surah al-Syarh.
pelbagai baris.
k. Surah al-Fil. w. Surah al-Dhuha.
1.1.4. Membaca surah-
l. Surah al-Humazah. x. Surah al-Lail.
surah berikut dengan
betuldan fasih :- y. Surah al-Syams.

z. Surah al-Balad.

aa. Surah al-Fajr. 1.1.5. Membaca potongan ayat-ayat


bb. Surah al-Ghasyiyah. daripada surahsurah
cc. Surah al-A‘la. tertentu yang mengandungi tanda
dd. Surah al-Tariq . bacaan mad dan waqaf.
1.1.6. Membaca ayat-ayat pendek syaddah, nun syaddah dan mim
mengandungi sakinah.
bacaan nun sakinah dan tanwin. 1.1.8. Membaca potongan ayat-ayat
1.1.7. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah
daripada surahsurah tertentu yang mengandungi bacaan
tertentu yang mengandungi mim qalqalah.

1.2. Hafazan :-
1.2.1. Menghafaz surah-surah berikut :- t. Surah al-Syarh.
a. Surah al-Fatihah. u. Surah al-Dhuha.
b. Surah al-Nas.
1.3. Kefahaman :-
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas. 1.3.1. Pengertian al-Quran.

e. Surah al-Kafirun. 1.3.2. Kelebihan membaca al-Quran.


f. Surah al-Kauthar. 1.3.3. Sejarah ringkas al-Quran.
g. Surah al-Ma‘un.
1.3.4. Memahami surah-surah berikut
h. Surah Quraisy.
secara umum:
i. Surah al-Fil.
j. Surah al-Humazah. a. Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7.
k. Surah al-‘Asr. b. Surah al-Nas ayat 1 hingga 6.
l. Surah al-Takathur.
c. Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5.
m. Surah al-Qari‘ah.
n. Surah al-‘Adiyat. d. Surah al-Ikhlas.

o. Surah al-Zalzalah. e. Surah al-Kauthar.


p. Surah al-Bayyinah. f. Surah al-Ma‘un ayat 1 hingga 7.
q. Surah al-Qadr.
g. Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.
r. Surah al-‘Alaq.
s. Surah al-Tin. h. Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11.
CONTOH SUKATAN MENGIKUT TAHAP : SUKATAN PELAJARAN TAHUN 3

Bidang Sukatan
Asuhan 1.1. Bacaan
Tilawah 1.1.4. Membaca Surah dengan betul dan
Al Quran fasih
l. Surah Al Humazah
PENGGAL PERTAMA
m. Surah Al Asr
n. Surah At Takathur
1.2. Hafazan.
1.2.1. Mengafaz surah-surah berikut :
i. Surah Al Fiil
j. Surah Al Humazah
1.3. Kefahaman
1.3.3. Sejarah ringkas Al Quran
1.3.4. Memahami surah berikut secara
umum
d) Surah Al Ikhlas
Asuhan 1.1. Bacaan
Tilawah 1.1.4. Membaca Surah dengan betul dan
Al Quran fasih
o. Surah Al Qariah
PENGGAL KEDUA
p. Surah Al Adiat
q. Surah Al Zalzalah
1.2. Hafazan.
1.2.1. Mengafaz surah-surah berikut :
k. Surah Al Asr
l. Surah At Takathur
1.3. Kefahaman
1.3.4. Memahami surah secara umum:
e. Surah Al Kauthar
Asas Ulum Syariah 2.1.5. Beriman kepada Kitab.
( Aqidah )
2.1.6. Beriman kepada Hari Akhirat .
PENGGAL PERTAMA
2.1.9 Allah bersifat :
c. Baqa’
Asas Ulum Syariah 2.1.9 Allah bersifat :
( Aqidah )
d. Mukhalafatuhu Lil Hawadith

PENGGAL KEDUA
e. Qiyamuhu Binafsih
Asas Ulum Syariah 2.1.0. Nama-nama Allah ( Asma Al Husna )
( Aqidah )
e. Al adl

PENGGAL KEDUA
f) Asy-Syakur
Ibadat 2.2.1. Konsep ibadah
d) Jenis-jenis hukum ( wajib, sunat, makruh,
PENGGAL PERTAMA haram dan harus )
2.2.2. Bersuci :
e) Bersuci daripada hadath :
ii) Bersuci daripada hadath besar.
2.2.3. Solah :
c. Bacaan-bacaan dalam solah serta
terjemahannya.
ix) Doa Qunut
Ibadat
e. Perkara-perkara yang membatalkan
PENGGAL KEDUA solat.
Sirah 2.3.8. Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w :
a) semasa kecil :
PENGGAL PERTAMA i) Menternak dan membantu bapa saudara
berniaga

b) Semasa dewasa menternak kambing


dan berniaga.
Sirah 2.3.9. Perkahwinan Nabi.

2.3.10. Peristiwa Hajarul Aswad.;


PENGGAL
KEDUA
Adab Dan Akhlak Islamiah 3.1. Adab di dalam kehidupan seharian :
3.1.9. Adab menghidang makanan dan
PENGGAL PERTAMA minuman.

3.3. Adab dalam kehidupan bersosial :


3.3.3. Adab bercakap dengan rakan.
3.3.4. Adab melayan tetamu.

Adab Dan Akhlak Isalamiah 3.3.5. Adab menziarahi orang sakit.


3.3.6. Adab menziarahi rakan.
PENGGAL KEDUA 3.3.7. Adab menziarahi orang tua.

Jawi 4.6. Mengenal, membaca dan menulis


perkataan pinjaman.
PENGGAL a) Perkataan pinjaman bahasa Arab
PERTAMA b) perkataan pinjaman Bahasa Inggeris
Jawi 4.7. Mengenal, membaca dan menulis
perkataan berimbuhan dan ayat pendek.
PENGGAL a) Perkataan berimbuhan di awal.
KEDUA b) Perkataan berimbuhan di akhir
c) Perkataan berimbuhan apitan
d) Ayat-ayat pendek

KEPENTINGAN SUKATAN PELAJARAN

i. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar ke


dalam bilik darjah / makmal / bengkel. Dengan adanya sukatan pelajaran,
guru terutamanya guru pelatih akan bersedia untuk menyampaikan
pembelajaran. Hal ini akan meningkatkan keyakinan guru sebelum masuk ke
kelas.

ii. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan


sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu mengajar yang diperlukan,
isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-
murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya. Apabila
guru mempunyai sukatan yang ingin diajar, guru akan dapat merancang
dengan teliti setiap komponen pengajaran sebagai persediaan dalam
menyampaikan pengajaran secara optimum dan berkesan.

iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara /


aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan
Pelajaran). Jika setiap guru faham dengan sukatan pelajaran yang
dihasilkan, maka para guru terutamanya guru pelatih tidak akan tergelincir
daripada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan untuk setiap tahap yang
dihasilkan berdasarkan kemampuan murid-murid dan urutan penerimaan
yang betul.

iv. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih
tersusun dan bersistem. Dalam memastikan setiap sukatan yang ditetapkan
sempat diajar oleh guru dalam tempoh waktu yang ditetapkan, guru perlu
merancang strategi pembelajaran supaya setiap masa digunakan secara
optimum dan pengajaran yang disampaikan mencapai matlamatnya.
v. Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan
teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran
murid. Apabila setiap guru dibekalkan dengan sukatan pelajaran, guru akan
dapat merancang teknik dan pendekatan yang terbaik dan bersesuaian
dengan tahap penerimaan murid-murid.

vi. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap


aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas.
Sukatan pelajaran yang disusun dengan teratur dan berkaitan antara satu
sama lain membuatkan pembelajaran dapat dilakukan dengan mudah dan
berkesan.

vii. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan


cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa
ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah. Penyediaan sukatan
pelajaran membuatkan guru dapat berfikir secara kreatif dalam
menyampaikan pengajaran secara menarik dan berfikir untuk mengaitkan isi
pembelajaran dengan fenomena harian sebenar murid-murid. Hal ini
membolehkan murid-murid lebih faham dan jelas dengan apa yang
disampaikan oleh guru.

You might also like