You are on page 1of 1

Nama: Ling Leong Sing, Harry Thaddeus, Holinson Emang Wan, Hezalvin Maklin

Guru cermelang

Guru adalah pendidik anak bangsa, tugas guru tidaklah semudah yang seperti yang
disangkakan hasil daripada didikan guru tidak boleh dilihat dalam sekelip mata. Hasil
dari didikan guru dilihat melalui pencapaian-pencapian murid-muridnya dalam jangka
masa panjang.

Peranan guru bukan saja terhad didalam kelas, tetapi juga kepada sekolah, masyarakat
dan Negara. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik ilmu tetapi juga Pembina
insan secara tidak langsung melalui penbentukan jasmani, emosi, rohani dan intektual.

Selain itu, seorang guru perlulah menjaga perwatakan mereka yang rangkumi
pertuturan, tingkah laku dan penampilan mereka sebagai seorang guru. Ini disebabkan
murid-murid memandang tinggi dan menjadikan guru sebagai model mereka.

Guru-guru melengkapi diri mereka dengan pengalaman-pengalaman mahupun ilmu


pengetahuan yang tidak hanya terhad pada skop pengajaran dan pembelajaran untuk
membekalkan murid-murid dengan pengetahuan dalam menghadapi cabaran
kehidupan. Ini adalah selari dengan pembentukan insan secara menyeluruh.

Bidang ilmu pedagogi yang sentiasa berkembang menurut edaran zaman perlulah
diambil perhatian oleh para guru agar dapat menjadi guru yang berkesan, efektif dan
versatil.

Di samping itu, ilmu yang diperolehi perlulah dikongsi bersama dengan rakan sejawat
bagi mencapai wawasan dan matlamat yang sama. Guru juga perlu menggunakan
kepakaran dalam bidang mereka untuk bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
untuk pembangunan masyarakat.

Gurulah yang cemerlang harus mampu memikul tanggungjawab sebagai pengurus


kelas dan sekolah. Ini termasuklah menyediakan rancangan mengajar, mencatat hasil
pembelajaran, menguruskan aktiviti penilaian dan menyimpan dokumen secara
sistematik.

You might also like