You are on page 1of 3

So Sweet...Bacalah Kalau Ada Masa Free..

:)

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak
berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan
waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat
mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka
akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi
destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya.
Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia
kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk
bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan
penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit
melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk
yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program
motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan
sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi
dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu
Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati
gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik
untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah
bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan
kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg
menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan
jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh
agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah
seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan
bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya
seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.
Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia
kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka.
Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia
sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini
hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan
hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah
Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan,
dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang
ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah.
Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat
berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan
disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan
InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa
sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku
mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa
nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan
kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu.
Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari,
aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan
tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan
susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-
kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu.
Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai
isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari
rezeki buat kita berdua.
Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu
membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau
sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia
bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan
pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada
CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak
sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti.
Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Source:

http://www.facebook.com/notes/aleep-zol/so-sweetbacalah-kalau-ada-masa-
free/200848229934724

You might also like