Tanpa ibu kita tidak akan berada di dunia ini. Ibu adalah ratu hati buat saya. Saya dibesarkan oleh ibu saya yang bernama Asiah binti Shariff. Ibu membesarkan kami semenjak kami kecil lagi. Ibu memberi makanan kepada kami sedari kecil lagi sehinggalah sekarang. Ibu saya telah berkahwin dengan pasangannya yang merupakan ayah saya iaitu Roslan bin Abd Rahman. Mereka berkahwin pada 9hb April 1982. Ibu saya telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata. Saya merupakan anak yang terakhir dari 5 orang adik beradik. Ibu saya tidak bekerja dan merupakan seorang suri rumah tangga. Ibu saya seorang yang rajin,di rumah ibu saya mengambil upah menjahit baju dan memasak. Ibu saya sayang kepada saya dan semua adik beradik saya. Saya sangat sayang pada Ibu saya.