You are on page 1of 3

Kecergasan Berasaskan Kelembutan/Kelenturan

PENGENALAN

Kecergasan fizikal merupakan aspek penting dalam membantu seseorang menjalani kehidupan sihat dan
bertenaga di samping sihat daripada aspek-aspek kesihatan yang lain, seperti mental, emosi, sosial dan
kerohanian. Kecergasan fizikal terdiri daripada dua komponen kecergasan iaitu kecergasan berlandaskan
kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor.

Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya
tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor
merangkumi 6 komponen bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan,
kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan.

Gerak kerja fizikal yang khusus dikaitkan dengan aspek perlakuan motor. Kemampuan serta peningkatan
tahap kemahiran motor tersebut akan dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta
meringankan bebanan yang timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih daripada lakuan kebiasaan harian
terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti sukan prestasi tinggi.

KECERGASAN FIZIKAL

1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN

a. DAYATAHAN KARDIOVASKULAR
b. DAYATAHAN OTOT
C. KEKUATAN OTOT
D. KOMPOSISI BADAN
E. KELEMBUTAN

2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR

a. KOORDINASI
b. IMBANGAN
c. KETANGKASAN
d. KUASA
e. MASA TINDAK BALAS
f. KEPANTASAN
Kelembutan/Kelenturan

Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries & Housh,
1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan
bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi
dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawa kelembutan adalah spesifik
kepada sesuatu sendi tertentu.
Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de Vries &
Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai kelenturan yang kurang dibandingkan
dengan yang aktif. Wanita didapati mempunyai kelenturan yang lebih berbanding dengan lelaki.
Kelenturan berkurangan dengan peningkatan umur. Peningkatan suhu badan didapati dapat
meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitu pengurangan aliran darah, mengurangkan kelenturan.
Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan. Julat pergerakan
ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya kelenturan siku dilimitasikan oleh tulang
humerus, radial dan ulna yang membentuk sendi engsel. Lemak yang terkumpul juga
menghalang pergerakan melalui satu julat. Individu yang mempunyai lemak yang banyak di
bahagian abdomen akan menghadapi kesukaran untuk melakukan fleksi pinggul. Lemak yang
terkumpul akan menghalang pergerakan ini. Kulit yang tercedara akan meninggalkan parut yang
kurang anjal. Tisu pengikat dan otot juga mempengaruhi kelenturan. Kesemua faktor ini
melainkan struktur tulang diatasi dengan kaedah fizikal untuk meningkatkan kelembutan.
Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan. Komponen kecergasan ini
merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit lari berpagar memerlukan kelenturan pinggul
sebaik yang mungkin untuk melakukan pergerakan dalam acara olahraga ini. Perenang
memerlukan kelembutan sendi bahu dan buku lali yang baik untuk menghasilkan daya yang
maksimum.
Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang penting dalam
kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang lain memerlukan kelenturan
agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan atau kecederaan ke atas sendi-sendi.
Pengekalan mobiliti sendi akan mengurangkan kesakitan pada sendi disebabkan oleh
peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).
Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu pergerakan yang
mengurangkan sudut antara badan dan anggota dan ekstensi iaitu peningkatan sudut antara
badan dan artikulasi melalui pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudut pergerakan
melampaui julat pergerakan normal. “Double-Jointedness” adalah istilah yang digunakan untuk
memperihalkan individu yang mempunyai julat pergerakan yang luar biasa. “Muscle Boundness”
adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai perkembangan
otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.
Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dan kelenturan
dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang atau memanjangkan
(extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yang biasa diukur.
Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox, Bowers & Foss,
1998). Dalam ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan daya yang merintangi julat
pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan ini lebih sukar diukur dan jarang
diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan penyelidikan sukan.
Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif dan Pengukuran
Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986). Pengukuran Kelembutan Relatif adalah
pengukuran kelembutan yang relatif kepada panjang atau lebar bahagian badan yang spesifik.
Pengukuran jenis ini bukan hanya mengukur pergerakan tetapi meliputi ukuran bahagian badan
yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya, ujian ekstensi belakang merupakan salah satu
ujian yang mengukur kelembutan relatif. Pengukuran Kelembutan Mutlak pula merupakan
pengukuran pergerakan berhubung dengan matlamat prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian
‘split’ di mana jarak pengukuran antara lantai dan punggung diukur sebagai pencapaian subjek.
Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau pengukuran bersudut.
Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan milimeter atau ukuran panjang yang lain yang
dihasilkan oleh pita pengukur atau jangka flekso. Pengukuran bersudut menghasilkan
pengukuran dalam bentuk darjah ( ° ) yang terhasil daripada jangka sudut, goniometer atau
jangka flekso.

Tajuk: UJIAN KELENTURAN ( FLEXSIBILITY TEST )

Definisi kelenturan

Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu
sendi; pergerakan dari fleksi ke ekstensi atau pergerakan ekstensi ke fleksi. Manakala Johnson dan
Nelson (1986), pula menyatakan kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan
tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian ‘artikulasi’ dan penyambung otot.
Sejarah
Pengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya padata tahun 1941. Cureton memperkenalkan
bateri ujian berorentasikan ‘Practical Performance’. Pada tahun yang sama juga, ujian kelenturan
untuk pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, Jack Leighton memperkenalkan ‘flexometer’
untuk mengukur pelbagai pergerakan sendi. Pada tahun 1952, Katherine Wells dan Evelyn Dillion
telah memperkenalkan ‘Sit and Reach Test’.

Pada tahun 1966, B.L. Johnson telah mengubah suai ujian Wells & Dillon daripada segi skor bacaan.
Mereka juga telah memperkenalkan ujian kelenturan untuk 4 sukan dan tarian. Pada tahun 1972,
B.L. Johnson telah memperkenalkan alat ‘flexomeasure’. Pada tahun 1975, Myers mengubah suai ‘Sit
and Reach Test’ dan menerbitkan ke dalam YMCA. Pada tahun 1976, Goodin ; Pollock telah
memperkenalkan ‘Trunk Flexion Test’ ke dalam YMCA.

You might also like