You are on page 1of 1

1.

3- Kesan Dadah Kepada Kesihatan

 Berat badan semakin berkurangan akibat daripada tidak


berselera untuk makan ataupun kurang keprihatinan
terhadap aspek kesihatan.
 Mata sering berair dan kelihatan merah. Saiz anak mata
berbeza, sama ada lebih kecil ataupun lebih besar daripada
keadaan normal. Pengguna dadah sering berkaca mata
hitam untuk tidak dikenal pasti.
 Kecenderungan untuk memencilkan diri terutama sekali
daripada rakan- rakan sebaya (yang tidak melibatkan diri
dengan dadah) ataupun aktiviti -aktiviti rekreasi yang lain.
 Sering kelihatan di tempat-tempat sumbang seperti bilik stor
ataupun kamar-kamar lain yang jarang dikunjungi dan
digunakan oleh orang lain.
 Terdapat tanda-tanda suntikan jarum di lengan ataupun
parut-parut bekas suntikan di bahagian-bahagian badan lain.
Dalam hal ini, si pengguna sering cuba menyorokkan tanda-
tanda ini dengan memakai kemeja lengan panjang dan
sebagainya.
 Kurang memberi tumpuan kepada tugas-tugas penting
bukan sahaja berkaitan dengan kerja, tetapi juga berhubung
pengurusan peribadi dan keluarga.

You might also like