You are on page 1of 34

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS ILMU KHAS

SEMESTER 1 2011

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

PKU 3101

NAMA: MOHD BUKHARIE BIN MOHAMSD

NO I/C: 911128095107

KELAS: G1.2

MAJOR: PEND. KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA PENSYARAH: PUAN HABSAH BTE YUSOF

CIK ROHANA BTE LAT

TARIKH HANTAR: 18.3.2011


KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS

(MASALAH PENDENGARAN,

AUTISME,

PINTAR CERDAS,

DOWN SYNDROME DAN


DISLEKSIA)
BI PERKARA M/S
L
1 Pendahuluan 1
2 objektif 2
3 Definisi dan konsep Pendidikan Khas 3
4 Sejarah perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia 4-7
5 Perundangan berkaitan Pendidikan Khas 8-9
6 Jenis-jenis masalah berkeperluan khas 10
7 Khidmat sokongan 11-15
8 Isu-isu semasa 16-18
9 masalah pendengaran 20
10 Autisme 21-22
11 Pintar cerdas 23
12 Sinrom down 24-25
13 Disleksia 26
14 Rujukan 27
15 Rumusan dan kesimpulan 28
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan

Pendidikan khas merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting kerana
melaluinya pelajar pelajar berkeperluan khas dapat merasai dan mempelajari
sesuatu yang amat bernilai walaupun tidak banyak. Melalui pendidikan khas juga kita
dapat memahami masalah yang di hadapi golongan kurang upaya ini dan sedikit
sebanyak dapat membantu mereka dalam menghadapi dunia yang serba moden dan
mencabar ini.jika sebelum ini golongan kurang upaya disisihkan masyarakat namun
hal seperti itu tidak lagi berlaku kerana masyarakat sekarang lebih peka dan prihatin
terhadap mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai organisasi
bukan kerajaan yang ingin membantu golongan ini seperti NASOM dan KIWANIS
serta banyak lagi organisasi kecil yang turut mengambil bahagian dalam membantu
golongan kurang upaya. Ditambah pula dengan kerajaan yang prihatin terhadap
mereka, kanak kanak berkeperluan khas semakin hari semakin mampu berdiri
bersama kanak kanak normal. Ibu bapa juga tidak perlu berasa malu jika mempunyai
anak istimewa kerana jika diberi intervensi awal yang betul mereka mampu untuk
mengurus diri mereka tanpa bantuan ibu bapa. Oleh itu para ibu bapa harus
mengambil langkah awal jika mengetahui anak anak mereka merupakan salah
seorang antara golongan istimewa ini.
OBJEKTIF

 Melalui buku panduan ini, banyak objektif yang ingin dicapai:


 Dapat mengenalpasti kategori dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas
 Dapat memperoleh maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan kanak-
kanak berkeperluan khas.
 Mengetahui isu terkini, sejarah serta perkembangannya,definisi dan konsep
pendidikan khas serta kanak-kanak berkeperluan khas.
 Memperoleh kemahiran dalam cara mengendali kanak-kanak berkeperluan
khas.
PENDIDIKAN KHAS

DEFINISI DAN KONSEP

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-


keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang baku atau biasa."(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of
Special Education,1999)
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

DEFINISI DAN KONSEP

“kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau
deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang
demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-
aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan
potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti
kanak-kanak normal.”( Jamila (2005)
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di


kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat
penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang
membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab


terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah
mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak
persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh
badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah
terus digalakkan. "
1926
Pendidikan Masalah Penglihatan

1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican
di Melaka
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan
 
Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa
Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan,
Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian
Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel
Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille
khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran

  1954   Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang  


1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan
     
Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman
Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
    rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih  
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di
Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan
untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
     
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
Kementerian pendidikan
1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah
pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan
     
Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku
Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
     
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II
Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan
Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah
   
Alam
Program Percantuman/Inklusif
1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
     
dimulakan
1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah
     
pembelajaran
1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6
    Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala  
Lumpur
1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah
     
sekolah di seluruh negara
  1995   Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas di negara kita berada di bawah naungan 5 kementerian:


 Kementerian kesihatan
 Kementerian pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat
 Kementerian pelajaran malaysia
 Kementerian pengajian tinggi
 Kementerian sumber manusia

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia mula dinyatakan dalam Akta


Pembelajaran 1961 kemudian disemak dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996
akhirnya pelaksanaan diadakan melalui Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas)1997. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996-Peraturan-peraturan Pendidikan
Khas (1997) ‘murid-murid dengan keperluan khas’ bermakna murid-murid yang
mempunyai

a) Kecacatan penglihatan

b) Kecacatan pendengaran

c) Masalah pembelajaran

Perundangan pendidikan Khas di USA

“…….untuk mendapat kewangan setiap sekolah mesti memberi pendidikan


percuma dan wajar kepada semua kanak-kanak antara umur 5-18 (di
setengah negeri umur 3-5 dan 18-21 juga dimasukkan) tanpa mengira tahap
kecacatan.” (1975-Public Law(PL) 94-142)

Selepas itu ditambah kepada PL94-149-intervensi awal (0-5) kemudian ia ditukar


pada tahun 1990 kepada IDEA (Individuals with Disabilities Education Act) Ia
memastikan semua individu berkeperluan khas antara umur 3-21 diberi pendidikan
percuma dan wajar tanpa mengira tahap kecatatan dan diubahsuai kepada PL94-
142. Pada tahun 1997 IDEA diubahsuai,tetapi nama masih dikekalkan.
Perundangan ini penting kerana bagi memastikan *free,appropriate public education
(FAPE)* bagi semua kanak-kanak berkeperluan khas. Perundangan ini juga
perlindungan dari segi pekerjaan, pengangkutan,perumahan,telekomunikasi dan
kemudahan kerajaan dan ia ada dinyatakan pada tahun 1990 dalam ADA (American
Disabilities Act). Peruntukan di bawah IDEA (1997) menyatakan:

 Identification-ada perkhidmatan untuk menapis dan mengenalpasti kecatatan


 FAPE- free,appropriate public education, setiap murid dengan kecacatan
diberi pendidikan yang percuma, sesuai dengan kecatatannya di sek kerajaan
 Due prosess murid, ibu bapa dimaklumkan sebelum pengelasan penempatan
dsd dan boleh merayu jika tidak setuju
 Parent/guardian/surrogate/ consultan- kebenaran ibubapa/penjaga diperlukan
dalam penaksiran,penempatan dan perancangan pendidikan formal
 Least Restrictive Environment (LRE) penempatan murid hendaklah selaras
dengan keperluannya dan seberapa normal yang boleh
 Individuals Education Plan (IEP) RPI disediakan bagi semua murid dengan
kecacatan. Matlamat seperti objektif jangka masa panjang atau jangka masa
pendek,kurikulum, tahap kebolehan penglibatan dalam kelas biasa, jenis
perkhidmatan khas dan rancangan penilaian perkhidmatan
 Nondiscrimatory evaluation (penaksiran adil) penaksiran yang dijalankan
keatas semua aspek kecacatan dengan cara yang adil dari segi bahasa dan
kebudayaan,oleh kumpulan multi-disciplinary- keputusan tidak boleh
berdasarkan satu penaksiran sahaja
 Confidentiality keputusan penaksiran dan penempatan adalah sulit
 Personnel development in-service training latihan akan disediakan bagi guru
dan personel yang terlibat dengan murid-murid berkeperluan khas

JENIS-JENIS MASALAH BERKEPERLUAN KHAS

Kerencatan akal

Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran

Masalah tingkah laku/emosi

Masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Palsi Serebral

Masalah pembelajaran spesifik

Masalah komunikasi dan bahasa

Masalah Autisme

Masalah pintar cerdas


Khidmat sokongan yang ada disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas

Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan


Perkhidmatan yang disediakan oleh NGO
Isu-isu semasa berkaitan pendidikan khas

Pendidikan khas semakin penting

1) Hari anugerah cemerlang

Pendidikan khas menjadi salah satu keutamaan Kementerian Pelajaran dalam


menghargai guru-guru yang gigih berusaha dan berkorban untuk memberi
pendidikan kepada pelajar yang berkeperluan khas. Anugerah Guru Cemerlang
Pendidikan Khas 2005 disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghargai
mereka.

Ia merupakan pengiktirafan kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan
selain menggalakkan lebih banyak guru terlibat dalam pendidikan khas. Anugerah ini
juga bertujuan untuk menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif dan inovatif. Ia
juga sebagai pengiktirafan kementerian kerana menyedari kemahiran mengurus
pelajar berkeperluan khas bukan sahaja melalui membaca buku tetapi perlu melalui
pelbagai pengalaman dan ini menjadikan guru Pendidikan Khas istimewa dan
berbeza dengan guru-guru yang mengajar pelajar normal.

2) Guru cemerlang Pendidikan khas

Sebagai menghargai guru Pendidikan khas ini, Hari anugerah khas 2005 bagi Guru
Cemerlang Guru Pendidikan khas ini telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ini untuk menambahkan semangat para guru untuk berusaha dengan lebih
gigih lagi di dalam kelas. Sebagaimana yang kita tahu, mengajar kanak-kanak khas
bukanlah satu tugas yang mudah dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Justeru
itu, wajarlah guru Pendidikan Khas diberikan anugerah. Ia merupakan pengiktirafan
kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan selain menggalakkan lebih
banyak guru terlibat dalam pendidikan khas. Anugerah ini juga bertujuan untuk
menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif dan inovatif.
3) PIPP: Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan

Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga


memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu
merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas
berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil dalam
memastikan PIPP ini berjaya ialah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah
Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah
Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas
terutamnya PKBP, adalah satu perkara perlu dipandang positif. Ia juga
mempamerkan kesungguhan dan usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam mempertingkatkan tahap kesedaran ibubapa dan juga masyarakat di
Malaysia terhadap keperluan pendidikan di kalangan anak mereka serta peluang -
peluang yang telah disediakan pihak berwajib.

4) Kurangnya sokongan pihak sekolah

Kita semua tahu yang pendidikan kahs di negara kita masih baru. Kita boleh lihat
masyarakat sekarang mempunyai tahap kesedaran yang semakin meningkat
khususnya ibubapa dan pihak lain terhadap keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas.

Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat
penting dalam sesebuah sekolah pendidikan khas memandangkan pihak inilah yang
paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang
masih kurang memberi sokongan kepada pendidikan khas bukan sahaja menjadi
masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di
Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari
segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai
golongan kelas kedua. Kekurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang
senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam
di mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah menjadi faktornya.
Dalam menangani isu ini, perlunya ada program pendedahan Pogram Pendidikan
Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dikalangan semua
pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini
dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas
terutamanya Guru Besar atau Pengetua.
SUB TUGASAN 2
Masalah pendengaran

Punca

 jangkitan telinga kronik


 fakor keturunan
 kecacatan kongenital
 sakit kuning yang teruk semasa bayi
 penggunaan dadah ototoksik
 kecederaaan kapala
 jangkitan virus atau bakteria
 pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan
 proses penuaan
 tumor

Ciri ciri fizikal

 Bebola mata yang selalu berputar-putar.


 Tidak bertindak balas dengan cahaya.
 Mata yang selalu bergerak-gerak.

Aspek kognitif

 boleh berfikir
 boleh mengurus diri
 mempunyai kesedaran kognitif

Aspek emosi

 normal

Aspek tingkah laku

 Selalu memusing kepala ke sebelah sahaja


 Kerap berkelip
 Kerap menggosok mata
AUTISME

Punca punca
 Faktor genetik
 Virus yang dihadapi oleh si ibu semasa mengandung
Ciri –ciri fizikal
 Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif;
 Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti
bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk
tangan,berputar-putar, medekatkan mata ketelevisyen, berlari atau berjalan
mundar-mandir;
 Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya);
 Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa
Aspek Kognitif
 Mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad tetapi mereka memberi
tumpuan yang berlebihan kepada perkara yangmereka sukai.
 Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepada satu aspek daripada
satu perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh.
 Misalnya warna merah padabarang permainan tanpa mempedulikanbentuk
dan kegunaannya.
 Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam
pemerosesan maklumat,maka kegagalan mengenal pasti aspek yang
bersesuaian bagi permainan tersebut menyebabkan keupayaan mereka untuk
bermain ataupun belajar adalah terhad.

Aspek Emosi
 Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah.
 Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab;
 Mengamuk tanpa terkawal jika tidak diturutikemahuannya ataupun dilarang
daripada melakukan sesuatu yang diingininya;
 Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu
 Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-ubah.
 Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu;
 Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan
 Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain

Aspek sosial

 Tidak pandai bersosial


 Sukar berkomunikasi dengan orang lain
 Lebih suka bersendiri

Aspek tingkah laku

 Perlakuan yang bongkak


 Ketawa dengan tiba-tiba
 Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
 Tidak mengenali bahaya.
 Tidak merasai kesakitan.
 Menangis dan marah tanpa sebab.
Pelajar cerdas dan pintar

Punca punca

 Genetik

Ciri –ciri fizikal


 Normal

Aspek Kognitif

 Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru
dengan mudah.
 peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya
menyelesaikan masalah
 cepat berasa bosan dengan suatu aktiviti yang sudah diketahuinya

Aspek Emosi

 penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik.


 mampu bersosial dengan cepat.

Aspek sosial

 kemairan bersosial yang tinggi


 senang didampingi

Aspek Tingkah laku

 aktif
 banyak bertanya
 suka menyoal
 meminati sesuatu bidang
 tidak mudah putus asa
Sindrom Down

Punca punca

 kecacatan genetik
 ibu mengandung di usia lewat(38 keatas berisiko tinggi)
 pemakanan ibu semasa mengandung

Ciri ciri Fizikal

 Iras muka hampir sama


 Tubuh yang pendek
 Kepala bersaiz kecil
 Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
 Lidah terjelir
 Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek
dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
 Pertumbuhan yang lambat.
 Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Aspek Kognitif

 Mengalami kerencatan akal


 Cepat lupa
 Kurang fokus
 Tidak dapat mengaitkan sesuatu perkara

Aspek Emosi

 Tidak menentu
 Kadang murung, gembira, sedih, dan kadangkala tidak menentu

Aspek Sosial

 Boleh bergaul
 Malu malu
 Mahukan perhatian
Aspek Tingkah laku

 Tidak suka mengikut arahan


 Posesif
 Ada yang pemalu
Kanak kanak Disleksia

Punca punca

 Kecacatan di bahagian otak akibat kemalangan atau sejak dari dalam


kandungan

Ciri ciri fizikal

 Normal

Aspek Kognitif

 Bermasalah dalam 3M(membaca,mengira dan menulis)


 Membaca secara terbalik
 Bermasalah dalam mengenal bentuk dan warna
 Sukar mengingati sesuatu perkara

Aspek Emosi

 Rendah diri
 Kurang yakin terhadap diri sendiri
 Jika tidak dirawat boleh mengakibatkan kemurungan dan masalah tingkah
laku

Aspek sosial

 Kurang bersosial kerana perasaan rendah diri yang tinggi

Aspek Tingkah laku

 Suka melawan
 Memerlukan perhatian
 Pendiam
 Murung
RUJUKAN

Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.


Kuala Lumpur. PTS Profesional.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Sukatan
Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah &
Menengah
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas.
Kuala Lumpur.
Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial. (2006). Universiti Terbuka
Malaysia. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.
Julia Jantan/ Siti Suhaila Samian.Politeknik Johor Bahru. (2007). Perkembangan
dan Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Open Univesity Malaysia.

------------------(2007). Open University; Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala


Lumpur; Meteor Doc Sdn. Bhd.
--------------------(tidak dinyatakan). Sindrom Down-Maklumat dan Fakta dari laman
sesawang http://www.phkks.org/bm/info_syndown.html

-------------------(2006). Sindrom Down. Dilayari pada 25 Februari 2011 dari laman


sesawang http://www.myhealth.gov.my/myhealth
Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya(tidak dinyatakan). Bias pengajaran guru
dalam pelajaran khas dan pelajaran Normal.
http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf.
RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Dengan adanya buku panduan ini diharap dapat membantu ibu bapa yang masih
lagi keliru tentang apa yang terjadi kepada anak mereka dan ibu bapa diharap
dapat mengambil tindakan yang sepatutnya demi kepentingan anak anak mereka
yang merupakan insan istimewa yang diberikan oleh Tuhan Maha Agung.

Buku panduan ini hanyalah mengandungi sedikit informasi yang asas tentang
kanak-kanak berkeperluan khas namun diluar sana terdapat pelbagai lagi bahan
rujukan yang mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang kanak kanak
istimewa ini. Tidak mencukupi dengan bahan rujukan ibu bapa boleh berhubung
terus dengan organisasi yang menawarkan khidmat sokongan tidak mengira dari
pihak kerajaan mahupun organisasi bukan kerajaan yang menyediakan pelbagai
kemudahan untuk anak anak istimewa.

Walau apa pun pandangan masyarakat terhadap anak anak istimewa ini ibu bapa
harus redha dan terima dengan hati yang terbuka kerana kehadiran mereka di
dunia ini bukan dengan kemahuan mereka untuk menjadi seperti itu tetapi
anugerah yang datang bersama pelbagai hikmah yang tidak dapat dirungkaikan
dengan perkataan dan kata-kata.

Kesimpulanya setiap manusia mempunyai hak untuk hidup walau tidak


sesempurna mana diri mereka dan kita perlu memberi peluang kepada mereka
dengan menerima mereka ke dalam kehidupan kita dengan mencuba memahami
mereka.

You might also like