You are on page 1of 6

8.

1  Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang


melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan
antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini, migrasi yang dibincangkan
ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari
satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi


yang sering berlaku di kawasan ini. Berikut ialah pola migrasi yang
wujud:

i) Migrasi luar Bandar ke bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan


ini.  Migrasi ini berlaku disebabkan oleh faktor tolakan dan tarikan.
Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan
pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala
faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan
peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan
swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan
perkhidmatan.

8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di


Kawasan Kajian
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kajian ini disebabkan oleh
beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati
faktor tersebut ialah :

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i)  Melanjutkan pelajaran

- Kebanyakan pelajar yang telah tamat tempoh persekolahan


meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar
kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP
(Institut Latihan Perindustrian), Giat Mara, Universiti Awam dan
swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada
pelajar.

ii) Peluang pekerjaan


- Sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh
peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai
contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan,
pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan
penduduk di luar bandar berpindah ke kawasan ini.

B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan
- Pihak kerajaan telah memajukan kawasan ini dengan adanya
pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pembinaan
petempatan. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari
kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan ini untuk
mencari peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian. Sebagai
contoh, penduduk dari Gombak, kawasan pedalaman dan kawasan
sekitarnya.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan


- Daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati
terdapat beberapa buah keluarga yang datang ke kawasan ini
disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan
penduduk di kawasan ini. Secara tidak langsung ini akan
menyebabkan bilangan penduduk di kawasan ini semakin bertambah
secara semula jadi.

Penerapan Unsur Patriotisme


Kawasan ini mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman,
damai dan sentosa walaupun bilangan penduduk sering berubah
disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

8.3 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian


Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan ini  sebenarnya telah
memberi kesan yang positif dan negatif. Antara kesan yang dapat
dilihat ialah :

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah
- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan
penduduk di kampung saya telah meningkat walaupun terdapat
penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh
kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga
dan perkahwinan. Walau bagaimanapun penduduk di kawasan ini
masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh
penduduk.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial
- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh
pekerja asing yang di bawa untuk bekerja dalam sektor perkilangan,
pembinaan dan perindistrian. Keadaan ini telah menyebabkan
penduduk asing semakin bertambah di kawasan ini. Mereka ini
kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah
rumah dan mengganggu anak gadis di kawasan ini.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran


- Kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan
sekitar dan warga asing telah menyebabkan berlaku persaingan
mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk. Apabila berlakunya
persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah


- Migrasi luar bandar ke bandar yang berlaku di kawasan ini telah
menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan
penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda
terutamanya lelaki. Keadaan ini  telah menyebabkan golongan muda
semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus
bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk
mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme


Saya berharap walaupun penduduk kawasan ini berusaha untuk
meningkatkan taraf hidup, kemakmuran petempatan  juga perlu
dipelihara. Penduduk perlulah saling bekerjasama untuk memastikan
keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan
rukun tetangga untuk menjaga keselamatan petempatan daripada
sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.

8.4 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Bagi memastikan keadaan kawasan ini selamat daripada sebarang


masalah beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga


- Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kawasan ini untuk
memastikan kawasan ini sentiasa selamat daripada masalah sosial
seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di
lakukan oleh penduduk bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal
terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan


- Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.
Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan
oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

You might also like