You are on page 1of 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA KAMPUS BAHASA


MELAYU

ANATOMI & FISIOLOGI


DARAH

Prepared by,
Liana binti Sadali
Siti Musyirah bt. Mohamad Amin

PISMP 3H/ Ambilan Januari 2010


DARAH
Darah merupakan satu tisu unik yang
mempunyai ciri-ciri tertentu dan
merupakan satu medium pengangkut
oksigen ke seluruh tubuh, ia juga
berfungsi untuk membekalkan tisu
dengan zat, menyingkir bahan kuman dan
mengandungi sistem imunisasi bertujuan
mempertahankan diri dari jangkitan
kuman.
◦ Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang
apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada
oksigen. Warnanya disebabkan oleh kandungan
hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein
pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.

◦ Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh


jantung . Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan ,
dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri . Darah
mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran
halus darah yang dipanggil kapillari . Darah kemudian
kembali ke jantung melalui vein .
◦ Darah juga mengangkut bahan kumuhan
metabolik, dadah dan bahan kimia asing
kepada hati untuk diuraikan dan kepada
buah pinggang untuk disingkirkan
sebagai air kencing .
Komposisi darah
Darah terdiri daripada beberapa jenis
korpuskel ( corpuscles) , yang membentuk
45% bahagian daripada darah. 55% yang
lain adalah plasma darah , cecair
kekuningan yang membentuk medium
cecair darah.
Korpuskel terdiri daripada:
Sel darah merah ( erythrocytes )
Platelet ( thrombocytes)
Sel darah putih (leucocytes)
Sel darah merah (Erythrocytes)
S el darah merah atau eritosit (sekitar
99%). S.D.M tidak mempunyai nukleus sel
dan organelle , S.D.M mengandungi
hemoglobin dan berfungsi untuk
mengedarkan oksigen. S.D.M juga
bertanggungjawab bagi sistem jenis darah .
Terdapat lebi kurang 5 juta jumlah eritosit
untuk setiap milimeter padu eritosit (mm3).
berbentuk dwicekung dan bersaiz tetap.
Berasal daripada tulang sum-sum
Platelet ( Thrombocytes)
Platlet atau thrombocytes (0.6 - 1.0%),
bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
Terdiri daripada serpihan kecil.
Terbentuk daripada sitoplasma sel besar
(megakariosit).
Berasal daripada sum-sum tulang.
Terdapat lebi kurang 2.5 juta jumlah Platlet
untuk setiap milimeter padu Platlet (mm3).
Platlet
Sel darah putih (leucocytes)
Sel darah putih atau leukosit (0.2%),
merupakan sebahagian daripada sistem
imunisasi ; dan bertugas untuk memusnahkan
agen jangkitan(sistem pertahanan tubuh).
Menpunyai nukleus, tidak mempunyai bentuk
yang tetap dan berhemoglobin.
Terdapat lebi kurang 8000 jumlah sel darah
putih untuk setiap milimeter padu darah putih
(mm3).
Leukosit (sel darah putih) terbahagi kepada
2 jenis iaitu:

1. Granulosit :
sitoplasma bergranul dan mempunyai nukleus
bercuping terdiri daripada neutrophil 65% ,
Eosinophil 4% , Basophil 1 %

2. Agranulosit :
sitoplasma tidak bergranul dan mempunyai
nukleus yang besar terdiri daripada
Lymphocytes 25% dan Monocytes 6%
Sel-sel darah
Plasma
◦ Salah satu jirim yang mempunyai zarah bercas
bertenaga yang bertindakbalas dengan daya
elektromagnet.
◦ Sejenis cecair tidak berwarna yang merupakan
sebahagian daripada darah yang mengandungi
fibrinogen yang membantu dalam pembekuan darah.
◦ Turut mengandungi Serum yang mengandungi air,
pelbagai jenis protein, glukosa, lipid, garam,
vitamin, enzim dan hormon.
◦ Juga terdapat immunoglobin (antibodi) yang
bertindak balas terhadap sebarang serangan
bendasing seperti bakteria dan virus.
Fungsi darah
Sebagai sistem pengangkutan:
Pengangkutan air yang merupakan pelarut dan
bahantara utama untuk tindak balas kimia
berlaku.
Pengangkutan hasil dari percernaan.
Pengangkutan hormon dari kelenjar yang
merembeskannya ke organ sasaran.
Pengangkutan gas terlarut seperti oksigen dan
gas karbon dioksida.
Pengangkutan bahan kumuh seperti urea, asid
urik dan karbon dioksida.
Sistem Homeostasis :
Mengawal atur haba tubuh dengan
mengangkut haba ke kulit dan bahagian-
bahagian lain badan untuk dibuang.
Plasma darah memelihara keseimbangan
tekanan osmosis dalam dan luar sel serta
memelihara kestabilan ph.

Pembekuan Darah :
Platlet dan fibrinogen dalam darah akan
membeku.
Sistem Pertahanan :
Terdapat tiga cara dalam sistem pertahanan:
Proses fagositosis iaitu proses penelanan dan
pencernaan bakteria atau benda asing oleh
sel darah putihseperti neutrofil dan monosit.
Penghasilan antibodi iaitu sel limfosit
bertindak melalui beberapa cara iaitu
menyelaput bakteria dan memudahkan
fagosit menelannya, melarutkan lapisan luar
bakteria dan meneutralkan toksin yang
dihasilkan oleh bakteria .
Jenis-jenis darah
Darah manusia terdiri daipada 4 jenis iaitu :

Darah O
Darah A
Darah B
Darah AB
Darah ‘O’
Merupakan kumpulan darah yang tidak
mempunyai sebarang antigen tetapi
mempunyai antibodi di dalam darah
Darah jenis O ini hanya boleh menderma
kepada semua kumpulan darah (A, B,AB
dan O) dan hanya boleh menerima darah
jenis O sahaja
Darah ‘A’
Merupakan kumpulan darah yang
mempunyai antigen A dan antibodi B
Darah jenis ini boleh menerima darah dari
jenis A,AB dan O sahaja
Manakala darah jenis A pula hanya boleh
menderma kepada kumpulan darah jenis A
dan AB sahaja.
Darah ‘B’
Merupakan kumpulan darah yang
mempunyai antigen B dan antibodi A
Darah jenis ini boleh menerima kumpulan
darah jenis B,AB dan O sahaja
Manakala darah dari kumpulan B hanya
boleh menderma kepada kumpulan darah
jenis B dan AB sahaja.
Darah ‘AB’
Darah AB merupakan satu kumpulan darah
yang tidak mempunyai antibodi tetapi
mempunyai antigen A dan B
Kumpulan darah AB hanya boleh menderma
kepada kumpulan darah jenis AB sahaja
Manakala darah jenis ini pula merupakan
penerima universal dimana darah AB boleh
menerima darah dari kumpulan darah yang
lain.
Penentuan jenis darah

◦ Penentuan jenis darah manusia boleh dibuat


melalui 2 cara iaitu dengan cara ABO tile dan
dengan cara Kaedah Tiub.
Jangka hayat
◦ Dalam keadaan normal, jangka hayat sel darah
merah boleh bertahan selama 120 hari selepas
dihasilkan oleh sum sum tulang, kemudian
apabila cukup tempoh,sel darah merah ini
akan termusnah di dalam hati.
◦ Bagi sel darah putih pula ia bergantung kepada
jenis sel yang wujud kerana terdapat sel yang
hanya bertahan selama 2-3 hari sahaja dan
yang paling lama boleh bertahan sehingga 4-
10 tahun.
~ Tamat ! ~

You might also like